Bekas isteri tak bagi aku jumpa anak lepas kahwin, aku terus tak bagi nafkah anak sebagai pengajaran

Aku dengan bekas isteri ada 3 orang anak, kami bercerai pun sebab isteri yang tuntut nafkah ketika bisnes aku lingkup kena tipu. Dia kata aku tak mampu bagi nafkah kat dia. Tapi lepas aku kahwin lain, keluarga aku sibuk suruh aku kahwin balik dengan bekas isteri, jadi bini kedua..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Aku ada masalah sikit dengan isteri dan bekas isteri aku. Mohon pendapat warga dalam ni. Dengan bekas isteri aku ada 3 orang anak. Kami bercerai sebab dia yang tuntut fasakh masa bisnes aku lingkup dan tak mampu nak bagi nafkah bulanan kat dia.

Tapi perbelanjaan lain semua aku tanggung cuma nafkah peribadi untuk simpanan dia tu aku tak mampu bagi sebab bisnes aku kena tipu masa tu. Dia cakap dia tak sanggup hidup dengan aku sebab tu dia tuntut fasakh.

Aku redha walaupun hati ni memang sayang kat dia. Siapa yang tak sayang bini kan. 3 bulan lepas aku bercerai dengan dia aku jumpa dengan isteri aku sekarang ni. Dia yang banyak tolong aku dari segi kewangan dan kata – kata semangat.

Keluarga dia baik dengan aku sampaikan mak dia bagi pinjam modal untuk aku bangunkan bisnes aku balik. Alhamdulillah bisnes aku dah sem4kin maju. Lepas tu aku ajak dia kahwin. Mula – mula dia berat nak terima sebab aku duda kan, selama ni dia anggap aku kawan jer.

Tapi lama kelamaan dia dapat terima aku. Pernikahan aku dengan dia cukup simple, hanya akad nikah sahaja tanpa ada sanding – sanding walaupun ni perkahwinan dia yang pertama. Bermula lah hidup kami sebagai suami isteri.

Kami bahagia min dan tiba masanya aku nak kenalkan dia dengan anak – anak aku. Masa kami nak pergi ambik anak, bekas isteri aku tak bagi. Keluarga dia haIau kami dengan p4rang. Katanya tak nak bagi anak – anak duduk dengan mak tiri.

Start dari tu muncul lah babak – babak keluarga aku semua mula benci kat isteri, padahal sebelum ni diorang ok jer. Rupa – rupanya bekas isteri aku cakap kat keluarga aku, dia punca kami bercerai sedangkan masa tu dia tak wujud pun lagi.

Keluarga aku benci sangat – sangat kat dia sampaikan aku ambik keputvsan untuk tak balik kampung aku. Aku tak nak isteri aku sedih. Nafkah anak aku tak bagi, sebagai pengajaran untuk bekas isteri aku sebab tak bagi aku jumpa anak.

6 bulan lepas tu baru dia bagi aku ambil anak setelah puas g4duh. Aku tengok isteri aku layan anak – anak aku dengan baik. Ke mana dia pergi anak aku akan ikut. Dibelinya macam – macam untuk budak – budak tu. Sampaikan anak – anak kalau datang rumah aku, dorang tak nak balik.

Sekarang ni kami dah ada seorang puteri bersama. Tapi dia masih layan anak – anak aku sama rata takde nampak pilih – pilih kasih. Apa yang dia beli untuk anak kami, dia akan beli jugak untuk anak aku. Walaupun dia tahu, ibu diorang akan bakar barang – barang yang dia beli tu.

Ni anak aku yang sulung cerita kat aku. Tiap kali anak – anak bawak balik barang yang isteri aku beli, ibu dorang akan b4kar ataupun buang. Macam – macam bekas isteri panggil kat isteri aku depan anak – anak. Lembu, ibu monyet, perempuan giIa.

Tapi depan aku dia tak berani panggil macam tu. Aku pernah nak jumpa bekas isteri selesaikan pasal ni tapi isteri aku halang. Dia takut kalau g4duh nanti bekas isteri tak bagi kami ambik anak – anak lagi. Kesian kat anak katanya.

Telinga aku ni dah s4kit dengar cerita dari anak – anak apa yang ibu diorang duk burukkan isteri aku. Masalahnya family aku sibuk duk suruh aku rujuk dengan bekas isteri katanya kalau tak nak ceraikan isteri aku ni, ambik jer bekas isteri jadi isteri ke-2.

Tapi aku memang tak boleh terima sebab kenapa masa aku dah hidup senang ni baru diorang nak muncul acah – acah nasihat kan aku? Padahal masa aku jatuh dulu sorang pun keluarga aku takde yang peduli, nak bantu aku.

