
Seawal 3 tahun, aku dikerah membuat kerja rumah. Budak 3 tahun, apa ja yang dia pandai. Disuruh pegang penyapu pun tak reti. Lalu diseb4t aku dengan penyapu tu. Disuruh basuh pinggan tak reti, dih3mpuknya aku dengan pinggan. Sehinggalah satu hari, babah datang bagai lelaki kiriman Tuhan dari langit.
#Foto sekadar hiasan. Baru – baru ni, hangat isu mengenai wanita sebagai m4ngsa nafsu lelaki. Macam luahan – luahan sebelum ni, banyak cerita yang dikongsikan oleh m4ngsa – m4ngsa dan apa yang sangat menyedihkan, benda ni berlaku bukan dari orang lain tapi dari keluarga kandung sendiri.
Saya salah seorang daripada m4ngsa. Percayalah, 99% kami sebagai m4ngsa tak akan beritahu sesiapa pun sebab bila melibatkan family sendiri, orang yang tak laluinya tak akan pernah percaya. Cerita aku mungkin lain dari yang lain.
Mungkin kisah orang lain kebanyakannya berakhir dengan babak kelam tapi cerita aku akhirnya indah umpama mimpi fantasi. Korang yang baca mungkin fikir kisah aku ni hanya dongengan. Habis tu, dari mana wujudnya dongeng kalau bukan realiti yang mewujudkannya dulu. Gitcheeww…
Bismillahirahmanirrahim. Seorang lelaki, anugerah Tuhan dari langit. Babah, nama yang menjadi ‘zikir’ ku setiap hari. Kembali ke 25 tahun dahulu, kisah aku bermula bila babah dan mama disatukan bukan atas dasar cinta, namun untuk menutup a1ib keluarga.
Bukan sebab mereka terIanjur atau ditangkap basah tetapi atas sebab yang tidak boleh disebut. Sebagai seorang yang optimis, babah terima mama seikhlasnya walaupun keluarga mama sangat bencikan babah.
Bagi mereka, mama sangat muda untuk berkahwin pada masa tu dan masih ada cita – cita untuk dikejar. Tambahan pula, babah bukan lelaki pilihan orang sebab perwatakan babah yang lembut. Jelas, mereka hanya mengutuk luaran tanpa pandang melalui mata hati.
Setahun waktu bergilir, mama disahkan hamil anak sulung, iaitu aku. Hubungan babah dan mama masih umpama ribut taufan. Genap lapan bulan aku di dalam kandungan, ibu kepada babah iaitu nenek pergi meningg4Ikan dunia buat selama – lamanya.
Sepemergian nenek, keluarga mama mendesak babah untuk ceraikan mama. Babah bersetuju namun atas satu syarat, iaitu mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap aku. Tanggal 30 September, hari yang paling bermakna buat babah.
Lahirnya Puteri sulung, pewaris keturunan babah. Terketar – ketar suara babah melaungkan iqamat di telinga aku sambil memeIuk erat tubuh kecilku. Gugur air mata babah tatkala mencivm pipi halusku. Hari yang sama juga, babah dan mama membawa haluan masing – masing.
Namun, janji manis rupanya bersulam r4cun. Keluarga mama bawa aku jauh dari babah. Sanggup berpindah negeri untuk sorok aku. Remuknya hati babah masa tu. Hidup babah kosong selepas pemergian ibu tercinta, ditambah lagi dengan kehilangan Puteri kesayangan.
Dan bermulalah kisah kelam aku. Dibawa lari bukan untuk disayang – sayang. Namun untuk meny4kitkan lagi babah, atas dasar terlalu bencikan babah yang kononnya merosakkan masa depan anak gadis mereka.
Bagi mereka, keturunan babah perlu menerima baIasan setimpal. Tapi tidakkah mereka sedar, aku juga lahir dari keturunan mereka? Sedih sangat bila ingat. Seusia dua hari, aku dijaga oleh orang lain. Entah siapa yang mereka upah.
Sehinggalah kaki aku mula kuat menjejak tanah, berlari melihat dunia. Keluarga mama ambil semula aku untuk dijadikan boneka. Ditempatkan di stor, di celah – celah kotak berlapikkan alas nipis, di situlah aku menumpang tidur.
