
Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh. Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yang dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran sehinggalah aku dapat kerja di sebuah kelab..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Eyna, berumur 27 tahun merupakan seorang pegawai pemasaran di salah sebuah syarik4t tersohor di Malaysia. Aku merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik, adik aku yang kedua dan ketiga telah pun mendirikan rumahtangga dan menetap bersama – sama keluarga mertua masing – masing.
Ayah aku telah pun pencen pada 28 April yang lalu, manakala ibu masih berkerja di salah sebuah kilang di sini sebagai seorang supervisor. Sedari kecil aku merupakan anak yang selalu terpinggir, ibu dan ayah mengajar aku untuk hidup tanpa bantuan orang lain dan harus pandai berdikari.
Aku dihantar pulang ke kampung untuk bersekolah di sana, aku cuma akan menjadi ‘anak’ ketika cuti sekolah panjang sahaja. Begitulah rutin aku selama 5 tahun, bahkan boleh dibilang dengan jari berapa kali aku pulang ke rumah aku sendiri.
Setiap kali pulang ke rumah, pasti aku akan mengambil baju kotor ibu untuk dibawa ke kampung, buat melepaskan rindu pada keluarga yang jauh di sana. Aku sering dibuIi di sekolah hanya kerana kawan aku yang lain tidak pernah berjumpa ibu ayah aku, hinggalah pada pertengahan darjah 5 aku telah dibuIi sehingga dir0tan oleh cikgu berulangkali hingga Iebam dan berbekas d4rah beku di tangan.
Sebaik pulang, nenek kelihatan sangat sedih kemudian bagitahu kejadian tersebut kepada ibu dan ayah. Ibu cakap bahawa dia akan menukarkan aku untuk bersekolah di sana dalam masa terdekat. Aku sangka aku akan menyambut berita itu dengan penuh perasaan teruja kerana akhirnya aku tidak perlu menunggu cuti sekolah lagi tetapi rupanya itu adalah permulaan bagi segalanya.
Sebaik selesai urusan pertukaran sekolah di Selangor, aku ditempatkan di dalam kelas pertama ekoran kecemerlangan aku dalam setiap peperiksaan setiap tahun. Setiap hari aku akan berjalan ke sekolah selama 15 minit seorang diri sambil memikul beban yang banyak kerana aku akan menghadapi UPSR pada tahun tersebut, sedangkan adik – adik aku yang lain akan menaiki bas sekolah yang dibayar setiap bulan oleh ibu dan ayah.
Sekiranya aku letih untuk berjalan kaki, aku juga akan menaiki bas tersebut namun aku harus membayar RM2 untuk pergi dan balik menggunakan wang belanja aku sendiri. Namun tidak pernah keluhan itu terpancar dari bibir aku kerana ibu dan ayah sering menekankan bahawa anak sulung harus tumbuh dengan tabah sekali.
Jadual aku padat dengan sekolah kebangsaan di waktu pagi, sekolah agama di waktu petang dan tuisyen di waktu malam 2 hari sekali. Aku menguruskan keperluan aku sendiri, berbeza sekali dengan adik – adik aku yang lain kerana segala serba serbi pasti disediakan oleh ibu dan ayah.
Hari demi hari, berbaki seminggu sebelum UPSR ketika aku sibuk menyiapkan borang termasuk salinan fotostat hati aku tertarik untuk melihat sijil nikah ibu dan ayah sekadar tahu tarikh pernikahan mereka kerana aku tidak pernah tahu tentang hal itu.
Alangkah remuknya hati aku bila mengetahui bahawa tarikh pernikahan ibu dan ayah 4 bulan setelah kelahiran aku, berkali aku melihatnya dengan harapan aku salah tapi setiap kali itulah kebenaran dihidangkan untuk aku.
Aku menangis sehari suntuk, tetapi aku tidak berani untuk memberitahu mereka bahawa aku telah tahu semuanya, aku hadapi hari – hari yang mendatang dengan perasaan yang sungguh berkecamuk. Bahkan, aku sampai menangis ketika menjawab UPSR dan aku mula menyalahkan diri aku sendiri.
Aku kekal tegap menyimpan rahsia itu sehingga sekolah menengah, untuk menutup pengetahuanku, aku telah menjadi pelajar cemerlang setiap tahun sehingga dinobatkan antara Pelajar Harapan Negeri Selangor. Tahun demi tahun, keadaan m4kin sukar bagi aku.
Aku mula member0ntak tika layanan mereka tidak memadai buat aku, mungkin aku telah melihat jurang kemesraan itu dan aku telah pun tahu punca semua itu. Aku mula berpeleseran di waktu malam bersama rakan – rakan aku yang lain, termasuklah lelaki.
Aku mula keluar secara sembunyi, mer0kok, bergaul bebas dan bahkan aku mula minum minuman keras. Aku menjadi sangat liar dan tidak terkawal, cara ibu dan ayah mengajar aku adalah dengan kekerasan dan bukannya secara diplomasi hati ke hati.
