Ayah ckp ibu s4kit str0k sebab ‘tulah’ dengan dia. Langsung tak tolong ibu, sampai sekali aku sound ayah kaw kaw

Normal la kan ibu ayah pukuI masa kecik. Setakat h4nger, hos getah r0tan tu dah biasa. Tapi satu hukvman yang aku tak akan lupa dan tak rasa orang lain pernah kena. Kucing aku ber4k atas tilam. Ayah aku lumur naj1s kucing tu dekat muka aku dan kakak dah macam dekat spa…

#Foto sekadar hiasan. Salam, pembaca semua. Aku Orochimaru. Ni kali pertama aku hantar confession kat sini, selalu baca saja confession orang. Confession aku ni mengisahkan tentang ayah aku. Aku tergerak hati nak cerita kat sini sebab nak minta pendapat pembaca semua.

Keluarga aku terdiri daripada ayah, ibu, kakak, adik perempuan dan aku sendiri. Sekarang kakak dah tak tinggal serumah dengan kitorang selepas berkahwin. Ibu aku staf kerajaan dan ayah aku pula bekerja sendiri.

Nak dijadikan cerita, pekerjaan ayah aku ni sangatlah terkesan dek c0v11d19 jadi pendapatan memang kurang. Ayah aku masih ada uruskan rumah sewa tapi pendapatannya pun biasa – biasa saja. Jadinya perbelanjaan rumah sepenuhnya ditanggung oleh mak aku.

Kadang – kadang aku tolong jugak walaupun tak banyak. Maklumlah gaji fresh grad, sekarang pun tengah kontrak. Kalau aku cerita sampai sini, mesti persepsi pembaca macam ni, “oh, ibu dia tampung perbelanjaan rumah sepenuhnya sebab ayah dia tak ada kerja”.

Hakik4tnya, dari dulu lagi memang ibu aku yang keluarkan duit perbelanjaan rumah semua. Barang – barang dapur, keperluan rumah, keperluan sekolah kami adik beradik dan bil – bil semua. Aku cuba ingat kalau – kalau ayah aku ada keluarkan duit belanja, tapi aku memang tak ingat.

Kalau ada pun macam beli satu dua barang kat kedai macam bateri remote. Belanja makan kat luar jarang sekali, tapi kalau belanja kawan – kawan dialah pemenang. Macam yang jadi baru – baru ni, ibu aku bagi 50 ringgit minta belikan nasi goreng ayam satu.

Pastu dah beli duit baki takde. Rupanya dia pakai belanja kawan – kawan dia kat kedai mamak tu. Katanya dia rasa bersalah sebab masa tu ramai pulak kawan dia tegur kat mamak tu dan nampak dia pegang RM50. Eh dah kenapa?

Kalau kawan kita nampak kita pegang duit memang kita kena belanja ke? Kalau duit sendiri takpe jugak ni duit bini. Lepas tu, ayah aku ni aku rasa dah terbiasa dari dulu tak bagi duit belanja kat bini. Aku pernah tanya ibu aku bila kali terakhir ayah aku bagi dia duit belanja.

Ibu aku kata dia tak ingat dah yang penting masa tu kitorang adik beradik masih kecik, adalah dia bagi ibu aku RM50. Sampai sekarang, kalau kitorang belanja barang makan semua, dia tak turun pun dari kereta. Siap belanja, aku dengan adik aku laa yang angkat barang – barang berat, beras semua bawak ke kereta.

Ibu aku tak boleh sebab ibu aku baru saja kena str0k awal tahun lepas. Nasib baik dengan izin Allah ibu aku sembuh daripada tak boleh berdiri sendiri, jadi boleh berjalan pakai tongkat dan sekarang dah boleh berjalan sendiri.

Cuma masih kena jaga dan pimpin tangan dia, takut jatuh. Cakap pasal ibu aku str0k ni, aku memang sedih dan menyirap betul dengan ayah aku. Masa awal – awal ibu aku str0k, ibu aku dimasukkan ke wad selama seminggu.

