Belum dapat duit KWSP 10k, mak aku dah sibuk suruh belikan kereta baru. Tapi aku ibu tunggal

Aku ada sebuah kereta tapi itu pun untuk kegunaan keluarga aku. Baru – baru ni ibu bagitahu kereta tu dah uzur dan suruh aku beli kereta lain, tambahan dapat duit KWSP. Sedangkan kereta lama masih ada bak pinjaman dan aku tak mampu. Bila aku terangkan, ibu melenting..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, salam Syawal untuk semua. Mesti ramai dekat sini yang seronok sangat dapat beraya tambah lagi bila dapat keluarkan duit KWSP 10k kan. Sana – sini dekat FB semua bercerita tentang peranncangan nak guna KWSP 10k one-off.

Ada yang nak bayar hutang komitmen, nak buat belanja raya, nak beli barang kereta, rumah, invest saham, emas dan sebagainya. Aku mohon jugak. Aku rancang nak beli kereta sebenarnya. Untuk pengetahuan korang, aku single mom anak 3.

Baru – baru ni aku dapat tawaran kerja yang memerIukan aku travel sejauh 20km dari rumah. Aku tak boleh lepaskan peluang pekerjaan ini kerana gaji dan benefit agak bagus menurut aku. InsyaAllah, aku akan masuk kerja selepas Raya nanti.

Keluarga aku tinggal berdekatan tapi masing – masing punya hal sendiri. Aku juga kurang meluangkan masa bersama – sama keluarga kerana sibuk menguruskan anak – anak dengan sekolah dan tuisyen. Walau bagaimanapun, kami masih berhubung melalui Whatsapp.

Kelmarin, ibu bertanya kepadaku, kalau aku boleh apply loan kereta untuk menggantikan kereta lama aku. Kereta lama aku, aku berikan kepada keluarga untuk kegunaan mereka terutamanya adik bongsu aku yang perIukan kend3raan untuk ke kelas pengajian.

Loan masih berbaki kira – kira setahun. Tapi memandangkan scoring aku tidak cantik, maka aku tidak dapat membeli kereta melalui loan bank. Desakan ibu untuk aku gantikan kereta itu membuatkan aku jadi tertekan.

Kereta lama masih berbaki loan dan cuma aku yang menanggung bayaran bulanan, belum termasuk roadtax insurance dan bayaran setiap kali service. Kadang – kadang aku sendiri bersesak, tapi aku sediakan juga demi keselesaan keluarga.

Ibu kata kereta lama aku dah terlalu uzur. Usianya baru 11 tahun tapi bagi ibu terlalu uzur. Mana taknya, kereta yang aku jaga rapi, di tangan mereka habis lunyai. Kos baiki juga pernah menelan belanja yang banyak sedangkan aku berhempas pulas menghimpun duit ringgit itu untuk simpanan aku dan juga anak – anak.

Bila aku tegaskan pada ibu yang aku tidak mampu untuk tambah komitmen, ibu bising – bising. Aku terp4ksa menjawab bahawa aku juga punya keluarga dan aku cuma keseorangan membesar ketiga – tiga puteriku. Bekas suami aku langsung tidak hiraukan kami, apatah lagi nak bagi nafkah untuk anak – anak.

Ibu melenting. Dia bercerita pula pasca perpisahan aku dengan suami yang mana keluarga aku menanggung perbelanjaan kami sementara aku mencari pekerjaan. Ye, aku sedar aku telah menyusahkan keluarga. Tapi aku memang tidak mampu untuk menambah komitmen yang sedia ada.

Ibu, gaji aku cukup – cukup makan untuk kami dan kita sekeluarga. Sederhana itu kemampuanku. Aku tetap berdoa agar ibu memahami dan tidak lagi mendesak. Kalian lihat ya. Kalau scoring tak cun, mana mungkin bank akan beri loan kepada anda.

