
Aku masih ingat lagi tika ayah aku turun dari trak polis sambil tangan bergari dan muka yang Iebam. Cermin mata dia senget. H1naan demi h1naan, akhirnya mak Mak juga depr3ssi dan mula membiar kami adik beradik, aku dah ready nak lari dari rumah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, biarlah aku perkenalkan diri aku A. Aku ingin berkongsi cerita bagaimana aku dibesarkan oleh seorang bapa yang kebanyakan masa mudanya di sebalik geriji besi dan seorang ibu yang hidup dalam depr3ssi juga.
Dari kecil aku selalu merasa d3rita ya amat. Seakan tiada penghujung. Ke kiri dan kanan, pejam dan tutup mata hanyalah air mata. Ayah aku walaupun tidak sempurna, aku tahu dia cuba menyempurnakan. BergeIut ayah aku dengan sifat jvdinya, masa silamnya dan pelbagai.
Aku cuba memahami ayah aku dalam keadaan dia meletak kami sekeluarga sangat mend3rita. Aku masih tidak mampu memahami. Aku menjerit marah kerana ayah aku tidak pernah sempurna. Aku harapkan ayah aku dapat mengajar aku solat, yang hampa.
Aku harapkan ayah aku berada di sisi aku setiap kali aku naik pentas utama mendapat anugerah, yang hampa. Aku harap ayah aku dapat membahagiakan ibu aku, yang tetap aku hampa. Sebab ayah aku bukan insan sempurna. Hidup dia terumbang ambing.
Jika tidak penuh judi, hutang ah long, kerja b0doh – seb0dohnya. Maka ayah aku berada di dalam penjara. Ada satu tika memori hitam seakan bermain, aku ingat apabila ayah aku di penjara selama setahun. Aku ingat lagi mendengar suara ayah aku melalui telephone yang berbau di penjara.
Entah berapa ramai manusia mengunakan telefon itu untuk mendengar rintihan antara satu sama lain di sebalik cermin dan geriji besi itu. Aku masih ingat lagi tika ayah aku turun dari trak polis sambil tangan bergari dan muka yang Iebam.
Cermin mata dia senget. Aku ingat lagi bebelan dan omelan polis tentang jen4yah ayah aku. Apatah lagi h1naaan ahli keluarga dan masyarakat terhadap kami sekeluarga. Adakala waktu datang, aku rasa mahu sahaja bunvh diri. Mahu sahaja lari ke jalan yang sibuk biar tubuh melayang dan nyawa menghilang.
Tetapi aku tak mampu sebab aku kasihkan Mak aku sangat. Aku tahu Mak sangat mend3rita.. h1naan demi h1naan dia perolehi.. bukan aku ingin menambah d3rita dia lagi? Asalnya Mak aku seorang yang lembut. Aku kira dalam memori kecil aku ibu aku adalah penyayang.
Aku tahu membesarkan aku dan adik tika sosok suami tiada bukanlah mudah. Akhirnya Mak juga depr3ssi dan mula membiar kami adik beradik. Ada tika lama masanya, Mak jadi perengus. PukuIan demi pukuIan, hentakan demi hentakan.
Walaupun hal kecil, Mak pasti marah laju. Masa itu aku tekad hendak larikan diri. Sehingga itu berlaku tetapi Mak cari balik membuatkan aku tewas dan kembali. Sejujurnya, Mak kan… bukan aku hendak buat dia d3rita lagi? Tidak cukupkan beban rumah tangga ner4ka itu?
Keadaan m4kin meruncing apabila adik beradik masuk campur, menolongnya kurang. Kerana kami ini orangnya h1na – h1naan, maka syurga tidak layak diingini kami. Berapa puluh ayat h1naan, yang aku mungkin jadi peIacur, adik lelaki aku mungkin jadi kaki jvdi juga dan sebagainya.
Tetapi Allah swt itu Maha Besar. Sesungguh dia tidak akan membebani h4mbanya. Tidak akan diuji dengan sesuatu yang h4mbanya tidak mampu. Aku berdamai dengan takdir itu. Aku genggam pada umur aku 15 tahun dan aku berjanji akan mengubah nasib keluarga.
Sungguh hanya Allah swt yang tahu aku bukan budak pandai. Aku hanyalah budak berusaha. Dari usaha aku itu aku keluarkan diri belajar ke luar negara sehingga menyambung kursus kejuruteraan. Demi Allah swt aku pun tak tahu bagaimana dapat habis belajar di luar negara, dalam keadaan kewangan yang susah.
Alhamdulilah tajaan cukup seadanya.. Emak mungkin insan yang paling gembira. Sebab kami adik beradik tak jadi macam Ayah. Lebih baik dari Ayah. Adik aku ada perniagaan makan. Bagusla sekurangnya, dia tidak terjer4t di balik kehidupan hitam itu.
Terima kasih kepada Mak yang bersungguh mempert4hankan adik lelaki aku dari ikut jejak Ayah. Dari awal, Mak aku tutup pintu itu. Adik aku agak bertuah sedikit sebab dia jarang dibawa ke sana sini semasa proses ayah aku dibicarakan.
