
Mula – mula aku bagi RM200 je sebulan. Kakak tak puas hati dengan jumlah tu. Aku menangis – nangis dekat mak sambil tunjuk komitmen aku kena bayar. Rupanya, bila kakak aku tanya berapa jumlah duit bulanan aku bagi, macam ni je mak aku jawab..
#Foto sekadar hiasan. Hari ni aku tersangat la str3ss dengan kehidupan aku disebabkan tr1gger point yang datang dari kakak aku selepas aku menegur dia akan sesuatu. Tak boleh nak luahkan dekat sesiapa, jadi dekat sini la aku nak meluah.
Aku tegur kakak aku mengenai apa yang mak aku mengadu dekat aku. Kakak aku ni satu family duduk sekali dengan mak aku bukan sebab dia memang sengaja, tapi disebabkan rasa tanggungjawab untuk menjaga mak lepas ayah tiada lagi disamping mak kami.
Adik lelaki aku (seorang saja lelaki dalam adik beradik) pon ade kat rumah tu, cumanya dia seorang yang baran, tegur sikit saja mula dia nak baran. Dan dia banyak berkurung dalam bilik macam orang perempuan, semata untuk melunaskan nafsu terhadap game dalam fon 24 jam kalau boleh dan lebih suka meluangkan dengan kawan – kawan selain family dia.
Dia lupe tanggungjawab berat dia terhadap mak dia. Belum habis belajar, tapi keluar masuk rumah, suka hati saja tak payah mintak izin mak aku. Tambahan untuk intro, family aku memang jenis yang negative thinker kecuali arw4h ayah aku kot.
Jadi aku hari ni setelah beberapa lama menyimpan teguran untuk kakak aku ni, akhirnye tersampaikan teguran kat dia melalui whatsapp. Tapi dia baIas mesej aku tu dengan sebuah karangan yang panjang sekali yang akhirnya tr1gger str3ss aku.
Mula – mula aku tak str3ss sebab tak terasa dengan ayat kakak aku lagi. (haha sejenis loading sikit) aku rasa aku jenis yang paling kurang negative thinking dari kakak – kakak aku atau erti kata lain, aku tak kolot sangat dalam pemikiran. Mungkin sebab generation gap yang jauh?
Kot. aku daripada dulu memang lain daripada diorang, aku paling tak perform study (tapi habis la study sampai ijazah sarjana muda kejuruteraan). Aku bercinta masa belajar kat sekolah menengah, aku pernah mencuri duit dari ahli keluarga aku sendiri masa sekolah rendah dan menengah.
Sebab aku rasa duit belanja aku tak cukup dan aku cemburu dengan kawan – kawan lain yang dapat beli kaler pensil lawa -lawa atau macam – macam lagi kat kedai buku sekolah. Aku tak buat perkara tak senonoh la dengan duit tu, ade jugak terkantoi aku curi, jadi habis la badan aku berbirat – birat kene baIun dengan h4nger, r0tan dan yang sewaktu dengannya.
Aku pernah juga buat kes besar masa darjah 5 (sejarah hitam hidup aku atas sebab aku str3ss dengan keluarga aku juga, tr4uma hidup dalam keluarga ni bagi kesan mendalam sangat dekat diri aku sampai sekarang. Bayangkan la budak darjah 5 pon sampai tak boleh tahan dah hidup dalam keluarga ni).
Senang cita, aku paling h1na dalam family. Walaupun adik aku pon tak berapa perform study, tapi sebab dia lelaki dan dia tak lagi teruk dari kes – kes aku atas tu jadi dia dah kategori lain la. Cakap pasal rezeki, Alhamdulillah 3 bulan lepas habis belajar, aku dapat kerja walaupun bukan dalam bidang aku.
Disebabkan aku tak memilih keje and gaji pon boleh tahan, aku pon terima kerja tu dan kerja macam biasa. Mula – mula aku bekerja, aku bagi mak aku RM200 setiap bulan. Tapi kakak aku sangat tak puas hati dengan amaun yang aku bagi kat mak aku.
Walaupun aku dah nangis – nangis dekat mak aku dengan list komitmen gaji aku lepas kakak aku kutuk – kutuk aku yang tak puas hati aku mampu banyak tu saja bagi mak aku. RM795 duit ansuran kereta. Aku beli kereta baru sebab aku takde transport untuk pegi balik keje, walaupun ade kete extra kat rumah.
Tapi kakak aku kata kalau nak drive, beli kereta sendiri supaya tak susahkan orang lain if apa – apa jadi . Rm 1000 bayar balik duit kakak aku untuk 5 bulan (sebab aku pinjam RM5000 dari dia untuk guna as downpayment kereta).
RM300 untuk duit belanja makan minum kat ofis, RM160 untuk duit tol, RM250+ duit minyak kereta, RM239 duit bayaran balik pinjaman belajar, RM300 duit belanja parents dan adik aku makan if keluar hujung minggu sebab masa ni aku yang duduk dengan mak aku (ye memang makan mahal) .
