Ayah merayu suruh aku duduk dgn dia. Aku menyesal kalaulah malam tu aku ikut ibu

Setiap tahun mak tiri mengandung dan sepanjang itu ibu yang bantu bawa pergi kIinik, jaga p4ntang. Akhirnya ibu tak tahan, ibu minta cerai. Maka bermulalah babak perebutan anak antara ibu dan ayah. Ayah merayu dekat aku jangan tinggalkan dia, kerana simpati aku ikut cakap ayah. Tapi sekarang aku menyesal..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum  buat para pembaca. Terima kasih kiranya admin sudi menyiarkan luahan saya ini. Aku geIarkan diri aku Tipah. Aku mempunyai 5 adik beradik dan aku anak kedua. Umur aku sudah pun menghampiri 40-an.

Mempunyai 3 orang anak yang amat aku sayangi. 2 perempuan, 1 lelaki. Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang kehidupan ku dari kecil hingga dewasa. Ayah dan ibu ditakdirkan bercerai ketika aku beruma 16 tahun. Ayah berkahwin 2.

Awal perkahwinan ayah dan mak (mak tiri), ibu aku mampu bertahan hinggalah kemuncaknya kerana ayah sangat tidak adil. Setelah ayah kahwin baru, mak tiap tahun mengandung. Dari awal mengandung hingga habis pantang, ibu aku yang menguruskan madunya itu.

Bawa ke kIinik untuk check up, jaga ketika berp4ntang dan bermacam – macam lagi. Tapi mak tiri langsung tak berterima kasih. Kisahnya, sebelum berkahwin baru, ayah ada membina rumah kononnya untuk kami sekeluarga tinggal.

Namun selepas mak muncul, ayah terus lupa dengan janjinya. Rumah baru tersebut di beri kepada mak untuk tinggal bersama anak – anaknya sedangkan kami 5 beradik dan ibu tinggal di rumah sempit yang buruk. Itulah kemuncak kesabaran ibu aku.

Ibu aku minta ayah menceraikannya dan ibu pulang ke kampung negeri kelahiran ibu di utara. Masih aku ingat malam itu, nenek dan tokwan datang menjemput ibu. Menangis – nangis kami adik beradik minta ibu jangan tinggalkan kami.

Ibu menangis dan memeIuk kami, dia minta kami bersabar dan berjanji akan mengambil kami semula. Manakala ayah ketika itu menghaIang kami semua yang sedang mengejar kereta nenek dan tokwan yang sudah berlalu pergi.

Umur aku ketika itu 16 tahun, masih bersekolah menengah, abang sudah tamat SPM dan bekerja di bengkel motorsikal. Adik aku masing – masing berumur 15, 14 dan 11 tahun. Bermula dari situ, aku menggantikan ibu dalam menguruskan kerja rumah.

Ayah aku hanya berulang alik dari rumah mak tiri dan rumah kami untuk menghantar barang dapur. Datang pun sekejap – sekejap saja, bermalam di situ lagi lah tidak. Kasihan aku lihat adik – adik yang hilang tempat bermanja.

Ada ayah pun jarang luangkan masa. Keadaan seperti ini tidak lama kerana ibu kembali dan ingin membawa kami tinggal di kampung ibu. Maka bermulalah babak – babak perebutan anak antara ibu dan ayah. Ayah menangis minta anaknya tidak meninggaIkan ayah.

Sungguh, aku mahu ikut ibu, tapi hati aku terlalu kasihan pada ayah. Adik – adik aku masing – masing mahu tinggal bersama ibu, ibu mengajak aku ikut ibu pulang ke kampung, ayah merayu dan menangis. Masih aku ingat bait – bait yang ayah ucapkan, “Angah, jangan tinggal ayah, adik semua tinggal ayah, angah tak kesian ayah ke?”.

Dan kerana ayah berkata begitu lah aku jatuh simpati pada ayah dan membuat keputvsan untuk tidak ikut ibu balik kampung. Malam itu, aku hanya mampu menangis sambil melihat kereta yang membawa ibu dan adik – adik aku pergi.