Bayangkan anak kecil yang belum faham erti dunia, yang ket4gih kasih sayang dan perhatian orang dewasa dilayan seperti binatang. Aku dit4mpar, dipukuI dan disep4k – sep4k bila menangis laparkan susu. Diherdik – herdik bila ditukarkan lampin.
Kenapalah tidak hantarkan saja aku ke rumah anak yatim. Biar kurang disayang asal tak dilayan macam binatang. Seawal 3 tahun, aku dikerah membuat kerja rumah. Budak 3 tahun, apa ja yang dia pandai. Disuruh pegang penyapu pun tak reti.
Lalu disebat aku dengan penyapu tu. Disuruh basuh pinggan tak reti, dih3mpuknya aku dengan piggan. Berbirat – birat, Iebam, Iuka di badan aku tak terkira. Belum kira ibIis bertopengkan manusia yang tinggal dalam rumah tu.
Aku mula lega bila fikir masih ada yang sayang pada aku. Rupanya ada sy4itan di sebalik kebaikan. Ya, seorang lelaki yang mencaIarkan maru4h seorang kanak – kanak suci yang belum pandai membezakan baik dan buruk.
Bila aku dimarah dan dipukuI, dia datang konon memujuk. Bawa aku ke bilik konon untuk cuci Iuka padahal tangan Iiar entah ke mana – mana. Konon mandikan aku padahal ambil kesempatan. Detik paling aku tak boleh lupa bila dia cuba buat benda tak elok.
Walaupun sedikit, tapi tersangatlah s4kit bagi budak kecil seperti aku. Menangis aku meminta tolong tapi tangisan aku di rumah tu dah jadi makanan ruji mereka. Aku tr4uma. Aku sangat takutkan lelaki. Semua tu berlaku di dalam rumah keluarga yang dihorm4ti dan pada luarannya nampak harmoni.
Aku tak dibenarkan keluar dari rumah supaya aku tak jumpa orang dan mengadu domba. Menangislah aku sorang diri. Meringkuk di bilik berdebu mengharap keajaiban datang. Zaman kanak – kanak yang sepatutnya indah, menjadi gelap.
Aku jadi pendiam. Aku tak lagi menangis, tak lagi meIawan dan hanya biarkan aku dijadikan b0neka Iunyai oleh mereka. Lebih menyedihkan, aku tak tahu nama sendiri. PanggiIan yang aku dengar saban hari hanyalah “woi”, “hoi budak”, “anak si*l”, “bo**h” dan entah apa – apa lagi panggiIan buruk.
Pada masa tu, aku tak tahu siapa mama aku. Aku hanya kenal mereka itu sebagai orang yang ‘menjaga’ aku. Hari – hari aku berlalu dengan mengharap supaya nyawa aku ditarik. Aku nak m4ti sebab aku tak sanggup lagi nak hadap semua tu.
Sehinggalah aku tak ada harapan walau sebesar kuman pun, ketika itulah cahaya itu datang. Bersinar – sinar dan sangat indah. Ya cahaya itulah babah, lelaki kiriman Tuhan dari langit untuk aku. Rupanya, babah tak pernah berhenti menjejaki aku.
Mulanya, keluarga mama tak benarkan babah masuk dan nafikan yang aku ada dengan mereka. Lepas dapatkan bantuan polis dan jiran – jiran di situ, babah berjaya dapatkan aku. Meraung babah tengok keadaan aku masa tu.
Korang bayangkan seorang budak kecil yang putvs asa dengan hidup. Macam tu lah rupa aku pada waktu itu. Babah bawa aku ke hospitaI dan hasil pemeriksaan doktor mer3mukkan lagi hati babah masa tu. Lagi – lago bila dapat tahu aku mengaIami gangguan s3ksuaI.
Aku yang pada mulanya sangat tr4uma dengan lelaki, mula terbiasa dengan babah. Terkedu aku bila dapat layanan umpama seorang puteri. Babah suapkan makanan, cuci Iuka, bersihkan aku, dandan rambut aku dan pakaikan baju yang cantik – cantik.
Setiap minggu bawa aku pergi terapi dan selalu bawa jalan – jalan. Pada masa tu, babah ada mengambil seorang anak angkat. Muda 2 tahun dari aku. Jadi kawan aku setiap masa. Tiada lagi panggiIan “anak si*l”. Semua yang baik – baik keluar dari mulut babah.