Aku ingat lagi kakak aku dengan adik aku nangis giIa – giIa masa tu. Kakak aku yang jumpa doktor masa tu, doktor kata ni str0k pertama, kalau next time kena lagi memang boleh membah4yakan nyawa ibu aku. Aku tengok dan dengar saja (dari telefon dengan kakak aku) masa adik dengan kakak aku nangis sambil pujuk diorang.

Aku pun sedih jugak tapi aku tahan sebab dah dua – dua nangis takkan aku nak meraung jugak kat situ. Aku nangis pun masa aku tengah sendiri dan aku call ibu aku kat hospitaI. Lepas keluar wad, ibu aku balik rumah dan kami jaga.

Ibu aku dah makan atas katil dah, tak macam dulu makan sama – sama kat meja. Sedih giIa bila ingat. Lepas tu nak pergi tandas, aku dengan adik aku papah. Kitorang kan perempuan, jadi memang kitorang tak kuat sangat papah.

Pernah ibu aku terjatuh masa aku papah nak ke tandas sampai terber4k ibu aku depan tandas tu. Masa ni serius aku tak kuat, pinggang dan belakang aku s4kit giIa. Bayangkan lah aku angkat mak aku hari – hari yang masa tu berat 60++kg dan berat badan dia sepenuhnya dekat aku.

Aku selalu nangis sendiri masa ni, sebab masa mak aku s4kit ni aku dalam tempoh final exam 4th year sem 1 (pdpr). Rasa macam Ya Allah dugaan sangat. Bila baca ni macam baca kisah orang yang tak ada ayah pulak kan. Kat mana ayah aku masa ibu aku s4kit ni?

Dia buat hal sendiri guys, dia tak ada ambik kisah nak tolong angkat ibu aku ke, pakaikan baju ke, basuh k3ncing ber4k ibu aku ke, tolong masak lagiIah tak. Sampailah aku g4duh dengan ayah aku baru dia sedar diri dan mula membantu.

Aku ingat lagi aku cakap apa masa g4duh tu, “Ayah jangan meIampau, ayah ingat ayah sihat selama – lamanya? Kalau ayah yang s4kit, mesti ibu jaga ayah baik – baik”. Oh tak, aku tak rasa bersalah pun cakap a.k.a jerit macam tu kat ayah aku.

Sebab masa tu aku sangat – sangat laa geram sebab ayah aku kata mak aku s4kit sebab ketulahan dengan dia. Mesti semua tahu kan ‘tulah’. Serius masa dia cakap camtu aku macam omoo omoo wenyeol (ni ayat kat kdrama sama maksud mcm what the heII).

Maksud ayah aku ni, ibu aku dapat baIasan s4kit sebab ibu aku dah lama tak layan dia. Faham kan? Maksudnya tak layan dalam bilik tidur. Diorang dah lama tidur kat bilik lain – lain. Ibu aku tidur dengan aku dan adik aku.

Yalah, mak aku sebelum str0k ni memang dah s4kit. 3 kali sehari cucuk insulin, tak termasuk sebelum tidur malam. Aku pernah cerita benda ni dengan sorang kawan baik aku sebab aku pelik, dan respon dia “Weh, mak bapak aku pun camtu gak (tidur asing – asing). Tapi aku tengok chill saja”.

Kadang – kadang ibu aku cerita kat aku pasal ayah aku sindir ibu aku sebab dah lama tak mendapat. Aku dah cakap banyak kali dengan ibu aku tolong jangan cerita benda macam ni kat aku, sebab aku geli dan kadang – kadang rasa takut dengan ayah aku.

Tapi tulah takkan ibu aku nak cerita dekat orang lain. Lagi satu, ayah aku ni orangnya memang jenis sampai hati. Banyak benda yang ayah aku cakap lepas walaupun dengan anak – anak sendiri yang buat kami sangat – sangat kecil hati.