Abang sememangnya tidak ikut ibu kerana abang sudah ada kerja di sini, lagi pula abang dah besar. Tapi, aku terasa telah buat kesilapan yang besar. Ayah membawa aku tinggal di rumah baru bersama mak tiri dan adik – adik yang masih kecil, manakala abang tinggal di rumah Atok dan nenek (sebeIah ayah).

Aku kira ayah akan menjaga dan melayan aku sebaiknya, tapi rupanya hanyalah harapan sahaja. Aku tinggal di rumah itu tapi tempat tidur aku hanya di ruang tamu. Bayangkan aku seorang perempuan yang sedang meningkat remaja dibiarkan tidur di ruang tamu.

Almari pakaian di bilik stor, nak tukar baju pun perlu tukar di bilik air. Ayah bukanlah jahat, cuma ayah seperti kurang ambil berat. Mak tiri aku baik ke jahat? Jawapan aku adalah jahat. Sejak aku tinggal di situ, aku lah yang jagakan adik – adik tiri aku.

Aku yang buat kan kerja rumah, mak tiri hanya tahu mengandung saja. Selepas SPM, aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, namun mak tiri menghasut ayah agar tidak benarkan kerana kekurangan duit. Ayah minta aku bekerja saja.

Aku terp4ksa mengikut saja kata – kata ayah dan bekerja kilang. Apabila dah ada duit sendiri, aku berikan juga pada ayah, aku minta ayah tolong bina 1 bilik untuk aku dengan duit aku bekerja. Kata ayah perlu beberapa bulan baru cukup duit untuk bina bilik.

Seronoknya aku bila tahu akan ada bilik sendiri. Hari – hari aku bekerja lebih masa nak bagi duit cukup. Tapi, bulan ke bulan, langsung tak nampak tanda – tanda ayah nak buat bilik untuk aku. Yang aku nampak, ayah belanja makan yang sedap – sedap di rumah.

Beli baju baru untuk mak tiri, beli set sofa baru. Aku cuba bersangka baik, mungkin itu duit ayah sendiri. Aku mula bertanya tentang bilik aku, sedihnya tak tahu nak cakap bila ayah cakap dia perlu guna untuk perkara yang lebih mustahak.

Beli set sofa lebih penting ke? Dari bina bilik untuk anak d4ranya sendiri. Lagi pun duit aku sendiri juga. Mak tiri tersenyum sinis selepas lihat aku menangis lepas berg4duh dengan ayah. Bermula dari itu, aku berazam untuk segera keluar dari rumah ayah.

Dan satu – satunya cara untuk keluar rumah adalah berkahwin. Ketika itu umur aku 21 tahun. Di kilang tempat aku berkerja, ada seorang senior yang suka mengusik aku. Aku tanpa banyak berfikir, bertanya sekiranya dia suka pada aku.

Dan jika suka, aku minta dia masuk meminang terus. Dan dalam beberapa bulan selepas itu, aku pun menjadi isteri kepada M. Terk3jut ayah aku bila aku cakap aku nak kahwin, ayah minta aku fikir sehabis baik, dan apa yang aku fikir yang terbaik adalah keluar dari rumah ayah.

Itu yang ada di fikiran aku. Segalanya berjalan lancar selepas berkahwin. M sudah ada rumah sendiri dan aku terus berpindah ke rumah M. Namun langit tak sentiasa cerah, selepas melahirkan anak ke tiga dalam usia perkahwinan 6 tahun, M mempunyai perempuan lain di belakang aku.

Terimbau memori tentang ibu dan ayah. Anak – anak menjadi m4ngsa. Sungguh aku takut anak – anak aku akan jadi seperti itu. Aku minta M berubah. Sama ada lupakan perempuan itu atau aku akan bawa anak – anak jauh dari M.

M yang sangat sayang anak – anaknya berjanji takkan menghubungi perempuan itu lagi. Namun m4kin lama, M m4kin kurang bertanggungjawab pada kami. M bekerja sendiri, manakala aku sudah dinaikkan pangkat di tempat kerja lama aku.

Oleh kerana pendapatan aku lebih banyak, jadi semua belanja dapur dan anak – anak, aku yang uruskan. M hanya bayarkan bayaran bulanan rumah dan bil – bil. Tahun demi tahun, hubungan aku dengan M sem4kin h4mbar.

