
Isteri aku setiap hari minta makanan yang mewah – mewah. KFC, MCD, Subway, Texas Chicken, Western Food. Aku ikut je untuk gembirakan isteri. Sampailah satu hari, duit dalam akaun tinggal RM200 sedangkan gaji lagi 10 hari.
Assalamualaikum. Nama aku Hairiel atau orang panggil Riel. Aku terpanggil menulis di sini setelah berpuluh kali aku menangis mendengar kisah si sahabat baik aku. Bukan senang air mata lelaki mengalir. Sahabat aku bernama Fairuz.
Dia sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Luaran rumah tangga mereka nampak bahagia sehinggalah suatu hari, Fairuz mengajak aku keluar minum selepas Maghrib, hari Jumaat, awal tahun ni. Terlalu penting katanya.
Lepas Maghrib, aku pun tunggu di satu kedai mamak di Nilai. 30 minit lepas tu, Fairuz sampai dan terus memeIuk aku dan menangis. “Aku tak dapat tahan lagi Riel. Aku terp4ksa cari seseorang untuk luah masalah aku.” Teresak – esak Fairuz menangis.
Sedih bunyinya. “Kalau ye pun, duduk dulu Fairuz, malu aku, ramai ni. Apa cerita?” “Nah,” sambil Fairuz menghulurkan paparan skrin telefon terpamer nama isterinya, Faizah. Kau ceraikan aku. Kau dah tak sayangkan aku kan?
Ada kau bagi kesenangan kat aku? Menyusahkan aku lagi, adalah! Whatsapp isterinya, Faizah. Aku tergamam. “Pertama kali?” “Tak. Berpuluh kali, aku dah putvs asa..” Cerita terus dari mulut Fairuz. ‘Aku’ di sini ialah Fairuz.
Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Aku ingat lagi, masa mula berkahwin semuanya indah. Isteri aku cantik, lemah lembut. Mengujakan. Gembira mendapat isteri solehah. Syukur Ya Allah. Kegembiraan aku berganda apabila doktor mengumumkan isteri aku bunting pelamin.
Aku bahagia, walaupun aku bukanlah kerja senang. Kerja di pejabat elektronik bergaji lebih kurang 3K. Campur sikit – sikit elaun adalah 3500 keseluruhan. Masa ni, isteri aku masih taat, tapi dia agak berubah. Mengungkit nak itu ini.
Aku layankan dan manjakan isteri aku. Sebab aku sayang dia. Tambahan pula, dia mengandung. Aku rasa aku patut memberikan yang terbaik untuk dia, dan bakal anak aku. Maka, lahirlah zuriat sulung kami. Aku menatang bagai minyak yang penuh.
Syukur. Keadaan berjalan seperti biasa. Isteri aku pun bekerja semula dengan gaji lebih kurang dengan aku, tetapi di syarik4t lain. Selepas setahun, isteri aku hamil lagi. Aku gembira walaupun letih kerana terp4ksa bekerja lebih masa untuk menampung keperluan keluarga.
Aku rela. Aku buat macam – macam kerja. Balik petang, aku terus sambung buat kerja wiring orang – orang taman, wiring masjid dan tadika. Alhamdulillah. Rezeki dimudahkan. Tetapi, sem4kin banyak dan meIimpah rezeki aku, isteri aku jadi lain macam.
Meminta pelbagai makanan mewah – mewah. KFC, MCD, Subway, Texas Chicken, Western Food dan sebagainya. Sekali – sekala aku tak kisah, tapi ini boleh dik4takan hari – hari. Aku turut dan akur. Sampailah suatu hari, dalam akaun aku tinggal, RM 200 berbaki untuk menghabiskan 10 hari bulan tu sebelum gaji seterusnya.
Aku menangis keseorangan. Aku berdoa kepada Allah untuk memudahkan setelah aku meminta pinjam dari isteri aku, disindir mentah – mentah. “Abang patut rasa malu untuk meminjam dengan saya. Gaji sama, tapi abang habis dulu. Tak berhemah!” sinis isteri aku pedih.
Dia campak RM100 atas meja. Aku rendahkan eg0, capai duit tu. “Nanti abang bayar ye sayang.” “Tak payah. Jangan nak berjanji sangat. Nanti termakan janji. Memanjang susahkan saya.” Aku terpaku. Tu pertama kali, aku dih1na terang -terangan.
Aku menangis sambil mencuci n4jis anak sulung aku. Masa ni, isteri balik kerja, dia dah tak peduli dengan anak sulung aku. Katanya letih bekerja dan tugas suami, bukan tugas isteri. Aku sebak, tetapi aku cekalkan hati.
“Mungkin pembawakan budak, mengandung kali kedua.” Selepas anak kedua aku dilahirkan,keadaan sem4kin parah. Isteri aku m4kin berani. Dia rasa nak marah aku, kutuk aku, m4ki aku sesuka hati. Aku pun tak tahu perkataan apa selayaknya bagi aku.
