Benarlah doa ibu mertua saya makbul, hidup saya sekarang makin susah kerana COVID

Ibu mertua selalu perIi suami sebab kahwin dengan saya bukan orang berada, tak dapat tumpang senang. Tak macam kakak dan adik ipar yang pandai pilih calon suami kaya. Tapi sekarang musim COVID semua terkesan sampai kakak dan adik ipar yang dibanggakan pun bercerai..

#Foto sekadar hiasan. Mungkin anda biasa dengar, zaman dahulu ramai ibu kalau nak kahwinkan anak tak kira lelaki atau perempuan, mereka akan pasang kaki, cari calon yang berkenan di hati dan sesuai pada kiraan mereka. Pendek kata mereka pilih menantu kerana keluarga mereka sendiri memang orang berpangkat, kaya lagi berharga.

Sebenarnya bukan zaman dahulu aja, zaman sekarang pun masih berlaku, tapi mereka pasang kaki, dalam masa sama mereka desak anak – anak cari pasangan yang terbaik. Contoh paling dekat ibu mentua saya. Bukan mengumpat, tetapi saya ingin menceritakan apa yang berlaku pada saya.

Sejak awal ibu mertua saya mem4ksa anak – anaknya baik lelaki ataupun perempuan cari pasangan orang berduit kalau hendak hidup senang. Sedangkan beliau sendiri bukan pun orang senang, apa lagi mewah, golongan biasa – biasa sahaja.

Tetapi katanya kalau kita tak senang, kita mesti pandai cari pokok rendang, supaya kita boleh bernaung di bawahnya. Jangan cari pokok tua dan kering, jangankan burung, monyet pun tak mahu singgah. Masalah kehidupan kami bermula sejak saya dikenalkan dengan ibu Iwan, ketika itu kami sudah berkawan rapat.

Iwan mahu saya jumpa dan berkenalan dengan ibu serta adik beradiknya. Walaupun awalnya saya rasa berat hati, tetapi bila Iwan mendesak saya terp4ksa ikut. Lagipun apa salahnya jumpa bakal mentua. Benda pertama yang ibu Iwan tanya adalah tentang latar belakang keluarga saya.

Beliau tanya ayah saya bekerja atau berniaga, ibu saya bekerja atau duduk rumah je. Saya kerja apa, lulusan universiti ke kolej, berapa orang adik beradik. Saya jawab dengan jujur. Apa nak bohong, memang ibu saya tak bekerja, ayah cuma pekerja biasa dengan sebuah syarikat swasta.

Riak muka dan gerak badan ibu Iwan tidak menggembirakan saya, terutama bila wajahnya bukan sahaja tak senyum, nak berbual panjang pun beliau tak minat. Lepas sejam saya balik. Saya tanya Iwan mesti ibunya tak suka saya, tapi kata Iwan bukan ibunya nak kahwin.

Tepat sekali, dua bulan kemudian Iwan beritahu saya ibunya tak berapa setuju kami berkahwin. Memang saya kecewa, tetapi siapalah saya nak p4ksa Iwan. Tapi Iwan tetap berkeras walau apa pun kata ibunya kami tetap akan berkahwin.

Lebih setahun kemudian kami berkahwin. Kata Iwan, dia terp4ksa ambil masa sebab dia perlu sediakan semua perbelanjaan perkahwinan, terutama bab hantaran. Emaknya tak mahu buat kenduri, kami tak kisah asalkan beliau restu perkahwinan kami.

Kata Iwan ibunya restu. Lepas dapat anak pertama, sedikit demi sedikit saya dapat baca per4ngai ibu Iwan. Beliau memang tak sukakan saya. Alasannya, saya bukan boleh menyenangkan hidup Iwan, sebaliknya saya akan lebih menyusahkan anaknya.

Puas saya mencari jawapan, tetapi gagal. Iwan tetap diam. Setelah dapat dua orang anak baru saya faham siapa ibu Iwan ini sebenarnya. Itupun apabila adik perempuan Iwan nak kahwin. Saya dan Iwan datang ke rumah ibu Iwan tengok – tengok apa yang boleh kami bantu.

Nak bantu wang ringgit, memang kami tak mampu, tetapi kalau dengan tenaga boleh juga kami dayakan. Ketika kami sampai memang tak ada pun adik beradik Iwan. Adik yang nak bertunang ini pun tak ada di rumah, kerja. Bertemu dengan emak Iwan memang menakutkan saya, sebab saya sedar apa juga saya cuba buat tak pernah menyenangkan hatinya.

Ada aja yang salah, kadang – kadang terdengar sindiran yang t4jam. Tapi demi Iwan saya pekakkan telinga. Tetapi hari itu barulah terungkai segala masalah. Apa yang saya tak jelas, tak faham dan tak kenal siapa ibu Iwan sebenarnya, hari itu semuanya jelas.

