Ayah selalu mintak duit kat ummi konon nak buat rumah, dah 10 tahun tak siap2

Sekarang ummi m4kin kerap mengadu per4ngai ayah. Kisah yang dulu – dulu pun ummi ungkit. Tapi dari hari ke hari, ummi macam dah tak nampak kebaikan ayah. Kadang – kadang ummi cakap dia nak cari sorang pompuan untuk dibuat madu. Tapi aku tahu sebab ummi kant0i dengan aku..

#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua, nama aku Erin, umur dah tak muda, dah berkerja dan ibu kepada seorang anak. Aku mempunyai 3 orang adik beradik dan aku satu – satunya anak perempuan.

Hmm aku tengah serabut ni sebenarnya. Tapi aku buntu sangat tak tahu nak buat apa. Korang tolong la bagi pendapat yang bernas kat aku ye. Sebelum tu aku nak warning siap – siap confession ni panjang. OK cerita dia macam ni sebagai anak tunggal perempuan dan anak bongsu pulak, sememangnya aku agak rapat la dengan ayah dan ummi berbanding abang – abang.

Jadi apa yang berlaku dengan ayah dan ummi, pergoIakan rumah tangga dorang semuanya aku tahu. Masa aku sekolah menengah dan benda ni berlarutan sampai aku masuk U. Eh sampai sekarang jugak la. Ayah dan ummi selalu sangat bertengk4r depan aku.

Bayangkan aku lagi seminggu nak exam PMR dorang boleh berg4duh depan aku. Sebagai anak aku saaaangat la tension. Masa aku kecik – kecik, ummi aku pernah curang dengan ayah. Sejak tu ayah macam hilang respek kat ummi tau tapi ummi cerita memang dari zaman mula – mula kawin lagi ayah macam tu.

Dipendekkan cerita, ayah maafkan ummi dengan alasan masa tu aku masih kecil dan aku sangat la manja dengan ummi. Ok selesai bab zaman kecil. Bila dah besar ni, sekarang ayah dan ummi pun dah berusia, jadi dorang dah tak kerap berg4duh macam dulu.

Tapiii, sori la korang, aku tak tau nak cerita dari mana. Bagi aku, ayah dan ummi dua – dua ada kelebihan dan kelemahan masing – masing. Ayah – Pesara. Setiap bulan dapat duit pencen RM1000 lebih kot? Panas baran. Setiap hari marah – marah.

Tu masa kami kecik. Bila kami dah besar, abang aku yang sorang tu pulak selalu marah ayah. Aku benci abang selalu marah ayah, tapi aku tak salahkan abang 100%. Sebab ayah yang selalu tunjuk contoh tu kan. Penyayang dengan anak – anak tapi bila tengah marah memang naik tangan la, suara tinggi sokmo

Sentiasa menyalahkan orang lain. Semua salah orang. Walaupun untuk benda – benda kecik. Jadi la apa pun, benda pertama yang ayah cari adalah “salah siapa?” “siapa yang buat?” Contoh, barang ayah hilang. Benda pertama yang dibuat adalah tanya semua orang,“siapa yang ambil barang ayah ni.. blablabla…

Kalau aku kan, aku akan tanya, “ada siapa – siapa nampak tak barang adik?” Nampak tak?? Beza kan. Tu baru kes barang hilang. Kalau kes besar – besar lagi la kecoh. Ummi curang dulu pun memang dia salahkan ummi 100%. Ya, curang tu salah, aku pun benci sikap siapa – siapa yang curang.

Nauzubillah. Tapi ayah langsung tak pernah terfikir apa yang dia buat sampai Ummi boleh sangkut dengan orang lain. Sangat bangga diri, rasa diri dia hebat dan sentiasa betul. Yeah. Dan sampai sekarang ayah rasa bangga sebab dia rasa dia merupakan suami yang baik, tak pernah pukuI isteri, jentik pun tak pernah.

Tapi dia tak sedar betapa dia mend3ra mentaI ummi. Memandangkan ummi aku kerja gaji tinggi, jadi ayah selalu mintak ummi yang beli atau bayarkan apa – apa. Jarang la ayah nak bayar. Bagi ayah, duit ayah adalah duit ayah. Duit keluarga, mintak kat ummi.

Cakap je apa, kereta, tanah, rumah, tv, perabot, kenduri kahwin anak – anak. Semua guna duit ummi. Ayah? Komplen komplen komplen. Sangat sensitif dan cepat merajuk. Terutamanya dengan ummi. Sekarang ayah dah tak boleh drive.