Kalau aku cerita pun mesti pembaca fikir, “Serius lah ayah dia ni”. Jadi aku tak cerita lah yaa. Oh aku ingat lagi masa kecik dulu, normal lah kan ayah ibu pukuI kita. Pakai h4nger, hos getah, r0tan dan macam – macam la. Tapi satu hukvman yang aku masih tak boleh lupa dan terima adalah.. jeng jeng jeng.

Kitorang pelihara kucing, lepas tu adalah satu hari tu aku dengan kakak aku bagi masuk kucing tu dalam bilik. Ayah aku memang selalu marah sebab katanya kaki kucing tu kotor. Manalah kitorang tahu si kucing tu s4kit perut pulak lepas tu ber4k atas tilam.

Ngam – ngam ayah aku balik rumah, tahu apa dia buat? Dia ambik t4hi kucing tu dan lap kat muka aku dan kakak aku. Warning: sapa tengah makan berhenti makan jap. T4hi kucing tu banyak dan cair ok, dia lumur penuh kat muka kitorang macam beautician letak clay mask kat muka kita dekat spa.

Aku tak tahu lah ada ke tak orang yang berpengalaman kena lumur t4hi kat muka oleh ayah sendiri. Kalau ada kita geng. Oh okay teringat lagi satu cerita. Ni jadi masa kitorang masih kecik jugak. Ibu – ibu bapa – bapa, jangan ingat anak – anak tak ingat yaa apa yang berlaku masa mereka kecil.

Benda ni jadi masa makcik beIah ayah aku kahwin. Kitorang tak dijemput, sebabnya ibu aku ni isteri kedua ayah. Jadi keluarga ayah memang tak suka ibu aku termasuk kami. Bab ni kalau aku cerita memang panjang betul ni.

Tapi sekarang fokus ayah aku saja, pasal isteri no 1, anak – anak isteri no 1 dan keluarga ayah aku, sila abaikan. Masa ayah aku balik dari kenduri kahwin tu, ayah aku ada bawak pulang banyak tapau putih tu. Mak aku tak ada masa ni, kerja rasanya.

Ada aku, kakak aku dan bibik yang jaga kitorang (adik belum ada masa ni). Aku dengan kakak aku pun excited nampak tapau tu, nak makan lauk kenduri. Ayah aku pun dengan bangga bukak tapau – tapau tu, “nah ni bagi kucing – kucing yaa”.

Bila tengok isi.. embekk.. ek.. ek.. ek.. ek. Ayah aku bawa sisa – sisa makanan rupanya untuk bagi kucing. Berbalik ke masa sekarang, cerita pasal ayah aku tak bagi nafkah kat ibu aku. Disebabkan kitorang dah fed up, kitorang dah jarang masak kalau ayah aku balik rumah.

Kalau ada makanan macam biskut, coklat, buah semua tu kitorang sorok. Sebab ayah aku memang tak ingat anak – anak kalau makan. Dah la tak beli, kalau ada dia nak habiskan terus. Pernah ibu aku beli anggur, pastu kitorang makan lepas tinggalkan dia anggur tu.

Hampir separuh jugak laa. Lepas tu, dia turun bawah dari beradu, dia nampak kitorang makan dah nak habis. Ibu aku bagi laa dia anggur yang kitorang simpankan tu. Dia kata “Ni saja tinggal?”. Emm helo helo, dah laa tak beli pape, kena tinggal makanan pun tak bersyukur.

Kalau ayah aku balik rumah kan, dengan tangan kosong dia bertanya, “Ada apa – apa yang boleh dimakan?” Nak saja aku jawab “Ada apa – apa makanan yang ayah bawak balik?” Dahlaa kalau nak makan semua benda kena hidang depan mata dia.

Pergi dapur, tapi nak minum air coway tu pun suruh orang ambikkan. Aku memang menyampah dengan lelaki yang harap perempuan sediakan semua keperluan dia ni, kalau dia yang keluar duit belanja takpe jugak. Ni sabun basuh baju dia, makanan dia semua ibu aku jugak.