Kereta, rumah semua aku letak nama isteri. Dorang cakap isteri b0m0hkan aku. Bulan lepas aku ambik anak dalam masa yang lama sebab cuti sekolah kan. Pastu aku dapat mesej dari adik aku kata bekas isteri aku mengadu kat dia yang isteri aku layan anak – anak jahat.

Anak – anak yang mengadu kat dia kata nya. Isteri aku terbaca mesej tu. Dia menangis semahunya dalam bilik. Dia cakap sampai hati anak – anak cakap dia macam tu. Tapi bila aku tanya anak – anak ada ke dorang mengadu kat ibu dorang pasal mama ? Dorang cakap tak ade pun.

Bekas isteri aku cakap betul anak – anak mengadu, kalau tak percaya tanya anak – anak. Tapi bila aku tanya anak – anak tak mengaku. Katanya mama baik kami sayang mama. Bekas isteri aku cakap mungkin anak – anak takut nak mengaku.

Aku betul – betul tak tahu mana betul mana salah sekarang ni. Tapi kalau depan aku memang isteri aku layan anak – anak baik. Mertua aku pun layan dorang baik siap belikan baju, gelang bagai. Tapi bekas isteri aku siap sump4h bagai anak – anak mengadu kat dia yang mama jahat.

Sekarang ni isteri aku macam kurang rapat sikit dengan anak – anak aku sebab dia percaya yang anak – anak mengadu macam tu kat ibu dorang. Bekas isteri aku pulak, rata – rata dia pergi cerita yang isteri aku layan anak – anak aku jahat. Aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni. Pada pendapat korang, apa yang patut aku buat??

Komen Warganet :

Maimun MadSapleh : Wallahuaklam. Bila kita tak tahu siapa yang berkata benar, maka serah kepada Allah dan bersabar dengan masa. Soal nafkah, wajib kau beri. Nafkah tu untuk anak – anak. Takde kaitan dengan bekas isteri kau per4ngai macam yang kau tulis.

Walau begitu, wife kau masih setia jaga anak – anak kau. Tak perlu bagi pengajaran kat bekas isteri. Kau siapa? Jadi jangan ambil kerja Allah. Lunaskan tanggungjawab beri nafkah ye, hat ni Allah yang suruh. Wallahuaklam.

Soal isteri kecik hati dengan anak – anak. Kasih sayang dia boleh diragui pada anak – anak ko. Dengan budak kecik pon nak amik hati. Kita patut lebih matang. Kau dan isteri kau dan bekas isteri ko sama je kurang matang.

Maafkan ajelah anak – anak tu seikhlas hati. Jika isteri kau dipihak yang benar, takde apa yang nak ditakutkan. Fitnah tu sifatnye sementara. Kebenaran tidak dapat ditutup malah tak dapat dilenyapkan. Sampai masa yang tepat, siapa yang benar akan kau ketahui juga.

Bersabarlah dengan masa. Allah tu sentiasa melihat sentiasa mendengar doa orang yang terani4ya. Yakinlah dengan kebesaran Allah. Slow talk dengan isteri. Anak orang takkan jadi anak sendiri. Bila diuji, isteri kau pilih menolak anak – anak ko.

Fahamkan isteri kau. Dia banyak kebaikan lain yang kau listkan. Jangan sebab anak, hubungan kau dan anak – anak pulak terjejas. Sudahlah kau taknak lagi bagi nafkah. Jadilah ketua keluarga yang memimpin dengan akal yang benar.

Letak Allah di depan insyaAllah langkah kau takkan salah. Moga kau dapat membuat keputvsan yang benar untuk keluarga kau. All the best ya.

Mak O Leha Ramlee : Ajar anak rakam curi – curi apa yang mak kandung dia kata kat isteri tt pastu tunjukkan rakaman itu kat keluarga tt. Dalam rumah pasang cctv senyap – senyap rakam cara isteri layan anak dan tunjukkan pada keluarga bandingkan perilaku bekas dan isteri sekarang.

Semua kemudahan di hujung jari apa nak susah. Lepas tu bagi sebiji kat keluarga tt dengarlah lagi fitnah esok sama – sama jawab depan Allah dan sama – sama dapat imbuhan. Jika tak juga dapat fahamkan bawa anak – anak tt depan mereka anak – anak takkan berdusta. Tapi time tu jangan bawa istri. Buat istiharah untuk jawab desakan keluarga tentang nikahi bekas. Jangan ikut melulu nanti sendiri yang serabut.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.