
Selepas 100 hari pemergian ibu, ayah kandung aku plak meningg4I dunia. Ayah tiri berjanji nak jaga kami tapi dia yang haIau kami sebab bercinta dengan pembantu rumah dari seberang. Dia haIau kami 4 beradik bersama dengan anak kandungnya sendiri. Ketika itu aku pergi ke kedai sewa arw4h ibu berbekalkan RM300..
#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera. Nama aku AN, berumur 24 tahun. Ini kisah aku.. 7 september 2017 – Aku dan 3 adik – adik telah kehilangan emak. Insan yang paling kami cintai. Emak meningg4I pada umur 44 tahun akibat peny4kit ‘N0n-H0dgkin Lymph0ma’ s4kit yang tiba – tiba datang dan sebulan je emak bertahan sebelum di jemput ilahi.
15 disember 2017 – Pada hari ke-100 pemergian emak, dapat khabar duka ayah pulak pergi meningg4Ikan kami. Sedih hilang mak pun masih menggunung di tambah lagi dengan ayah. Allahu. P3ritnya masa tu hanya kami yang paham.
2008 – Tahun di mana arw4h emak dan arw4h ayah bercerai. Aku berumur 14 tahun ketika itu. Aku tinggal dengan ayah manakala 2 orang adik aku ikut tinggal dengan emak. Umur aku 15 tahun ( 2009 ) emak berkahwin dengan seorang lelaki yakni kenalan ayah aku sendiri. Dia lah punca kenapa mak ayah bercerai berai.
2011 – Emak melahirkan anak hasil dengan suami barunya, kiranya adik baru aku, 1 emak lain bapa. Jadi jumlah adik aku adalah 3 orang. Bapa tiri aku orang yang berpelajaran dan kerja berjawatan tinggi. Baik orangnya aku kira sebab dia menjaga 2 orang adik aku seperti anaknya sendiri.
Lebih kurang dalam tahun yang sama selepas adik baru di lahirkan dia belikan sebuah rumah yang besar dan cantik sebagai hadiah untuk emak, rumah nama bersama.
JANUARI 2018 – Hiduplah kami 4 beradik bersama bapa tiri serumah. Menumpang kasih si bapa tiri. Dia telah berjanji untuk menjaga kami si anak yatim piatu hingga hujung nyawanya. Aku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Di sini segalanya bermulaaa..
Bapa tiri aku telah berkenalan dengan seorang pembantu indonesia, maid kepada jiran kami selang 2 lorong taman. Sejak perkenalan tu bapa tiri yang baik telah berubah 360 darjah menjadi seorang yang bencikan kami.
Benci sebab kami membantah dia membawa maid tu tidur dan tinggal serumah dengan kami tanpa apa – apa ik4tan yang sah. Kami tak nak bersubahat, d0sa! Lalu kami adik beradik dihaIau keluar dari rumah emak kami sendiri.
Segala ibu kunci dan anak kunci dia tukar supaya kami tak boleh masuk ke dalam rumah. Segala barang, pakaian adik beradik dan pakaian arw4h emak kami tak dapat ambil. Aku bawa adik – adik duduk di kedai arw4h emak mulakan hidup baru dengan duit cuma RM300.
Emak ada 1 premis perniagaan yang kini disambung oleh aku sendiri. Di situ lah tempat aku mencari rezeki untuk menyara adik – adik dan di situlah tempat kami tinggal. Segala harta dan simpanan arw4h emak yang sepatutnya menjadi hak kami di ambil, tiada untuk kami. tiada!
YA tuhan, sudahlah sedih kehilangan emak dan ayah dit1mpa pula dugaan seperti ni. berat aku rasa masa tu. semua semacam kelam. Aku sendiri tak tahu mana hala perlu aku tuju.
FEBRUARI 2018 – Selain dihalau keluar dari rumah, kami diani4ya dalam pelbagai cara. Kereta – kereta yang pernah dia bagi untuk kami guna di ambil balik dengan cara mengupah g4ngster melayu mengugvt, menganggu kami dan viralkan ic adik kedua ku di group – group whatsapp.
Mesej kata – kata m4kian dan h1naan menggeIarkan kami anak h4ram dan macam – macam lagi. Baju – baju sekolah, baju harian dan buku sekolah adik – adik di bakar h4ngus. Tiada apa untuk ke sekolah.
Dengan duit RM300 tu aku belikan sepasang dua kelengkapan sekolah untuk adik – adik kena jimat sebab itu je duit yang ada buat masa tu. Adik baru aku iaitu anak kandung dia sendiri juga di abaikan dan di jaga oleh aku hingga sekarang.
Pada dia aku lah emak, aku lah kakak. Umur dia baru 7 tahun. Di dalam setiap solat kami, tidak pernah air mata ni tak mengalir, sedih mengenangkan nasib, tiada tempat meluah hanya di atas sejadah segalanya terluah.
Dalam 1 doa ku, pernah aku mintak, jika betul kami tergolong dalam golongan orang terani4ya, tunjukkanlah kekuasaanmu pada orang yang telah menzaIimi kami. Sedih, sungguh aku sedih.
