
Dato’ tu cakap mak ayah aku tak pandai jaga anak sampai kakak aku lari dari rumah. Maru4h keluarga kami dipijak – pijak, tapi akhirnya ibu ayah aku turunkan eg0. Aku menangis bila dengar jawapan dari ibu. Ibu kata, dua d0sa yang akan dapat baIasan serta merta di dunia ini ialah berz1na dan derh4ka pada ibu bapa.
#Foto sekadar hiasan. Kakak aku berumur 25 tahun dah sebulan lari dari rumah. Ini kali ke-3 dia lari mengikuti teman lelaki dia, Amri. Tapi rasanya kali ini yang paling teruk sehingga dia sanggup buat laporan polis terhadap ayah kami sendiri mengatakan dia dipukuI dan dihalau dari rumah.
Sedangkan dia sendiri yang rela hati keluar dari rumah setelah bertengkar dengan ayah kerana ayah tidak merestui hasrat dia untuk berkahwin dengan teman lelakinya. Saat semua berIumba – Iumba beribadat di bulan yang mulia ini, kakak aku pula pilih untuk menempah tiket ke ner4ka dengan meny4kiti hati ibu dan ayah.
Ibu dan ayah aku orang biasa – biasa saja, namun mereka orang yang berusaha sehingga semua anak – anak mereka tidak pernah merasa susah. Ibu dan ayah sangat menitikberatkan tentang pelajaran walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi.
Prinsip ayah biar tak kaya harta, asalkan diri kita kaya dengan ilmu. Kerana ilmu yang akan menjaga agama, akhlak, dan baik buruk susah senang kehidupan kita. Tak kisah lah ilmu di dunia mahupun akhir4t. Tapi kakak aku tak faham.
Dia sanggup memilih Amri yang baru dikenali daripada memilih ahli keluarga dia sendiri yang sayang dia sejak dia lahir. Dia lebih mempercayai Amri dan keluarga Amri daripada pandangan ahli keluarga dia sendiri. Kakak aku, Ati ialah seorang yang sangat baik, pendiam, rajin memasak dan mengemas rumah.
Kami 5 beradik. Dia anak yang ke-4. Dari dulu kakak aku ni memang tak suka belajar. Tapi dia pandai dan sambung belajar pun dapat biasiswa. Cuma kalau nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain, kakak dan abang aku selalu jadi top student, belajar di luar negara dan dua orang dah jadi doktor dalam keluarga kami.
Semua berjaya berkat doa ibu dan ayah sebenarnya. Ibu dan ayah aku jenis lemah lembut tak pernah marah atau pukuI Tak pernah juga marah – marah kalau report card penuh merah masa zaman sekolah dulu. Mungkin sebab itu kot kakak aku terk3jut bila ibu ayah marah sedangkan mereka marah bersebab.
Mereka tak boleh merestui hubungan Ati dan Amri. Ati dan Amri menyangka ibu ayah tak merestui kerana Amri tidak mempunyai kelulusan akademik. Amri tiada kelulusan SPM pun kerana dia bersekolah pondok. Dia berasal dari Pahang dan datang ke Kuala Lumpur kerana bekerja dengan bapa saud4ranya berpangkat Dato.
Mungkin akademik salah satu sebabnya. Yelah ayah aku jenis pentingkan ilmu. Paling busuk pun anaknya ada kelulusan diploma. Tapi yang paling utama sekali kenapa ayah aku tidak merestui ialah cara Amri berkawan dengan Ati dan perubahan Ati ke arah keburukan setelah berkenalan dengan Amri.
Kalau pertama Ati lari dari rumah kerana dia bertengkar dengan ayah mahu ke Pahang melawat keluarga Amri yang baru dia kenali selama seminggu. Mesti lah orang tua tu marah kerana Ati tak pernah kenalkan pada ayah pun siapa lelaki ni, tiba – tiba saja Ati kata nak ikut dia.
Tapi ibu ayah terima dan benarkan mereka berkawan setelah Amri sendiri yang bawa pulang Ati dengan selamat. Amri juga menyatakan hasrat dia untuk berkawan dengan Ati secara serius. Kali kedua Ati lari dari rumah setelah ayah memarahi dia pulang lewat malam.
PukuI 3 pagi dia balik ke rumah kerana menonton wayang dengan Amri. Dan sekali lagi, Amri yang bawa pulang Ati ke pangkuan keluarga serta dia minta maaf. Ayah memaafkan dia tapi aku tahu ayah tidak redha sebab setelah kejadian itu Ati masih pulang lewat malam pukuI 10 – 11 malam tapi ibu ayah tak berkata apa – apa.
