
Suami mengalami “panic att4ck” dan sangat tidak selesa dengan keluarga saya. Saya pula kalau berjumpa dengan keluarga mertua, mak mentua dan kakak – kakaknya akan “rolling eyes” dan berbisik – bisik mengumpat keluarga saya. Saya tak diam diri, ini yang saya buat untuk lindungi aib keluarga saya..
#Foto sekadar hiasan. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan artikel saya. Disebabkan saya ini bukan penulis yang bagus, saya minta maaf jika tulisan saya agak tunggang langgang. Artikel ini ditulis untuk menjawab artikel seorang isteri dan menantu yang kurang senang dengan penampilan mak mertua dia.
Untuk pengetahuan semua, saya tertarik untuk menjawab artikel ini kerana saya merasakan persamaan kisah hidup saya dengan suami puan Maisarah. Kiranya saya menulis ini untuk menjawab bagi pihak suami dia. Untuk pengetahuan semua, saya seorang wanita pertengahan 30-an, bekerjaya, sudah sedekad berumahtangga dan memiliki sepasang cahayanya.
Saya ada seorang mak seperti mak mertua puan Maisarah. Tetapi bukan sekadar mak tetapi hampir keseluruhan keluarga saya mempunyai nilai moral yang boleh dipersoalkan. Walaupun lahir dalam keluarga Muslim, keluarga kami tiada sebarang amalan Islamik di dalamnya.
Sejak kecil saya boleh hitung dengan jari berapa kali mak dan ayah bersolat. Bulan puasa agak berbeza bagi kami sebab kami sekeluarga kena makan sembunyi – sembunyi di rumah, saya cuma pernah dengar mak baca surah Al-lahab bila takut ada h4ntu masuk rumah.
Ayah tak pernah mengalunkan sebarang ayat Al-Quran sepanjang ingatan. Begitulah gambaran agama keluarga saya. Jika bercakap soal aur4t, mak saya berpakaian persis yang diceritakan oleh puan Maisarah, baik dari segi make up, pakaian s3ksi, nampak lurah mahupun rambut berwarna.
Itu belum cerita soal akhlak dan moral mereka. Mak mintak cerai dengan ayah selepas kantoi curang dengan suami orang. Bercerai setelah 30 tahun berumahtangga. Ya, mak curang ketika saya telah dewasa dan berkahwin.
Ketika itu umur mak 46 dan ayah 62 tahun. Selepas bercerai dengan ayah, mak menjanda lagi sebanyak 3 kali dan baru – baru ni mak menikah lagi untuk kali ke 5. Kakak dan abang juga tak kurang ‘hebatnya’, kakak nampaknya nak mengikut jejak langkah ibunya.
Dah 3 kali menjanda, kini setelah hampir 3 teman lelaki ditinggalkannya, dia bakal berkahwin untuk kali ke 4. Abang pula tak pernah menceraikan isterinya. Tapi dia ditinggalkan 2 isteri sebab tak tahan dengan per4ngai kaki pukuI dia.
Abang ada 2 anak luar nikah dengan kedua – dua bekas isterinya itu. Sekarang abang tengah “chill” duduk serumah dengan perempuan lain. Lebih tepatnya, bersekedudukan di rumah mak saya. Ayah saya pula? Dia sedang menghabiskan sisa – sisa usia emasnya dengan menonton program kegemarannya di telefon pintar miliknya.
Bagaimana penerimaan suami dan keluarga mertua? Suami saya pada awal perkahwinan tak ubah seperti Puan Maisarah. Suami dilahirkan dalam keluarga yang solat 5 waktu, berpenampilan Islamik, pandai mengaji Al-Quran.
Soal puasa pula lengkap puasa Ramadan disambung puasa enam, dilengkapi puasa Zulhijjah. Tarwiyah dan Arafah. Jadi diawal perkahwinan kami suami memang mengalami “culture sh0ck”. Lebih mendukacitakan suami mengalami peny4kit mentaI sebelum perkahwinan dan bertambah buruk sekiranya berada dalam lingkungan keluarga saya.
Suami akan mengalami “panic att4ck” dan berasa sangat tidak selesa dengan keluarga saya. Tetapi sebagaimana mak mentua puan Maisarah yang melayan dia dengan baik. Keluarga saya juga melayan suami dengan baik dan tidak pernah ‘membuIi’ suami saya.
Tetapi sebaliknya keluarga mertua yang nampak begitu “Islamik”, sering kali mengundang lara di hati saya. Mak mentua dan kakak – kakaknya begitu “judgemental” dengan keluarga saya. Setiap kali bertemu di mana – mana kenduri, mak mentua dan kakak – kakaknya akan “rolling eyes” dan berbisik – bisik mengumpat keluarga saya.
Bagaimana saya tahu? Kerana mereka sering mengadu domba sehingga akhirnya akan ada salah seorang yang bercerita dengan saya. Pada awal perkahwinan saya memang rasa d3rita. Rasa malu ada keluarga yang sebegitu dan rasa marah dengan suami dan keluarga mertua.
Namun saya tak biarkan semuanya begitu sahaja. Saya tidak taat membuta tuli kepada keluarga saya. Setiap kali saya nampak kesalahan keluarga saya, saya akan tegur mereka. Sehingga satu tahap mak saya akan menyembunyikan perbuatan salah dia dan bila saya dapat tahu, saya akan tegas menasihati dia.
Mak akan meng4muk sakan dan tak tegur saya hingga berbulan – bulan, tetapi saya tetap layan mak macam biasa. Saya pekakkan telinga dengar m4ki hamun mak. Abang dan kakak pulak kalau dinasihatkan pasti akan bagi jawapan cliché “Kau tak payah jadi ustazah” dan “tunggu nanti anak beranak kau jadi macam kami baru kau tau”.
