
Bakal suami aku berasal dari keluarga yang baik, keluarga yang dihorm4ti sampai aku pun malu nak jumpa keluarga dia. Tapi bakal suami aku ni selalu beria nak jumpa keluarga aku. Sehinggalah satu hari ayah aku ditangkap polis atas kes jen4yah. Aku terus block dan hilangkan diri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan reader confession semua. Sebelum tu aku minta maaf kalau confession ni panjang, harap semua sudi baca, penat aku taip tau hahaha.. Nama aku Sara (bukan nama sebenar).
Umur aku awal 30-an. Aku sekarang bekerja biasa – biasa je dan pada masa yang sama aku tengah buat phd, saje nak serabutkan kepala otak. Ok done intro pasal aku. Berbalik kepada tajuk “Andartu Angkara Keluarga”, ya aku la tu Sang Andartu.
Bukan tak pernah bercinta tapi sebab keluarga, aku tinggalkan dia. Ok ceritanya bermula masa aku ambil diploma dulu, aku ada kenal sorang laki ni (tak perlulah aku ceritakan perkenalan kami, nanti jadi confession lain pulak hahaa)
Laki tu aku namakan Syazwan. Syazwan ni seorang yang sangat sempurna di mata aku (maklumla tengah m4buk bercinta) Dia seorang yang menghorm4ti, tak pernah cakap kasar dengan aku, tak pernah cakap benda yang “bukan – bukan”, tak pernah marah aku selama kitorang couple dalam 2 tahun lebih tu.
Syazwan jugak berasal dari keluarga yang baik, orang semua hormat mak ayah dia, aku pun segan setiap kali jumpa mak dia, maklumlah keluarga aku ni orang biasa – biasa je. Tapi waktu tu aku tak malu dengan mak ayah dia walaupun keluarga aku serba kurang berbanding mereka.
Sebab bagi aku biar miskin harta asal kaya budi bahasa, biar miskin harta asal maru4h diri dijaga, biar miskin harta asal agama dipelihara. Aku selit sikit kat sini, sebenarnya dalam hubungan aku dan Syazwan ni, keluarga Syazwan je yang kenal aku, keluarga aku tak kenal pun Syazwan.
Sebab aku jenis pemalu, tak reti nak cakap macam mana kat family aku yang aku tengah couple lagipun aku tak pernah bercerita pasal hati dan perasaan dengan mak ayah aku, biasanya cakap benda – benda random je. Berbalik kepada Syazwan, dia selalu minta kebenaran untuk jumpa family aku, nak kenal rumah aku tapi aku selalu sabarkan dia, minta dia beri masa untuk aku terangkan pada family aku dulu baru dia boleh jumpa.
Syazwan macam biasala, selalu dengar cakap aku, selalu iyakan aku walaupun hati dia membuak – buak nak kenal keluarga aku. Maklumla masa tu dia dah kerja stabil, dia tak sambung belajar walaupun result dia ok, katanya dia lagi minat buat bisnes, sebab family pun ada latar belakang bisnes kan. So hubungan kami bahagia apa adanya.
Tapi langit tak selalunya cerah, macam tu lah kisah aku dan Syazwan. Keluarga aku diuji apabila orang yang aku horm4ti, iaitu ayah aku, ditangkap polis atas satu kes jen4yah (malu untuk aku cerita di sini) tapi yang pasti aku tahu desakan hidup dan salah berkawan buat ayah aku jadi macam tu.
Masa aku dapat tahu ayah aku ditangkap, menggigil badan aku, Allah je yang tahu betapa r3muknya hati aku, kecewanya jiwa aku.. “kenapa ayah?”. Lepas mak aku call malam tu, aku terus diamkan diri dan mengelak untuk jumpa Syazwan, hati aku tak kuat untuk beritahu dia tentang apa yang berlaku.
Aku rasa h1na sangat masa tu. Dan of course la Syazwan “mer0yan” hahaa.. berpuluh misscall daripada dia aku ignoredkan je, mesej jangan cerita lah, bertubi – tubi masuk. Habis kawan – kawan aku dia cari untuk tanya pasal aku tapi aku minta kawan – kawan aku untuk tak masuk campur hal aku.
So, mereka turutkan je. *Tambahan di sini, kawan – kawan aku ni boleh dik4takan anti sosiaI so bagi diorang chat dengan lelaki ni tak berapa elok, sebab tu diorang ikut je cakap aku untuk ignorekan Syazwan, diorang pun tak kenal Syazwan, cuma aku pernah bagi no. fon dua orang kawan aku kat Syazwan in case ada apa – apa berlaku kan.
Jadi Syazwan betul – betul tak dapat cari aku masa tu. Berbalik kepada family aku pula, cerita penangkapan ayah aku tu hanya keluarga dan saud4ra mara je yang tahu, selebihnya aku tak pernah cerita kepada orang luar walau serapat manapun kami.