Jadi pergi mana – mana pun ummi yang drive. Tapi setiap kali ke mana – mana mesti aku str3ss. Ayah kan sentiasa rasa diri dia pandai. So dia yang akan tentukan nak pergi ikut jalan mana. Ummi pulak, ada masa akan bantah sebab jalan yang ayah nak tu lebih jauh, dah la minyak kereta semua ummi yang bayar.

Kalau ummi argue, sepanjang perjalanan ayah akan bermasam muka. Korang rasa seronok tak pergi jalan – jalan dengan keadaan tegang macam tu. Serius aku benci. Dalam perjalanan pulak, ayah yang akan bising – bising suruh ummi drive laju sikit la, p0tong kereta depan la dan macam – macam lagi la, padahal tu kan kerja driver.

Kadang – kadang ayah bising sebab ummi tak p0tong kereta depan, padahal ummi nampak je ada kereta datang dari arah bertent4ngan, tapi ayah tak nampak. Cara parking kereta, nak undur kereta ke apa semua kena ikut cara dia.

Sedangkan ummi aku tu sangat la cekap bawak kereta. Setiap hari selama berpuluh – puluh tahun ummi drive sendiri ke tempat kerja. Pernah jugak ummi eksiden sebab dengar cakap ayah. Pernah jugak kena saman sebab ayah suruh laju.

Tapi macam biasa, segala kos kerugian dan bayaran sama adalah di bawah tanggungjawab ummi. Ya. Ummi bayar sorang. Ayah pernah janji dengan ummi, akan buat rumah sendiri kat ummi dalam masa beberapa bulan. So ummi kena la keluarkan duit.

Namun janji tinggal janji. Boleh bayangkan tak, 10 tahun ummi tunggu dan rumah tu tak siap – siap lagi. Ayah selalu mintak duit kat ummi, nak beli barang beli simen, batu, bata dan lain – lain untuk buat rumah. Bila dah beli, projek tak jalan pun.

Macam – macam alasan ayah bagi, hujan la, ada benda lain yang lebih penting untuk diselesaikan la dan macam – macam la. Akhirnya barang – barang tu semua rosak, reput, punoh. Nanti bila ayah rasa nak buat pulak, dia mintak duit lagi, nak beli barang – barang buat rumah.

Pastu tak buat pun. Sampai la barang – barang tu rosak. Benda ni berulang dan berulang hingga 10 tahun. Jadi agak – agak dah berapa ratus ribu ummi asyik keluarkan duit? Benda ni ayah mintak sekali sikit, so tak nampak sangat la macam banyak.

Ayah pun ada jugak keluarkan duit, tapi aku rasa tak sampai 15% dari duit ummi. Tu pun ayah asyik ungkit duit yang dia keluarkan. Ayah salahkan anak – anak sebab tak tolong dia. Macam mana kami nak tolong. Setiap kali tolong mesti kena marah.

Kami bukannya lahir – lahir terus pandai buat rumah. So ayah la kena ajar kami molek – molek tapi tak. Apa yang kami dapat kena marah kena marah kena marah. Agak – agak seronok ke buat kerja dengan keadaan macam tu. Lastly angah dan aku dah malas nak tolong ayah.

Along je yang agak rajin, sebab telinga dia dah kebal. Ummi? Wajib dah, dulu ummi yang selalu tolong buat kerja berat – berat. Sekarang ummi dah takde tenaga. Ummi dah tua. Kesian ummi. Ayah selalu marah ummi. Bukan sebab apa pun sebab benda kecik – kecik.

Masak memang semua ummi kena buat, walaupun ayah tahu memasak. Alasan, dapur semak. Ummi tak kemas. Ayah rimas so ayah tak masak. Kalau kami keluar dengan ummi, otw balik tu ummi dah serabut, elalu ummi tanya, “apa pulak laa yang ayah nak marah ummi hari ni..”

Masa kat luar ummi happy je, kesian kan. Tapi ayah ni sangat setia. ramai je orang minat kat ayah dulu – dulu tapi ayah bukan jenis melayan. Cuma tu la, ayah selalu marah – marah. Kesian ummi. Ummi selalu cerita masalah dia kat aku.

Mungkin sebab aku perempuan, aku lebih mudah faham.Kadang – kadang ummi ada jugak meIawan ayah, kalau dia dah tak tahan sangat. Dan apa jadi? Dorang tak bercakap seminggu lebih. Sangat peramah. Dengan siapa – siapa pun.

