Ayah tiri anggap kami menyusahkan sebab ayah kandung masuk penjara tak bagi nafkah

Awal sebelum kahwin ayah tiri janji nak jaga kami dengan baik tapi bila dah kahwin setiap hari kena sindir. Bila anak – anak kandung dia datang, kami kena tinggal dekat rumah sedangkan mereka pergi bercuti atau makan kat luar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua. Nama saya Normarina. Setiap tahun bermula awal persekolahan, terutama sekali tibanya bulan puasa hingga menjelang Hari Raya fikiran saya sering mengingati pend3ritaan zahir batin yang saya lalui sejak zaman kanak – kanak hinggalah ke alam remaja saya hidup bersama emak dan ayah tiri.

Tersiksanya jiwa hanya Allah sahaja yang tahu. Mungkin ketika kecil saya kurang merasakannya, tetapi setelah usia meningkat remaja, rasanya mahu saya lari malam tinggalkan emak dan ayah tiri.

Sebab saya tak boleh tahan dengar sindiran dan leteran ayah tiri yang tidak suka kami tinggal menumpang di rumahnya. Kalau boleh dia hendak hantar saya balik duduk dengan ayah saya, maIangnya dia sendiri tak tahu mana nak cari ayah saya tu.

Walaupun kini saya sudah berkerja, berkahwin, dan ada seorang anak, tetapi peristiwa tinggal menumpang bersama ayah tiri sentiasa terpahat di hati saya. Sebab saya rasa terlalu sedih, terhina dan tak sanggup dic4ci konon keturunan saya bukan orang baik – baik.

Masa kecil boleh saya pek4kkan telinga tetapi setelah masuk sekolah menengah, saya sudah tidak boleh dapat terima lagi c4cian ayah tiri, tambah s4kit hati bila saya lihat emak mendiamkan diri tak berani langsung buka mulut atau membeIa kami anak – anaknya.

Emak seolah – oleh terima apa juga umpat k3ji ayah tiri. Tak taulah saya kalau emak menangis dalam hati. Kerana depan saya emak terima sahaja sindiran suaminya. Emak kahwin dengan ayah tiri ketika saya berusia 9 tahun, adik Ejam 7 dan adik Tina 4 tahun.

Tetapi hanya saya dan Ejam yang emak bawa tinggal bersama emak, sementara Tina masih kecil duduk dengan nenek. Sebab tak ada orang nak jaga adik, Lagi pun nenek bersungguh – sungguh nak jaga Tina, kata nenek dia masih kecil biarlah nenek yang jaga.

Sebenarnya saya tak tahu kenapa kami kena tinggal dengan ayah tiri, saya lebih suka duduk dengan nenek di kampung. Tetapi lepas nikah semula emak ambil kami tinggal bersama ayah tiri. Ketika itu saya lihat ayah tiri ok je, taklah garang.

Malah dia berjanji dengan nenek akan jaga kami dengan baik dan akan bawa kami tinggal di rumahnya. Masalah mengapa emak bercerai pun saya tak tahu dengan jelas. Tapi setelah dewasa barulah saya faham sebab ayah kena masuk penjara lima tahun.

Tak lama emak jadi janda, akhirnya emak kahwin. Lagi pun nenek kata buat apa tunggu ayah lagi, eloklah kahwin sementara emak masih muda kerana ada orang yang sanggup menjaga emak dan kami yang masih kecil.

Tetapi sayangnya janji ayah tiri cuma sebelum dapat kahwin dengan emak. Lepas setahun, panas telinga saya dengar sindiran ayah tiri memperb0dohkan ayah dan keluarga ayah. Setiap kali cuti sekolah ayah tiri akan tanya saya nenek tak ambil saya ke duduk dengan mereka, sebab anak – anak ayah tiri yang tinggal dengan bekas isterinya akan balik duduk di rumahnya.

Oleh kerana saya masih ada di rumahnya kami dianggap menyusahkan hidupnya, dan memendekkan pergerakannya. Kerana bila kami ada dia tidak boleh bawa anak – anaknya bersama emak berhibur, makan angin dan sebagainya.

