Baru je kahwin, kontrak kerja dah nak habis. Aku termenung pikir nak bagi bini makan

Dah la masa tu PKP semua, kerja memang susah. Aku pun mula berbisnes sejuk beku kuih mak ayah aku. Tapi, tiba – tiba industri perikanan terp4ksa tutup sebab banyak kes. Mak ayah aku dah risau tengok keadaan aku, dekat televisyen ramai orang bvnvh diri tak dapat tahan tekanan sebab pandemik ni. 

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, aku Qayyum (lelaki) bukan nama sebenar. Aku just nak share tentang kisah hidup aku sebab tertarik dengan perkongsian satu cerita di sini tentang gaji turun 7k ke 2k tu. Tapi kisah hidup aku ni terus terang bagi aku, lebih menc4bar.

Semuanya bermula pada tahun 2018 aku bekerja sebagai Safety Supervisor di sebuah Petrochemical Company tapi under manpower supply company sahaja. Meaning client tapi sebenarnya kami contractor yang dihire represent as client.

Gaji alhamdulillah sebelum kerja kat situ 2.3k, terus naik pernah cecah OT semua hampir 10k dan gaji tak de OT dalam 5k. Alhamdulillah aku pernah dulu berdoa time tu aku pakai baju hijau lagi (contractor) yang aku nak kerja sebagai client untuk kumpul duit buat kahwin.

Alhamdulillah termakbul juga doa aku. Tapi lepas saja aku berjaya kumpul duit kahwin, pada September 2020 company manpower supply aku tukar company. Gaji basic aku yang takde ot kira – kira 5k tu jadi 2.3k. Tapi bukan aku sahaja ramai rakan – rakan yang senasib dengan aku.

Salary jatuh merudum lebih 50%. Masa tu ramai yang berhenti. Orang yang biasa support TA tak nak accept dah dan dah tak berminat yelah gaji lebih sikit dari kontraktor. Dah la nak kena jaga client dan kontraktor, gaji pulak sikit.

Masa tu aku diberi kata dua oleh orang atasan aku sama ada “take it, or leave it”. Aku pun terp4ksa terimalah dengan berbaki sebulan saja lagi kontrak. Tapi memandangkan aku nak kahwin, aku perlu juga bekerja dan alhamdulillah ada satu lagi loji (plant) lain yang nak pakai safety supervisor aku pun bekerjalah.

Aku cuba untuk dapatkan level safety executive sebab aku ada degree tapi ditolak sebab memang position safety executive tiada. Aku pelik kawan – kawan aku ada saja yang dapat. Bila ditanya macam – macam pusing. Cakap perlu experience 4 tahunla sedangkan aku experience baru 3 tahun.

Tak apalah aku terima saja. Sebab tak lama pun akan jadi permanent aku cakap pada diri aku sendiri. Mula – mula dijanjikan yang kerja sekejap saja, sebulan saja lepas tu akan diserap jadi permanent aku pun terima jelah dengan gaji dan komitmen yang cukup makan, duit saving untuk kahwin pun m4kin terguna.

Dijanjikan sebulan, jadi sampai tahun depan. Sampailah bulan bulan March. Kontrak aku disambung kejap – kejap sebab ingatnya dapat permanent. Tapi dalam persekitaran pekerjaan, alhamdulillah GM yang sangat strict pun boleh suka aku walaupun aku kerja tengah panas, bersungguh – sungguh aku bawa pembaharuan dan cuba implentasikan di loji ni.

Alhamdulillah pada tahun berikutnya aku telah pun berkahwin tapi pelik jawatan kosong yang aku apply untuk position aku tu ditolak oleh HR. Aku pun tanya boss aku kenapa ye ditolak. Beberapa hari selepas aku berkahwin, boss call aku cakap yang aku “overqualified” sebab aku ada degree.

First time dengar terms tu. Not Qualified tu biasalah sebab kurang berkelayakan. Sampaikan aku terus buat keputvsan nak pergi Jumpa GM. GM pun beritahu yang dia betul – betul nak aku tapi Director semua tak bagi, dia betul – betul minta maaf dan apa yang dia boleh tolong aku adalah extend kontrak aku lagi 2 bulan.

Aku terduduk. Aku baru saja lepas kahwin kut. Simpanan pun dah habis dan aku habiskan kontrak aku dengan banyak termenung saja. Kadang – kadang aku naik tempat tinggi lepas tu termenung sorang – sorang. Macam manalah aku nak bagi isteri aku makan dan bayar kereta.

Dah la masa tu PKP semua. Kerja memang susah. Lepas saja habis kontrak, aku fikir aku kena buat sesuatu. Mak ayah aku berniaga kuih. Time PKP ni diorang tak niaga lagipun ayah aku dah tak sihat sangat. Aku pun mula berbisnes sejuk beku kuih mak ayah aku.

Cuma aku modenkan sikit open order tempat kakak aku, abang aku. Alhamdulillah sambutan yang baik jugalah boleh katakan. Tapi, tiba – tiba perikanan terp4ksa tutup sebab banyak kes. Production terp4ksa dihentikan. Dalam 3 minggu jugalah tak buat apa – apa.

