Bekas kekasih kahwin dgn lelaki lain, tapi lepas kahwin dia pinjam duit saya beribu sebab dapat laki pemalas

Saya luahkan perasaan pada dia, tapi setiap kali tu ada je alasan dia bagi. Satu alasan dia bagi sebab saya ni terIampau baik. Alih – alih dia kahwin dengan lelaki lain dan sekarang tiba – tiba dia mesej lain macam. Paling buat saya marah, dia tanya nak tak kahwin dengan dia lepas dia cerai? Ini yang saya baIas..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum, mohon admin siarkan luahan saya ni walaupun nampak mengkritik kaum wanita. Saya jujur tak faham kenapa ramai perempuan zaman sekarang kahwin atau pilih lelaki yang diri sendiri menyesal bila nikah sebab tak bertanggungjawap, miang dan lain – lain sedangkan itu lelaki yang diri sendiri sayang dan nikahi.

Ada kes yang sampai dimadukan tahu pula menyesal pilih. Buat pengetahuan semua saya sendiri pernah dikhi4nati oleh bekas kekasih sebab dia mencari lelaki yang kurang serius dan tak sebut soal yang boleh buatkan dia rasa rimas, seperti perkahwinan dan tanggungjawab.

Lima tahun saya dengan dia terputvs juga sebab ada orang ketiga. Masa tu dia masih lagi belajar di sebuah Universiti dalam negara, umur kami masa tu lebih kurang 20 tahun, iya, masih muda. Dia nikah dengan lelaki tu lepas dia habis belajar, umur 23 tahun.

Sekarang dia dah berumur 26 tahun, dah cerai dua tahun lepas semasa umur 24 tahun, bertahan cuma setahun, tiada anak. Sebab bercerai, suami malas bekerja dan tak bertanggungjawab. Selepas saya kecewa dengan bekas kekasih saya, saya berkenalan dengan seorang perempuan yang saya kira agak baik, rapat dengan saya.

Tapi bila saya luahan perasaan saya, dia cakap dia tak nak fikir lagi, tak sedia. Tapi hari – hari dia mengadu cakap rasa sunyi, nak ada suami, nak nikah awal. Masa tu 2 tahun selepas saya putvs dengan kekasih, umur 22 tahun.

Setiap kali saya luahkan, dia tetap kata tak sedia, alasannya saya terlalu baik. Masa saya umur 23 tahun, tahun yang sama bekas kekasih saya nikah, dia pun bernikah dengan orang yang baru dia kenal. Katanya nak cinta lepas nikah.

Sekarang umur dia 25 tahun, saya 26 tahun dan dia dalam procedur fasakh sebab suami madukan dia, anak seorang. Bekas kekasih saya dan perempuan yang saya suka, dua – dua saya masih berhubung tapi cuma sekadar kawan.

Saya sendiri jarang berbaIas mesej sebab saya sangat sibuk. Bekas kekasih saya selalu minta pinjamkan wang sebab kesempitan, saya sendiri dah tak tahu berapa ribu. Perempuan yang saya suka, baru – baru ni kerap mesej saya, bunyi mesej pun lain, seakan nak memik4t, memang kurang selesa.

Dua minggu lepas dia ajak saya jumpa, itulah pertama kali kami jumpa selepas dia nikah, dia bawa anak dia, comel. Mulanya cuma bercakap hal biasa, sembang pasal masa lepas, sepanjang perbualan saya dukung dan layankan saja anak dia.

Sampai tiba – tiba dia masuk topik cerita masalah rumah tangga dia, dimadukan, tuntutan fasakh dia. Dia cakap dengan saya, dia salah buat pilihan. Dia tanya boleh tak kami nikah lepas dia tamat tempoh iddah. Pertanyaan dia sangat membuatkan saya s4kit hati, terus saya offer hantar dia balik, dalam perjalan saya diam saja.

Semasa confession ini ditulis saya adalah penganggur yang sudah dua minggu meletakkan jawatan sebagai COO di sebuah syarik4t teknologi yang saya mulakan sendiri bersama dengan partner saya seorang lelaki berbangsa cina dari Singapore.

Semasa saya nyatakan keputvsan saya, partner saya cuma cakap “Dont worry I will take care of everything” dia cuma pandang saya tanpa bertanya apa – apa. Saya bersyukur saya mendapat seorang business partner yang sangat cool dan sentiasa memahami.

Dia lebih tua dari saya, beza umur hampir 20 tahun, mungkin lebih matang. Jujur saya katakan saya ingat saya sudah lupakan semua, bukan saya masih rasa sayang tapi rasa marah kenapa dari dulu dia tak pilih saya? Kenapa bila saya dah ada semua, baru dia datang?

Itupun selepas dia sendiri salah pilih lelaki. Bekas kekasih saya sendiri pun sama, semasa dia mula bercerai, saya pinjamkan salah sebuah rumah saya sebab dia malu nak balik rumah mak ayah. Dulu dia tinggalkan saya untuk lelaki lain tapi lepas nikah tak berhenti minta duit sebab lelaki kaki gaming dan pemalas.