Pertama kerana keretanya tak muat, kedua perbelanjaan akan bertambah untuk bawa kami sama berjalan atau makan – makan di luar. Nak tinggalkan kami sendirian di rumah, dia tak percaya, bimbang kami tak jaga rumahnya dan takut dimasuki pencuri.

Jadi kehadiran kami di rumahnya memang menyusahkan hidupnya dan meny4kitkan hatinya. Pernah juga ayah tiri tinggalkan emak bersama kami, dan mereka pergi bercuti beberapa hari, bab kalau pergi makan luar memang sentiasa kami kena tinggal.

Anak ayah tiri ada tiga orang, ketiga – tiganya dijaga oleh bekas isterinya, yang juga sudah berkahwin lagi, tetapi kata ayah tiri, dia ayah yang bertanggungjawab, setiap bulan dia beri nafkah untuk anak – anaknya, dan bila cuti sekolah dia akan bawa anak – anaknya tinggal dengannya.

Kata ayah tiri, dia tak macam ayah saya, tak bertanggung jawab kepada anak – anak. Ayah tiri juga marahkan ibu bapa dan adik beradik ayah saya sebab tak tahu hukvm Islam. Katanya, nama aja orang Islam, tetapi tak mahu bertanggungjawab kepada waris anaknya.

Kalau betul ayah tak ada duit nak bagi nafkah kepada kami, menjadi tanggungjawab nenek, datok dan adik beradik ayah saya untuk beri nafkah kepada saya. Kata ayah tiri kalau ayah saya m4ti tapi dia kaya dan berharta, orang yang paling cepat datang menuntut harta pusaka adalah adik beradik, nenek dan datok saya.

Konon mereka berhak atas harta yang ditinggalkan. Pusaka untuk isteri sedikit sahaja. Tetapi kerana ayah saya tak ada duit ringgit dan harta dan miskin seekor pun adik beradik ayah tak pedulikan saya begitu juga nenek dan datok.

Alasan mereka tak berduit. Tapi mereka boleh pergi melancong, umrah berkali – kali ada pulak duit? Itu tandanya keluarga ayah saya tak bertanggungjawab. Saya dah tak larat dengar sindiran ayah tiri tentang ayah saya yang tak bertanggungjawab.

Mengapa menyindir dan marahkan kami. Tetapi sebenarnya ayah tiri sindir emak, dia tak mahu lagi kami duduk di rumahnya. sebab menyempitkan rumahnya, dan dia tak mahu kami membesar di rumahnya.

MaIangnya emak masih mahu kami tinggal bersama emak. Peristiwa yang tak boleh kami lupakan setiap kali anak – anaknya datang, kami yang duduk menumpang di rumahnya, seumpama anak – anak orang gaji.

Hinggakan anak – anak ayah tiri tidak dibenarkan berbual dan bergaul dengan kami. Bila balik berjalan mereka akan bawa makanan segera dan mereka sengaja makan sambil menunjuk – nunjuk depan kami.

Memang ibu jarang beli kami makan makanan segera yang sangat popular dan mahal itu. Kata emak nantilah emak akan beli. Tetapi tak beli pun. Kali dapat makan makanan segera yang popular itu bila balik kampung nenek sebeIah ibu.

Kerana ibu akan beri nenek sedikit duit dan nenek akan belikan untuk kami. Sebab itu kami memang sentiasa menunggu bila cuti sekolah dapat balik rumah nenek dan makan dengan bebas tanpa sek4tan dan lebih penting tak dengar sindiran ayah tiri.

Sebab itulah bila cuti sekolah kami dihantar balik kampung untuk mudahkan ayah tiri bawa anak – anaknya balik bercuti ke rumahnya. Tapi di rumah nenek pun ada ramai cucu nenek. Maka jadilah rumah nenek macam ‘kapal k4ram’.

Makan berebut, tidur berebut bantal selimut, ada juga yang bertinju bila tak puas hati. Namun saya pernah bercerita pada nenek tentang ayah tiri, tapi nenek tak percaya, sebaliknya nenek salahkan kami. Oklah, nenek tak rasa.