Dayuskah? Tetapi aku sayang isteri aku dan anak – anak. Aku kuatkan semangat, bersabar dengan segala karenahnya. Kadang – kadang isteri aku call siap mengarahkan. “Abang, pinggan banyak dalam sink. Nanti kau basuh. Aku tak larat nak tidur. Jaga anak!”
Itu alasan isteri aku saban hari. Jaga anak. Susukan anak. Walhal, semua tugasan tu aku pikuI. Tugasan isteri aku cuma perah susu dan simpan dalam botol. Lepas tu, pandai – pandailah aku menguruskan anak – anak aku jika mereka lapar.
Dia tak peduli. Dia tidur dan main telefon pintar. Ada juga aku cuba nasihatkan. Tetapi disorongkannya video ustaz – ustaz terkenal di Malaysia. “Abang dengar ni!” ‘Tugas memasak, susukan anak, kerja rumah adalah tugasan suami.’
Aku terdiam. Aku sebak. Patah hati. Malam ni? Malam ni aku jumpa kau. Isteri aku sem4kin meIampau, Hairiel. Dia tuduh aku ada perempuan lain. Siap tuduh aku tidur dengan perempuan tu. Sump4h Hairiel. Aku tak pernah ada mana – mana perempuan.
Aku sayang dia je. Tapi ini yang aku dapat Hairiel. Berkali aku pindah kerja demi dia. Demi mendapatkan gaji yang tinggi. Sebab katanya, gaji aku ciput dan tidak menjamin kesenangan hidup kami sekeluarga. Aku turutkan dia Hairiel.
Aku dah tak tahan. Aku menangis sambil memeIuk Hairiel. Itu kisah Fairuz. Aku simpati. Aku juga tak semena – mena turut mengalirkan air mata mendengar cerita sedih si Fairuz sambil membaca kata – kata kesat sang isterinya. Sedih.
Aku tulis agar dapat meringankan bebanan kawan aku ni. Supaya anda semua dapat mendoakan kebahagiaan kawan saya dan keluarganya. Lupa nak bagitahu. Isteri Fairuz luarannya seorang yang lemah lembut, bertudung labuh, persisi perempuan melayu terakhir.
Tapi anda semua kena ingat, “PARAS LUARAN TAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA.”. Moga ada sinar. Ikhlas – Hairiel.
Komen Warganet :
Fazilah Natasha : Penat em0si kot, bukan senang nak pernah susu ye, nak buat stock, nampak senang tapi susah, pergi la dating ke apa, slow talk dengan isteri tanya ada apa – apa masalah ke. Kadang – kadang perempuan ni suka simpan dan pendam.
Pastu jadi macam ni la. Cuba tanya je elok – elok, tak pun peIuk je isteri tu selalu. Penat em0si mungkin. Dah setahun pastu pregnant lagi memang penat badan.
UYin Zurin : 1. Cuba minta kawan encik berbincang baik – baik dengan isteri dia. Dari hati ke hati. Mungkin ada yang isteri dia tak puas hati tapi dipendam. Apa yang tak puas hati dan apa yang dia nak. Dengar, bincang dan cari jalan penyelesaian dengan baik.
2. Mungkin juga meroyan sebab perubahan mend4dak sifat isteri kawan encik tu. 3. Cuba berubat cara perubatan Islam. Semoga semua akan baik – baik.
Azah Zamir : Isteri bekerja, gaji tinggi juga, mengandung lagi. Fikir positif je, mungkin hormon tak stabil. Perempuan ni lain sikit berbanding lelaki. Kadang – kadang masalah kat tempat kerja boleh jadi dia tak ada mood kat rumah juga.
Kalau lelaki mungkin boleh tahan lagi kot. Pasal tolong handle anak, tolong je, Sebab dia bekerja juga dengan ada baby lagi dalam perut, bagi relaks sikit. Macam suami bawa diri sendiri je. Jangan bagi dia str3ss nanti anak keluar tak cukup bulan.
Alia Mazidi : Oh dah banyak dah dengar lelaki kena tipu dengan perempuan tudung labuh dan bak perempuan Melayu terakhir ni. Pernah dengar ada seorang lelaki frust dengan perempuan melayu terakhir ni dia ceritakan pekung di d4da pasal perempuan yang dia sayang tu sebenarnya banyak mesej dengan lelaki.
Dan keluar berdua berjalan dengan lelaki berbeza dan akhirnya kahwin dengan lelaki yang kewangannya paling stabil. Aku tak pelik lah bini kawan ko tunjuk belang sebenar lepas kahwin. Tapi kena ingat, ramai juga lelaki buka belang sebenar lepas kahwin. Kahwin ni gambIe. Kawan ko kena sabar bertahun lamanya supaya dapat didik bini dengan betul. Ini takut bini itu lah jadinya!
Shizuka Shan : Bersyukurlah dapat suami yang sanggup membantu sekali uruskan hal rumah tangga. Tak semua suami sanggup tolong bini kot. Dah dapat pasangan yang elok buat per4ngai pulak ko kak. Heran aku. Tabah betul laki ko layan kerenah ko. Harap suami tabahlah. doa banyak – banyak semoga isteri berubah. Mungkin suaminya kene lebih tegas ke.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.