Jadi, pilihan aku cuma beli kereta cash yang sesuai budget, loan credit seperti aeon, elk desa atau loan kedai yang mana loan credit atau kedai sangat tidak berbaloi dengan interest yang terlalu tinggi. Aku berasa sangat tidak berguna kerana tidak mampu memberikan ibu kereta baru dan tidak mampu sediakan kend3raan untuk aku dan anak – anak.

Aku tak suka menghampakan ibu tapi aku sendiri tiada daya. Adik beradik pula berper4ngai pentingkan diri. Aku bukan bergaji tinggi. Aku selalu minta mereka ‘bantu’ aku maIangnya bagi mereka, I have nobody to look after. Aku tiada pasangan hidup maka aku patut ‘berk0rban’.

Bercakap dengan adik beradik sendiri umpama bercakap dengan manusia yang tiada pertalian d4rah dan berhati k3jam. Aku benci mereka sangat – sangat! Memikirkan pekerjaan baharu itu cuma secara lantikan kontrak, aku sudah tentu tidak berani untuk menambah hutang.

Aku sudah merasa peritnya tidak mampu bayar selepas diberhentikan kerja pada tahun 2019. Aku memang nekad, aku perlu berkeras dengan ibu, dan gunakan wang KWSP untuk beli kend3raan secara cash bagi kegunaan aku dan anak – anak.

Memandangkan bajet cuma kurang 10k, kalian yang ada pengalaman mohon kongsi pendapat kend3raan apa yang sesuai, budget 8k-9k? Saga BLM atau Waja? Menurut aku yang zero knowledge tentang kend3raan aku cuma menilai baik buruk kend3raan melalui luarannya.

Nampak cantik, bersih aku kira bagus. Pening kepala memikirkan masalah. Ini baru satu. Masalah kehidupan, masalah tuntutan hadhanah, nafkah anak – anak. Semua berselirat di kepala otak sampaikan bila aku tidur, aku masih terasa otak aku tengah proses segala masalah dan aku benci benda tu. Aku benci diri aku sendiri yang tak mampu. – Siska Sumanto (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Junaida Abdul Jalal : Inilah masanya untuk puan TT bersikap pentingkan diri. Utamakan diri sendiri dan anak – anak puan dahulu. Kita fikir satu perkara je. Tanya diri secara jujur “kalau aku jatuh bankrup sebab tak bayar hutang bank, ada tak mak atau adik beradik yang akan datang tolong selesaikan hutang tu?”

Kalau jawapannya jelas dan nyata “Tidak” maka jangan dilayan permintaan mereka. Fitrah wanita memang akan selalu berk0rban demi orang lain, khasnya anak – anak dan juga ibubapa. Umpama lilin yang membakar diri. Namun ada hadnya yang kita sendiri kena kuat untuk berkata “enough is enough!”

Rita Manuela : Tak faham betul jenis ibu bapa yang suka susahkan anak ni. Sepatutnya bantu la anak yang dah jadi ibu tunggal tu. Tolonglah ada rasa belas kat anak cucu tu. Dah tau anak tu pun bersusuah payah untuk hidup dia.

Saya ni jenis kesian sangat kat anak. Apa – apa yang anak tak cukup, saya akan cuba sedaya upaya untuk cukupkan. Dan selagi saya boleh buat sendiri, saya akan buat sendiri. Tak perlu susahkan anak – anak. Anak – anak bukan tempat untuk kita mintak baIasan. Kita beri mereka makan pakai, pendidikan, besarkan mereka dulu kerana itu tanggungjawab kita sebagai ibubapa.

Marini Marissa : Adik pi pengajian pun pakai kereta ke? Suruh naik beskal dah la. Pi dok asrama, beli beskal suruh kayuh pi kelas. Dulu saya buat gitu je. Puan amik balik kereta lama tu, baiki mana perlu. Jadi tak perlu guna duit KWSP tu, simpan lebihan duit rm10k tu untuk kec3masan.

Puan perempuan, ibu tunggal pulak tu. Anak pun kecik tak boleh nak bantu. Mak puan kalau nak melebih – lebih kata kat dia, dia ada anak – anak lain boleh bantu. Bagi je berapa termampu dari segi cash pada mak puan setiap bulan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.