Baru 3 hari suami pergi, ayah mertua dah suruh bahagikan harta. Saya baIas d3ndam cara terindah

Semasa suami meninggaI dunia, saya sedang hamil. Tak sangka baru 3 hari suami pergi ayah mertua dah sebut pasal harta dan minta dibahagikan. Lepas dah bahagi pun mereka tak puas hati sebab sedikit sedangkan arw4h hanya ada KWSP. Saya dicanang tamak harta, saya ambil masa yang lama untuk baIas d3ndam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua warga Facebook. Saya seorang balu yang sudah kehilangan suami hampir 5 tahun. Maka selama inilah juga saya memegang status balu dengan anak seramai 3 orang.

Tujuan saya menulis di sini adalah kerana saya terkesan dengan pelbagai isu tentang harta, waris dan faraid si m4ti. Di sini saya hendak menceritakan bagaimana pengalaman saya berurusan hal berkaitan harta bersama status balu.

Sememangnya satu pengalaman pahit yang tidak mungkin dapat dilupakan. Jika perkara yang melibatkan harta, keluarga yang baik dengan kita juga akan cepat gelap mata. Saya tidak boleh lupa baru 3 hari suami pergi, ayah mentua sudah bercerita untuk membahagikan harta separuh – separuh.

Sedangkan ketika itu saya masih bersedih suami pergi secara tiba – tiba. Suami kemaIangan jalan raya dan meninggaI dunia di tempat kejadian. Saya hanya mendiamkan diri ketika itu kerana tiada apa yang mampu saya katakan.

Cuma agak terk3jut kerana begitu cepat bercerita berkaitan harta. Untuk pengetahuan semua, ketika itu saya sedang hamil. Jadi saya menangguhkan dahulu urusan perbicaraan dan faraid kerana mahu menunggu anak saya lahir.

Lebih mudah urusan untuk pembahagian faraid. Sepanjang tempoh tidak ada bantuan daripada keluarga sebeIah suami, sedangkan nafkah anak – anak wajib atas mereka. Saya jalankan hidup seperti biasa. Walaupun Ada kalanya tidak cukup perbelanjaan ketika itu.

Apabila anak saya lahir, saya uruskan sendiri segala hal berkaitan faraid. Konflik mula timbul kerana keluarga sebeIah sana tidak berpuas hati. Kononnya saya hanya memberikan sedikit sahaja. Bagaimana saya mampu memberikan sebanyak yang mereka mahukan sedangkan arw4h suami tiada harta.

Hanya wang daripada KWSP sahaja. Wang insurans yang saya terima saya bayar hutang – hutang yang ada bersama arw4h untuk memudahkan urusan seharian pada masa hadapan. Oleh sebab anak – anak berumur bawah 18 tahun, wang mereka dibekukan.

Saya hanya membesarkan anak – anak dengan wang yang ada beserta gaji saya. Wang insurans tidak perlu faraid kerana bukan harta semasa arw4h hidup. Tetapi saya tetap memberikan juga kepada keluarga sebeIah suami.

Mereka harapkan lebih tetapi mereka lupa tentang hutang – hutang yang perlu diselesaikan dahulu. Rasa tidak puas hati di pihak sana, saya sentiasa diburuk – burukkan. Kisah saya tamak harta sentiasa dicanang. Saya hanya diamkan diri walaupun saya tahu segalanya.

Saya terkilan kerana wang yang saya berikan, keluarga gunakan untuk keperluan abang ipar saya. Nafkah anak – anak memang saya tidak pernah terima. Kadangkala saya terpikir, harta yang sedikit mahu direbutkan sedangkan cucu – cucu mereka merupakan harta yang tiada nilainya.

W4ris dan keturunan mereka. Cucu – cucu yang akan mendoakan mereka kelak. Kini, saya tetap menziarahi mereka. Jika suami ada,tentu dia akan terus menziarahi keluarganya. Saya pergi tanpa pernah mengungkit tentang cacian mereka kepada saya.

Saya layankan mereka seperti ibu dan bapa saya sendiri. Awalnya mereka seperti keras hati. Tidak mahu melayan saya seperti sebelumnya. Saya tetap menziarahi mereka demi anak – anak. Hati yang keras juga boleh lembut jika kita berdiam diri dan melayan mereka dengan baik.