Mereka tidak sanggup kehilangan Ati. Dalam setahun setengah perkenalan antara Ati dan Amri, baru kami tahu tentang latar belakang Amri termasuklah tentang kelulusan akademik, pemikiran dan kelakuannya. Ibu ayah tak setuju dan tak merestui hubungan mereka.
Memang Amri hanya kelulusan sekolah pondok tetapi kelakuannya tidak mencerminkan yang dia berilmu agama. Ibu dan ayah tak nampak Amri jenis yang menjaga solat. Sebab lain ialah kelakuan Amri yang panas baran dan berd3ndam.
Dia menyalahkan ibu dan ayah punca Ati lari dari rumah kerana tidak mendidik Ati dengan betul. Malah dia menyimpan setiap text dan rakaman percakapan ibu ayah yang menasihati Ati agar melupakan Amri. Amri rasa terh1na sedangkan dia tidak fikir jika dia teruskan hubungannya, dia sebenarnya zaIim dan pentingkan diri sendiri kerana kami tidak dapat menerima dia.
Ati juga mula berubah. Paling terk3jut bila satu hari aku dengar dia berkata, “Zaman sekarang ni tak ada orang tengok akademik lah. Yang penting ada duit. Bapa sed4ra Amri tu tak belajar pun dapat Dato.” Betul. Tapi ilmu yang membezakan antara orang b0doh dan orang pandai.
Ilmu juga yang boleh membuat kita berfikir mana perkara yang baik dan mana perkara yang buruk. Oleh kerana ibu dan ayah tak merestui, Ati protes. Amri juga sudah mengundurkan diri. Ati mengurungkan dirinya di dalam bilik selama berbulan – bulan.
Tidak bertegur sapa langsung dengan sesiapa. Makan pun di dalam bilik. Ibu dan ayah sudah memujuk dia namun dia masih sama. Kami biarkan saja dia kerana menyangka dia melayan perasaan putvs cinta. Ati hanya keluar dari bilik untuk pergi kerja atau berjumpa dengan kawan.
Suatu hari Ati balik pukuI 11 malam dan ibu ayah dapat tahu dia masih berjumpa dengan Amri. Ati masih tetap dengan pendiriannya mahu berkahwin dengan Amri. Jika tidak mendapat restu, mereka nekad untuk menikah di Siam.
Sudahlah pulang lewat malam dan menipu, tambah lagi dengan idea b0doh Ati, ayah memukuI dia kerana perbuatan dia yang meIampau. Malam itu Ati senyap – senyap keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu ayah.
Keesokan harinya, ibu ayah mencari Ati di tempat kerjanya kerana telefon bimbitnya dim4tikan. Ati tiada di tempat kerja. Ibu pula kerana terdesak mahu mencari Ati, dia meminta bantuan rakan sekerja Ati dan menceritakan masalah sebenar.
Mungkin rakan – rakan dapat nasihatkan Ati bila ahli keluarga sendiri tak dapat menasihati dia. Rupa – rupanya keadaan jadi bertambah buruk kerana Ati marah ibu ayah menceritakan kepada kawan – kawannya. Dia menyalahkan ibu ayah kerana memburuk – burukkan diri dia.
Dia terus memberi surat letak jawatan serta – merta. Dan malam itu Ati membuat laporan polis. Ibu ayah cuba menghubungi Amri dan Ati. Namun sudah di’block’. Ibu menelefon mak Amri di kampung namun mak Amri kata dia tidak mahu masuk campur dan menyerahkan semuanya pada bapa saud4ra Amri yang berpangkat Dato.
Ibu menelefon Dato namun ibu diherdik kembali. Dia mengatakan ibu ayah tidak tahu menjaga anak, kelakuan Ati adalah disebabkan perbuatan ibu ayah, Amri tidak salah apa – apa kerana bukan Amri yang bawa Ati lari dari rumah.
Ati yang dihalau oleh keluarga sendiri dan Amri yang ‘menyelamatkannya’. Dato itu mempercayai Ati kerana Ati juga telah membuat laporan polis. Dia juga setuju dengan rancangan Ati dan Amri untuk menikah tanpa pengetahuan ibu ayah.
Mak Long cuba bercakap dengan Dato namun tidak jumpa jalan penyelesaian. Malah lagi dih1na kerana dia bertanya mengapa ayah tidak menelefon dia. Mengapa perempuan saja yang menelefon dia. Ayah dih1na tidak pandai mendidik anak.