Babah selalu panggil aku dengan gelaran “Puteri” walaupun nama aku tiada puteri sebab babah nak anak gadis dia dilayan macam seorang anak raja. Babah tatang aku bagi minyak yang penuh. Kalau dulu, pegang tangan babah pun aku takut tapi sekarang aku suka berada dalam dakapan babah.
Babah yang ajar aku kenal agama, dari alif ba ta sampai khatam al-quran. Babah yang ajar sampai kenal huruf walaupun aku lambat kenal semua tu dari kanak – kanak lain. Setiap pagi, babah k3jut bangun subuh solat sama – sama.
Babah yang ajar pakai tudung, tutup aur4t. Bila pertama kali datang h4id, babah juga yang ajar macam mana nak uruskan. Babah pimpin tangan, cium pipi dan lambai setiap pagi kat pagar sekolah. Tak pernah lupa datang ambil report card.
Babah jugak yang ajar Iipat baju, masak macam – macam. Hebat kan babah. Walaupun aku tak pernah rasa beIaian seorang wanita yang bergeIar ibu, tapi Allah hadiahkan aku seorang lelaki yang mampu menggalas kedua – dua tanggungjawab tanpa culas sedikit pun.
Dulu masa mula – mula duduk dengan babah, rumah cuma sewa flat. Hasil kerja keras babah, Alhamdulillah 2 tahun lepas babah dah berjaya bina rumah idaman sendiri. Terharu sangat bila tingkat paling atas rumah babah khaskan untuk Puteri dia.
Siap ade auto lock kat pintu. Hikmah bila Allah nak tunjuk yang sebenarnya tak semua lelaki jahat bila mana hidup aku dikelilingi oleh lelaki. Anak angkat babah 2 orang lelaki, pengawal keselamatan lelaki dan pembantu rumah lelaki.
Cuma seorang lagi pembantu rumah perempuan jarang – jarang datang sebab dia cuma kemas – kemas hujung minggu je. Seorang business partner babah yang kami anggap seperti keluarga juga lelaki. Kalau kalian persoalkan masa silam aku dengan kehadiran lelaki – lelaki dalam hidup aku, tipulah kalau kata aku dah tak tr4uma.
Aku pernah tanya pendapat babah tentang masa silam yang aku takkan lupa sampai bila – bila. Bagusnya, babah kata tak perlu p4ksa diri untuk lupa tapi jadikan masa silam tu untuk didik diri sendiri dan keturunan kita menjadi manusia yang lebih baik.
Ya, babah memang lembut tapi bukanlah dilabel sebagai bap0k. Babah membesar dengan adik beradik yang semuanya perempuan. Jadi tak hairanlah kalau lenggok tangan pun dah macam perempuan.
Hakik4tnya, babah adalah seorang lelaki sejati yang Iantang suaranya tapi dalam hati ada taman syurga. Penuh ilmu di d4da tapi tunduk seperti padi. Bangganya aku dengan babah, boleh jaga anak – anak orang dengan baik macam anak sendiri.
Sedangkan, ramai ibu bapa di luar sana yang tak menghargai zuriat sendiri. Babah kata maafkan saja mereka yang meIukai aku dulu, mungkin mereka masih jahiI ketika itu. Hari – hari aku doa supaya hati ni ikhlas untuk memaafkan mereka walau p4rut masih dalam.
Mana mungkin aku lupa setiap detik tu :’) Semua kisah di atas adalah ingatan aku yang tak akan pernah padam dan sebahagiannya dari cerita babah sendiri. Pelik macam mana aku boleh ingat memori pada usia yang tersangat kecil.
Tapi itulah hakik4tnya, tr4uma yang aku lalui menguatkan lagi memori aku pada masa tu. Sejak tu, aku tak pernah jumpa lagi keluarga mama. Tapi melalui nama mama pada surat beranak, aku jumpa facebook mama.
Mama sekarang dah ada keluarga baru. Mungkin itulah keluarga idaman dia. Tersenyum bahagia mama di samping suami dan anak – anak. Iri hati aku lihat anak – anak mama dapat kasih sayang dari mama. Dalam masa yang sama aku bersyukur sebab mereka tak lalui apa yang aku lalui dulu.
Pagi ni, selepas 20 tahun, rutin kami masih sama. Solat subuh berjemaah dan tazkirah pagi. Dari kecil babah ajar untuk bangun subuh walau terhuyung – hayang pagi – pagi, babah ambilkan wuduk dan seret ke tikar sembahyang.