Setiap hukvman yang hinggap di batang tubuhku seolah tidak terasa apa pun, sekadar menjadi angin lalu buat aku dan itu membuatkan aku sem4kin member0ntak. Pada permulaan tingkatan 5, aku telah dipukuI oleh ibu hanya kerana aku memarahi adik aku sebab tak simpan makanan untuk aku yang penat – penat berjalan menghadap terik mentari sewaktu pulang dari sekolah.
Ibu pij4k muka aku berulangkali sehingga muka aku b3ngkak dan berd4rah, aku tidak sanggup lagi hidup menjadi anak buangan lalu aku mengambil keputvsan untuk lari dari rumah. Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh.
Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yang dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk. Seharian berjalan di kota yang asing, tanpa makan bahkan sesuap, tanpa wang untuk pulang akhirnya aku terduduk di sebuah tangga kedai.
Aku melepaskan lelah dan tertidur pulas sambil memegang perut yang lapar. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran dan tidur semula di tangga dalam keadaan duduk, panas dan dihurung nyamuk.
Seminggu berkeadaan begitu, akhirnya aku mengambil keputvsan untuk berkerja. Aku mendapat tawaran berkerja di sebuah kelab malam sebagai ‘assistent bartender’ di Ipoh. Aku diberi kemudahan untuk tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh pihak majikan.
Setiap hari dihidangkan oleh gemerlap dunia membuatkan aku lupa pada keluarga juga pada agama, hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa khabar buat mereka. Saat itu aku terasa puas dan bebas tidak lagi hidup menjadi sesiapa, namun disatu sisi yang lain aku merasa kosong dan rindu pada yang jauh di mata.
Setelah lebih 2 tahun di perantauan akhirnya aku mengambil keputvsan untuk pulang dan mendaftarkan diri sebagai calon persendirian SPM hasil pertolongan kaunselor sekolah dan aku juga menggunakan gaji yang telah dikumpul selama bekerja di bar tersebut.
Kepulangan aku juga membawa kerinduaan dan azam seorang anak untuk berbakti pada keluarga namun benar kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Pulangnya aku ke rumah tidak disambut baik, bahkan mereka memerli aku sepanjang masa namun aku sudah lalu pada istilah ‘keluarga’ mereka.
Aku mengasingkan diri daripada mereka, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Begitu payah rasanya, hampir aku terpunduk jatuh di tengah jalan. Alunan ‘perempuan sundal’ , ‘jalang’ dan sebagainya akan didendangkan dari mulut ibu dan ayah.
Adik – adik aku yang lain juga terikut dengan alunan tersebut dan itulah mimpi aku setiap hari. Aku kekal teguh berdiri menjadi tempat melampiaskan amarah mereka saban hari sehingga keputvsan SPM telah pun keluar. Hasil lelah dan kesabaran itu terbukti bila aku mendapat keputvsan ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan tersebut sekaligus melayakkan diri aku untuk melanjutkan pelajaran di universiti.
Di semester akhir pengajian, aku dikhabarkan oleh guru di kolej adik aku bahawa adik aku yang kedua disahkan hamil 5 bulan akibat terIanjur. Ibu dan ayah terus menikahkan mereka berdua untuk menutup malu. Kini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan.
Dan selang 8 bulan kemudian sekali lagi aku dikhabarkan bahawa adik aku yang ketiga pula telah buntingkan teman wanitanya dan berakhir dengan pernikahan untuk menutup malu. Serasa puas benar, akhirnya kata – kata mereka dulu telah berpatah balik kepada mereka sendiri.
Aku juga telah pun disahkan menghidap tekanan perasaan yang pelbagai dan masih lagi meneruskan rawatan dengan pakar psiki4tri. Mereka masih belum insaf dengan kejadian yang telah berlaku. Doakan aku kuat menjalani hari yang mendatang, doakan mereka berubah suatu hari nanti. – Eyna (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norhayati Sulaiman : Allah sayang sangat pada kamu Eyna. Kamu member0ntak, buat benda tak betul tapi Allah tetap takdirkan kejayaan buat kamu. Jagalah diri dengan baik. Allah nak kamu jadi baik dan mungkin juga asbab buat keluarga kamu untuk berubah.
Yati Hakim : Jangan derh4ka dengan ibubapa. Berd0sa besar. Kalau tak mampu menghadapi ibubapa yang zaIim, minta izin untuk pindah rumah. Kalau dalam kes yang teruk seperti kene d3ra dengan ibubapa, beritahu je ibubapa yang awak nak pindah tempat lain. Tak perlu dapat izin. Mulakan lah hidup baru dengan cara yang baik.
Ellyn Ramlee : Aku respect eyna – jaga maru4h walau buat keputvsan salah melarikan diri dan buat xtvt tak berapa sihat padahal boleh je balik kampung nenek dia semula. Aku respect eyna nie tetap teguh teruskan perju4ngan masa depan walaupun disisihkan ibubapa. Aku respect eyna ni tak berlaku biadap pada parents dan adik – adik dia. Biar Allah je yang baIas. Excellent girl!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.