Di ruang tamu cuma ada Iwan dan duduk di kerusi ibu Iwan serta adik saud4ranya, mereka berbual. Iwan pula sibuk mengalih barang, kerusi meja ditolak ke tepi untuk bentang permaidani sebab di situlah nanti akan berlangsungnya majlis pertunangan Inna, adik Iwan.

Ketika itulah ibu Iwan ambil kesempatan melepaskan apa yang terpendam di lubuk hatinya kerana tak berkenan Iwan pilih saya jadi menantunya. Walaupun beliau berbual dengan adik saud4ranya, tetapi setiap patah perkataannya menyindir Iwan, paling tepat mengutuk saya.

Mentua saya puji bakal menantu barunya tinggi melangit. Katanya, Inna pandai cari suami, tak macam Iwan. Ketika itu saya di dapur. Malunya tak boleh nak cakap. Nasib waktu itu tak ada orang lain, walaupun suaranya tak berapa kuat, tetapi jelas pada pendengaran saya.

Perkataan ibu Iwan yang saya tak boleh lupa sampai sekarang, katanya; ‘Iwan degil tak makan nasihat, tak mahu dengar cakap emak. Aku dah nasihatkan, kalau nak cari bini, carilah orang yang kita boleh menumpang hidup, ‘cari pokok rendang’. Bukan cari pokok kayu tua dan kering yang akan menyusahkan hidup sepanjang hayat.’

Katanya lagi, ‘Tengok Inna pandai pilih laki. Tunang Inna bukan sahaja berpangkat, tapi mak bapaknya orang senang, dia pun berjawatan tinggi, jadi dia tidaklah menyusahkan hidup Inna. Dan kalau susah pun, dia ada mak bapak boleh bantu, tak macam Iwan pilih bini bukan sahaja keluarga susah, kerja pun entah apa. Adik beradik ramai, kalau susah pada sapa nak minta tolong. Tak macam Inna bakal mentuanya orang senang.’

Saya tak tahu apa maksud dan tujuan ibu Iwan memperkecilkan saya depan adik saud4ranya. Dan depan Iwan sendiri. Adakah dia nak sindir saya? Kami dah ada dua orang anak. Atau dia nak Iwan cari isteri lain yang kaya raya. Apakah beliau sanggup kami bercerai berai, tak terfikir ke nasib dua orang cucunya hidup tak tentu haluan nanti?

Ya Allah sedihnya apa nasib anak – anak saya jika kata kata ibu Iwan ini menjadi kenyataan. Ibu Iwan kata, ‘Iwan pilih bini tak pakai mata, tak tengok siapa keluarganya. Orang kaya ke, senang ke atau pegawai tinggi kerajaan yang dia boleh menumpang. Si Iwan ni memang degil, pilih bini ikut suka hati. Penat aku nasihat dia tak peduli, besok kalau kau susah, jangan jumpa aku.’ Keras amaran ibu Iwan.

Kata ibu Iwan lagi, ‘Sekarang ni bolehlah kau ranggi cakap hidup tak susah, sebab anak baru dua, masih kecik – kecik. Nanti bila anak bertambah, baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah, mana kau nak sediakan makan pakainya, sekolah semua nak duit, waktu itu baru kau tahu nasib.’

Sepanjang Iwan dimarah dan disindir, Iwan tak menjawab. Saya kira ini bukan kali pertama Iwan kena sembur, tentu dah banyak kali, sebab itu Iwan tak ambil peduli. Dia diam dan terus buat kerja. Sabarnya Iwan. Tapi sampai bila dia mesti sabar, saya takut suatu hari nanti bila susah, mungkin Iwan terikut nasihat emaknya.

Saya takut nak fikirkan waktu itu. Saya hanya menangis. Sungguh tak sangka tergamak ibu Iwan mengutuk saya. Saya bukan baru berkahwin, sudah lebih enam tahun ketika itu, tetapi ibu Iwan tetap tak puas hati kerana Iwan kahwin dengan orang miskin macam saya.

Sampai di rumah saya tanya Iwan mengapa dia tak berterus terang dengan saya tentang sikap ibunya. Kalau saya tahu begini per4ngai ibunya, mungkin saya tak jadi kahwin. Iwan diam saja dan suruh saya lupakan. Mana boleh? Sejak itu saya mula menjarakkan diri daripada hadir ke rumah mentua.

Iwan pun sama. Nak jadikan cerita, bila anak m4kin besar, belanja hidup sem4kin meningkat, Iwan suruh saya berhenti kerja sebab gaji saya bukan banyak sangat, sedangkan upah pengasuh anak memang tinggi. Tak pulang modal.

Saya berhenti kerja empat tahun lalu. Mulanya memang saya tak mahu berhenti sebab saya tahu lagi banyak umpat k3ji ibu Iwan nanti, sebab saya tak bekerja dan semestinya saya menyusahkan hidup Iwan yang tak bergaji besar itu.

Kata Iwan, kami mesti belajar berjimat. Itu cerita 4 tahun lalu, tetapi masalahnya sekarang dengan keadaan negara yang diser4ng Covid-19, kehidupan kami turut terjejas dan terasa sempitnya. Tambahan pulak Iwan kerja tak menentu.

