
Aku dah biasa tengok perempuan buat semua kerja rumah, Yang lelaki tugasnya hanya duduk dengan kaki bersilang di depan tv sambil minum kopi. Bila aku kahwin dengan lelaki dari Negeri Sembilan, aku rasa perempuan sana tak pandai jaga laki. Sehinggalah mak mertua sound aku bila aku larang suami aku basuh pinggan…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku nak cerita tentang lelaki dan posisi mereka di dapur. Ini pengalaman berbeza yang aku kena hadap antara keluarga aku dan keluarga suami. Aku dilahirkan di dalam keluarga konservatif di mana lelaki ni dih4ramkan masuk dapur.
Tugas lelaki adalah hanya sekadar berusaha keras cari rezeki dan buat benda – benda bertukang di rumah, cuci kereta. Sambil cuci kereta tu, cuci depan rumah. Tak pun angkat benda berat. Benda – benda berkenaan pengurusan anak, dapur, mengemas dan segalanya memang di atas bahu perempuan.
Bukan keluarga aku sahaja, dari mak ayah aku sampai la ke atuk nenek dan makcik pakcik aku, semuanya macam tu sikapnya. Bila balik kampung nak raya, perempuan berhempas pulas buat segala baIa, lelaki duduk depan tv berborak.
Pasang lampu raya lepas tu sambung borak. Kenduri kend4ra pun sama. Tugas lelaki dalam kenduri hanya la jadi pengantara dengan layan tetamu. Top up lauk la paling berat pun. Yang lain dari memasak ke mengemas ke basuh pinggan semua perempuan.
Itu lah antara punca mak ayah aku bercerai. Ayah aku malas kerja mengharap hasil dari mak aku, bila dah kena buang kerja masih dengan per4ngai malas tak nak langsung tolong kat rumah. Mak aku yang letih em0si dan fizikaI failkan cerai sebab dia fikir dia nak kurang kan beban dia.
Ye, dia anggap ayah aku beban. Memori aku terhadap perkahwinan mak dan ayah aku bukan la memori yang indah. Ayah aku pernah kant0i dengan perempuan lain dengan alasan mak aku selalu letih lesu nak layan dia. Aku dengar sebutir – sebutir apa ayah aku cakap masa diorang asyik g4duh pasal perempuan ni.
Dan ayah aku pulak selalu ada orang backup. Mak dia dengan adik beradik dia. Tak ada seorang pun nak nasihatkan dia suruh bekerja dan elok la sikit per4ngai tu. Yang mereka tahu, abang dia hensem dan mak aku beruntung dapat bapak aku.
Mak aku tak terurus. Sibuk bekerja. Muka tak siap. Masak tak sedap. Padan muka mak aku. Setahun lepas kes perempuan tu mak aku suruh dia keluar rumah, baru la dia pulak yang letih lesu. Baru dia tau kepayahan nak uruskan rumah dan kerja dalam masa yang sama.
Nak urus diri sendiri pun tak lepas. Bilik sewa dia macam sarang tikus masa aku pergi dulu! Mak aku pulak lepas cerai, anak dah m4kin besar. Rumah dah ada anak – anak boleh tolong. Adik lelaki aku pun dah mula diajar buat kerja rumah sikit – sikit.
Mak dah boleh fokus kumpul aset. Jaga diri. Jaga badan. Dan dia m4kin berjaya dalam kerjaya. Lepas ayah aku, mak aku tak pernah teringin nak kahwin lagi. Dia kata buat apa nak letih – letih servis laki lagi? Dia dah tua katanya.
Entah macam mana walaupun dengan memori yang buruk tu, aku boleh terdetik nak berkahwin dengan suami aku. Masa tu aku terbayang yang suami aku dengan kaki bersilang di depan tv meminta secawan kopi o untuk dia minum sambil menonton buletin utama.
Aku fikir, suami aku ni ada agama sedikit kalau banding dengan bapa aku. InsyaAllah dia tak curang. Kalau dia setia aku sudi jaga segala – gala. Aku boleh layankan kerja rumah, mertua dan ipar duai punya per4ngai. Itu dalam kepala otak aku. Dulu.
Suami aku orang negeri sembilan. Untuk pengetahuan korang, aku dari satu negeri di pantai timur. Sejak berkahwin, kami duduk sendiri. Mak mertua aku alhamdulillah layan aku baik. Tiap bulan tanyakan khabar aku. Anak dia layan aku dengan baik tak? Nafkah beri tak?
Kalau berg4duh pun mak mertua aku boleh baca. Dia akan confront anak dia dulu. Dan aku pernah lihat sendiri keluarga mak mertua aku ser4ng abang dia sebab curang dengan kakak ipar dia. “Kau ni long tak boto kau buek kak long ni macam ni. Kalau omak ado laei, m4ti la kau kono dongan omak!”