Jadi RM200 untuk mak aku. Korang ingat cukup ke gaji aku tu? Gaji aku masa tu RM2,700 saja. Kadang – kadang aku ik4t perut, aku buat OT kaw kaw. masa tu aku single, okay laa kan nak buat OT banyak – banyak pon.
Dah lepas 5 bulan (habis bayar hutang kat kakak aku), dapat la aku bernafas jap. Eh lepas 3 bulan tu, aku dah kene start kumpul duit untuk kahwin pulak (alhamdulillah jodoh aku sampai awal). Kitorang adik beradik memang takde duit simpanan dari kecik, jadi aku tercekik lagi bila nak kena kumpul duit kahwin from zero, which aku ada masa dalam 11 bulan macam tu.
Dah la family aku ni nak kene ade majlis kahwin besar minimum untuk 1000 orang punya majlis, majlis tunang lagi, tapi yang kene sediakan duit majlis, diri sendiri laa. Aku tak nak bertunang sebab takde duit, tapi kene p4ksa jugak, sampai aku jahit baju sendiri, pergi make up free yang dekat shopping mall tu, g4duh dengan kakak aku sebab dia cakap aku menyusahkan mak aku untuk majlis bertunang tu.
(Hari bertunang pon boleh jadi sejarah hitam, sebab kakak aku sengaja tolak aku depan kawan – kawan aku yang datang majlis aku dengan jelingan dia yang tajam dekat semua tetamu aku, aku tahan malu). Korang ingat aku dapat kumpul banyak ke dalam 11 bulan tu?
Kira la balik gaji aku atas tu. Pakej kahwin paling jimat dah aku amik tu kat kawasan aku, lebih dari RM12,000. Untung giIer kahwin masa pkp. Aku dapat kumpul untuk kahwin less than RM5,000. Selebihnya guna duit hantaran kahwin aku.
Alhamdulillah sangat – sangat bakal suami aku masa tu memang ada duit simpanan yang mak bapak dia siapkan dari kecik. Aku memang dah cut cost sehabis boleh. Mana yang extra- extra tu banyak bakal suami aku tanggung.
Yang tambah – tambahan lagi, mak aku guna duit dia la macam goodies bag majlis tu. Duit sumbangan dari majlis tu, tak berapa banyak tapi alhamdulillah la dapat aku cover balik duit ticket return flight adik aku dari kelantan semata – mata untuk kenduri aku, cover sana sini.
Then guna untuk cover kos – kos yang dari mak aku ke ape. Aku pon tak ingat sangat dah. Lepas aku kahwin, masih belum habis ye ketidakpuasan hati kakak aku tentang aku bagi RM200 saja dekat mak aku. Alhamdulillah, aku advance kan sikit skill keje aku, aku boleh dapat extra RM700 sebulan as allowance keje aku.
Dari sini, aku start bagi mak aku RM500 setiap bulan. Baru kakak aku macam diam sikit. Aku tahu diorang bagi mak aku banyak, RM500 ni still sikit bagi diorang. Yela, gaji diorang dah banyak mana. Aku ni baru nak hidup.
Str3ss jugak sebab kakak – kakak aku semua pon berjaya ada kerjaya yang boleh la nak kata tinggi jugak level tu. Weyh, cerita aku ni memang panjang. Banyak sangat nak luahkan. Maaf kan aku tau. Elaun gaji aku ni akan kene p0tong terus tau kalau aku cuti bersalin (gaji aku serta merta kurang RM900 time cuti bersalin).
Aku duduk berpantang dekat rumah mak aku. Mak aku memang siapkan semua mantap – mantap masa aku bersalin anak pertama, tapi tak mampu nak bagi mak aku lebih dari RM500 masa duduk berpantang kat rumah mak aku, sebab memang cukup – cukup makan saja gaji aku. Suami aku?
Dia bagi duit RM300 camtu untuk aku time berpantang tu. Tapi dia ingat cukup la kot bagi mak aku banyak tu sementara duduk berpantang 2 bulan kat rumah mak aku. Duit tu kurang pon dari duit makan minum kitorang, electric lagi, sepanjang duduk sana.
Kesimpulannya, sebenarnye kitorang kira macam takde bagi duit lebih pon dekat mak aku atas jagaan dia masa aku berpantang. Kemudian masa berpantang anak kedua, mak aku tak buat semantap yang pertama mungkin sebab dulu dia tak terima bayaran yang dia jangkakan dari aku tapi kali ni aku bayar bil electric rumah lebih kat mak aku, RM400.
Kemudian aku rasa aku ade bagi RM500 macam biasa. Aku ada bagi lebih sikit lagi walaupun kali ni aku duduk sebulan saja dengan mak aku. Laki aku, dia masih tak paham kiraan semua ni. Sebab budaya family dia lain.