Disebabkan ayah aku dalam tahanan polis dalam tempoh masa yang agak lama, maka mak yang sebelumnya suri rumah terp4ksa bekerja dan waktu tu kami terp4ksa pindah rumah yang disewa di bandar dan tinggal di kampung dengan nenek aku.
Aku yang berada pada tahun akhir diploma masa tu nekad untuk bantu mak aku cari duit, sara adik – adik lepas aku habis diploma (dalam beberapa minggu je lagi nak habis masa tu). Masa hati tengah galau dengan masalah keluarga, Syazwan tak henti – henti cari aku, mestilah dia pelik kan kenapa aku tiba – tiba berubah.
Jujur aku cakap, aku tak tau nak cakap macam mana kat dia, aku malu sangat, dia seorang yang baik, mak ayah dia orang baik – baik, malah ada nama lagi. Aku ni anak seorang penjen4yah, sungguh aku rasa rendah diri sangat masa tu.
Aku ni jenis matang sebelum usia, masa tu aku dah fikir, “macam mana aku nak teruskan hubungan dengan dia sedangkan latar belakang keluarga kami jauh berbeza”, “macam mana aku nak hadap saud4ra mara dia yang hebat – hebat tu nanti”, “akan adakah yang mengata aku dan keluarga aku nanti”, “akan adakah yang mengh1na dan mencebik bibir pada kami?” arghh aku buntu!
Akhirnya, pada malam sebelum final exam aku dulu, aku mesej Syazwan, aku minta putvs, aku minta maaf dengan dia sebab aku ada alasan tersendiri kenapa aku buat macam tu. Dia tak dapat terima, katanya dia sanggup terima apapun alasan aku asalkan kami tetap bersama tapi aku tak kuat, hati aku berbeIah bagi, antara keluarga dan cinta, akhirnya aku pilih keluarga.
Aku tinggalkan Syazwan dengan block semua benda yang boleh menghubungkan aku dengan dia, aku tukar nombor telefon, keluarga aku dah pindah ke kampung masa tu so dia tak boleh cari alamat aku dengan kawan – kawan.
Bila habis je exam, aku balik kampung dan bekerja part time kat kedai – kedai yang ada di pekan kampung aku. Macam – macam kerja aku buat, salesgirl, pelayan restoran, tukang masak. Demi nak ringankan beban family aku.
Dengan penat bekerja tu aku dapat hilangkan rasa rindu kat Syazwan, aku tak tahu khabar berita dia lepas aku mesej untuk putvs dengan dia. Kami betul – betul lost contact. Dua tahun lebih kurang ayah aku ditahan dan akhirnya dia dibebaskan.
Masa awal – awal keluar dari penjara dulu, ayah aku manusia paling alim, paling baik bagi aku. Tenang dengan perubahan ayah aku, aku akhirnya ambil keputvsan untuk sambung degree memandangkan result diploma aku cemerlang (walaupun tengah br0ken masa tu).
Masa degree aku dapat biasiswa yang sama macam diploma dulu, so takde masalah la dari segi kewangan masa tu. Masa degree dulu aku daftar FB, tak lama lepas tu aku jumpa profile picture Syazwan, ya Allah berdebar – debar aku tengok gambar dia, ya dia, insan sama yang ada dalam hati aku.
Walaupun masa kerja part time dulu ada la beberapa orang cuba “risik – risik” aku tapi aku langsung tak layan, sebab hati aku masih tak boleh menerima sape – sape masa tu. Mungkin sebab aku masih sayangkan Syazwan.
By the way, masa st4lk FB dia, aku tahu yang Syazwan masih single, ada la beberapa quote yang dia share pasal s4kitnya merindui, s4kitnya diIukai. Sekali lagi, aku menangis, aku pun rindu dia tapi layakkah aku untuk merindui dan menyayangi dia setelah apa yang aku buat kat dia.
Akhirnya aku diamkan saja, tak add atau pm dia. Tapi mulai hari tu, aku selalu st4lk FB dia, psik0 kan aku. Dipendekkan cerita, habis je degree aku terus sambung master dan masa buat master dulu aku tergerak hati nak pm FB Syazwan, terketar – ketar jari aku menaip, tak tau nak cakap apa, aku just tanya khabar, dia baIas dan nada tulisannya seakan – akan dia dah move on dengan aku (padan muka aku).
Bila aku minta maaf dan cakap untuk berkawan semula dengan dia, dia cakap takpe dah maafkan, lepas tu dia block aku (double padan muka aku) hahaa. Akhirnya begitulah kesudahan aku dan dia sampai aku tamat master.
