Berbulan saya jaga suami dekat hospitaI sbb jatuh longkang. Akhirnya saya tahu punca dia jatuh yg memaIukan

Suami saya anak sulung, tempat emak mertua minta pertolongan. Setiap bulan suami akan bagi duit dekat keluarga mertua. Belum lagi bila adik – adik nak kahwin, suami kena sponsor. Sampai barang kemas saya digadai untuk tolong mertua. Satu hari pecah rahsia, selama ni suami bagi belanja RM50 sahaja..

#Foto sekadar hiasan. Bercerai bukan satu keputvsan mudah kepada seorang isteri. Terlalu banyak perkiraan harus difikirkan buruk dan baiknya, terp4ksa fikir perasaan ibu dan adik beradik, mertua dan ipar duai, dan paling payah menguruskan perasaan anak – anak.

Apakah mereka bersedia tinggal berjauhan daripada ayah mereka terutama kepada anak – anak yang masih kecil yang tidak faham tentang perceraian ibu bapa mereka. Kerana itu saya terp4ksa bersabar 3 tahun lamanya sebelum mengambil keputvsan meminta cerai daripada suami.

Yang memang ketika itu sudah tidak betah lagi tinggal bersama kami, hidupnya lebih banyak di luar berbanding bersama anak isteri. Walaupun suami saya, Farhan tidak tinggal bersama kekasihnya, tetapi, kalau balik rumah pun waktu tengah malam untuk apa kita bersuami lagi, jika pada nama sahaja ada suami?

Hinggakan nak jumpa anak hujung minggu pun payah, sentiasa ada program membohongi anak – anak, ada kerja luar, pergi memancing. Kalaupun ada waktu bersama anak waktu pagi untuk beberapa jam, masuk tengah hari dia hilang, malam baru balik.

Jadi kalau ada suami seperti ini bolehkah anda bersabar lagi? Saya mengaku saya takut bercerai pada awalnya, sebab saya takut pandangan masyarakat yang sering mencemuh wanita bertaraf janda, konon wanita yang bercerai kerana tak pandai layan suami, menguruskan suami dan macam – macam.

Itu perasaan b0doh saya, kerana itu saya bersabar. Saya perhatikan pandangan emak saya apakah emak dapat terima jika jadi janda. Apa pula pandangan adik beradik. Sem4kin lama saya bersabar saya rasa macam emak tahu keadaan hidup saya, yang saya cuba sembunyikan.

Ialah suami selalu balik lewat malam, nak jumpa mertua pun susah. Sibuk memanjang. Takkan kerja tak ada cuti langsung. Akhirnya saya terp4ksa beritahu emak saya nak minta cerai, dan ceritakan segala masalah saya.

Peliknya emak macam tak terk3jut. Tetapi emak nasihatkan kalau boleh perbaik hubungan kami suami isteri, sebab kalau bercerai bolehkah saya tanggung makan minum anak – anak, kerana kata emak biasanya lelaki lepas bercerai tak mahu bagi nafkah?

Duit memang jadi masalah besar, saya terp4ksa ceritakan duit saya banyak habis bantu suami ketika dia perIukan bantuan. Saya beritahu emak, suami banyak bantu ibunya di kampung. Bila emaknya minta duit sayalah tempat suami minta pinjam, janjinya akan ganti.

Sebagai contoh, lepas bantu adik – adik di kolej, suami bantu emaknya buat kenduri kahwin mereka, maklumlah dia anak sulung. Dialah tempat emaknya meminta nasihat dan bantuan. Walaupun saya tak banyak simpanan, tetapi mencukupi untuk bantu dia sebab saya ada simpan sebelum berkahwin lagi.

Habis duit simpanan, barang kemas pemberian emak jadi m4ngsa, habis suami masukkan pajak gadai demi bantu suami yang memerIukan. Janji suami, dia akan t3bus semula barang kemas saya bila ada duit. Begitu juga bila suami s4kit kakinya kena operate sebab jatuh dalam longkang, saya banyak guna duit sebab tambah bayaran untuk pengasuh jaga anak – anak siang malam.

Kerana saya terp4ksa tidur di hospitaI. Kerana tak ada lesen kereta saya terp4ksa naik teksi ke berulang alik dari hospitaI, ke rumah, ke pejabat dan ketika menjengok anak yang duduk dengan pengasuh. Pendek kata dalam masa beberapa bulan suami terlantar di hospitaI habis duit gaji saya gunakan, tak cukup pinjam kawan.

Sebab gaji saya bukan banyak sangat. Lebih sebulan suami di hospitaI dan terlantar di rumah saya terasa benar – benar ‘tersiksa dan terdesak’, rasanya meraka yang pernah merasa seperti apa yang saya rasakan sahaja yang tahu betapa susahnya hidup ketika itu.

Selepas beberapa bulan sembuh dan boleh bekerja semula saya rasa tentu dia akan berubah per4ngainya. Tetapi alangkah kecewanya bila saya perhatikan, suami tak berubah langsung, dia masih suka balik lewat malam.

Dengan pelbagai alasan dan sebagainya. Tetapi perumpamaan ada menyebutkan, ‘b4ngkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru,’ nak jadikan cerita akhirnya terbongkar rahsia suami, rupanya dia jatuh dalam longkang kerana melarikan diri dari rumah kekasihnya.