Lagipun bagi dia, mak aku tolong tengok – tengokkan je aku dengan anak aku dan bagi kitorang makan. Yang selebihnya banyak kitorang buat sendiri. Jadi berbalik pada karangan kakak aku yang tr1gger str3ss aku ialah, dia tiba – tiba ungkit yang dia bagi mak aku duit 4 angka setiap bulan, bil electrik dan air dia siap bayar.
Tapi dia selit kat situ,”tak macam orang tu, dah bayar electric, tolak duit nafkah mak aku, kemudian bagi baki saja kat mak aku”. Aku tak terasa awal – awal sebab aku rasa tu bukan aku. Sebab aku rasa aku memang bagi RM 500 macam biasa kat mak aku.
Kadang – kadang mak aku ni pon satu hal, dia sendiri pon cakap ikut sedap dia saja kat kakak – kakak aku yang lain padahal pada hakik4tnya lain. Mak aku tak pernah pon p4ksa suruh bagi dia duit, tapi benda ni dah jadi tradisi family aku.
Jadi aku kene buat. Kalau tak, aku memang h1na la. Kakak – kakak aku pon akan bertanya mak aku berapa aku bagi mak aku, jadi kadang – kadang dia jawab, “dia bagi sekian – sekian”. Cara dia jawab tu, aku kenal sangat mak aku, dia akan jawab dengan nada yang macam, “boleh laaaa”. Korang paham tak?
Benda yang aku tegur kakak aku awal – awal tadi tu, TAKDE KENE MENGENE LANGSUNG pasal duit nafkah kat mak aku. Aku dah la memang ade issue kewangan sekarang since komitmen m4kin bertambah. Bile aku tersedar ayat dia tu sebenarnye tuju kat aku, aku terus sedih giIa – giIa.
Kalau aku mampu, aku sendiri memang nak bagi duit 4 angka la kat mak aku. Aku tak berkira kalau pegi keluar makan dengan satu family besar aku tu walaupun kadang – kadang rasa aku ni sebenarnye tak mampu pon nak berbelanja banyak tu untuk duit makan sekarang ni.
Aku nak buat macam – macam lagi untuk mak aku. Masa aku tak sedar tadi, aku still pujuk kakak aku tu tau, sebab aku nak dia jelas benda yang aku tegur tu daripada mak aku sendiri, aku takde tambah apa – apa sebab aku paham keadaan dia.
Ya Allah, aku rasa aku ni positive sangat siap pujuk dia, bagitau dia jangan salah paham and jadi on. Rupanya dia dari awal dah t3mbak aku tanpa aku sedar. Aku sedih sangat sangat sangatttt. Rupanya diorang masih kire duit – duit yang aku bagi kat mak aku.
Aku doa selalu supaya Allah bagi aku rezeki banyak untuk aku mewahkan laa mak aku tu lebih dari kakak – kakak aku. Tapi Allah belum bagi lagi mungkin ada hikmah yang lain. Ya Allah, tolong laa aku untuk jauh daripada kesedihan dan keangkuhan meIampau sehingga retak hubungan adik beradik.
Korang boleh tak tolong aku doakan sekali untuk aku dan suami aku jadi manusia lebih baik, jadi umat islam yang lebih beriman dan jadi orang – orang yang terlebih mampu untuk mewahkan mak aku dan bantu orang – orang yang dalam kesusahan. – Aku yang terh1na (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Lynn Abd Latiff : RM500 bagi mak. Ok dah tu. Ikut kemampuan kan. Mangkuk kita tak sama masing – masing. Dah kenapa nak berIawan sapa bagi lebih sapa bagi kurang. Yang petang ikhlas, ni bagi banyak manapun, esok lusa ungkit. Celah mana nak boleh pahalanya. Lantaklah kakak nak kata apapun, yang penting nawaitu awak dah betul dah tu. Takyah em0 tak memasal. Banyak lagi urusan dunia nak hadap.
Iera Rahman : Bagi duit kat mak macam tradisi susah jugak. Bagi seikhlas hati. Rasa mak tt pon boleh tahan jugak attitudenya. Kalau anak bagi 500 pon kate boleh la. Kesian tt.. Bila tt kata pantang anak kedua mak layan jadi jadi je tak semantap anak pertama sebab tak dapat bayaran?
Ya Allah.. sedih.. Kadang – kadang ada jenis orang tua yang jenis aku dah tua ko kene bagi aku duit bukan aku bagi kau duit. Sebab kecik – kecik aku dah bela ko. Bukan ke anak tu memang amanah untuk dijaga dan di bela.
Eee.. toksik lah. TT ko duduk je elok – elok dengan laki dengn anak ko. Beri mana termampu. As long ko tanya kabar mak ko, tak terputvs hubungan, masih memberi pada mak ko. InsyaAllah Allah nampak tau.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.