Babah tak pernah jemu nasihatkan kami tentang dunia dan ingatkan kami tentang akhir4t. Babah juga ingatkan anak – anak angkat babah supaya mendoakan untuk ibu bapa mereka. Dan ingatkan aku juga untuk sentiasa doakan mama.
Aku tak pernah malu untuk peIuk ciuvm babah. Tak pernah malu untuk pegang tangan babah bila jalan sama – sama. Dan tak pernah malu untuk berlari ke dakapan babah. Walaupun dah besar panjang, babah sentiasa peIuk civm anak – anak.
Malah, kami tersangat bangga punya babah sebagai bapa kami. Babah sem4kin dimamah usia. Sayu aku bila pandang muka babah yang mula terbit kedut – kedut halus dan rambut yang mula memutih sedikit demi sedikit.
Babah lelaki yang kuat. Babah lelaki yang paling baik. Disenangi ramai orang. Tenangnya wajah babah, bersihnya hati babah. Babah, perpisahan tu s4kitkan. Semoga kita sentiasa bersama sampai syurga macam yang kita selalu impikan.
Terlalu banyak yang perlu ditulis tentang babah. Tapi biarlah dunia tidak kenal, asalkan nama babah menjadi sebutan penduduk langit. Babah, Puteri sayang sangat kat babah. Terima kasih sebab sayang, jaga, besarkan, bagi didikan yang sempurna untuk Puteri dan adik – adik.
Terima kasih sebab LINDUNGI anak gadis babah ni. Terima kasih sebab jadi babah kami. Terima kasih babah. Babah adalah segalanya bagi kami, syurga kami. Babah, lelaki kiriman dari langit yang tak pernah padam dalam doaku setiap hari. – Puteri kesayangan babah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Kudean Honey : Teringat beberapa tahun sudah kisah budak lelaki comel yang meningg4I sebab did3ra ibu sendiri berlaku di negara kecil selatan Malaysia. Punca did3ra sebab benci bekas suami yang kebetulan muka arw4h tu seiras bekasnya…. innalillahiwainnalillahirojiun.
Amelia Zainuddin : Bila dah berpisah, anak dilarikan bukan sebab sayang tapi sebab nak s4kitkan hati bekas pasangan. Nak puaskan hati sendiri. Hakik4tnya tak sayang pun kat anak. Semoga bila dah tua terIantar nnati tak meraung mengenang d0sa silam pada anak kandung sendiri. Anak yang disayang dan ditimang belum tentu nak kutip dan jaga.
Zhafarina MZaid : Sebak baca.. mengalir air mata sederas – derasnya sebab aku baca sambil temankan anak umur setahun tidur. Macam mana lah tegarnya hati seorang ibu boleh buat pada anak macam tu.. be strong, sis!!
Berbaktilah kepada babah selagi berkesempatan. Semoga confessor dan babah bahagia sehingga ke akhir hayat bahkan hingga ke syurga nanti.
Zaujah Azmi : Moga ayah puteri mendapat baIasan syurga kelak. Menyantuni anak perempuan dengan penuh kasih sayang. Sebak dik.. akak membaca dengan penuh em0si. Tak terbayang dek akal, seorang ibu boleh membiarkan anaknya di d3ra dan di zaIimi.
Manalah perginya sifat kasih seorang ibu. Tapi tak apa, kasih seorang ayah juga mampu mengubati Iuka masa silam kan. Jaga ayah baik – baik dan doakan ayah setiap hari tanpa henti. Biarlah ayah lembut pun, tapi kasih sayang dia tak ada gantinya di dunia ini. Mak cik bawang manalah hir1s bawang banyak sangat pagi ni. Uwaaaaaa..
Song Onim Circle : Si ibu tu tak rasa bersalah ke dekat hati? Kenapalah Allah tak turunkan baIa aje dekat wanita berhati binatang yang tak reti nak jaga anak sendiri? Mujurlah babah awak hebat…. Cukuplah bahagia dengan dia dan adik – adik yang lain.
Mak awak tu anggap aje debu yang melekat atas lantai. Sapu dan masukkan dalam plastik. Kemudian dibuang dalam tong sampah. So.. tak perlu rindu dengan benda yang namanya sampah. Sebab menjijikkan dan memualkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.