Kebetulan bekas suami wanita itu datang meng3jut sengaja nak per4ngkap bekas isterinya yang didakwa ada kekasih. Lelaki tu memang sengaja nak memaIukan bekas isterinya, sebab dia hendak tuntut 2 orang anaknya yang ada di bawah jagaan bekas isterinya.

Lebih teruk dia hendak bawa kes keburukan per4ngai isterinya ke mahkamah syariah sebab bila anak kembali kepada bekas suami, maka dia tidak perlu lagi bagi nafkah anak – anak, dan anak – anak tentu tidak suka kepada ibu yang buruk per4ngai.

Pada awalnya saya tak tahu cerita itu hinggalah seorang kawan lama satu sekolah yang kebetulan duduk dekat rumah kekasih gelap suami bercerita. Dia secara tidak langsung bercerita tentang peristiwa ‘gempar’ berlaku dekat rumahnya.

Tanpa dia mengetahui bahawa lelaki yang jatuh longkang itu adalah suami saya. Setelah bercerita panjang, dan saya bertanya lebih lanjut maka sahlah lelaki tersebut adalah Farhan. Terk3jut besar saya, sebab cerita suami jatuh longkang berbeza dengan apa yang kawan saya ceritakan.

Kerana ingin tahu lebih lanjut sebelum buat keputvsan, saya tanya Farhan di mana dan macam mana dia jatuh. Memang awalnya dia tak mahu cerita, tetapi setelah didesak sikit – sikit dia bercerita. Terbukti ceritanya kali ini berbeza dengan cerita dia dahulu.

Itu yang saya nak pastikan, apakah ceritanya sama atau berbeza. Sejak itu dalam diam saya perhatikan per4ngai dia lebih terperinci lagi. Satu hari bila saya hilang sabar dengan per4ngainya selalu balik malam, saya ceritakan bahawa sebenarnya saya tahu macam mana dia jatuh dalam longkang dan di mana.

Dia terk3jut tapi dia tetap nafikan cerita saya. Namun bila saya sebut nama kekasihnya, dia terus terdiam. Permintaan saya ketika itu hanyalah minta dia berubah jika dia masih sayangkan keluarganya. Jika tidak dia terp4ksa fikirkan apa yang patut dia lakukan untuk menjaga hati isteri dan anak – anaknya, sebab saya tak mahu lagi dia berbohong.

Dia berubah untuk seketika, tetapi kembali keadaan asalnya dan saya memang tidak boleh sabar lagi. Saya mula minta dia tebus kembali barang kemas saya yang dia gadaikan. Saya juga minta dia beri lebih duit belanja dapur yang selalu dia mengelak dengan alasan tak cukup duit dan nak beri pada emaknya.

Kerana tak puas hati juga saya tanya mertua berapa banyak suami beri pada emak setiap bulan dan tanya lagi siapa bantu keluar duit belanja buat kenduri kahwin. Oleh kerana pertanyaan saya kepada mertua secara biasa maka terkeluarlah cerita sebenar.

Suami saya hanya beri emak mertua kadang kala RM50 dan bukan setiap bulan. Untuk kenduri kahwin, adik beradik yang nak kahwin keluar belanja bukan suami! Sahlah saya tertipu selama ini. Ke mana perginya duit barang kemas saya yang suami gadaikan?

Ketika itu mula timbul pelbagai persoalan dalam minda saya. Selain terasa ditipu oleh suami sendiri, saya sedar memang tepat dia ada kekasih lagi. Tiga tahun lamanya saya bersabar dengan harapan suami akan berubah, rupanya tidak, sebaliknya dia lebih berani tinggalkan rumah sesuka hati, hinggakan duit belanja mkan untuk anak – anak dikurangkan tanpa alasan.

Hubungan kami sem4kin renggang dan dia tidak lagi ambil peduli masalah anak – anak. Dia sem4kin seronok hidupnya dengan kekasihnya. Rasanya bila ceritanya terbongkar dia jadi sem4kin berani kerana saya tak berani bertindak.

Kerana tidak tertahan dengan per4ngai itulah saya buat keputvsan minta cerai. Oleh kerana saya yang minta cerai, maka saya terp4ksa turun naik mahkamah jumpa pegawai sulh sedangkan dia tidak pernah ambil peduli. Apa lagi nak datang jumpa pegawai sulh.

Lebih teruk lagi dia balik rumah seperti biasa. Untuk lepaskan marahnya, dia langsung tak beri duit belanja makan. Kecuali beri 3 orang anak RM10 seorang seminggu untuk menarik perhatian anak – anak sayangkan dirinya.

Kerana terlalu marah, tindakan terakhir yang saya lakukan, saya tidak lagi sediakan makan minumnya pada hujung minggu. Kecuali masak untuk anak – anak. Saya tidak lagi cuci pakaiannya. Apa guna saya beri dia layanan istimewa sedangkan kami sudah lebih 3 tahun tidak bersama.

Saya rasa tentu pembaca faham. Oleh kerana saya selalu mendesak dia ke mahkamah syariah, akhirnya saya diceraikan di rumah setelah berlaku perbaIahan antara kami. Kalau dulu saya takut bergelar janda atau ibu tunggal kini tidak lagi.

Sebaliknya hati dan perasaan saya jadi lebih lapang walaupun nafkah masih bertangguh – tangguh. Saya berpendapat apa guna ada suami jika hati dan perasaanya lebih sayang serta mencintai orang lain. Jadi jika anak – anak merasa dia tersiksa kerana ibu bapanya bercerai, sebaliknya hidup ibunya yang bercerai lebih maIang lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.