Ayah janji nak balik bawa mainan utk aku, tapi bertahun aku tunggu ayah tak balik. Akhirnya mak bagitahu hal sebenar

Dari rumah besar kami merempat duduk di pondok kecil sebab krisis ekonomi. Ayah aku cakap dia takde duit nak beli aku mainan, dia kena kerja. Dia janji nak balik bawa mainan baru. Setiap hari aku tunggu tapi ayah tak balik sampai bertahun. Aku tanya mak, akhirnya mak terus terang sebenarnya..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Maaf kalau nukilan aku kali ni agak berterabur. Mohon hide FB aku ya min. Aku pinjam fb office mate aku merangkap sepupu baik aku. Kisah aku bukan kisah cinta atau curang. Tetapi lebih dari itu.

Aku gelarkan nama aku Adam. Seorang anak tunggal. Aku dilahirkan di selatan tanah air. Kehidupan awal masa aku kecik – kecik dulu sungguh bahagia. Ada mak ayah yang sangat penyayang. Ayah aku business man. Mak aku suri rumah yang menjaga aku 24 jam.

Ya aku anak manja, admin. Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Aku dibawa bercuti ke sana sini. Rumah kami besar. Kereta ayah aku mewah. Yelah. Business man. Kerja ayah aku berkait rapat dengan orang – orang berpangkat dan VIP.

Rumah kami pon orang politik yang bagi kami duduk secara FREE. Bayangkan? Best kan hidup aku masa aku budak – budak. Shopping di mall, makan sedap – sedap, melancong. Korang sebut je. Semua aku dah merasa.

Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Tapi siapa sangka? Masa Malaysia dilanda krisis ekonomi dulu, ayah aku dibuang kerja. Macam mana kau rasa goyahnya ekonomi masa pandemik ni macam tu lah aku rase dulu, bezanya tak ada wabak.

Ayah aku dik4takan total lost. Rumah yang diberikan secara PINJAMAN pon ditarik balik atas alasan NAK JUAL semula pada pelabur. Kereta?? Dari yang besar bertukar jadi yang kecik dan buruk. Kami akhirnya merempat.. Allahu..

Waktu itu aku baru 7 tahun. Tiada lagi baju smart mahal untuk aku. Tiada lagi makanan seafood dinner untuk hujung minggu. Menu kami bertukar nasi bubur kicap sepanjang hari. Rumah yang kami duduk merupakan rumah yang usang dan tidak terjaga.

Semua ni atas ehsan jiran yang nampak kami duduk merempat di tepi pondok. Aku ingat lagi betapa cekalnya mak aku masak guna dapur api untuk aku minum secawan kopi dan biskut beras. Betapa cekal mak aku masak nasi goreng tanpa lauk.

Aku pula yang sudah memahami keadaan, hanya mampu senyum dan cakap ‘SEDAPLAH NASI GORENG MAK.’ Walau jujurnya aku dah muak. Dipendekkan cerita, ayah aku yang dah biasa kerja office, dengan dress code beretika dan ada kawan vip, sudah mulai rasa bosan hidup miskin.

Dia rindukan hidup business dia. Ayah aku juga orang yang boros dan takda simpanan sebab tu lah kami merempat. Disebabkan ayah aku bosan tiada kerja akhirnya ayah aku bawa kami balik ke kampung ibu aku. Di situ lah kehidupan BARU aku bermula.

Kami berpindah ke kampung ibu. Alhamdulillah semuanya baik – baik sahaja. Kami menyewa di rumah kecil yang muat – muat untuk kami bertiga. Aku fikir kami akan bahagia di sini tetapi tidak. Kehadiran kami tidak disukai oleh makcik – makcik aku yang mengatakan, “Miskin Baru Balik Kampung.”

Allahu sedihnya bila ingat balik. Di saat kami baru je berpindah dirumah baru kami dan aku pon mengimpikan ayah aku akan menemani aku saat buka sekolah nanti tetapi badai pula melanda. Suatu petang ketika aku bermain dengan kawan – kawan aku depan rumah, ayah panggil aku.

