
Sebelum ni ibu aku tak pernah kisah pun tentang aku. Bila mereka tahu aku dan suami beli rumah dan kewangan dah stabil, mereka tiba – tiba datang rumah baru kami dan bawa aku balik kampung. Dekat situ aku dikurung selama seminggu, dan adik berjaya hasut suami untuk bawa aku pergi wad giIa..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Salam Ramadan. Aku ringkas kisah aku untuk korang beri pendapat dan nilaikan sendiri. Ceritanya macam ni, aku merupakan pegawai kerajaan yang depr3si, anak sulung yang tertekan dari golongan b40, aku diterima bekerja sebagai pegawai kerajaan pada usia yang agak muda 21 tahun.
Waktu tu aku masih sambung pengajian dalam diploma perniagaan tetapi terp4ksa lupakan hasrat untuk sambung belajar sebab permintaan mak yang nak anak sulungnya bantu abah yang tiba – tiba dibuang kerja atas faktor majikan tidak mahu meneruskan perniagaannya.
Dengan berat hati aku keluar dari UITM Segamat dan mulakan kerjaya sebagai pegawai kerajaan memandangkan aku masih ada 6 orang adik beradik yang masih sekolah dan mak abah selalu tekankan dekat aku bahwa adik – adik aku jauh lagi bijak dari aku.
Jadi mereka lebih layak la nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Aku mulakan kerjaya tapi aku sangat pendiam di tempat kerja dan tidak banyak bergaul memandangkan semua pendapatan aku sepanjang aku bekerja kerajaan adalah untuk membantu adik – adik yang sedang bersekolah.
Setahun lepas tu aku berkahwin dengan seorang pegawai juga, dia dua tahun lagi senior dari aku. Aku ingat kebahagiaan akan berpihak pada aku selepas berkahwin rupanya seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Pada pengamatan aku, suami aku sangat baik, dia ade kerjaya, dah ada kereta.
Boleh jaga aku sebaik mungkin dan adik – adik yang bersekolah perIukan bimbingan dan dorongan. Tambahan aku tiada kend3raan dan lesen motor atau kereta waktu tu. Rupanya langit tidak secerah mana, suami aku ada banyak buat loan peribadi gara – gara pernah berhasrat nak berkahwin dengan orang Sabah waktu dia bekerja di sana, sebelum posting Johor sini.
Aku cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik tapi maIangnya suami aku selalu mem4ksa aku buat loan peribadi. Saban tahun setiap kali kenaikan gaji suami aku akan p4ksa aku buat loan sebanyak RM10k. Akibat rasa terani4ya aku mohon pada suami aku untuk benarkan aku sambung belajar diploma secara jarak jauh di Melaka.
Dalam masa yang sama aku kerap bagi RM100 – RM200 pada ibu bapa aku untuk bantu persekolahan adik – adik walaupun kadang – kadang aku tak cukup makan cuma mampu makan maggi je. Kalau masak pun aku makan sisa – sisa makanan suami aku yang tak habis.
Aku sangat kurus kering waktu tu. Genap 4 tahun aku habis belajar diploma, pinjaman aku sudah sem4kin banyak. Hampir RM50k untuk kegunaan suami dan ibu bapa aku sahaja. Tapi selepas habis diploma, aku mula ada keyakinan diri yang tinggi sebab aku mula celik memandang dunia dan memahami cara pengurusan wang dan undang – undang jual beli lebih baik dari sebelum ni.
Aku baru sedar waktu tu aku banyak telah dipergunakan oleh suami dan adik beradik aku. Waktu aku habis diploma, adik – adik aku semua telah tamat pengajian diploma dan ijazah masing – masing. Ada yang sampai belajar di Beijing.
Kemudian aku cuba ajak suami aku berniaga dan elakkan diri dari berhutang. Aku buat kek dan jual kek di kedai – kedai serata tempat kerja dan di universiti. Perniagaan kek berjalan dengan baik dan aku minta suami benarkan sambung ijazah pula.
Kehidupan kami sem4kin baik, aku mula belajar amik lesen motor dan kereta. Kemudian kami berjaya beli sebiji rumah. Namun kebahagian kami tak lama bila adik beradik mula cemburu aku mula berjaya dalam hidup dan jarang balik ke rumah.
Mereka tuduh laki aku mempergunakan aku, sedangkan kami dah beransur ansur baik dan sedang pulihkan kewangan kami. Mak aku cuba hasut adik – adik aku dan mula nampak keburukan suami aku mempergunakan aku sedangkan sebenarnya mak aku tak pernah pedulikan aku selama ni.
Aku seperti anak terbuang je dalam keluarga. Mak aku layan adik – adik aku macam anak emas. Setiap kali anak kesayangan dia balik, aku dihalang pulang rumah kerana mak ingin beri layanan istimewa pada mereka. Bila mereka tengok aku boleh berdikari semua adik beradik berpakat untuk pisahkan aku dari suami.
Mak abah datang ambil aku di rumah baru dan suami aku izinkan. Mak abah suruh keluarga mertua datang esok hari untuk berbincang sebaliknya aku dip4ksa untuk diceraikan. Adik aku yang bertugas sebagai pembantu perubatan mem4ksa suami untuk hantar aku ke wad psiki4trik dan aku disahkan menghidap maj0r dipr3ssion. Aku dipulaukan di tempat keje.