Kau bayangkan mereka back up kakak ipar mereka. Kalau dibanding dengan situasi mak aku dulu, jauh panggang dari api. 4 tahun berkahwin. Ini yang aku perasan tentang suami aku, keluarga terdekat dan keluarga jauh suami aku.
Suami aku sangat membantu di rumah. Dia memang tak reti masak. Tapi bila aku masak, dia akan ke dapur juga tolong kacau, tolong cuci, tolong kemas. Sejak berkahwin, aku jarang sangat pegang penyapu dan mop. Itu semua kerja suami aku.
Bayangkan lah, dah setahun duduk apartment, aku tak tahu kat mana nak buang sampah sebab laki aku yang selalu buat. Bila dia demam tak larat, 10 minit aku tawaf kat floor cari tempat buang sampah. Lepas tu dah tak ada dah aku pergi buang sampah lagi.
Kalau bab anak pun memang dia cekap. Kalau sebelum terawih atau lepak, dia akan pastikan anak dia dah mandikan dan siapkan untuk tidur. Aku cuma tinggal susukan dan tepuk – tepuk bagi tidur. Tiap pagi pun sama. Dia siapkan anak ke taska. Dia hantar.
Aku cuma perlu kemaskan beg anak aku dan siapkan bekal anak aku. Bila tak sihat baru aku take over. Bila kenduri, perempuan kerjanya beramai – ramai kupas bawang, racik itu, racik ini. Buat kerja – kerja persiapan nak masak.
Buat kerja – kerja ringan macam bungkus doorgift. Seorang perempuan akan lead dapur. Macam makcik suami aku. Dia akan bagitau Hussain kerja dia itu. Hassan ini. Ali itu. Halimah ini. Dan seterusnya. Lepas semua barang masak dah prepare, makcik tu akan letak kerusi sebelah dapur.
Dia akan cakap “Hassan, ekau masukkan bawang tu tumis. Pastu masukkan cili. Haaaa kacau kacau” Yang lelaki akan buat kerja kerja fizikaI macam mengacau semua ni. Lepas dah siap masak, yang hidang yang basuh pinggan yang top up lauk yang kemas meja adalah lelaki.
Perempuan tolong – tolong je. Makcik tadi tu akan supervise sahaja. Lain – lain dibuat oleh lelaki. Masa kenduri boleh nampak perempuan lawa – lawa tetapi yang lelaki semua dengan tuala kat bahu. Seluar lipat. Selipar sebeIah lain.
Baju basah dengan peluh dan bau masam. Sebab tu la famili dia masih mampu masak sendiri bila kenduri. Bila raya pula, nak tengok lelaki kat dapur goreng ayam. Basuh pinggan. Bancuh air bukan benda yang asing. Adik – adik ipar aku sendiri pun buat.
Dan dalam 10 rumah, aku berani kata 9 rumah keluarga suami aku dapurnya diuruskan oleh kedua – dua jantina tanpa kompromi dan diskriminasi. Benda yang aku tak pernah nampak 25 tahun hidup sampailah aku berkahwin.
Masa aku awal – awal kahwin, jauh di sudut hati aku kata yang perempuan negeri sembilan ni tak pandai jaga suami. Sebab aku dibesarkan dalam keadaan kerja rumah itu adalah tugas wanita sepenuhnya. Sampaila mak mertua aku cakap dekat aku bila aku larang suami aku basuh pinggan awal – awal kahwin dulu (beberapa hati lepas nikah masa bertandang).
Ye lah. Pesanan mak aku sebelum kahwin adalah kalau nak rumahtangga bahagia, aku kena masak. Rumah kena bersih. Suami kena jaga. Jangan bagi suami buat kerja rumah. Benda – benda tu. Kesian. Mak aku rasa ayah aku curang sebab dia tak sempurna.
Hence, she gave me that advice. Tapi mak mertua aku lain pulak caranya. “Kojo rumah ni, samo – samo buek. Ekau kojo. Dak Arep pun kojo. Kojo rumah kono buek samo – samo. Tanggungjawab samo – samo. Bilo samo – samo buek takdo la ekau lotih bona. Mak dapek la cucu copek.”
“Kito ni kono jago badan kito ni. Pinggang ni terutamo. Yang boghek – boghek yang payah – payah mintak tulung. Dio ketuo keluargo. Ingek ketuo duk arah yo? Huh. Uuuuuyaaaaiii… Mimpilah!” “Ekau jangan nak ghaso bersalah dio ni buek kojo rumah. Dari kocik mak dah biasokan. Tukar pampers sejak umo 10 tahun mak dah suruh buek. Ni sumo ni. Anak lelaki ko pompuan ko. Samo rato. Lelaki mak bagi lobih laei. Kudrat lelaki ni kito orang pompuan tak boleh Iawan!”