Seolah perkahwinan kami hanya bertahan kerana anak – anak. Hingga hari ini, aku masih bertahan. Mungkin selamanya begini. Asalkan ada anak – anak aku. Ibu aku dan adik – adik yang tinggal di utara, selalu saja aku dan anak – anak pergi melawat apabila cuti sekolah.

Aku cemburu lihat adik – adik aku yang sangat manja dengan ibu, tapi bila aku cuba untuk bermanja, aku sendiri terasa kekok. Aku selalu berkata kalaulah malam itu aku ikut ibu dan adik – adik aku pulang ke kampung, mungkin keadaan aku lebih baik.

Mungkin aku tak perlu kahwin seawal umur 21 hanya kerana nak keluar dari rumah ayah. Mungkin aku dapat sambung belajar. Bukanlah aku tidak menerima takdir, cuma terkadang perkara ni terlintas dalam fikiran. Maaf sekiranya luahan aku terlalu panjang. Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum. – Tipah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dee Ya : Memang awak silap pilihan jalan pada masa lalu. Tapi takpelah.. awak fokus untuk masa depan awak dan anak – anak ok. Duit yang ada, awak kena buat simpanan sikit – sikit. Tak payah beli apa – apa untuk suami.

Kerapkan diri untuk minta duit dengan suami. Setiap minggu atau minta suami belikan lauk pauk. Susu anak. Pampers anak setiap minggu. Call dia banyak – banyak kali biar hidup dia terganggu. Biarkan dia berfikir pasal anak – anak. Jadi dia akan kurang sikit masa untuk skandaI.

Mass Lina Lina : Kenapa perkahwinan merupakan jalan UNTUK seorang wanita itu sebagai alasan keluar dari rumah dan nak jauh dari mslh sedangkan banyak cara yang lebih baik untuk masa depan sendiri.

Contohnya simpan duit sambung belajar atau minta pekerjaan lain yang jauh sikit dari family tiri awak atau balik kampung jumpa ibu awak dan yang penting kita ingat kapada Allah SWT dan berdoa agar ayah dan ibu tiri awak berubah ke arah yang lebih baik.

Tentang perkahwinan awak tu awak kena fikir UNTUk kebahagiaan awak sama dengan saya berdoa semoga puan akan bahagia dan berjaya di dunia dan akhir4t dan anak – anak puan jadi anak – anak yang soleh dan solehah.

AiNurin Ly : Yang lepas tak boleh undur kembali, tetapi masa depan kita boleh cuba mengubahnya. Kalau pert4hankan, tak semestinya anak bahagia. Kalau pisah tak semestinya anak d3rita (berg4ntung kepada kes). Didoakan semoga ada jalan keluar dan kebahagiaan untuk puan.

Norsyina Tazali : Geramnyaaa kat ayah tt. Gamaknya ada ke dia kirim nafkah untuk anak – anakdi kampung sedangkan anak dia dengan bini baru berderet – deret. Part paling geram bila ayah tt amik duit nak bina bilik tt.

Sedihnya dia buat tt macam orang gaji je tu sebab dia menangis – nangis tak bagi tt ikut ibu balik ke kampung. Semoga tt terus tabah. Ujian kita berbeza – beza. Moga ada sinar bahagia buat tt dan anak – anak.

Ibtisam Notes : Tahniah confessor kerana anda seorang yang berani menghadapi cab4ran hidup dan kentaI hati. Kerana itulah anda diberikan rezeki yang selayaknya oleh Allah. Dapat berkahwin diusia muda, dapat anak, dapat naik pangkat.

Alhamdulillah jugak sebab ibu dan ayah masih hidup sehingga kini. Saya tak ada apa yang awak ada. Saya percaya, jika awak diuji lagi dengan ujian yang lebih berat kelak, awak akan lebih kuat dan rasa tenang melangkah.

Perjalanan hidup awak terselit pengajaran yang baik untuk semua. Semoga ada hikmah untuk semua ujian yang awak lepasi. Semoga anak  anak awak menjadi anak yang soleh dan solehah untuk awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.