Kami yang tanggung pend3ritaannya. Bagaimana pun nenek dan emak sering nasihatkan kami supaya rajin belajar boleh masuk sekolah berasrama, tak perlu lagi duduk rumah ayah tiri. Kalau betul saya tak suka duduk rumah ayah tiri lagi.

Maka itulah azam saya, dan saya bertuah, keputvsan PMR membolehkan saya duduk sekolah berasrama penuh, dan saya berjaya keluar dari rumah ayah tiri. Itu idaman saya. Saya juga nasihatkan adik supaya rajin belajar.

Alhamdulillah adik berjaya. Sejak keluar dari rumah ayah tiri saya cuma balik ke rumah nenek bila cuti sekolah, rasanya jiwa dan fikiran saya lebih tenteram. Walaupun rumah nenek ramai sepupu lain.

Alhamdulillah saya dan adik berjaya melanjutkan pelajarn ke peringkat tetinggi. Kini kami ada jawatan tetap. Tetapi satu perkara yang amat terkesan di hati saya ialah per4ngai ayah tiri yang bencikan kami.

Memang kami susah, emak menumpang di rumahnya. Tetapi emak bukan tidak menyumbang beli makan minum kami sebab emak pun bekerja. Walaupun gaji emak tak banyak tapi setiap bulan emak beri semua pendapatannya pada ayah tiri.

Boleh dik4takan semua perbelanjaan dalam rumah ayah tiri yang tentukan, beli dan sediakan. Jadi kalau ayah tiri kata kami makan duit gajinya, itu tidak tepat. Sebab duit gaji emak turut dibelanjakan di rumah tersebut.

Cuma ayah tiri marah kami tak dapat duit nafkah dari ayah kami atau daripada nenek dan adik beradik ayah mengikut hukvm Islam. Sebenarnya ayah tak boleh marah kami. Marahkan kepada mahkamah syariah kerana tidak menjalankan tugas atau beri nasihat kepada waris ayah.

Bukan marahkan kami budak mentah dan sindir emak. Kami kesiankan emak tunduk tak berani bersuara pert4hankan kami, kerana takutkan ayah tiri yang sentiasa marahkan kami.

Sepatutnya kalau bencikan anak – anak tiri, jangan kahwin dengan ibu tunggal, kahwinlah dengan anak gadis yang pasti tidak ada tanggungjawab seperti emak yang terp4ksa tanggung 3 orang anak.

Memang benar duit yang emak beri padanya tidak cukup untuk dia beri kami makan. Kerana itulah emak nasihatkan kami rajin belajar boleh masuk sekolah berasrama.

Mungkin emak terasa sindiran ayah tiri, tetapi ketika itu emak sudah ada anak bersama ayah tiri, maka emak terp4ksa tutup mulut, dan emak tak mahu jadi janda kali kedua. Begitu berat tanggungjawab yang terp4ksa emak pikuI.

Sejak duduk asrama rasanya sekali sekala kami ke rumahnya. bila sudah bekerja langsung tak pergi, bukan s0mbong, tapi rasaya tak perlu. Kami bertemu bila ayah tiri datang ke rumah nenek. Kami tak pernah berbual.

Tak ada hal penting. Memikirkan masalah ibu, saya nasihatkan ibu – ibu tunggal yang ada anak fikir 10 kali kalau hendak kahwin dengan duda. Kerana bukan semua suami mahu tanggung anak – anak tiri.

Kecuali ibu – ibu tunggal kaya dan banyak harta atau dapat pencen suami. Tentu ramai lelaki yang sukakan wanita seperti ini, sebab dia tak perlu tanggung anak – anak tiri, sebaliknya dirinya ditanggung oleh ibu – ibu tunggal yang kaya ini.

Komen Warganet :

Fitriyah Sanusi : Kalau dah jadi ibu tunggal, sebelum kahwin tu selidik dan fikir banyak – banyak. Jangan nanti bila dah kahwin, anak – anak pula yang jadi m4ngsa, boleh plak si ibu diam jadi tunggul tak pert4hankan nasib anak – anak.

Kalau macam tu baik tak payah kahwin. Besarkan anak – anak dengan baik, insyaAllah bila mereka dah besar, mereka nampak peng0rbanan seorang ibu tunggal.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.