Bila Joe tahu aku tengok wayang dgn mak ayah, terus dia sound kata aku pergi tempat maksi4t

Ketika kami tengah makan dekat rumah Joe, kakak dia bagi hint tak suka dekat aku. Masa nak pergi dekat kereta, dia cakap, “kalau boleh putvslah dengan Joe, kami ni tak nak orang luar, dalam kampung ni ramai je anak d4ra lagi cantik. Tak kenan aku pompuan KL.” Bergenang air mata aku..

#Foto sekadar hiasan. Kenalkan diri aku Suria. Tengah malam tiba – tiba terasa nak tulis confessions kat sini. Pertama kali tulis jadi maaf kalau ayat berterabur. 2013 – Tahun ketiga aku di sebuah universiti di Selangor.

Perkenalan tak sengaja dengan seorang lelaki daripada pantai timur. Aku namakan dia Joe (bukan nama sebenar). Kami sama kelas untuk subjek elektif dan sama group untuk assignment. Kebetulan kolej kami sebeIah je, ahli yang lain ada yang sewa luar, kolej jauh sangat.

Jadi kami bincang supaya kami berdua cari bahan dan buat slide. Tak sangka la pulak kan jadi rapat. Kadang – kadang dia tersasul loghat bahasa negeri dia, lepas tu dia gelakkan aku. Aku pulak memang tak biasa rapat dengan lelaki sebelum ni.

Habis subjek tu, kami tetap rapat dan masih contact. Lama – lama aku sedar ada jurang dan banyak perbezaan antara kami. Aku dilahirkan dan dibesarkan di KL. Atok nenek beIah ibu ayah aku pun memang duduk di KL.

Joe pula dilahirkan dan dibesarkan di pantai timur (maaf tak nak sebut nama negeri). Sambung diploma di Politeknik dekat dalam negeri dia juga. Cuma degree dia terp4ksa ke Selangor kerana tiada pilihan. Aku memang dah terbiasa jalan – jalan ke mall, tengok wayang, ke taman awam macam di Putrajaya, food hvnting dengan family dan kawan, staycation, suka cuba kedai viral.

Berbeza dengan Joe, dia suka duduk di rumah atau lepak di warung makan area rumah dia. Tak suka tengok wayang, tak suka jalan – jalan. Kalau aku ajak makan fast food dalam mall pun, dia cepat je nak balik sampai nak tercekik aku makan.

Kalau aku ajak pergi event macam MAHA ke, food festival ke, pesta buku ke jangan harap la dia nak ikut. Dia cakap duk tepi kolam ada bunyi ikan lagi best. Tapi masa ni mana la nak fikir jauh kan, go with the flow la orang cakap.

Kami grad sama – sama pada tahun 2014. Dia balik ke kampung, kerja kampung di sana. Aku di KL, bekerja di sini. Kami masih contact bertanya khabar. Satu hari Joe tanya aku, tak nak ke bercuti di kampung dia. Ada chalet tepi sungai baru bukak.

Aku pun plan dengan 2 orang kawan aku masa degree yang memang kenal Joe. Akhirnya kami sepakat bercuti ke kampung Joe. Aku minta Joe booking chalet tu, aku pun beli la tiket flight ke sana, cari kereta sewa apa semua.

Masa tu ada sebulan sebelum tarikh nak holiday tu. Tiba masa, kami pun pergi la ke sana. Dari airport, aku drive la ikut location Joe bagi. Dekat 1 jam juga nak masuk ke kampung Joe lagipun aku drive slow je sebab tak biasa.

Yang aku perasan, kampung Joe ni agak jauh ke dalam. Kalau nak ke bandar, kena pergi yang area airport tu la. Joe tunggu kat simpang dan tunjukkan chalet kami. Aku dan 2 kawan aku (Mira dan Hawa) duduk la kat situ untuk 3 hari 2 malam.

Suasana menarik sebab tepi sungai, rasa damai je. Tapi terus terang aku cakap, aku boleh lama – lama kat tempat macam ni maksimum seminggu je. Lebih dari tu, aku tepu. Korang jangan la ingat aku berlagak tau, tapi aku memang tak boleh kalau tak masuk supermarket untuk beli barang.

Aku dah biasa dari kecik mak ayah aku bawak masuk tempat macam Aeon, Lotus untuk beli barang. Aku pulak suka buat kek, jadi bila aku dapat tahu takde kedai bahan bakery yang dekat, aku jadi macam tersentak kejap.