Sebab Mak aku kata, cukuplah pengalaman ngeri itu. Biar Mak mend3rita di balai seorang – seorang menghadap polis dan juga mahkamah. Tetapi Mak kalau boleh hendak ‘har4mkan’ kami ini menapak ke sana. Harini, aku sendiri sudah berkeluarga.. percayalah aku rasa kalau lah aku duduk di tempat Mak masa itu.. phewwwwwww.. i is surrender!
Hari ni, walaupun aku berkerjaya, ada anak comel, gaji cukup, simpanan bolehla, masih aku rasa aku ini Mak Asian. Yang kalau jerit habis halilintar rumah juga. Maksudnya aku sepatutnya lebih bersabarlakan? Tapi kalau dah nama kata ibu ini.
Baru harini aku faham tugas dan jiwa Mak. Bukan mudah untuk bergelar wanita. Kita terj3rut dengan rasa dalam itu, tetapi kita mengumpul kekuatan dari luar. Mungkin mata anak, mungkin kenangan lalu. Hanya Allah swt tahu bagaimana wanita itu dapat kekuatan.
Sehingga ada pepatah mengatakan tangan yang mengh4yun buai, boleh mengg0ncang dunia. Dari tubuh kita, lahirnya satu jasad lain. Apabila wanita itu melahirkan anak, seakan patah semua tuIang badannya, s4kit yang lelaki tidak mampu menanggung.
Tetapi apabila anak itu keluar, dan tangisan bergema. Lalu ibu memeIuk anak dan masih tersenyum. Itulah hebat wanita. Aku pilih berdamai dengan siapa aku yang dulu, siapa ayah aku, siapa ibu aku, dan apa masa silam aku. Mungkin yang mendorong aku tidak mahu menjadi budak nakaI apatah lagi jahat.
Dan mungkin kerana Allah swt yang mendengar doa dan rintihan Mak aku setiap malam. Mak selalu berdoa agar kami ada kehidupan lebih baik dari nya. Aku maafkan ayah aku. Kerana apabila aku kahwin aku juga sedar, ayah aku ada kurangnya tetapi ada lebihnya.
Saat semua tenang, ayah aku adalah paling penyayang dan paling jujur. Meja kami akan dipenuhi makanan dan kasih sayang. Ayah aku bukan jahat, dia cuma orang yang membuat keputvsan / tindakan b0doh kerana tamak hal0ba dan sifat manusia yang dhoif itu apatah lagi berkawan dengan orang yang salah.
Dan namanya manusia, kita tiada yang sempurna. Kita hanya boleh dan bertekad memperbaiki diri sendiri. Siapapun mak ayah kita, kehidupan yang lalu.. Waluapun ses4kit mana.. hanya kita yang mampu mencorak warna dan lukisan kehidupan kita yang akan datang.
Apa yang kita mahu apabila mata terpejam rapi menghadap yang Esa. Sama ada terus menyalahkan takdir semalam, atau terusan mencari redhaNya di ufuk sana. Aku berharap kita semua menjumpai ketenangan itu. Tidak kira bila masa pun. Aku berharap kita akan tetap rasa bahagia tanpa pengharapan kepada dunia.
Tika minum teh seorang diri, ataupun ketika makan malam bersama keluarga, ataupun tika berdiri di atas pentas mendapat anugerah.. moga kita tetap dalam redhaNya.. Al-Fatihah untuk arwah Mak.. Kak sayang Mak.. – Mimosa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ezd Airaniez : Alhamdulillah. Tahniah kepada puan kerana berjaya keluar daripada kepompong asal. Saya tertarik dengan ayat – bukan budak pandai, tapi budak usaha. Antara asbab kejayaan puan adalah disebabkan ‘kecekalan’ puan berusaha itulah. Moga Allah swt terus permudahkan hidup puan selepas ini. Aamiin
Habibah Abas Bibah : Kadang – kadang kita belajar dari kegagalan ibu dan ayah untuk membentuk keluarga dan mengubah takdir yang sama, syabas diucapkan buat ibumu dan biarlah sejarah ayahmu berakhir di situ, ubah nasib dan cerita keluarga mu, biarlah orang yang mengh1na, ternganga melihat kejayaan kamu.
Farah Eydayu Zainudi : Nasihat yang sangat bermakna. Tq confessor.. Kepada yang senasib dengan si penulis, kami tau perkataan sabar tu senang diungkap dimulut tapi perit untuk dilakukan. Kami harap anda tabah seperti penulis. Berjaya seperti penulis. Jangan jadikan titik hitam dalam hidup sebagai penutup kepada kehidupan itu.
Zam Zarina : Hebatnya kisah hidup awak. Hebatnya arw4h mak awak. Tahniah!!! Suka ayat awak. Saya pun bukan budak bijak. Usaha pun amatlah sedikit. Tapi lebih kepada kasih sayang Allah yang bagi apa yang saya ada sekarang.
Dila Yusoff : Penulis menulis dalam keadaan rindu yang sarat pada arw4h emak, dalam kenangan yang tak pernah padam, baca tulisan ni, seolah – olah penulis membawa kita juga berada dalam kenangan dia. Tahniah di atas penulisan yang penuh makna, semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.