So ummi ni kategori yang ramai kawan la. Ummi senang masuk sama ada dengan orang yang lebih berpangkat mahu pun dengan makcik – makcik cleaner kat opis. Ummi sangat mudah simpati dan pemurah. Jarang la ummi tak sedekah kalau nampak orang mintak sedekah.

Setiap kali melawat sed4ra mara mesti ummi bagi duit. Yelah, gaji ummi kan tinggi. (Korang jangan la expect sampai 5 angka plak ye..ribu riban tu ada la). Tanggungan ummi berat. Dari segi kewangan. Macam aku cerita kat atas. Semua ummi yang tanggung.

Duit ayah adalah duit ayah. Duit family, kena mintak kat ummi. Lupa nak cerita, adik ayah pun tinggal dengan keluarga aku. Lets call her makteh. Haaaa makteh ni macam tiga suku sikit. Kerja dia setiap hari adalah makan makan makan.

Tak boleh disuruh buat kerja apa pun. Nanti meng4muk. Per4ngai macam ayah jugak. Disebabkan makteh ni banyak makan, so ummi la yang kena tanggung. Kan makan minum semua guna duit ummi. Atuk dan nenek beIah ummi pun ummi kena hulur jugak.

Yela, takkan tak bagi duit kat mak ayah tiap – tiap bulan kan. Atuk nenek beIah ayah dah meninggaI. Pagi sebelum pergi kerja, ummi masak kat ayah. Sarapan dan lunch. Balik, ummi masak lagi. Kalau ummi panaskan lauk tengah hari, ayah akan komplen sebab lauk yang sama.

Kemas rumah, masak, kerja – kerja rumah semua tanggungjawab ummi. Bukanlah bermakna kami anak – anak tak tolong, tapi kalau ada je kerja yang tak settle, memang ayah akan salahkan ummi. Sedangkan ummi kerja. Ayah duduk rumah sebab dah pencen kan.

Rumah tak bersih pun salahkan ummi. Apa la salahnya ayah tolong kan. Itu cerita masa ummi kerja. Sekarang ummi dah berhenti kerja. Ummi kerja kat syarikat swasta, jadi takde la duit pencen tiap – tiap bulan macam ayah. Yang aku faham, ummi dapat duit banyak syarik4t tu bagi.

Sekarang , duit yang kami makan, barang – barang keperluan rumah, duit kenduri kahwin, duit buat rumah yang tak siap – siap tu, semua masih berg4ntung kat ummi. Ummi dah takde gaji sekarang. So asyik kikis duit ummi tu la sikit – sikit.

Sekali keluarkan RM1000 tu kejap je lesap. Ha.. sebab apa? Teruskan membaca. Along anak yang sangat baik. Along tak pernah tinggi suara dengan ayah dan ummi. Along baru je kahwin. Dia biar adik – adik ni kahwin dulu sebab dia takde duit tapi akhirnya kahwin jugak dengan duit ummi.

Tu pun atas desakan ummi. Dah berkerja. Tapi gaji tak tinggi sangat. So setiap bulan ummi akan bagi duit belanja kat along. Dan along pun akan mintak kat ummi. Tapi memandangkan along ni anak yang baik, (dan abang yang baik jugak), ummi pun sejuk hati nak bagi.

Aku pun bagi jugak kadang – kadang sebab along baik. Kuat merokok. Haaa yang ni aku geram. Heran sungguh dengan lelaki ni. Kata takde duit, tapi beli r0kok ada pulak duit. Angah ni belajar tak tinggi. Kerja pun tak pernah tetap.

Lebih selesa mengganggur daripada berkerja. Aku pun heran sebab apa. Dah berkahwin, ada dua anak. Isteri angah kerja. Baik sangat dengan family kami. Apa yang jadi kat ummi, jadi jugak kat isteri angah. Akak ni la yang tanggung anak – anak sorang diri.

Kesian akak. Sudah tentu ummi bantu, bagi duit untuk cucu – cucu dia. Tapi mesti la akak sedih kan, dia ada suami tapi mcm takde suami. Sangat panas baran. Dan tak pernah mengaku dia salah. Semua salah orang lain. Per4ngai ayah betul – betul turun kat angah.

Selalu berg4duh dengan isteri dia. Padahal dia lupa, dia tak pernah bagi nafkah pun kat akak. Kalau bagi pun, guna duit ummi. Selalu sangat mintak duit kat ummi. Tak kerja, tapi boleh pulak perg jalan – jalan sana sini. Duit minyak, duit poket, semua mintak kat ummi.