Saya juga belajar untuk memaafkan mereka walaupun bukan mudah. Memang saya malu apabila saya dih1na dan dicaci hanya kerana harta yang tidak seberapa. Biarlah semua itu berlalu. Itulah d3ndam yang terindah bagi saya.

Macam lagu Aisyah, Kemaafan D3ndam yang Terindah. Buat semua, jika keluarga mengalami situasi seperti ini, berikan sokongan moral. Bukan bercerita berkaitan harta ketika kubvr masih merah. Kami balu lebih bersedih.

Kami tiada lagi tempat berg4ntung, tempat mengadu dan bermanja. Dengarkan rintihan kami. Jangan bebankan lagi em0si kami. Pada pendapat saya, lebih mudah balu sendiri yang uruskan harta berkaitan faraid kerana hanya isteri yang tahu tentang hutang – hutang suami.

Bayar segalanya dan selepas itu faraid. Ipar tidak perlu campur tangan kerana tiada hak dalam hal ini. Tunaikan sahaja tangungjawab berkaitan nafkah anak – anak arw4h. Itu lebih baik daripada berebut harta. Semoga ilmu berkaitan faraid tidak dilupakan. Tuntutlah ilmu jika tidak tahu supaya tiada pihak yang terani4ya. Sekian.. – Puan H (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Cahaya Puteri : Ibu bapa yang berhak dalam faraid adakalanya tak kisah pun bahagian mereka tapi ipar duai yang tak ada hak (si m4ti ada anak lelaki) yang jadi batu api dan tukang mengadu domba. Lebih sudu dari kuah. Ni lah w4ris – w4ris dayus, harta anak yatim sibuk nak ambik tahu tapi tanggung jawab mereka pada anak yatim buat – buat tak tahu.

Azie Fazila : Sebenarnya bila kehilangan pasangan secara bercerai m4ti ni, bukan mudah untuk balu. Baik yang bekerja, apa lagi yang surirumah. MemerIukan masa untuk bangkit balik, susun balik kehidupan. Kat situ pentingnya ihsan dari pihak keluarga.

Bagi sokongan dulu. Betul kalau ikut faraid, seringgit pun kena difaraidkn. Tapi kita manusiakan ada yang dinamakan ihsan sesama insan. Kalau seringgit pun nak berkira sedangkan balu sangat perIukan untuk kelangsungan hidup, kita dah memburukkan hukvm tu sendiri seolah – olah Islam agama yang k3jam.

Nur Saleha Saleha : Susah nak jumpa family mentua yang taknak ambil bahagian faraid mereka (hadiahkan untuk menantu dan cucu) dan betul – betul ikhlas menyayangi anak dan cucu. Kerana duit, memang boleh jadi gelap mata.

Sed4ra pun dah tak kenal sed4ra dah. Entah kenapa saya rasa perlaksanaan undang – undang faraid di Malaysia ni masih terlalu lemah. Sebabnya dah ramai sangat balu dan anak yatim yang ditind4s walaupun sebenarnya faraid itu seharusnya membela nasib balu dan anak yatim. Sedih dan terkilan saya rasa.

Buat semua, janganlah kita makan walau sedikit pun sesuatu yang sememangnya bukan hak kita lebih lagi ianya adalah hak anak yatim. BaIasannya, miskin dunia dan miskin akhir4t. Saya dah jumpa banyak kes orang makan harta anak yatim ni, baIasannya di dunia lagi Allah dah tunjuk.

Di akhir4t nanti apatahlagi. Semoga kita semua dijauhi sifat tamak harta dalam diri. Semoga confessor terus tabah menjalani ujian hidup. InsyaAllah ganjarannya syurga Allah.

Noor Liana Hassan :  Tahniah confessor sebab berjaya lalui saat – saat sukar. Sebab tu pentingnya insurance dan hibah ketika hidup. Ramai suami tak ambil berat hal ni dengan alasan macam tak sabar nak tunggu suami m4ti, takut suami dah m4ti isteri bersenang lenang dengan suami baru dan sebagainya. Ramai wanita melangsungkan hidup bersendirian selepas ketiadaan suami. Semoga balu dan ibu tunggal lebih terbela selepas ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.