Aku bergegas mendapatkan ayah aku. Aku tengok dia berpakaian smart dan berbau wangi. Aku tanya pada ayah

“ayah nak pergi mana?”

“Adam… (sambil melutut dan peIuk). ayah nak pergi kerja tau nak.”

“Ayah balik bila?”

“Ayah tak tahu balik bila dam.. Ayah pergi kerja nak belikan adam mainan baru. Sekarang ayah takda duit. Ayah nak kerja kuat – kuat nak bagi Adam mainan baru. Nak bagi mak kamu baju baru”

“Ohhh ayah tak ada duit ke? Adam ada duit yah.” Nah (sambil hulur duit syiling Rm1. duit syiling emas).

“hahaha (ayah ketawa). Adam simpan duit adam. Ayah pergi dulu ya nak? Jaga mak kamu baik – baik. Ayah sayang kamu. Nanti ayah gaji ayah balik ya nak.”

“OK!” itulah perbualan terakhir kami. Selepas tu aku yang dijanjikan dengan mainan baru mula menuntuk janji ayah aku. Setiap petang Ahad aku akan berdiri di tepi jalan menunggu ayah aku pulang, namun hampa. Ayah aku tak kunjung tiba.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Ayah tak pernah balik bawa mainan baru untuk aku. Sampai aku mengigau teringat dan rindukan ayah. Pernah aku kebasahan menunggu ayah aku di tepi jalan.

Sampai mak memarahi aku kerana pulang dalam keadaan basah. Sehinggalah usia aku masuk 12 tahun ayah masih tak pulang – pulang. Aku menjadi musykil ke mana ayah pergi? Aku cuba dapatkan penjelasan mak. Tapi mak diam seribu bahasa.

Sampailah suatu hari mak aku luahkan segalanya pada aku yang sebenanrnya mak dan ayah dah lama bercerai. Allahu! Seperti petir menyambar. Pedihnya hati aku hanya Allah yang tahu. Segalanya mak aku ceritakan. Rupa – rupanya mak aku adalah isteri kedua ayah.

Isteri pertamanya ditinggalkan tanpa pesan hanya kerana ingin bersama mak aku. Jadi bermakna, selama ni aku bahagia, melancong, bergembira dengan keluarga aku, rupanya di atas pend3ritaan orang lain? Mak mengaku silapnya dan redho jika ini adalah baIasan bagi mak.

Mak sudah pon bercerai tetapi aku?? Bagaimana aku?? Aku rindukan ayah, itu juga ayah aku. Ketika aku meningkat umur 15 tahun tamat PMR aku mula mengatur langkah untuk mencari ayah. Zaman tu hp mula canggih. Aku meminta pertolongan dari rakan fb dan lain – lain.

Alhamdulillah.. aku dapat no telefon ayah. Ya Allah rindunya aku bila dapat mendengar suara ayah. Aku memujuknya untuk pulang tetapi dia dah tua, tak mampu berjalan jauh. Aku pula bernekad nak pergi rumah ayah aku sendiri.

Ayah tinggal bersama ibu tiri dan anak – anaknya di sana. Buat pertama kalinya aku tipu mak. Aku kata aku ada camping padahal aku balik ke selatan tanah air. Aku cari alamat yang diberikan. Berbekalkan duit belanja mak aku bagi, aku naik bas ke sana.

Setiba di stesen bas, ayah aku dah tunggu bersama ibu tiri dan anak – anaknya. Semuanya lelaki. Aku peIuk ayah, aku menangis semahunya. Ayah pon sama. Sebak sekali pertemuan tu. Ibu tiri aku pon menangis sama.

Masyaallah baik sungguh hati ibu tiri aku. MemeIuk aku seperti anak sendiri. Aku dilayan bagai anak sendiri di rumah mereka. Tiada istilah benci membenci. Walau aku anak dari seorang wanita yang pernah mer4mpas suaminya dulu, tetapi dia layan aku cukup baik.

