Baru 7 hari, nama aku dah naik dalam meeting staff. Aku kena tuduh sengaja solat ‘lama’ nak curi tuIang

Dekat tempat kerja, aku diminta untuk pakai lipstik merah menyala untuk tarik pelanggan. Oleh sebab lipstik tu terlalu merah, susah betul nak tanggalkan masa aku nak solat. Bila aku keluar surau, muka manager aku dah lain macam.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualikum dan selamat sejahtera semua. Nama aku Nia, berumur 20 an dan sedang menunggu keputvsan UPU untuk ke degree. Aku ingin cerita kisah aku selama 7 hari bekerja di sebuah kedai pakaian.

Tak perlu aku mention nama kedai tersebut cukuplah aku kata yang kedai pakaian ini bukan setaraf uniqlo mahupuan BO. Cawangannya di serata malaysia, kurang popular di kalangan budak hipster. Selepas tamat belajar aku ambik keputvsan untuk bekerja sementara sambung degree.

Alhamdullilah selepas 3 hari aku walk in interview di kedai pakaian tersebut aku diterima bekerja. Semasa interview aku ada bertanyakan isu solat. Bolehkah solat dan assistant manager (Kak Ani) yang interview aku cakap boleh dan mereka ada sediakan ruang untuk staff solat.

Awalnya semua baik walaupun penat. Kisah bermula apabila satu hari aku terlebih masa solat maghrib selama 20 minit. Di sini aku ingin jelaskan bahawa semasa bekerja di kedai tersebut aku diminta untuk memakai lipstick merah menyala kononnya berpenampilan menarik walhal bagi aku warna lain pon menarik.

Jadi hari tersebut aku pakai lipstick maybelline superstay matte ink sebab itu je lipstick yang warna terang aku ada. Betapa susah nya nak remove lipstick tu jadi ia menjadi satu sebab kenapa aku lama. Bila aku keluar dari ruangan solat aku nampak muka manager aku, Kak Bedah (bukan nama sebenar) marah.

Aku akui itu kesilapan aku tapi sekali itu sahaja selepas itu setiap kali ambik wudhuk solat asar aku akan jaga wudhuk sampai maghrib supaya cepat tak pun jika wudhuk aku batal aku hanya buka pin tudung di leher saja dan ambik wudhuk biarpun tudung aku basah sekalipun.

Selepas itu solat aku memang kebanyakan bawah 10 minit sahaja jarang la lebih dari 15 minit. Namun pada meeting staff kak bedah tuduh aku duduk bersantai, bersandar, baring masa solat tu lah lama di depan semua staff dan setiap kali aku minta solat muka kak Bedah mesti menunjukkan reaksi kurang senang.

Selepas meeting tu aku ambik keputvsan untuk berhenti kerja terus. Aku call ayah aku mengadu sambil menangis sikit. Bukan manja ya cuma sedih bagaimana seorang bos melayu boleh tuduh pekerja dia curi tuIang semasa solat.

Demi Allah tidak pernah terlintas di fikiran aku. Ayah aku memang suruh berhenti selepas itu. Semasa ingin pulang Kak Bedah langsung tak nak pandang aku. Bila mak aku nak bersalam pon dia tak nak. Aku gembira aku berhenti biarpun tempoh aku bekerja 7 hari tidak diberikan gaji.

Tak apalah. S4kit hati segalanya. Masa rehat aku 40 minit jadi pernah aku nak rehat 20 min je sebab lagi 20 min aku nak gunakan masa solat. Tapi respon Kak Siti dan Kak Ani, “kau ni kalut la” . Adakah salah kalau aku nak kalut mengenai hal solat?

Bukan aku seorang sahaja yang mengalami kesulitan solat semasa bekerja di situ jiran aku seorang lelaki yang bekerja di kedai tersebut selepas SPM pon kena juga. Maka dia berhenti selepas 2 minggu tanpa dibayar gaji sebab berg4duh isu solat jumaat.