Disebabkan peristiwa tersebut aku sem4kin benci suami aku dan hasutan keluarga akhirnya mem4ksa kami berpisah. Kebetulan suami aku dinaikkan pangkat, keluarga risau jika aku terus ikut suami, aku tak akan berjumpa dengan mereka lagi.
Aku dikurung di rumah ibu bapa aku selama seminggu dan terp4ksa tidak hadir bekerja. Waktu tu juga suami aku bawa keluar semua barang – barang berharga dari rumah aku termasuk kereta dan motor. Aku dibiarkan sehelai sepinggang, kemudian dia pergi bercuti atas urusan kenaikan pangkat dan kami tidak lagi bertemu waktu tu.
Aku ingat keluarga akan bantu sebaliknya keluarga belikan aku motor dan aku terp4ksa berhutang lagi dengan keluarga untuk bayar motor untuk pergi ke tempat kerja. Nasib aku sangat maIang waktu berada dalam keluarga yang cemburu melihat kemewahan dan kejayaaan aku.
Aku mula merangkak dari bawah semula lepas ditinggalkan oleh suami. Aku minta ditukarkan kebahagian yang membolehkan aku kerja lebih masa dan ade pendapatan lebih. Aku ditukarkan ke bahagian feri. Cris dan Ctos yang baik membolehkan aku beli sebiji kereta.
Namun aku langsung tak pandai bawa kereta waktu tu. Keimanan aku sekali lagi di uji waktu ni. Kawan – kawan yang dulu membantu aku mula memulaukan aku dan menuduh aku merancang semua ni untuk hidup mewah.
Sebenarnya aku sendiri tak tau ape akan jadi pada hidup aku. Aku cuma ikut ape yang tersurat dan ape tersirat. Aku dihalang dari buat kerja lebih masa kerana pegawai – pegawai lain risau akan kedudukan mereka di feri dan akan dituduh sebagai salah guna kuasa.
Aku terp4ksa belajar bawa grab memandangkan loan aku hampir penuh dan aku tak mampu menyara hidup untuk makan sekali pun. Aku dih1na dan dikeji setiap hari sebagai pesalah s4kit mentai. Prestasi kerja aku menurun sehingga 60 markah sasaran kerja tahunan dan hampir di buang kerja kerajaan.
Akhirnya bos memutVskan aku untuk dipindahkan ke kampung halaman Aku. Adik – adik aku semua duduk jauh dari mak abah, dah tentu la mereka gembira bila aku ditukarkan bermakna beban di bahu mereka berkurang.
Aku akhirnya duduk di rumah kedua ibu bapa aku. Aku belajar menjadi orang yang redha walaupun hati aku s4kit. Aku bekerja sebagai pegawai kerajaan di pagi hari dan pemandu grab di malam hari. Aku cuba sedaya upaya tunaikan apa – apa yang dihajati ibu bapa aku.
Setelah dua tahun duduk bersama mereka, aku berjaya tamatkan ijazah dan ditawarkan pula untuk sambung master. Namun di usia 36 tahun dan sebagai seorang janda yang masih cantik aku berhenti sejenak dari sambung belajar.
Setelah 6 tahun bercerai aku jadi seorang wanita yang sem4kin kuat dan stabil mentaI dan em0si. Aku banyak habiskan masa di luar dari rumah ibu bapa aku tapi aku tak pernah abaikan tanggungjawab pada mereka. Kewangan aku pun sem4kin stabil. Namun aku pasrah andai tiada lagi jodoh hingga kini. – Fifi (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noorhana Noordin : Kita yang berasal dan dibesarkan dalam suasana yang baik, mula persoalkan tt. Seolah – olah meragui jalan cerita tt. Daripada pengalaman saya dan orang sekeliling, sebenarnya kisah ini boleh dik4takan benar. Tak semua ahli keluarga ikhlas. Memang ada yang terani4ya oleh ahli keluarga sendiri.
Izah Hafizah : Tak semua orang bertuah dlahirkan dalam keluarga yang penyayang. Sedangkan Nabi Yusuf a.s pun diuji dengan adik beradiknya apa lagi kat manusia biasa. Buat confesser, saya doakan awak tabah melalui dugaan hidup.
Allah da bagi awak banyak kelebihan. Dapat sambung belajar sehingga habis walau pelbagai dugaan, dapat kerja yang stabil walau pelbagai halangan dan dapat melalui rumahtangga yang penuh dengan cubaan pun 1 petanda Allah sayang dan bantu awak. Keluar la dari circle hitam tu. Bahagiakan diri sendiri. Awak berhak BAHAGIA. Be strong k.. hugs.
Amira Putsatprateet : Sis…nanti dah mampu dari segi kewangan boleh stay separate from parents ? Jauhkan diri dari segala punca str3ss dalam hidup. Travel, Explore dunia bagi happy diri sendiri. Belanja diri sendiri. Make up dan bergaya bagi cantik. Kalau nak tukar tempat kerja tapi department yang sama pun boleh. Harap sis menemui kebahagian sendiri.
Bunga Hana : Ya Allah.. Macam – macam dugaan awak. Jika lepas ni ada jodoh, harap awak kenal dia betul – betul. Selidik dulu sebelum jadi suami. Apa pon saya ucapkan tahniah kerana awak anak yang baik walaupun layanan yang diberikan berbeza daripada anak yang lain. Saya doakan moga urusan awak dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.