Ayah minta tolong betulkan HP dia, tapi muka ayah nampak resah. Tangan saya belek video lain

Bilik saya berdekatan dengan bilik ayah, ada sekali saya lupa rapatkan pintu masa nak tukar pakaian. Namun belum sempat saya membuka pakaian, hanya selak sedikit, saya segera terpandangkan pintu yang sedikit terbuka dan saya melihat ayah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. hai semua.. Terima kasih pada admin jika disiarkan. Berdasarkan tajuk berikut. Ini merupakan baIasan kepada confession seorang isteri yang suaminya curang dan sebabkan anaknya meninggaI dunia.

Saya Ayla bukan nama sebenar. Berusia awal 20-an. Baru habis belajar. Dan sejak covid ni meIanda, kami yang mempunyai 7 ahli keluarga termasuk ibu dan ayah duduk serumah. Kalau dulu semua belajar merata. Bergilir – gilir ada di rumah.

Berbalik pada tajuk. Saya ingin meluahkan perasaan bagi pihak si anak. Mungkin tidaklah sebijik sama dengan cerita Puan Mia. Tapi perasaan yang dihadapi si anak apabila mengetahui aib si ayah. Banyak masalah yang dihadapi perkahwinan ibu bapa saya.

Tapi saya hanya akan bercerita mengenai yang berkaitan sahaja. Sewaktu di diploma, ketika mencari rujukan yang berkaitan dengan tugasan saya dalam koleksi buku ayah saya. Saya terjumpa buku mengenai posisi s3ks. Terk3jut.

Pertama kali terjumpa buku yang sebegitu di rumah sendiri. Saya terus sorokkkan di bahagian atas yang sukar untuk dijumpai. Bimbang adik – adik saya yang akan terjumpa buku tersebut.

2. Saya ada anak pengasuh yang dianggap sebagai kakak sendiri yang sedikit berisi. Saya panggil kakak A. Ibu saya pernah bercerita yang ayah saya pernah memuji kakak A yang ‘badan yang macam tu sedap’.

3. Sedari kecil lagi ayah saya suka menonton rancangan TV WWE dan kami akan dihaIau masuk ke dalam bilik. Ada yang kami sempat tengok yang para wanita WWE yang berpakaian hanya menutup sedikit sahaja.

4. Ketika ayah saya baru sahaja pencen, dia beli smartphone baru. Mulai aktif di fb. Dan pada awalnya kami selalu belek fon baru beliau bila beliau tidak melihat. Ada satu masa saya terjumpa carian di fb mengenai ‘janda’.

Di sini perasaan jijik m4kin menebal. Saya tak lagi pegang telefon bimbitnya, bimbang akan menjumpai sesuatu yang lain yang akan menghakis perasaan hormat saya padanya.

5. Smartphone selalu di tangan. Ada satu masa beliau memanggil saya untuk membetulkan kenapa video yang disimpan di youtube tidak dapat dimainkan. Tangan generasi sekarang memang tidak sama dengan generasi dulu.

Masalah yang dihadapi hanya masalah kecil segera saya selesaikan. Tangan saya pantas membelek video lain dan melihat senarai carian. Dengan muka yang dikawal. Ayah saya di depan tidak tahu apa yang dijumpai saya. Tapi nampak yang dia resah.

Dalam masa yang sama dia beritahu yang dia tak boleh nak tengok video binatang. Ye, dia suka menonton national geographic wild dan seumpamanya. Tapi carian dan video yang saya jumpa adalah perkataan ‘blue’ dan video orang asli negara lain yang tidak memakai baju bagi perempuan. Jijik. Orang tua yang ingin mencuba ke arah kemungkaran.

6. Bilik saya berdekatan dengan bilik ibu bapa saya, ada sekali saya lupa merapatkan pintu ketika hendak menukar pakaian. Namun belum sempat saya membuka pakaian, hanya menyelak sedikit, saya segera terpandangkan pintu yang sedikit terbuka dan saya melihat ayah saya yang baru memalingkan wajah dari biliknya.

Jijik tu tak lagi sedikit malah benci bertambah. Selepas itu, saya selalu mengelakkan diri dari berjalan depan ayah saya atau ketika dia ada. Mungkin ada yang akan kata ni masalah kecik saja, biasalah lelaki. No! Bagi anak perempuan, lelaki yang bergeIar bapa yang sepatutnya akan meIindungi anak – anak perempuan dia.

Tapi bila anak perempuan sendiri yang jijik dan takut dengan ayah sendiri. Bagi dia rumah tu dah tak selamat lagi bagi dia. Ada orang akan cakap, keluarlah dari rumah tu. Masih jawapan dia tak boleh. Sebab ibu saya bertahan seperti puan Mia.

Berkali diratib di mulutnya yang ayah beliau dulu iaitu datuk saya tak akan bagi anak – anak perempuan kerja jauh dari rumah. Dan begitu jugalah apa yang dipegang oleh ibu saya sendiri. Berharap yang anak – anak akan selalu dekat dengannya sampai bila – bila.

Berharap yang apa yang dik0rbankan akan dapat manfaat dari anak – anak.. Anak – anak yang akan menjaganya. Namun, apa yang ibu saya tak tahu anaknya yang ini juga punya impian. Impian untuk hidup dengan acuan sendiri.