Makan pakai aku dijaga di sana. Seminggu aku di sana, akhirnya ayah menghantar aku pulang. Terasa berat langkah kaki aku untuk meninggaIkan ayah. Aku cakap kat ayah, “Ayah tunggu Adam dah kerja yah. Adam nak hantar ayah pergi Haji pulak. ”

Ayah hanye ketawa kecil. Allahu indahnya suara ayah ketawa waktu tu. Beberapa bulan selepas aku balik dari jumpa ayah, aku sering mesej ayah. Tanya khabar dan tanya khabar ibu tiri aku. Ibu tiri aku pula rajin call tanya khabar aku dan mak.

Aku jawab baik – baik sahaja. Sejujurnya aku sangat sayang pada Ayah dan aku berjanji akan belajar bersungguh – sungguh untuk membanggakan ayah. Dalam masa sama aku bekerja part time car wash untuk perbelanjaan aku dan untuk aku kumpulkan buat ayah.

Aku nekad nak hantar ayah mengerjakan haji denagn hasil titik peluh aku sendiri. Dipendekkan cerita, beberapa tahun kemudian, aku ingat lagi seminggu sebelum puasa aku dik3jutkan dengan berita yang ayah aku terlibat dalam kemaIangan jalan raya bersama ibu tiri aku dan anak – anaknya.

Mereka satu keluarga meninggaI dunia. Saat mak aku khabarkan berita tu, aku hampir terduduk, hampir pengsan. Allahu. Sedihnya rasa hati aku waktu tu. Buat kali terakhir aku dan mak menziarahi arw4h ayah sebelum dikebvmikan.

Teresak – esak aku menangis menahan sebak. Aku tak sangka begitu cepat Allah ambil ayah aku. Aku belum puas bermanja dan berbakti padanya Ya Allah. Balik dari pengebvmian, aku berkurung. Aku tak terurus. Mak ajak makan, aku cuma cakap yang aku tak lapar.

Mak ajak keluar aku tak nak. Aku asyik menggengam wang yang aku dah kumpulkan selama ni. Aku bercerita pada Allah. “Allah.. ini duit buat ayahku pergi haji ya Allah. Sekarang dia tak ada, apa harus aku buat ya Allah.”

Tiba – tiba seakan ada satu bisikan lintas di hati aku dan berkata.“Berbaktilah pada ibumu yang masih ada.” Aku bingkas bangun, mandi, solat dan jumpa mak depan – depan. Aku minta maaf sebab abaikan mak aku untuk sekian masa yang lama.

Aku serahkan duit tu pada mak. Aku cakap mak ambil duit ni. Adam kumpul nak bagi pada arw4h ayah. Tapi Adam lupa mak masih ada dengan Adam. Malam tu kami menangis teresak – esak. Mak aku tak nak duit tu. Mak aku cakap kita masukkan sahaja dalam tabung masjid.

Alhamdulillah, esoknya kami sedekahkan pada pihak masjid atas nama arw4h ayah. Sekarang aku dah cukup dewasa. Aku dah ada kerja tetap dan dalam masa sama aku sambung belajar di sekolah pondok untuk hujung minggu sahaja.

Aku mendalami ilmu agama dengan sesungguhnya.. Aku ingin berjumpa dengan ayah aku di syurga. Kerana rindu yang bertahun ini sesaat pun sudah terasa sedih. Al fatihah.

Komen Warganet :

Siti Rahimi : Jaga dirimu baik – baik. Taat pada perintah Allah. Sayangi ibu mu semasa hayatnya jangan lupa mendoakan arw4h bapa ibu tiri adik beradik tiri yang telah tiada semoga roh mereka dihimpunkan bersama golongan para solehin. Sekira kamu berumah tangga nanti jadikanlah apa yang terjadi dalam kehidupan kamu sebagai satu iktibar.

Nur Umairah : Semoga menjadi anak yang soleh dan terus berbakti pada ibu mu. Apa pun kesalahan orang tua mu, itu antara dia dan Allah. Kita teruskan saje tanggungjawab kita sebagai anak. InsyaAllah bahagia dunia akhir4t.. Amiinn

Maimun MadSapleh : TQ TT. Seronok baca. Kenangan manis bersama ayah membentuk jati diri kau hari ni. Tahniah buat orang tuamu. Alfatihah buat arw4h bapamu. Semoga adik menjadi anak yang soleh berbakti kepada ibu dan ayah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.