Aku terbayang kalau aku kahwin dengan Joe, aku kena duduk kat kampung dia (dia pernah cakap siapa jadi isteri dia kena duduk serumah dengan family dia). Aduhaii macam mana ye. Tambah pulak aku ada buat bisnes online, jauhnya nak pergi pos barang.

Ni cuma andaian aku jela awal – awal. Aku lupakan kejap hal tu, esoknya kami berempat pergi la jalan – jalan cari makan. Seperti yang dijangka, Joe cepat je nak balik. Rimas ramai orang, rimas cari parking tak jumpa, rimas kena beratur nak makan.

Sampaikan aku tengok kawan aku dah buat muka b3ngang dah. Balik chalet, Mira cakap kat aku. “Sure ke kau nak kat Joe? Jauh beza kau dengan dia. Aku pun geram semua benda dia nak rimas. Baik takyah holiday”. Mira ni roommate aku yang paling rapat so memang takde tapis cakap hehe.

Aku pun tak tau nak jawab apa, fikiran aku dah serabut fikir per4ngai Joe. Hari ketiga tu Joe ajak lunch kat rumah family dia. Flight kami malam, jadi kami setuju la. Entah kenapa kami rasa macam tak diraikan je masa datang tu.

Adik beradik Joe 9 orang. Joe anak ketujuh. Boleh kata ipar duai, biras semua duduk sekali, penuh rumah tu. Kakak Joe yang sorang ni (nombor 3 kot) macam cari pasal pun ada dengan kami. Antaranya dia cakap (dalam loghat negeri tapi kami faham je), mari tempat orang, cakap bahasa sini jangan nak jadi KL sangat.

Lahhhh, dah aku dengan Mira memang asal KL kot. Hawa orang Johor. Kang kalau kami cakap loghat negeri, mesti kena gelak punya. Kakak dia cakap tu masa ramai – ramai, tengah nak makan tau. Aku pandang Joe, Joe larikan mata dia dari aku.

Masa ni Mira dah wasap aku, lepas makan jom balik cepat. Hawa pun dah nampak tak selesa. Mak Joe pun tak tegur sangat kami. Aku rasa Joe je yang beriya ajak kami ni. Siap makan, kami minta izin nak balik dengan alasan nak kemas baju.

Aku hulur sampul duit kat mak Joe niat nak sedekah, terk3jut aku mak Joe cakap – ingat aku takde duit ke? Aku memang tak boleh cakap loghat negeri tapi aku faham tau. Aku tarik tangan aku dan senyum h4mbar sambil ucap terima kasih sebab jemput makan.

Paling buat aku terk3jut bila kakak Joe yang laser tu, follow kami ke kereta. Memang direct dia cakap sebelum aku bukak pintu, “kalau boleh putvslah dengan Joe, kami ni tak nak orang luar, dalam kampung ni ramai je anak d4ra lagi cantik. Tak kenan aku pompuan KL.”

Fuhhhh air mata aku dah bertakung masa ni. Mujurlah masa tu Mira yang drive. Joe pulak elok je duduk kat beranda rumah dia, lambai dari situ. Balik chalet, aku kemas barang dan buat keputvsan nak keluar dari chalet awal.

Mira dan Hawa pun dengar apa kakak Joe cakap, diorang dah brainwashed aku tak payah la go on lagi dengan Joe. Aku bagitau Joe aku nak gerak dah, dia terk3jut kenapa awal nak keluar? Aku cuma cakap nak jalan – jalan kat bandar je.

Balik semula ke KL, hubungan kami m4kin dingin. Aku syak Joe tahu yang family dia tak suka aku. Bila dah h4mbar, kerap la g4duh tanpa sebabkan. Contact pun dah jarang. Satu hari aku dengan family (mak ayah, nenek dan adik – adik aku) pergi tengok wayang.

Masa dalam wayang, Joe wasap tanya buat apa. Aku jawab la dengan family, semua tengok wayang. Tahu Joe baIas apa? “Macam mana la family awak ni boleh jejak tempat maksi4t tu”. Weyyy meIampau sangat masa ni tau!

Menggigil aku nak taip baIas balik tapi sebab tak nak hilang mood , aku abaikan je wasap Joe. Dekat seminggu kami tak contact lepas hal tu. Aku pun macam dah tak nampak keserasian antara kami. Sampailah Joe wasap aku minta maaf dan tanya apa hala tuju hubungan kami.

Dekat setengah hari aku tak reply, dan akhirnya aku cakap sampai sini jela tak perlu teruskan. Aku terus call Joe dan luahkan apa aku rasa. Aku cerita apa kakak dia cakap. Boleh pulak Joe jawab, saya tau family saya tak suka saya kawan dengan orang KL.