MAC 2018 – Dia di tangkap khaIwat bersama maid tu dalam rumah. Selepas peristiwa tu, rumah yang dulunya dia beli untuk emak hendak di jual. Mungkin malu dengan jiran – jiran. Bayangkan umur 50-an di tangkap basah.
Separuh rumah tu adalah bahagian emak manakala separuh lagi adalah bahagian dia. Setelah aku tahu dia nak jual rumah tu tanpa berbincang dengan kami adik beradik, aku telah pergi ke pejabat tanah dan “kaviet” rumah tu untuk menjaga hak kami sebagai w4ris.
Dia perlu mintak persetujuan kami sebagai w4ris apa – apa hal yang berkaitan dengan rumah tu. Hingga harini rumah tu masih kosong. Tiap kali pergi ke kubvr emak mesti terpandangkan rumah tu. Rumah yang dulu ceria, penuh kasih sayang, aman damai kini terbiar sepi.
SEKARANG – Mungkin di atas segala pengani4yaan yang telah dia lakukan kepada kami ALLAH swt telah bagi baIasan kepada dia. Sepatutnya dia dinaikkan pangkat dan gaji, diberi kepercayaan oleh CEO salah sebuah syarik4t terkenal di Malaysia, uruskan projek bernilai jutaan ringgit di Banting tapi sayangnya semua itu telah di tarik balik oleh CEO dia.
Tiada kenaikkan gaji, tiada kenaikkan pangkat dan tak dapat uruskan projek 300 juta tu. Kereta – kereta dia yang di ambil dari kami telah ditarik oleh pihak bank, hutang – hutang dia menggunung, nama dia blacklist.
Meminjam duit sana sini dengan kawan – kawan sekerja. Dia yang dulu hidup mewah kini hanya mampu menyewa sebuah bilik kecil sahaja. Duit asyik tak mencukupi. Maid indonesia yang dulu hangat bercinta dengan dia ntah ke mana, hidupnya kini diIanda badai.
Kami adik beradik pula alhamdulillah hidup sem4kin senang dan tenang walaupun masih tinggal di premis perniagaan arw4h emak, ALLAH swt Iimpahkan rezeki yang mencurah untuk perniagaan aku kerana hasil duit dari situlah aku menyara adik – adik.
Kini adik kedua aku juga telah ada perniagaan kecil – kecilan dia di car booth sales untuk menambah pendapatan kami adik beradik. Semua hasil di kongsi bersama. susah senang kami bersama. Walaupun kami tiada emak dan ayah untuk berpaut tapi kami ada ALLAH swt untuk kami berIindung.
Maka benarlah doa anak – anak yatim / yatim piatu, doa fakir miskin, doa orang – orang yang diani4ya tidak sesekali di biarkan oleh ALLAHs wt bahkan doa – doa golongan sebegini tiada hijab di sisi Allah. Jadikanlah kisah ni sebagai iktibar di dalam kehidupan seharian kita.
Kasihani lah anak yatim piatu sebagaimana kita mengasihani ibu bapa sendiri. Dalam al-quran sendiri telah di tulis baIasan untuk orang yang mengani4ya anak yatim piatu itu pasti bukan kisah d0ngeng.
Doakan lah supaya kami adik beradik boleh “menghalalkan” setiap perbuatan dia pada kami. Walaupun s4kit p3rit semua yang dia dah lakukan pada kami, tapi inshaaAllah ada kemaafan buat dia dari kami suatu hari nanti. Doakan.. – Si Yatim Piatu
Komen Warganet :
Naliza Aliz : Sedih dengar cerita confessor ini. Harapan aku agar amanah yang Allah pertanggungjawabkan kepada aku menjaga amanah arw4h adik aku tidak aku persia – siakan. Doa aku agar diberi keberkatan umur, kemurahan rezeki dan kekuatan semangat dalam menjaga anak – anak buah aku yang seramai 4 orang telah kehilangan tempat bermanja. Aku lah yang akan menjaga mereka sebaik mungkin semoga ada Rahmat Allah menanti mereka berempat.
Ahmad Zaher : Boleh jadi juga maid yang punya angkara. Mereka datang sini kadang – kadang tu bukan ‘kosong – kosong’ ya.
Kamariah Mohd Ghazali : Bapa tiri sis dah dapat baIasannya. Mungkin satu hari nanti sis dan adik – adik boleh maafkan kesilapan dia, ye mungkin ambik masa tapi dengan memaafkan hidup akan lebih tenang. Moga sis dan adik – adik sentiasa dalam IindunganNya.
Sellie Nor Apandi : Kuat semangat adik ni. Alhamdulillah adik meletakkan keberg4ntungan sepenuhnya kepada Allah. Semoga Allah meIimpahkan rahmat dan kebahagiaan hidup kepada adik sekeluarga. Aamiin
Ruziana Sidek : Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Syukur hidup tt dan adik – adik sem4kin indah. Semoga kalian sentiasa dalam Iindungan rahmat dan kasih sayang-Nya aamiin.. Cuma cuba maafkan ayah tirimu itu.
Mungkin segala kejahatannya sebelum itu berlaku di luar kawalannya sebab ayah tirimu nampak baik dan sangat bertanggungjawab pada asalnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.