Ayah selalu ckp dia syg ibu dan kami tgk mmg ibu yg bermasalah. Ayah berjaya ‘hasut’ kami dgn duit

Bila ayah bawak balik KFC, aku nampak mak buang ayam tu dalam tong sampah. Ayah bawak balik satay, mak langsung tak nak jamah. Memang sah, mak yang jahat! Ayah siap bagi aku dan adik HP sorang satu lagi. Masa ni ayah berjaya hasut kami. “Tengok ibu tu, dah berubah tak sayang kita dah.”

#Foto sekadar hiasan. Perkenalkan diri aku seorang wanita berusia 33 tahun, berkahwin selama 4 tahun dan ada seorang anak. Saat aku taip kisah ini, jam 2 pagi. Air mata aku mengalir dan ingin aku kongsi kisah ini untuk meluahkan rasa di hati.

Ibu – itu yang terlintas di fikiran aku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ada seorang adik lelaki muda 4 tahun dari aku. Ibu aku tukang jahit dan ayah aku pemandu lori. Ayah tak balik seminggu dua itu biasa. Dari kecil aku keliru.

Kadangkala ayah ok, kadangkala tak ok. Ada hari ayah akan menengking ibu tanpa sebab. Ibu hanya diam tak menjawab. Kadangkala ayah akan tarik rambut ibu dan ketika ini aku dan adik akan jerit ‘jangan pukuI ibu’. Ada hari ayah balik bawa makanan sedap – sedap dan bercakap lembut dengan kami semua.

Sampailah usia aku 16 tahun, ibu datang kepada aku dan beritahu ibu nak berpisah dengan ayah. Aku menangis dan tanya kenapa. Ibu cakap sebab ibu dah rasa tak bahagia. Ibu minta aku dan adik duduk bersamanya. Masa ibu cakap tu, setitik air mata ibu tak jatuh.

Esoknya, ayah pula datang pada aku. Bagitahu ibu yang nak sangat berpisah. Ayah taknak. Ayah cakap ayah dah penat kerja siang malam, tapi tetap tak dapat penuhi kehendak ibu. Ayah cuba pancing em0si aku dan adik seolah – olah ibu yang nak sangat bercerai.

Selang berapa hari, cuti sekolah tiba. Ayah ajak aku dan adik ke Genting Highlands. Kata ayah lepas ni dah susah nak jumpa sebab tak serumah. Aku dan adik ikut la ayah. Ibu tinggal seorang di rumah. Ayah tempah hotel mewah untuk kami.

Ayah dan adik lelaki sebilik. Aku di bilik lain. Kami main di taman tema, makan sedap – sedap. Cakap je nak apa, semua ayah belikan. Waktu bercuti tu ayah selalu cakap, ayah sayang ibu tapi ibu dah tak sayang ayah. Masa tu tahun 2007 – 08, zaman handphone Nokia.

On the way nak balik rumah, ayah belikan kami handphone. Masa tu dapat pakai Nokia butterfly, kira dah mewah sangat kot. Balik dari Genting tu, cakap je nak makan apa. Semua ayah belikan. Sedar tak sedar, aku dah adik sem4kin jauh dengan ibu.

Bila ayah bawak balik KFC, ibu tak makan sikit pun. Ibu rela makan nasi dengan telur kicap. Pernah sekali, aku nampak ibu buang ayam KFC yang ayah beli dalam tong sampah. Dalam hati aku terus berkata, ibu ni yang tak sayang ayah, ayah dah buat macam – macam untuk ibu.

Ibu jadi pendiam dan suka menyendiri. Ayah bawak balik satay, ayah ajak ibu makan sekali. Tapi ibu cakap dah kenyang dan masuk bilik. Tinggallah kami makan bertiga. Masa ni lah ayah cakap pada kami – “tengok ibu tu, dah berubah tak sayang kita dah.”

Masa ni, aku dan adik dah percaya dengan cakap ayah. Betullah ibu ni yang berubah, ayah ok je. Hal perceraian ibu ayah jadi senyap tiba – tiba. Aku dan adik buat tak endah saja. Pada aku, mungkin ibu ayah dah berbaik. Masa berlalu, aku sambung belajar ke matrikulasi selepas SPM.

Ayah bayarkan yuran dan beli semua kelengkapan. Ayah hantar aku ke kolej. Ibu tak ikut. Ibu peIuk aku sebelum aku pergi dan ucapkan jaga diri bila di tempat orang. Habis setahun di matrik, aku sambung pula 3 tahun di universiti.

Hubungan aku dan ibu biasa – biasa saja, aku tetap akan call ibu tiap hari tanya khabar. Tapi ayah, m4kin jauh pula dengan aku dan adik. Aku call tak angkat. Mesej tak baIas. Kalau dapat call pun, ayah cakap dia sibuk tak boleh cakap lama.