Kesempitan hidup sem4kin terasa. Betul juga doa ibu Iwan, hidup kami akan susah. Tetapi saya tak boleh berdiam diri, saya mesti berusaha. Saya berniaga depan rumah. Bukan depan rumah saya, sebab saya duduk flat. Tapi depan rumah emak saya.

Saya buka meja kecil berniaga nasi lemak dan ambil tempahan buat kuih bersama emak saya. Memang tak banyak untung, tapi lepaslah makan kami anak beranak bersama emak ayah saya. Hidup kami tak senang, tapi masih dapat makan.

Kadang kala bila sendirian saya terfikir inilah pembaIasannya bila kahwin tak dapat restu ibu, macam hidup kami sekarang, memang susah. Tak tahulah sampai bila Allah hendak uji kesabaran kami suami isteri. Kalau ibu Iwan tahu kehidupan kami yang serba susah sekarang, tentu lebih teruk Iwan disindir.

Saya tahu Iwan akan pekakkan telinga, tetapi sampai bila dia boleh bersabar. Sebenarnya memang semua ibu mahu anak anaknya hidup senang. Sama seperti semua ibu mahu anak – anaknya pandai belajar. Kalau boleh semua anaknya masuk Universiti, dan keluar nanti boleh menjawat jawatan tinggi.

Tetapi itu bukan urusan kita, semua ketentuan Allah juga. Allah menentukah segalanya sama seperti menguji hidup kita. Macam nasib kakak sulung Iwan, dulu kerja kerani kilang sahaja, tapi dapat suami berpangkat dan hidupnya memang senang, dan menjadi kebanggan ibu Iwan.

Mereka ada kereta besar, rumah besar dan anak – anak terlihat mewah bila berpakaian. Begitu juga nasib abang Iwan. Asalnya kerja ikut taukeh Cina baiki aircond, tapi nasibnya baik dia dapat kahwin dengan pegawai kerajaan, dan kemudian isterinya bantu dia buka kedai kecik baiki aircond, dengan dua orang pekerja.

Kira memang berjayalah. Mereka memang ikut nasihat ibu mereka cari ‘pokok rendang’ untuk bernaung. Mereka tahu tahap kemampuan mereka, sebab itu mereka cari suami dan isteri yang berpangkat. Paling tidak mereka boleh tumpang hidup senang.

Tak macam Iwan pilih saya yang tak berpelajaran tinggi dan jauh daripada berpangkat. Jadi tak hairanlah kalau ibu Iwan sentiasa memuji anak – anaknya yang hidup senang kerana ikut nasihatnya. Tapi, Allah lebih tahu, baru – baru ini saya dengar berita kurang baik, Inna bercerai setelah dapat dua anak.

Saya tak tahu puncanya. Lebih meng3jutkan, kakak Iwan balik duduk rumah ibu Iwan setelah bercerai, dan rumah mereka kena lelong. Mulanya, kakak Iwan masih bekerja, tetapi akhir tahun lepas syarikat tempat dia bekerja tutup.

Mereka tak ada tempat lain untuk berIindung selain kembali duduk bersama ibu Iwan bersama tiga orang anaknya yang sedang meningkat remaja. Saya boleh bayangkan betapa sesaknya fikiran ibu Iwan sekarang bila menghadapi dugaan tersebut.

Siapa tak pening, anak yang jadi kebanggaannya kini hilang segala – galanya. Sekarang beliau terp4ksa tanggung tiga orang cucu yang meningkat remaja. Bukan mudah mendidik anak – anak yang sudah terbiasa hidup mewah, kini semuanya bertukar.

Selain kakak Iwan duduk menumpang, kerana rumah dah kena lelong, Inna pun balik duduk dengan ibunya bersama dua orang anak yang masih kecil. Zaman Covid-19 ini memang ramai yang bermasalah mencari kehidupan, termasuk Iwan sendiri.

Walau apa pun, saya tak berani melangkah ke rumah ibu Iwan. Pertama, saya takut ditempelak kerana terp4ksa berniaga nak cari duit. Dulu ada kerja berhenti. Kedua, memang benar hidup kami sekarang susah, sama seperti yang diramal oleh ibu Iwan dulu.

Saya tak mahu jumpa ibu Iwan takut kena sindir dan diumpat k3ji lagi. Cukuplah dengan apa yang saya lalui sekarang. Doa saya agar Iwan terus bekerja, walaupun pendapatan bulanannya tidak seperti dulu, kerana kerja tak cukup sebulan.

Harapan saya juga agar Iwan tak berubah hati terhadap saya dan sanggup hidup dalam serba susah sekarang. Tentang masalah yang meIanda rumah ibu Iwan sekarang, biarlah beliau rasakan sendiri, sebab kita boleh merancang, Allah menentukan. Sindiran ibu Iwan lebih sakit daripada ser4ngan Covid-19 sekarang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.