Aku pulak nak kata baik sangat, tak la jugak. Aku pun kadang – kadang ada jugak marah – marah kalau dah tak tahan. Terutamanya dengan ayah. Setiap bulan aku hulur duit kat ayah dan ummi. Nak kata banyak sangat tu tak la, setakat yang aku mampu.

Bila aku balik kampung, aku akan beli barang – barang keperluan rumah sebab kesian kat ummi. Haaa ni baru mukadimah. Penat tak korang baca? Haha.. cerita sebenar baru bermula DI SINI. Baru – baru ni sekolah lama ummi ada buat reunion.

Ummi ada group whatsapp dengan kawan – kawan lama dia. Masa tu aku tengok ummi sangat exc1ted nak pergi. Ummi pergi dengan ayah. (jangan risau, depan orang, ayah la suami terbaik di dunia). Aku ni pulak, rajin la tengok – tengokkan henset ummi.

Dan aku tengok ummi selalu private message dengan sorang pakcik ni. Kawan lama ummi la. Pakcik B (stands for B4ngang) ni duda. Baru m4ti bini. Konon – konon nak mintak tolong ummi carikan pengganti la kat dia. (Macam la tak ada manusia lain dah nak tolong).

Konon – konon anggap ayah macam abang. Whatever.. Tapi m4kin lama makin kerap pulak dok wasap. Ummi luahkan rasa sedih sebab ayah per4ngai macam tu, dan Pakcik Vavi (maaf kasar bahasa) tu pulak luahkan rasa sedih sebab bini dia m4ti.

Pernah aku tengok ummi wish besday kat Pakcik B tu siap ada em0ji k1ss love – love bagai. Bila kant0i Pakcik tu call ke hapa, ummi akan cakap tu kawan je, kawan ke macam tu? M4kin hari ummi m4kin kerap berhubung dengan pakcik tu.

(Setiap kali taip perkataan “pakcik”, aku akan tahan diri aku dari terus menaip perkataan “sy4itan”, “b4bi”,”b4ngang” dan lain – lain. Siyes aku tengah tahan diri dari mem4ki hamun pakcik tu.. astaghfirullah..). Ummi selalu tidur rumah aku sekarang, jadi lebih mudah untuk makhluk tu call ummi.

Sekali berg4yut sampai berjam – jam. Kadang – kadang tak nak aku dengar dorang sembang apa. Nampak aku je ummi pergi gayut jauh, korang rasa? Sekarang ummi makin kerap mengadu per4ngai ayah. Kisah yang dulu – dulu pun ummi ungkit.

Aku faham sangat. Sebagai seorang perempuan, aku sangat simpati dengan ummi. Betapa sabarnya ummi bertahan dengan sikap ayah tu berpuluh tahun. Tapi dari hari ke hari, ummi macam dah tak nampak kebaikan ayah. Kadang – kadang ummi cakap dia nak cari sorang pompuan untuk dibuat madu.

Supaya boleh jaga ayah. Depan ayah ummi ok je. Masak macam biasa. Cakap pun macam biasa. Cuma yang aku perasan, ummi dah tak solat jemaah dengan ayah. Dulu aku boleh je buka – buka wasap ummi. Sekarang dah m4kin payah.

Dan aku perasan, ummi akan delete wasap dia dengan pakcik tu. Nampak macam pakcik tu je yang wasap ummi, tapi ummi tak reply (ye la tuuu..) maybe ummi sayang nak delete wasap pakcik tu. Bila aku tengok henset ummi pun, dia akan tunggu dan tengok aku tengah tengok apa.

Dah tak bebas macam dulu – dulu. Aku nak ingatkan korang, aku tak rasa ummi jadi macam ni sebab duit. Kalau ummi berkira bab duit, dah lama ummi angkat kaki. Kami orang pompuan boleh je bertolak ansur bab duit, tapi sekurang – kurangnya jangan la d3ra mentaI dan em0si kami.

Aku tak suka ayah marah – marah ummi tapi dalam masa yang sama aku tak suka ummi “kawan” dengan pakcik tu. Aku tak tahu nak mengadu kat siapa di kalangan manusia ni (kat Allah memang aku selalu mengadu.) Kat angah memang tak la, angah pun panas baran.

Dekat Along, aku risau jugak. Along aku tengah melalui fasa bahagia sekarang, takut aku mengganggu pulak. Sebagai anak bongsu, aku rasa lemah sangat. Macam tak berdaya nak buat apa – apa. So korang rasa apa patut aku buat?

p/s: Lelaki, kalau korang nak anak – anak hormat korang, tolong hormat mak dorang, iaitu isteri korang. Ok bye. – Erin

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.