Dalam beberapa bulan lepas aku tamatkan master (sebelum konvo), ayah aku sekali lagi ditangkap atas kesalahan sama dan hati aku sekali lagi h4ncur, masa tu aku tau keputvsan aku untuk tinggalkan Syazwan adalah tepat.
Aku memang tak layak untuk dia dan keluarganya. Bukan rendah diri tapi aku sedar diri. Aku kerja untuk bantu family aku sepanjang ayah aku ditahan. Walaupun berkali – kali ayah aku h4ncurkan hati aku tapi alhamdulillah setakat ni aku masih horm4ti dia, meskipun rasa sayang itu sem4kin menghilang.
Aku cuba kuat untuk keluarga, untuk adik – adik, dan begitulah aku teruskan hidup sampai aku sambung PHD sekarang. Sengaja aku sibukkan diri dengan hal – hal keluarga, kerja dan belajar agar hati aku dapat menahan s4kitnya merindui orang yang tidak layak aku cintai.
Tapi, baru – baru ni aku dah dapat tengok FB Syazwan, maksudnya dia dah tak block aku tapi kecewanya aku bila status di FB tu dah bertukar kepada “engaged” dan ada la gambar majlis pertunangan yang orang tag dia tapi gambar tu tak nampak muka, just gambar dari sudut atas, tu pun sekeping je yang “public”, sebab aku tak “friend” dengan dia kan.
Jadi, tahulah aku bahawa hati aku betul – betul perlu dikosongkan, mampukah aku? Bertahun aku sayang orang yang sama walaupun aku yang putvskan dia. Bertahun aku single dan tolak dengan baik sesiapa yang mahu “mendekat”.
Dan rasanya sampai beginilah hati aku selamanya, kosong tanpa cinta, kosong tanpa dia. Bagi yang rasa aku ni k3jam dan suka fikir negatif tentang perkara yang belum terjadi, aku iyakan pendapat korang. Ya, memang betul.
Tapi sedikit yang korang perlu tahu, dulu abang aku bercerai dengan isterinya dek kerana masalah keluarga aku ni dan sejurus lepas tu aku buat keputvsan untuk putvs dengan Syazwan. Sebelum aku akhiri confession ni, jujur aku nak tanya korang semua, masih adakah lelaki yang berasal dari keluarga yang baik – baik, yang ada pangkat dan nama sudi terima anak penjen4yah seperti aku?
Kalau ada yang sudi apakah keluarganya sudi? Aku tanya bukan bermaksud untuk mencari pengganti yang sama seperti Syazwan tapi aku nak tahu adakah keputvsan waktu remaja aku dulu tepat atau mainan fikiran aku saja.
Sekian, terima kasih sudi baca kisah aku. Maafkan aku dan doakan aku moga – moga dapat terus membantu keluarga aku, setakat hari ni, aku masih belum perIukan j0doh di dunia, biarlah sisa – sisa hidup yang ada ini aku gunakan untuk berbakti kepada keluarga aku. Wasaalam… – Miss Saraa
Komen Warganet :
Nredya Edya Edrus : Takde istilah andartu dalam Islam. Manusia je memandai – mandai. Berhentilah menyalahkan orang lain. Semuanya sudah tertulis. J0doh, ajaI m4ut semuanya di tangan Tuhan. Sis bercinta bagai nak terbeIah bumi sekalipun kalau Syazwan sudah tertulis bukan j0doh sis, takkan jadi juga.
Move on la. Doa banyak – banyak semoga ada insan yang ikhlas terima sis dan keluarga sis. Saya percaya masih ramai lagi lelaki yang ikhlas dan jujur di luar sana. Itulah yang saya pahatkan dalam hati dulu. Saya pun kahwin di usia sudah 33 tahun. Saya tak rasa ralat pun. Biarlah apa orang nak kata.. tepuk d4da tanya iman.
Nor Arfa : Kenapa tak yakin dengan Allah. Kenapa tak berterus terang? Bukankah j0doh tu milik Allah. Kita tak tahu kan. So kalau awak jenis yang kuat semangat, awak berterus terang. Untung nasib mana tau tapi awak mudah mengalah.
Walaupun awak rasa hati awak s4kit sebab merindui syazwan tapi hati syazwan tu lagi s4kit sebab awak putvs tanpa sebab yang munasabah. Aduhai.. lagi satu tak perlu tanya orang lain tentang penerimaan orang tentang anak penjen4yah. Tanya Allah.. minta dengan Allah seanb itu semua kehendak DIA.
Ana Zaid : Sebaknya baca cerita kau. Bunyi macam k3jam cara kau lepaskan ex kau. Tapi kau berhak buat macam tu sebab nak menjaga aib dan maru4h kau serta family. Takpela dah selamat kahwin pun inshaallah Tuhan ada rencana tersendiri untuk kau. Akan ada yang sekufu dengan kau hadir untuk kau. Inshaallah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.