Lahhh maksudnya dia tahu jela family dia tak suka aku. Dah tu kenapa jemput aku datang makan. Aduhaiii (tepuk dahi). Akhirnya, kami buat keputvsan untuk kawan biasa je. Takde g4duh apa cuma nangis jela sikit haha.

Lepas kejadian ni, kami pun bawak haluan masing – masing dan lost contact. Aku teruskan dengan kerjaya aku. Joe pulak tetap dengan pilihan dia nak stay kat negeri dia. Kalau dia tak dapat kerja dekat yang sesuai dengan degree dia, dia buat kerja kampung je.

Dah 2022, aku pun tak tahu apa jadi kat Joe sebab FB dia dah deactivate (ke aku kena block tak tau la). No wasap pun orang lain dah guna. Aku pun masih single lagi, masih duk tengok wayang dengan family lagi. Haha. Tiba – tiba teringat Joe sebab ayah aku ajak tengok Mat Kilau kat wayang.

Teringat pulak ayat Joe tu. Hmmm s4kit hati pulak. Haha. Ok la dah melalut pulak. Terima kasih sudi baca. Buat Joe – walau di mana awak berada, semoga maju jaya dan dipertemukan jodoh orang sekampung. Adios ~ Suria (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

نور حسننا خديجة : Itula, kalau perempuan luar nak kawen lelaki kelantan susah sket, sebab lelaki kelantan agak assobiyah melainkan yang jenis open minded, abang saya kelantan tapi jenis open minded, dapat kerja putrajaya , kawen dengan negeri sembilan, sangat – sangat ok.

Diorg tinggal kat kajang, saling menyokong, serius cakap, kak ipar orang luar ni baik sangat, masa saya nak ngaji oversea, kena wat persediaan kat luar negara, huish, dia la yang banyak tolong coz saya orang kampung, skolah menengah pun dekat rumah je, so agak jakun bila kena tinggal luar negeri.

Lepas tu saya pula dapat kawen dengan org selangor, lepas kawen dengan dia, jadi baru ada perasaan ‘life’ tu, suka hiburan la, suka gi mall shopping (tapi jarang pergi sebab sekarang dok kat kelantan, daerah saya takde mall besar), reti pilih barang branded, m4kin reti melawa…

Hm.. setiap orang ada proses kehidupan masing – masing, carilah yang serasi dan sekufu dengan awak, dan yang paling penting beragama tapi bukan jenis yang takde common sense suka jadi Tuhan. Jangan bimbang, memang camtulah perjalanan hidup kita, pengalaman dengan setiap orang yang kita temui itu akan mematangkan.

Nurul Adira : Saya orang Kelantan. Tapi saya nasihatkan jauhkan diri dari orang macam ni. Sebab kami sendiri pun tak suka orang ada per4ngai teruk macam ni. Tiada adab. Hidup di bawah tempurung. Wayang je maksi4t. Tapi layan orang buruk bagi mereka tak salah. Percayalah. Doa je dapat suami dan mertua yang terbaikkk lepas ni tak kisah negeri mana pun.

Muziani Azrina Musa : Saya orang kL kawin dengan orang kelantan. Membesar pun di kLtapi suami saya dan family dia layan saya baik je. Alhamdulillah dah 15 tahun. Tak semua orang kelantan macam tu sebenarnya. Ada je negeri lain gitu juga.

Kena banyak tolak ansur. Saya duduk kelantan dah 14 tahun. Sampai sekarang cakap kL. Ada je kena perli – perli tapi bukan family suami. Saya buat tak tahu je. Saya raya pun kat kelantan. Lahirkan anak pun semua kat kelantan.

Cuti sekolah dan cuti panjang balik kL bawa anak jalan – jalan. Semua kena tolak ansur dan faham serta hormat menghorm4ti. Saya dan suami macam langit dan bumi. Ayam dan itik. Kadang – kadang sampai sekarang pun tak faham apa yang dia cakap.

Saya tanya je balik. Dia tak marah pun. Sejak kenal suami tak pernah cakap kL dengan saya. Saya sampai sekarang cakap kL dengan dia. Anak – anak saya cakap kelantan dengan suami dengan saya cakap kL. Alhamdulillah..

Tak semua orang macam tu. Kalau ikut arw4h ayah mentua pun terk3jut masa suami nak kawin dengan saya tapi dia tak ada halangan. Layan saya dan keluarga baik je kalau datang kelantan. Atas fahaman masing – masing dah ni. Semoga dipermudahkan urusan adik dan dipertemukan jodoh yang baik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.