Duit bukan satu masalah bagi saya tapi bila saya mula teringat balik semua saya dah mula rasa marah dengan sikap perempuan, saya dah tak boleh buat pertimbangan yang baik. Ada staff perempuan cuba bergurau dengan saya terus saya hilang mood, jadi marah.

Saya terp4ksa letak jawatan takut nanti prestasi syarik4t terganggu. Saya tak nak h4ncurkan syarik4t yang saya dan partners susah payah bina. Saya bukanlah orang yang suka keluar berjalan, saya jenis yang intr0vert, pendiam, suka rumah dan pejabat saja.

Tapi sekarang saya cuba nak dapatkan ketenangan, saya nak keluar travel dunia, saya banyak membaca log traveller sepanjang saya berkurung dalam rumah dan saya banyak baca confession dalam page ini bila bosan, saya harapkan saya jumpa sesuatu dalam perjalanan saya.

Seumur hidup saya tak pernah saya keluar dari negara ni, urusan pelaburan luar negara biasanya akan diuruskan oleh partner saya atau eksekutif lain, ataupun wakil pelabur sendiri datang ke sini. Saya tak ramai kawan selain contact business.

Sejak kecil saya selalu dipanggil anti sosiaI, membosankan, skema dan lain – lain. Sejak kecil, saya jarang keluar rumah, kebanyakan masa saya habiskan dengan komputer dari zaman sekolah hinggalah ke universiti dan kerja, tapi inilah langkah saya untuk lihat dunia.

Pesanan saya kepada wanita, anda yang buat pilihan, anda sendiri yang sukakan lelaki gaya bad boys dan banyak menolak lelaki yang anda rasa skema dan nerd. Bila anda dimadukan, diceraikan tak perlu datang kepada lelaki yang awak tolak dan cakap salah buat penilaian.

“AWAK TAK ADA MASA SAYA SUSAH JANGAN DATANG BILA SAYA SENANG, JAGA PERASAAN ORANG LAIN!” Kepada yang dimadukan, nak cerai suami malas tak bertanggungjawab atau apa saja, pasangan anda yang anda pilih, jadi selesaikan cara baik.

Sesi kaunseling pun banyak di pejabat agama, jangan cari ketenangan dengan libatkan orang ketiga dalam rumah tangga awak, nak nikah kena guna akal bukan nafsu. – Lukman

Komen Warganet :

Man Eman : Perempuan. Alasan diorang boleh bagi macam – macam. Keliru dengan perasaan sendiri lah, tak percaya dengan lelaki lah, lelaki semua samalah, kite kawan dulu, ade j0doh adelaa. 1001 alasan untuk tunjukkan diorang tak bersalah. Macam mana pon lelaki jugak akan disalahkan.

Mohd Syawal Zulkifli : Bro.. u win bro. Jangan kawan dengan perempuan macam tu. Tu jenis takbertanggungjawab. Nak main – main jer. Senang cite otak gagal berfungsi. Tak tahu menghargai. Aku faham perasaan ko tu. haihh..

Nur Athirah Ahmad Rosdi : First of all, tahniah sebab tak jadi typical lelaki. Susah nak cari orang macam bro sekarang. Second, aku salut kau. Betul apa yang kau cakap, sebab as a perempuan, aku pun tak paham why these woman prefer lelaki yang jenis bad-boy, nak hensem tApi jenis hidup duit pama, keje malas tapi reti bergaya.

Bagi aku jenis ni reti nak tengok bende cantik depan mata. Tak reti nak tengok belakang tu cantik ke tak. Third, aku nak tanya, perlu ke nak mention apa kau ada lepas kau kene tinggal kat ex kau. Rasanya bleh je kot cakap, kau dah berjaya sikit, dan lebih dari apa yang kau ada dulu. Umur 26 dah jadi COO. Ok good.

Azuarina Syakila : Semoga kuat saud4ra. Betul susah nak dapat apa yang kita nak dalam dunia sekarang. Semoga terus tabah, semoga terus redha. Kunci akhirnya adalah back to basic. Doa minta pada Pencipta semoga dimudahkan apa yang sukar dan dijauhkan dari yang lalai. Aamiin. Kipidap brotha. Semoga dipermudahkan urusan setiap daripada kita.

Zuraida Ismail : Salah satu kesilapan kamu adalah melayan 2 perempuan setelah mereka dis4kiti oleh kedua suami masing – masing. Jangan terlebih melayan takut hati kelak m4kin mer4na. Ada je perempuan yang baik tapi kamu kena yakin pada Allah.

Mungkin kamu akan jumpa kelak. Jangan terburu – buru. Banyakkn berdoa dan istkhrah. Jawapan itu pasti ada. Salah satu untuk mengurangkn rasa s4kit yang kamu rasa, tinggalkan lah benda yang sepatutnya bukan milik kamu.

Hiduplah dengan keadaan sekeliling, belajar menerima tentang takdir Allah tetapkan dan jangan salahkan perempuan sebab kelak bila betul – betul kamu jumpa perempuan yang jauh lebih baik kamu pasti sedar yang tak semua perempuan itu tak baik. Banyakkan berdoa pada Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.