Pernah sekali, aku minta duit RM200 untuk bayar yuran kolej waktu cuti sem. Aku stay di kolej kerana tempat praktikal dekat dengan kolej. Ayah marah pada aku dalam telefon dan cakap dia bukan cop duit. Nasib baik aku ada simpanan dalam ASB, dengan duit itulah aku bayar yuran.

Tamat degree, aku duduk di rumah dan Alhamdulillah dapat kerja yang dekat dengan rumah. Aku sem4kin rapat semula dengan ibu. Dapat gaji, aku bawa ibu dan adik makan di luar. Bawa beli baju, beli barang dapur. Aku juga perasan ayah jarang ada di rumah.

Sem4kin lama, ayah kembali pada sikapnya yang dulu. Marah, t3ngking, m4ki hamun kami. Aku kumpul duit untuk beli kereta bagi memudahkan aku ke tempat kerja. Lagipun, tak perlu lagi aku pinjam kereta ayah. Bila ayah tahu aku beli kereta, ayah marah pada aku.

Katanya dari bayar kereta, baik bagi duit pada dia. Aku pelik dengan sikap ayah. Kenapa ayah macam ni? Masa berlalu, umur aku menginjak 28 tahun. Aku suarakan hajat untuk berkahwin dengan pilihan hati. Diringkaskan cerita, aku selamat bernikah dengan suami aku.

Tapi yang aku pelik, selepas majlis nikah aku selesai, ayah hilang. Ramai tetamu tanya mana ayah? Aku cuma jawab ayah ada hal. Majlis nikah aku pada waktu pagi dan majlis sanding bermula tengah hari. Sepanjang majlis sanding, ayah tak muncul.

Hairan juga aku, ke mana ayah? Tapi aku lihat ibu relax saja, senyum melayan tetamu. Aku lupakan sebentar hal ayah sebab takut tak fokus masa majlis. Setahun kahwin, aku dikurniakan anak lelaki. Kehadiran anak aku ini merapatkan hubungan aku dan ibu.

Ibu sangat sayang pada cucunya. Aku pun kerap balik rumah ibu. Ibu akan imbas balik kenangan ketika aku dan adik masih kecil. Dan aku perasan, ibu kembali ceria sejak kehadiran cucu. Satu hari, aku minta izin untuk tidur di rumah ibu kerana suami aku perlu outstation.

Malam itu cuma aku, ibu dan anak aku di rumah ibu. Selepas anak tidur, aku keluar bilik dan lihat ibu sedang duduk di meja. Aku datang pada ibu, kami berborak kosong. Tiba – tiba ibu sentuh tangan aku dan berkata – “kakak, boleh ibu nak cerita?”

Aku pun baIas -” ibu nak cerita apa? Cakap je.” Ibu jawab – “ibu nak cakap pasal ayah.” Aku sedikit berdebar. Ibu mula cerita yang ibu nak sangat berpisah dengan ayah sebab tak tahan dipukuI oleh ayah semasa kami kecil. Ibu dipukuI dalam bilik masa kami tidur.

Puncanya sebab ibu tak bagi duit pada ayah. Barulah aku tahu, ayah rupanya kaki jvdi nombor ek0r! Ya Allah, menitik air mata aku sepanjang ibu bercerita. Ibu cakap ingat tak ayah akan singgah satu tempat ni dan cakap nak ambil barang kat kawan?

Ayah akan parking kat kedai hujung lepastu ayah jalan. Ya, aku ingat! Rupanya, ayah ke kedai nombor ek0r yang terletak tak jauh dari tempat kami parking. Ibu cakap dia nampak ayah masuk kedai jvdi tu. Ibu jumpa kertas nombor ekor tu dalam poket ayah.

Ibu tahu ayah beli surat khabar dan tengok keputvsan nombor ekor. Bila tak menang, ayah akan beli lagi dan lagi. Ayah tahu yang ibu tahu perbuatannya. Tapi ayah tak peduli. Tiap kali ibu nasihat, ibu akan dipukuI. Duit gaji habis beli nombor ekor.

Ibu penat sampai tak tidur malam jahit baju, tapi ayah senang-senang curi duit ibu dan berjvdi. Ibu pernah gadai barang kemas sebab masa tu nak beli baju dan buku sekolah kami. Ibu akan sorok duit dalam tempat beras sebab takut ayah curi.

Bukan setakat berjvdi, ayah juga g4ngster rupanya. Kalau ada orang upah ayah untuk pukuI orang, ayah akan pukuI. Ayah pernah kena tahan polis tapi sebab tak cukup bukti kot, ayah dibebaskan. Patutlah kadang – kadang lama ayah tak balik rumah.

Ibu selalu doa agar aku dan adik dijauhkan dari bah4ya. Ibu takut kalau ada orang apa – apakan kami sebab d3ndam dengan ayah. Ibu juga tanya – “ingat tak ayah bawak kakak dan adik bercuti ke Genting? Belikan handphone, makan sedap – sedap.”

