
Satu peristiwa yang aku tak kan lupa bila si dia terlibat dalam kemaIangan. 4 bulan dalam hospitaI dan 3 minggu di ICU, kali pertama aku jumpa dia, dia cakap dekat aku, ”Saya dah tak rasa kaki saya, wak.”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan terima kasih untuk pihak admin kerana menyiarkan penulisan aku ini. Aku Ana, berusia lewat 20-an dan penulisan aku ini, berkait rapat dengan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku sendiri.
Aku seorang yang jarang berkongsi permasalahan cinta dengan orang di sekeliling aku, mungkin aku takut untuk mendengar pendapat yang berbeza – beza dan takut diri sendiri dikelirukan dengan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling.
Kerana sebab itulah, aku mengambil pendekatan, dengar penjelasan untuk setiap permasalahan dan tidak pendam untuk setiap apa yang belaku dan seterusnya cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Tetapi penulisan aku kali ini, bukan untuk menceritakan tentang bagaimana cara aku hadapi permasalahan aku tetapi aku ingin bercerita mengenai seorang yang biarlah aku geIarnya sebagai S.
Mula perkenalan aku dengan S, adalah sebagai seorang penjual dan seorang pembeli. S merupakan seorang penjual untuk satu produk dan aku mengenalinya daripada situ. Pada permulaan perkenalan kami, adalah apabila S menunjukkan minat untuk mengenali aku dengan lebih dari sekadar seorang penjual kepada seorang pembeli.
Aku merasakan tidak menjadi kesalahan untuk mengenali S, kerana dia juga seperti aku, berusia di penghujung 20-an dan masih mencuba untuk mencari pasangan hidup. Aku memberanikan diri untuk meneruskan hubungan dengan S.
Salah satu perkara tentang S yang aku suka adalah, dia seorang yang jujur dan tidak bermuka – muka, sebagai contoh, jika perilaku aku pada S kurang menyenangkan dia akan memberitahu aku sendiri, kenapa bersikap begitu.
Sebagai contoh, apabila aku antara acuh tak acuh ketika membaIas whastapp nya atau apabila bercakap di telefon dengannya, kata S jangan pernah meremehkan perasaan acuh tak acuh, walaupun bagi aku, ianya perkara kecil.
Tetapi bagi S, kata – katanya yang masih aku ingat adalah, “Saya tak tahu fikiran awak macam mana, kalau saya salah tolong bagitahu saya”. Ya, aku mengaku kadang kala salah aku, kerana apabila aku pulang ke rumah, dengan perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa yang lama, membuatkan aku sendiri letih, dan kerana itulah, terkadang aku antara acuh tak acuh ketika S bertanya kepada aku.
Hari berganti hari, dan bulan berganti bulan, hubungan kami seperti pasangan yang lain, ada pasang surut. Tetapi satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan adalah di ketika mana S terlibat dengan kemaIangan jalan raya.
Waktu itu, aku terduduk kerana S disahkan mengaIami kecac4tan kekal pada anggota badan. Aku mendapat perkhabaran S, dari ibunya sendiri. Kakinya yang sebelum ini boleh melangkah, terhenti langkahannya setelah kemaIangan yang berlaku.
Hampir 4 bulan S di hospitaI dan dalam jangka masa tersebut 3 minggu S berada di Unit Rawatan Rapi. Aku tetap setia berada di sisi S dan aku pesan pada diri aku, yang aku tidak akan tinggalkan S setelah apa yang S alami. Setelah S sedar, perkara pertama yang keluar di mulutnya adalah, ”Saya dah tak rasa kaki saya wak”.
Allahuakbar sedihnya aku diketika itu untuk menerangkan apa yang telah berlaku kerana keced3raan S sangat serius sehingga dia lupa akan kejadian yang berlaku. Aku menenangkan S, sedaya upaya kerana bagi aku, aku ibaratkan jika aku di tempatnya, aku juga ingin dorongan dan kata – kata semangat bagi aku meneruskan kehidupan ini.
Setelah keluar hospitaI, ibunya berkata pada aku, adakah aku ingin meneruskan hubungan kami, jawab aku tanpa ragu – ragu adalah “iya”. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, setelah beberapa bulan S keluar dari hospitaI, dia seperti hilang punca, dan cepat marah – marah.
Aku faham, dan aku cuba untuk memujuknya dan berkata “awak, saya tahu bukan mudah, tetapi awak kuat, awak boleh hadapinya”, S hanya mengangguk ,dan tidak berkata apa – apa. Hari – hari S, sangat sukar kerana dirinya tidak biasa dengan keadaan dirinya yang sekarang, S harus menggunakan bag khas, yang disediakan oleh pihak hospitaI untuk membuang air kecil dan besar.
Dan disetiap kali, S seakan murung, aku akan tetap memberi kata – kata semangat dan tetap menemani setiap kali aku pulang kerja, sehingga ada ketika nya aku hampir kemaIangan, kerana terleka memikirkan S. Petang Rabu, S berkata ingin berjumpa dengan aku.
Aku tanpa memikirkan apa – apa menganggap ianya perkara biasa, mungkin S ingin aku membantu ibunya menyiapkan makanan kegemarannya, Tetapi sangkaan aku meleset, apabila dia sendiri berkata yang hubungan aku dan dia, ternoktah di sini.