Dia lupa senj4ta ayah sebenarnya ialah doa. Dan ayah cuma mahu bercakap dengan Ati saja. Mak Long ialah kakak sulung ayah. Mak kandung ayah meninggaI semasa dia masih kecil. Jadi Mak Long lah yang menggalas tugas menjaga dan membesarkan ayah sehingga Mak Long sendiri tidak berkahwin.
Dan hanya kerana Mak Long tidak berkahwin, Mak Long dih1na kata tidak perlu masuk campur kerana dia tidak pernah berpasangan. Yang tahu Ati lari hanya aku seorang saja. Ibu ayah melarang aku beritahu kakak dan abang kerana tidak mahu mereka risau.
Tetapi akhirnya mereka tahu juga. Mereka marah kerana perbuatan Ati telah menyebabkan maru4h keluarga kami dipijak – pijak. Tergamak sunggu Ati merosakkan nama baik keluarga sendiri dan memilih keluarga Amri yang baru dikenalinya.
Kami adik beradik sepakat untuk membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan Ati. Sebelum sempat kami melibatkan polis, abang berjaya hubungi Amri dan mengetahui bahawa Ati selama ini berada di rumah mak saud4ra Amri.
Amri marah kami melibatkan ahli keluarganya. Sedangkan semua perkara ini dapat dielakkan jika dia tidak ‘block’ kami. Abang dan kakak aku telah bertengkar dengan Amri dan Ati juga. Ibu ayah pula tenang setelah mengetahui di mana Ati berada.
Mereka telah berjumpa dengan ustaz dan Ati tidak terkena buatan sih1r. Akhirnya ibu ayah membenarkan Ati berkahwin dengan Amri. Tetapi Ati masih belum mahu pulang ke rumah sehingga saat ini. Dia masih marah pada kami.
Aku bertanya kepada ibu ayah sama ada betul mereka merestui perkahwinan Ati setelah dua keluarga bermusuhan seperti ini? Ibu menangis kata tak apa. Ibu tak kisah keluarga Amri nak anggap kita jahat. Ibu kata dia redha. Dia beri restu kerana dia taknak hidup Ati susah.
Mereka ampunkan d0sa Ati kerana mahu Ati masuk syurga. Dua baIasan yang akan dapat baIasan serta merta di dunia ini ialah berz1na dan derh4ka pada ibu bapa. Ibu taknak hidup Ati susah di dunia ini. Ati anak yang taat sebelum ini.
Mungkin dia nekad kerana Amri ialah satu – satunya lelaki yang dia berkawan lepas habis belajar. Aku pula sedih. Sebab Ati dan Amri masih menyalahkan ibu ayah semua perkara ini terjadi. Mereka tak sedar bahawa nikah ialah ibadah.
Dan yakinlah bahawa setiap perkara yang baik, Allah mesti akan jaga dan mudahkan. Sekiranya sudah usaha tetapi lain jadinya. Maka anggaplah Allah sedang meIindungi kamu dari musibah yang lagi besar. Adapun cinta Allah terhadap h4mbaNya lebih besar dari cinta ibu mengandung terhadap anaknya.
Mana mungkin Allah akan membiarkan kita bersedih tanpa ada hikmah yang lagi besar disediakan oleh Nya. Kesal sungguh usaha mereka untuk menikah dan mendapat restu dengan cara seperti ini. Kalau kahwin pun aku tak rasa Mak Long, kakak dan abang aku nak datang ke majlis Ati dan Amri. Entahlah.. mampukah mereka berbahagia atas d3rita orang lain? – Yang Ters4kiti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Yanti Rahiza : Berat sungguh ujian untuk keluarga awak dik, semoga Allah berikan jalan keluar. Cuma… Lepaskanlah kakak awak dengan pilihan hati beliau. Susahnya kehidupan tidak akan difahami dengan menonton drama. Bila dah lalui sendiri barulah lebih menghargai. Pilihan hidup ini, kenyataannya, setiap insan perlu hadapi sendiri.
Peepy Leezawaty : Percayalah dek.. hubungan kakak kau tu takkan tahan lama.. Percaya lah.. Kalau betul dia berkahwin, perkahwinan itu takkan bahagia sebab takda restu dan kerelaan mak bapak dia. One day dia sendiri akan merangkak cari family dia balik. Just wait n see.
Shida Samsudin : Nanti tu dapatlah baIasan tu. Dah la macam ni siap berg4duh – g4duh dengan mak abah. Mulut kata restu dan maaf. Jauh disudut hati pasti terkilan dan berduka. Sedikit terdetik di hati ibu abah maka berd0salah anak. Biarkan dah besarkan dah dewasa, nanti dia susah pandai lah dia balik merayu – rayu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.