Itulah makanan saya setiap kali menegur mereka. Dengan keluarga mertua pula, saya amat berahsia dalam urusan keluarga saya, sebab saya tahu mereka bagaimana. Bila mereka cuba mengorek dan mencari bahan untuk mengumpat keluarga saya, saya dengan tegas akan cakap “hal keluarga saya tak ada kena mengena dengan mak dan makcik – makcik semua”.
Bila dah dua tiga kali saya tegur mereka, mereka sudah tidak berani mengorek rahsia dari saya dan suami. Hubungan saya dan mentua biasa – biasa sahaja, saya tak rapatkan diri dengan mereka dan melayan mereka dengan penuh hormat. Itu sahaja.
Tentang suami pula, walaupun suami juga seorang judgemental, tetapi dia mempunyai satu sikap terpuji yang paling saya suka. Dia tidak suka menyampai – nyampai apa yang dia lihat, nampak dan dengar. Jadi apa yang dia nampak tentang keburukan keluarga saya, semuanya dia simpan dalam diri dia sahaja.
Dia tak bercerita kepada keluarganya, sahabat – sahabat apatah lagi menulis confession seperti Puan Maisarah. Saya kira jika suami menulis confession tentang keluarga saya, mungkin ramai yang menyuruh dia menceraikan saya.
Kerana begitu gelapnya satu sisi dalam kehidupan saya yang tak mampu saya terangi dengan cahaya. Di awal perkahwinan kami dulu saya sering berkecil hati bila suami buat muka tak selesa di rumah mak saya. Saya selalu marah bila suami ajak balik secepat mungkin.
Saya nak balik rumah keluarga saya setahun sekali pun payah (sebab jarak), tapi kena ke rumah keluarga dia hampir setiap minggu tanpa gagal. Masa ni memang ‘eg0’ hampir mer4napkan rumahtangga kami. Tetapi ambil sikap meIindungi semuanya.
Saya rasa saya meIindungi keluarga saya dengan ‘menjaga aib’ mereka di hadapan keluarga mertua. Saya ‘meIindungi’ rumahtangga saya dengan ‘menghalang’ keluarga saya serta keluarga mertua masuk campur dalam hal rumahtangga kami.
Saya juga tidak memasukkan suami dalam ‘whatsapps group’ keluarga saya sebab saya nak ‘meIindungi’ dia dari mengetahui keburukan keluarga saya. Saya fikir sayalah yang kena main peranan untuk meIindungi. Dan Allah SWT jugalah sebaik – baik Pelindung bagi kami semua.
Saya selalu mendengar ceramah daripada ustaz, bahawa tidak berd0sa kita dilahirkan dalam keluarga seperti ini. Allah SWT bukanlah membenci kita dengan melahirkan kita dalam keluarga seperti ini sebab akhirnya nanti kita akan dipersoalkan tentang urusan agama kita sendiri – sendiri.
Apa yang paling utama adalah ihsan kepada ibu bapa seperti ini dan banyakkan berdoa kepada Allah. Saya masih ingat seorang ustaz menceritakan Sirah Rasulullah SAW dan bagaimana baginda begitu mahu pak cik yang disayangi baginda, Abu Talib memeIuk Islam, tetapi hingga ke hujung nyawanya dia tidak memeIuk Islam.
Sedangkan Rasulullah SAW tidak mampu memberi hidayah kepada pakciknya, apalah lagi saya h4mba yang sangat h1na ini. Tidaklah saya mampu memberi hidayah kepada mak dan keluarga saya melainkan dengan izin Allah SWT.
Allah SWT tidak menilai bagaimana permulaan seseorang itu, tetapi bagaimana pengakhiran diri kita. Sama ada khusnul khatimah atau suul khatimah. Semoga Allah SWT memberikan hidayahnya kepada saya, puan Maisarah, suami – suami kami, ahli keluarga kami serta para pembaca sekalian. Amin ya Rabbal Alamin. Jazzakallah Khayr. – Meera (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rohaizah Abwahab : Jangan berhenti berdoa untuk keluarga especially mak ayah. Kita tak tau pengakhiran hidup kita macam mana. Kalau kita tak tau cara tegur ibu tak usah tegur nanti jatuh anak derh4ka.Kalau tahu cara yang hikmah takpe.
Abaikan makcik – makcik bawang tu. Bagi achik dah betul cara awak tu. Asalkan kita hormat keluarga mertua. Adik kena lah berakhlak yang tidak langsung menggambarkan keluarga adik. The shining example yang iman tak boleh diw4risi.
Nur Faliq : Jika puan terIampau meIindungi lelaki nanti suami tak boleh belajar erti hidup. Lama – lama puan sendiri akan penat dan letih. Biarkan dia menghadapinya dan bagi dia berfikir. Sebagai seorang ketua keluarga dia yang kena berusaha memperbaiki keadaan.
Shikin Ilyas : Cerita pasal mak or mertua pakai s3ksi – s3ksi ni, aku terbayang Zila Bakarin. Berapa ramai orang – orang yang menjuih bibir, menjeling dengan ekor, mengumpat tengok pemakaian dia dulu. Sekarang dia dah berubah, cakap semua yang elok – elok je.
D0sa dia yang dulu mungkin Allah dah ampunkan pun. Tapi orang – orang yang mengata dia dulu d0sanya masih tak terhapus tanpa minta maaf. Siapa yang lebih baik sekarang? So siapa pun orang tu hari ni, tak semestinya dia akan kekal begitu selamanya. don’t be a judgemental society.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.