Ayah aku bagi idea untuk buat dengan ayam. Kemudian aku buatlah walaupun keuntungan tu tak banyak. Kelapa pula takde. Production stop lagi. Nak dekat Raya Haji masa tu. Ayah aku beri idea untuk buat satay. Aku pun beli isi ayam potong dan perap bersama isteri, mak dan ayah.

Bila betul – betul nak dekat Raya, aku open order untuk Raya sekali. Alhamdulillah banyak yang order. Seawal pukuI 3 pagi bangun buat satay masa hari Raya tu. Ayah aku tak tidur malam daripada pukuI 1 pagi mak ayah aku bakar satay walaupun janji nak bangun sama – sama bakar pukuI 3 pagi.

Ayah dan mak aku sebenarnya risaukan aku. Mana taknya diuji macam ni kan. Tambahan pula kat televisyen ramai orang bvnvh diri tak dapat tahan tekanan sebab pandemik ni. Alhamdulillah dapat juga lah kira – kira 1k hasil jualan satay.

Pagi – pagi lagi aku dah cod dengan isteri. Balik saja daripada cod terus tidur sebab sangat letih. Aku baru berniaga, aku ada masalah nak bahagi modal dan keuntungan. Kadang – kadang duit keuntungan aku tu terp4ksa guna untuk modal sebab kadang – kadang barang naik harga dan spend untuk benda yang baru contoh kotak gabus untuk postage.

Kadang – kadang aku jual murah sebab customer minta kurang dan beli banyak. Duit niaga aku lepas untuk makan sahaja untuk komitmen, masih belum cukup. Pernah satu malam, aku dan isteri nangis sebab buntu. Esokkan tu, aku terima Whatsapp daripada senior manager aku.

Dia suruh aku standby untuk masuk. Setelah follow up dan beberapa minggu, barulah aku diterima masuk under manpower supply company yang sama. Title bukan lagi sama dan level degree. Mula – mula bila aku Tanya kerani, biasa position tu gaji agak mahal dalam 8k.

Bila tengok offer letter alamak 3.5k yang ditawar. Setelah Cuba untuk naikkan dapatlah up lagi RM200. Aku terima dengan kesempitan hidup sekarang. Setelah beberapa bulan kerja ada sahaja kawan – kawan aku yang dapat interview sebagai staff position executive tapi dorang ada cuma diploma.

Terang – terang dalam requirement cakap minimum degree. Seriously, aku kecewa dengan ketidak adilan tersebut. Sebab kalau ikutkan terang – terang dah not qualified. Aku cuba untuk fikir positive saja. Aku yakin Allah akan beri yang terbaik.

Ayah aku syaratkan aku kalau nak keluar rumah (tinggal rumah lain) jangan menyewa, sebaliknya dia suruh beli rumah. Kerja kontrak aku paling lama pun 6 bulan. Susah weh aku nak beli rumah. Nak Lulus loan apatah lagi. Aku Cuba harga rumah 100k lebih pun tak lepas.

Tapi ada ajen ni dia kata boleh adjustkan aku lulus loan rumah. Aku try loan rumah dalam 250k. Doakan aku Lulus ye. After kahwin macam – macam Aku dan wife diuji. Tapi aku yakin ramai yang senasib dengan aku malah lebih teruk lagi diuji. Doakan aku dapat kerja permanent ye. Sekian Terima kasih, – Qayyum (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Saya Ka : Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.

Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah, 2: 286] Allah itu tidak sekali – kali akan menzaIimi h4mba – h4mba-Nya dengan memberi ujian yang melebihi tahap kemampuan kita.

Sherri Hazmi : Pompuan diuji masa laki dia miskin. Laki diuji masa tengah kaya raya. Esok dah naik pangkat, dapat banyak duit, jangan lupa diri, siapa yang berdiri di belakang kau, yang bertahan dengan kau masa susah jual sate pukuI 1 pagi.

Jangan bila dah kaya jadi lahanat pulak cari b4bi untuk dibuat bini kedua atau skandal. Ni aku ingatkan, sebab banyak biawak yang lupa diri bila dapat banyak habuan. Anyway, tahniah. Semoga perkahwinan berkekalan sehingga ke akhirnya dan dikurniakan kebahagiaan serta rezeki yang melimpah ruah. Andai ko curang dan lupa diri lepas kaya nanti aku doakan ko bankrap semula. Ekkekeekeekeke

Nuriah Abdrazak : Stay strong dik. Thank you wife. Sebab sudi bersusah bersama. Nanti.. bila kita dah bernyawa sedikit kan. Kita akan kenang saat kita susah sebegini. Kita akan hargai sesama sendiri. To mak ayah. Terima kasih kerana memahami.

And to u confession, setiap kali awak keluar rumah. Baca. ALAM NASHRAH 3X. AYATUL KURSI 3X. Doakan dalam hati. Agar ada rezeki lebih buat anda semua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.