Selepas berhenti kerja aku ada WhatApps personal Kak Bedah ceramah la sikit tapi tak kasar pon. Selepas itu Kak Bedah block aku. Urmm koyak la kot. Aku sebenarnya amat sedih bila tengok staff dekat kedai itu bayangkan daripada 13 orang termasuk manager hanya aku sorang sahaja yang solat.

Aku tak cakap aku baik tapi jahat jahat pon at least solat. Sedangkan ibIis pon tunduk pada Allah tetapi ibIis tidak mahu tunduk ke nabi adam, itu yang ditendang dari syurga inikan kita sebagai manusia yang lemah. Lebih teruk dari ibIis. Tak sangka masyarakat kita separah itu. Sekian pengalaman aku yang tak seberapa. Aku harap confession aku diterima. Terima kasih. – Pekerja part time (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Nurul : Tahun 2006 saya berkerja di Kedai Roti Sweden Di Kuala Berang. Masuk pukuI 8 balik pukuI 5. Tapi wajib OT sampai pukuI 10 setiap hari. Tanya punya tanya, OT tak de bayaran. Rupanya gaji di bayar ikut bos tengok CCTV.

Dalam RM 300 – 400 sebulan la dapat. Wajib tinggal di asrama. Bilik rumah kedai atas kedai roti tu la. Tolak pula RM 100 daripada gaji yang dapat sebab tinggal asrama. Aku solat yang lain menjeling je. Aku solat atas kotak – kotak kek. Bawah tangga.

Kata chef (Ketua kat situ Perempuan Melayu) kat sini tak de rehat. Hari pertama aku balik pukuI 10 malam. Aku makan hanya dua kali je pukuI 10 pagi dan pukuI 4 petang. Yang lain aku tak sempat makan cuma Minum air masak yang aku bekal je.

Bab aur4t pula, kata Ketua Chef tu lepas ni awak kena pakai baju t-shirt camni. Baju lengan pendek yang agak sendat bagi aku. Tak boleh pakai Tudung. Yang Boleh pakai Tudung kerja kat kaunter jaga duit jek. Kerja aku bancuh kek, hias kek.

Aku suka kerja tu. Tapi suasana kerja kat situ aku tak suka. DILARANG bercakap sama sekali. Nanti dip0tong gaji sebab ada bukti dalam CCTV. Haru betul kerja situ.

Maxiachiato Syamil : U made the right thing by quitting the job. Dulu saya pernah bekerja di sebuah restoran 24H terkemuka di LCCT selepas SPM. Bulan pertama berjalan ok tapi bila masuk bulan kedua, saya diminta untuk bekerja pada hari jumaat syif pagi which is pda jam 7 pagi sampai 3 petang.

Saya kata tak boleh ke kalau saya amik syif petang (3 petang – 11 malam) atau syif awal pagi (11 malam – 7 pagi). Manager tu tak bagi dengan alasan mencari rezeki, tak apa tak solat jumaat, memadailah dengan solat zohor.

Masalahnya sepanjang saya kerja situ, saya rasa saya sorang je yang solat, staff lain semua tak solat, huhu. Tak taula kalaumereka solat tempat lain ke. Tapi alhamdulillah tak lama lepas tu saya dapat keje di KLIA dengan suasana yang lagi menarik walaupun gaji tak berapa tinggi. hahaha.

Oden DeVass : Yang tu bukan paling teruk sis. Awak muda lagi, baru start kerja. Awak tak nampak lagi yang lagi teruk. Tempat kerja yang tak boleh solat, tak boleh cuti, kadang – kadang tak boleh rehat pun ada. Memang tauke kerah kaw – kaw punya energy pekerja.

Lambat 5 minit p0tong gaji. Kerja OT sejam taknak bayar pulak. Tak boleh cuti hari public jugak! Mostly kedai baju akan ramai customer time hari public. Boss takut tak cukup staff so sorang pun dia tak bagi cuti melainkan memang hari offday.

Sebab tu akak pilih sambung belajar daripada hadap boss dan staff yang macam tu tiap hari. Dan satu lagi tips, kalau nak cuci lips yang matte macam tu selalu akak akan calit lips balm dulu baru lap. Senang nak keluar sebab bibir dah berminyak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.