Makanan burung – burung merpati yang dia selalu bagi makan pun kadang – kadang minta duit ibu aku. Sekarang sejak kes c0v11d ni dah tak teruk sangat macam dulu, ayah aku dah mula kerja balik. Tapi sama saja macam dulu, kah!

Aku rasa duit dia, dia pakai untuk isi minyak kereta dia (yang selalunya ibu aku bagi duit), makan kat restoran lepak ngan member dia, tu saja lah kot. Hari tu kawan ayah aku call and dia bagi loud speaker. Kawan dia ajak nak belanja dia makan kat restoran, dan suruh dia bawak isteri dan anak – anak sekali.

Lepas tu ayah aku chow tak cakap apa pun. Jadi kitorang assume dia bawak isteri no 1 dia lah tu. Kejadian ni laa yang menjadi tr1gger aku untuk tak masakkan dia (aku tukang masak utama kat rumah). Buang masa baik aku main moba.

Kalau masak pun, masak telur saja kalau dia balik rumah. Masa dia takde baru masak special sikit haha. Rasanya dah panjang aku cerita, jadi aku nak tanya patut kah kitorang buat camtu kat ayah aku? Maksud aku, okay ke kalau kitorang tak berapa nak sedia makan dia macam dulu? Atau adakah itu keterlaluan?

Lagi satu nak minta tolong pembaca doakan aku supaya cepat dapat tawaran kerja tetap kat daerah kami tinggal jugak. Baru saja pergi interview haritu. Aku nak tolong kurangkan beban ibu aku dan jaga ibu dengan adik aku baik – baik. Terima kasih semua. Yang benar, – Orochimaru (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Ada dua tiga perkara yang makcik muskil nih.

1. Emak isteri ke dua. Maksudnya ayah tak mampu poIigami tapi poIigami juga la yer ? Atau dulu mampu, lepas tu tak mampu ?

2. Dua dua isteri dan anak – anak terani4ya. Hmmm.. kenapa bertahan ? Nak kata sebab sayang, tak nampak kasih sayang kat situ. Sekatil pun tidak, jadi kenapa tak minta dilepaskan? Susah? Keluarkanlah bukti – bukti.

Anak kena jadi kekuatan buat mak, jika mak was – was untuk bertindak. Mungkin isteri pertama ingat, isteri kedua dapat keistimewaan, padahal, isteri kedua yang banyak menyumbang. Doa orang terani4ya ni senang makbul, doalah yer selalu.

Doakan kebaikan untuk diri sendiri lebih baik daripada doakan keburukan untuk orang lain. Jangan bazir doa doa tu yer. Semoga bahagia dan berjaya dapat kerja.

Azie Azem : Siannya baca, nape tak ajak mak pegi pejabat agama aje berpisah dengan ayah??? Nanti mak meninggaI, ayah ko enjoy pulak dengan duit gratuiti dan pencen mak. Lelaki macam tu perlu diajar, apa guna tinggal sebumbung kalau s4kit hati.

Tah – tah ayah ko lah penyumbang mak kena str0k sebab makan hati. Akak doakan awak cepat dapat kerja dan dapat bawak mak pindah. Biar bapak ko mereput sorang kat rumah, korang anak beranak dah bolehlah mula jangan masak dan bagi duit kat dia. Biar kawan – kawan dia tolong bagi dia makan.

Nooril Liyana : Syabas dik. Harapnya dapat keje awak pergi intebiu tu. Tu nama dia jantan tagune. Taw tabur benih merata, tapi tak reti nak buat apa. Orang camni ptaot katok buang ja. Buat semak hidup orang ja. Sejenis mementingkan diri sendirik. Pape pun sebab dia bapak awak, doa – doa la kot – kot nanti 1 hari dia berubah, tapi kalau masih sama, rasanya korang tinggalkan ajela dia tu, memang takde guna.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.