Rupanya ayah menang jvdi masa tu! Patutlah kami dapat macam – macam. Ibu tahu ayah belikan makanan pakai duit menang jvdi sebab tu ibu tak makan. Ibu cerita dia menangis masuk bilik bila tengok aku dan adik makan makanan yang ayah bawa.

Ibu doa moga kami tak gelap hati. Ibu batalkan hasrat nak bercerai sebab masa tu kami rapat dengan ayah. Kalau berpisah, pasti kami nak ikut ayah sebab ayah berjaya brainwashed kami yang ibu jahat, ayah baik. Ibu tak sanggup kehilangan kami berdua sebab tu ibu tak jadi bercerai.

Ibu terus terang dia dan ayah cuma suami isteri di atas kertas saja. Sejak kes ibu nak bercerai tu, ibu dan ayah serumah tapi masing – masing buat hal sendiri. Oh, dan ke mana ayah aku pergi masa majlis sanding aku? Ibu cerita dia tahu ayah aku nak keluar dengan perempuan lain masa tu.

Ibu memang malas nak bertekak dengan ayah sebab ibu tahu ayah sanggup keluar dengan perempuan tu dari berada di majlis anaknya sendiri. Ibu tahu ayah nak kahwin dengan perempuan tu dan ibu memang langsung tak peduli.

Ibu cuma mahu fokus pada dirinya. Ibu bahagia dengan hidupnya sekarang. Sepanjang ibu bercerita, aku tak berkata sikit pun, aku cuma menangis. Bila ibu habis bercerita, aku sujud pada kaki ibu dan minta maaf. Aku teresak – esak mohon ampun pada ibu.

Aku tanya pada ibu, kenapa ibu tak pernah cerita? Jawapan ibu sebab pada masa itu, ayah di pihak yang baik dan berikan kami segalanya. Berbeza dengan ibu, ibu di pihak yang jahat ketika itu. Lagipun, ibu tak mampu belikan kami macam – macam.

Ibu tak sanggup berpisah kalau kehilangan aku dan adik. Setitik air mata ibu tak mengalir ketika itu. Ibu cakap dia dah puas menangis semasa aku di matrik. Ibu tak larat dah nak menangis. Aku dah melolong nangis masa tu, minta maaf pada ibu.

Ibu, kalau masa tu kakak tak halang ibu nak bercerai, mesti sekarang ibu dah bahagia. Mesti ibu dapat capai impian ibu nak ada kedai jahit sendiri. Maafkan kakak sebab tak pernah memahami ibu ketika itu. Kakak bersalah seumur hidup pada ibu!

Ibu cakap dia doakan aku takkan merasa apa yang dia rasa. Ibu doakan aku bahagia dengan suami aku. Ibu yakin suami aku bukan seperti ayah. Malam itu, aku tidur berpeIukan dengan ibu. B3ngkak mata aku menangis.

Hingga hari ini, ayah aku entah apa khabar. Tak tahu dah berkahwin ke dengan perempuan itu, duduk di mana. Aku kerap balik ke rumah ibu supaya ibu tak rasa sunyi. Mujur adik duduk sekali, tidaklah ibu keseorangan.

Ibu, kakak bersalah pada ibu. Kakak tak dapat putarkan masa lalu tapi kakak janji, kakak akan jaga ibu. Terima kasih suamiku tak pernah halang diri ini kerap berjumpa ibu. Ibu, maafkan kakak! – Bakawali (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Jue Baker : Syurga buat ibu awak tt. Kuat betul beliau simpan semua s4kit dalam diri sendiri. Sekarang tak perlulah salah kan diri sendiri. Budak – budakkan lagi masa tu, mana faham. Sekarang masa untuk terus bahagiakan ibu.

Semoga syurga buat ibu ibu kita semua. Ibu saya pun tak bercerai, sebab sayangkan kami semua, orang dulu – dulu memang macam ni kan, demi anak – anak sanggup lupakan kebahagian sendiri.

Fatin Nadia : Sedih kisah hidup ibu awak. Sepanjang hidupnya hanyalah berk0rban, berk0rban harta, berk0rban kebahagiaan dirinya semata – mata mahu melihat anak – anak gembira. Dan sekarang peng0rbanannya telah pun berhasil kerana awak sentiasa ada untuk menjaganya.

Teruskanlah menjaga, mengambil berat terhadap dirinya kerana awak juga seorang ibu. Awak mampu memahami kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak dapat ditandingi. Semoga ibu awak bahagia dunia akhir4t.

Juliet Rabiatularda : Begitulah kehidupan, seorang ayah yang jahiI takkan mampu Iawan seorang ibu yang baik. Alhamdulillah anak – anaknya baik kerana ada doa seorang ibu. Benarlah doa itu senj4ta orang mukmin, doalah yang terbaik untuk anak – anak kita. Amiinnn-

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.