S menerangkan yang dia tidak mungkin dapat membahagiakan aku, setelah apa yang berlaku pada dirinya. Aku seakan tidak percaya, dengan apa yang diungkapkan S, aku memujuk dan berkata padanya ,”awak kita boleh cuba, ikhtiar apa yang termampu”,
Diketika itu S memaling muka dan hanya berkata “awak boleh balik, saya dah tak mahu kita teruskan hubungan ini”, sambil menangis, perkataan itu S ungkap, aku turut menangis kerana tak terdaya untuk memujuk S lagi. Aku melihat kelibat ibu S, yang turut menyeka air matanya kerana tahu yang aku tak akan bertandang lagi ke rumahnya, kerana ibunya sendiri memberitahu aku, yang aku ringan tuIang.
Pandai ambil hatinya dan dia amat sayang pada aku, dan berharap agar aku menjadi menantunya. Itulah kali terakhir aku melihat S, dan keadaan diketika itu adalah keadaan yang seboleh – bolehnya tidak lagi aku mahu kenang dalam kehidupan aku yang sekarang.
Siapa tak sedih jika orang yang kita ikhlaskan untuk dihalalkan memilih untuk mengakhiri hubungan ini. Aku tidak menyalahkan S, dengan keputvsan yang S ambil, aku hanya mengganggap yang j0doh aku dengan S, telah ternoktah sampai di sini sahaja.
Untuk S, terima kasih kerana pernah hadir dalam kehidupan Ana, dan pernah membahagiakan walau, hubungan antara kita telah terhenti. Ana harap tiada lain melainkan bahagia untuk S, dan semoga cekal menghadapi hari – hari mendatang dengan kudrat yang masih tersisa. – Ana (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Iam Snheelis : Ada ofismate pangkat kakak bercerita kisahnya masa muda – muda dulu. Saya nihh jenis suka bercerita tanya macam – macam. Akhirnya dia terbuka cerita pasal bekas tunangnya. Bekas tunangnya samalah macam confessor.
Iumpuh disebabkn eksiden. Sayangnya pada tunang setiap kali habis bekerja mesti singgah tengok tunangnya. Ntah tak tau macam mana,. tunangnya minta putvs. Tunangnya dah berbincang dengan ibunya untuk melepaskan kakak nih demi masa depan kakak nih.
Meraung sedih kakak nihh. Last – last kahwin dengan orang lain. Walaupun sudah berkahwin, kakak nihh masih melawat tunangnya sambil ditemani suaminya. Nasib baik dapat suami yang memahami. Memang boleh dik4takn selalu melawat lah.
Sampaikn anak – anak kakak nihh dah besar pun. Kakak nihh masih melawat tunangnya. Satu hari tuh sebelum meninggaI, tunangnya cakap ‘kalaulah kita berkahwin, anak – anak kita mesti dah besar macam budak – budak nihh’ sambil tunjuk anak – anak kakak nihh.
Esoknya tunangnya meninggaI. Begitulah ceritanya.. hubungan tidak terputvs walaupun dah berkahwin beranak pinak. Semoga dapat jadi panduan kepada confessor. Jangan sesekali putvskn hubungan.
Amelia Rodzman : Beri S masa untuk adapt dengan kehidupan baru dia. Dia tak mahu jadi beban dan menyusahkan hidup kau. Beri peluang untuk dia berdikari so kalau ada j0doh di kemudian hari. Dia tidak berasa kecil berada di sisi kau.
Dia tak mahu kau berk0rban untuk dia. Peng0rbanan ni payah nak cakap. Kau boleh berk0rban dan buang semuanya, ke tepikan cita – cita sendiri semata – mata untuk orang yang kau sayang. Tapi akan terdetik dalam hati kau. What if.. Lagi teruk.
Bila cinta tu tak cukup untuk sustain peng0rbanan kau. You will slowly resenting him and blame him. Redha dan ikhlas itu ringan di Iidah tapi berat di bahu. Cinta ada banyak bentuk. Tak semestinya perlu bersama. Be a dear friend to him.
Support him. But at the same time, live your life too. His way of showing love to you is to set you free so you can live your life to the fullest instead of catering to him. You can prove your love by living a good life. Talk to him.
Don’t beg him to consider the relationship. He is going through the w0rst stage of his life. Don’t add to the burden by m4king him feel guiIty. Let him breathe. Percaya pada j0doh. Live your life.
Cik Puan Kembara : Akak tak tahu kec4catan kekal yang macam mana S hadapi tapi akak jumpa 1 pasangan ni. Yang lelaki pernah kemaIangan dan bedridden 5 tahun. Macam tak percaya bila akak tau cerita. N yes.. dia hampir pulih dan mereka melangsungkan perkahwinan musim PKP ni.
Bagi akak hebat sangat cinta diorang. Now yang husband tu dah boleh drive dan kerja macam biasa. Apapun moga dipermudahkan urusan both of you ye dik. Allah uji h4mbanya berdasarkan kemampuan kita. Update : adik ipar akak OKU fizikaI. Hidup normal dan bahagia dengan adik akak. Kerja pun macam biasa, drive macam biasa. Anak – anak comel dan bijak…!!
Zunnurain Hasanah : Kerana dia sayang awak dia melepaskan awak. Yakinlah bahawa dia nak tengok awak bahagia walaupun itu meny4kitkan kedua – dua pihak. Awak dan dia sama – sama boleh melalui noktah ini dengan baik.
Saya doakan yang terbaik untuk kalian walaupun bukan lafaz akad pengakhiran satu hubungan itu. Kita masih ada hak untuk bahagia dengan apa yang Allah berikan dalam hidup kita move forward!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.