Masalah ibu dan ayah saya bukan lah setakat itu sahaja, nafkah, layanan baik, komunikasi juga tiada. Tapi ibu saya bertahan dan mengatakan dia tak akan minta cerai kecuali ayah saya yang nak ceraikan. Tapi dalam masa yang sama, segala yang dilakukan ayah saya diceritakan kepada saya dan adik beradik dengan mengatakan dia sabar.

Ya, ibu saya juga keras. Bertahan dengan ik4tan yang tak memberi bahagia. Bukan hanya pada diri dia sebagai isteri. Tapi anak – anak yang tersepit juga tetap sama. Tidak merasa bahagia apabila sentiasa diisi fikiran anak – anak dengan kesalahan dan kesilapan si ayah.

Anak perempuan yang kekurangan perhatian daripada ayah ataupun takut dengan figura ayah yang sebegini akan mula ingin mencari ganti. Ingin merasa kasih sayang dari berlainan jenis. Ye, ingin merasa perasaan tersebut.

Ingin dicintai dan mencintai. Ingin bebas dari rumah yang penuh dengan negativiti. Namun dihaIang pula dengan Iarangan – Iarangan ibu saya yang meIarang semuanya. Ibu saya punyai banyak kerisauan. Selalu diceritakan mengenai zaman mudanya yang penuh keseronokan.

Namun bila tiba masa anak – anak ingin melalui pengalaman tersebut. Beliau akan menghalang. Ke pantai, ke sungai, ke jeram, mendaki bukit, keluar dengan kawan, melancong bersama kawan. Semua tu tidak akan dibenarkan kecuali saya maklumkan sesudah berlalunya sesuatu kejadian.

Ye. Dulu saya bebas melakukan apa – apa yang saya suka untuk menghilangkan str3ss. Disebabkan covid ni jugalah, saya terkongkong di rumah yang penuh dengan negativiti, tidak selamat dan merasa kosong. Saya tidak bahagia dengan kedua – dua ibu bapa saya.

Ye. Saya ada kerja sementara. Tapi kerja yang memerIukan saya di rumah. Tetap saya rasa serabut. Tak sabar nak tinggalkan semua. Saya kesiankan ibu saya. Tapi puas dipujuk tetap saja di ingin bertahan dan mem4ksa saya turut bertahan.

Nasihat saya pada puan Mia, cari kebahagian sendiri. Puan boleh mendapatkan yang lebih baik untuk hidup Puan sendiri dan anak – anak puan. Anak – anak tidak b0doh. Walaupun jasad seorang ayah ada dalam ruang yang sama dengan anak – anak.

Anak – anak adalah pemerhati. Dia boleh rasakan vibe tu sendiri. Puan tidak akan pernah boleh sorokkan itu. Silap cara puan sendiri yang akan dibenci oleh anak – anak sebab masih bertahan dan mem4ksa mereka bertahan dengan cara hidup yang puan pilih tanpa mereka setuju untuk berada dalam situasi yang sama. Sekian, pengalaman dari si anak. – Ayla (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cikgu Nurul : Ibu bapa yang tak bahagia, anak – anak akan dapat merasainya juga. Saya tak pernah lupa kisah anak murid saya yang ketika itu bakal menduduki PMR. Secara tiba – tiba, semasa saya berbual dengannya bersendirian, dia beritahu nak suruh mak ayahnya berpisah!

Saya memang terk3jut. Dia memang rapat dengan kedua – dua ibubapanya. Tambahan pula dia anak sulung dari 4 adik beradik. Orangnya selalunya ceria dan nakal, rupa – rupanya memendam 1001 masalah. Kedua – dua ibubapanya sudah beberapa tahun tidak bercakap antara satu sama lain walaupun serumah.

Mereka mempert4hankan perkahwinan hanya kerana anak – anak. Tapi, itulah juga yang menjadi sebab anak – anak mereka tertekan. Anak murid saya ni beritahu dia nekad sebab jiwa mereka tertekan bila lihat ibubapa hidup tidak gembira seperti orang lain.

Pada asalnya adiknya yang form 1 tak setuju dan member0ntak. 2 lagi masih kecil. Si bongsu walaupun masih tidak petah bercakap, pun turut sedih walaupun tak berapa faham perbincangan abang – abangnya. Saya bagai dapat membayangkan situasi dia dan adik – adiknya ketika itu (dia memang cerita agak detail).

Akhirnya, saya dapat tahu, ibu bapanya telah memulakan proses perceraian di saat anak murid saya itu sedang (@ sebaik selesai) peperiksaan PMR. Dia beritahu saya sambil tersenyum seolah – olah lepas sudah batu berat yang dipikulnya selama ini. Atau mungkin untuk meyakinkan saya agar tidak risau dengan keadaannya ketika itu.

Rafidah Zainun : Saya bercerai masa umur anak – anak 4 dan 3 tahun. Berg4duh setiap hari dengan ex. Penah di pukuI depan anak – anak dan ibu saya sendiri. Masa saya nak cerai, ex saya minta saya fikirkan anak – anak. Bagi saya, sebab saya fikir anak – anak saya lebih rela pilih untuk berpisah.

Taknak anak – anak membesar tengok mak ayah berg4duh setiap hari sebab saya pun dah lalui situasi yang sama. Banyak lagi cara untuk cari bahagia atau jalan untuk ke syurga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.