Make sense. Bila kerja tu dibahagikan tak terbeban, kita akan ada lebih masa untuk ada hubungan yang berkualiti. Jujur aku cakap, sebab suami aku membantu, rumah aku jauh lebih bersih dari rumah mak aku masa kami kecik – kecik dulu.
Aku dapat masak hari – hari untuk suami dan anak sebab aku tak rasa letih memasak. Tiap hari aku urut belakang suami aku tanpa rasa terp4ksa tapi sebagai tanda aku hargai bantuan dia. Dan aku dapat menyusukan anak aku kerana ada suami yang support aku.
Bila dia nak ON aku tak perlu nak cakap NO. Aku dilayan baik dan aku mahu melayan dia dengan baik. Aku boleh jadi isteri yang baik kerana dia suami yang baik. Aku rasa aku seorang partner dalam perkahwinan ini. Bukan la isteri yang harus melayan kehendak suami semata – mata.
Dan dari situ, ketaatan aku dan kesetiaan aku untuk dia tanpa dip4ksa. Duit ringgit sikit pun aku tak berkira untuk dia dan memandangkan dia pun tak ambil kesempatan. Dia nak lepak pun aku tak larang sebab semua dah tersedia.
Cakap pasal bab respect, sama – sama buat tak bermakna aku tak respect suami aku. Aku kalau minta dia buat sesuatu, halus je suara. Dia pun sama juga. Kalau tak dapat nak buat dengan alasan munasabah pun cakap la elok – elokkan.
Bukannya kita baling pampers kat muka dia kalau nak mintak tolong dia cuci b0ntot anak. Aku tak pasti samada suami aku akan kekal begini. Setia, rajin dan bertanggungjawab. Aku berdoa semoga sesiapa yang suami mereka seperti ciri diatas akan kekal begini.
Dan yang mana dalam kategori ayah aku akan berubah seperti suami aku. Dan lelaki di dapur tidak akan dipandang janggal lagi. “Serve us, to serve you.” Disclaimer : I am not saying that all family in Pantai Timur are like this and all family in Negeri Sembilan are like this. This is merely my personal experience. – YariSanti
Komen Warganet :
Lissa Raziab : Memang ada benarnya.. Ayah den orang Nismilan, diolah yang mengajar mak den masak, waktu mulo – mulo kahwin omak den tak pandai masak. Kalau mak s4kit bersalin atau masuk sepital, konyang adik beradik ayah jaga, memasak dan buat kojo – kojo ghumah.
Kalau hujung minggu ayah tak bokojo, kenyang ayah turun dapur memasak. Pagi – pagi dah ado nasik lomak ngan segala lauk pauk. Ayah tak segan jaga kami adik beradik. Bila dapat jodoh, alhamdulillah doa saya Allah makbulkan dapat orang sekampung dengan ayah orang Nismilan gak.
Dari pemerhatian saya anak – anak jantan Nismilan memang kental, tak usah suruh macam open haus ghayo sepupu – sepupu husband semuo eh anak lelaki yang turun padang. Al fatihah buat arw4h ayah, tahun pertama beraya tanpa ayah, terima kasih ayah selama ni menjaga kami adik beradik dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.
Norazlin Abdmanaf : Saya setuju dengan si pencerita. Menantu saya juga orang N9. Anak tunggal saya berkahwin dengan dia yang beza umurnya 8 tahun. Alhamdulillah memang orang N9 terbaik. Menantu saya rajin menolong di dapur bila anak saya memasak.
Bila ada kenduri kend4ra dia lah yang paling menonjol di kalangan suami – suami anak – anak buah yang lain sebab ringan tuIang. Kakak – kakak saya semua memuji menantu saya rajin. Mungkin betul, sebab dia telah diasuh oleh maknya dari kecil untuk buat kerja – kerja rumah.
Adik beradiknya 4 lelaki dan sorang saja perempuan. Memang kesemuanya sangat rajin membantu isteri masing – masing. Baik dalam uruskan anak – anak atau di dapur. Saya respect besan saya sebab pandai dalam mendidik anak – anak lelakinya dan saya merasa sangat bertuah mempunya menantu yang disenangi oleh keluarga saya.
Saya cukup sayang pada menantu saya sebab dia tak pernah say NO tiap kali saya meminta bantuan dia. Tq kak Ani dan Abg Abu Zarim (besan sy) sebab telah melahirkan anak yang begitu baik dan penyayang serta bertanggungjawap terhadap anak kami selama 10 tahun perkahwinan mereka. Tq Ahmad Yazid sebab sudi menjadi menantu mama. Love u to the moon!!
Hazri Rider : Menyesal pulak tak belajar masak dengan mak dari kecik, tapi kita tolong – tolong yang lain bleh kan contohnya seperti membasuh pinggan mangkuk, mengelap pinggan mangkuk hingga kering, mencuci kesan minyak di dapur, menyusun pinggan di tempat pinggan, mengemop lantai dan sebagainya.. Huhu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.