Ayah beria minta maaf dekat aku, aku baIas aku menyesal lahir sebagai anak dia

Ayah didik aku dengan kekerasan, aku anak tunggal, mak pun dah meninggaI. Aku saja je buat perkara bagi ayah marah sampai dia tunangkan aku dengan orang yang aku tak kenal. Aku nekad pecahkan cermin kereta dia dan lari dari rumah. Tapi aku tak sempat nak cakap dekat ayah..

#Foto sekadar hiasan. Pertama sekali terima kasih siarkan kisah aku. Aku sebenarnya tak tahu nak berkongsi cerita aku ni dengan siapa, em0si aku. Umur aku  baru 21 tahun dan aku selalu baca luahan – luahan dekat sini. Tadi aku ada baca confess pasal ayah dan aku terpanggil untuk share pasal aku.

Untuk pengetahuan pembaca, ayah aku baru je meninggaI dunia, 3 hari lepas sebab eksiden tapi doktor sahkan arw4h meninggaI sebab s4kit jantung. Aku dilahirkan dalam keluarga yang berada, berpangkat dan ada status.

Aku merupakan anak tunggal dan dibesarkan dengan begitu tegas. Ramai yang cakap, ‘wahh untung laa jadi anak tunggal, confirm anak manja, confirm nak ape pun dapat.’ Aku kadang – kadang tergelak dengan pemikiran kawan – kawan aku sebab hakik4tnya aku sama je macam orang lain.

Ayah aku tak pernah lambakkan duit ringgit dia untuk aku. Malah masa aku sekolah rendah dulu, aku bawak bekal macam orang lain. Duit yang ayah bagi dia suruh masuk tabung. Kadang – kadang ayah pesan kalau ada kawan – kawan yang susah share ape yang aku ada dengan kawan.

Bila masuk tingkatan 1, aku dapat masuk asrama penuh dan aku berubah. Aku yang hidup penuh sopan dan protokol, jadi nakal. Aku jadi sombong dan mula pilih kawan. Pendek kata kena k3jutan budaya kot. Aku pernah kena g4ntung sekolah sebab g4duh dengan kawan dan akhirnya aku kena tend4ng dari sekolah tu sebab asyik g4duh dengan budak yang sama.

Bermula dari hari tu, ayah aku didik aku dengan kekerasan dan aku mula meIawan. Mula – mula sekali aku kena t4mpar dengan padunya, rasa macam tak percaya aku kena t4mpar dengan  ayah aku sendiri. Kehidupan aku disekat, aku tak boleh keluar jumpa kawan – kawan, tak boleh guna gadjet dan nak tengok tv pun tak boleh.

Ayah suruh aku belajar 24/7. Bayangkan nak beli barang pun ada bodyguard yang escort aku. Satu hari ayah belikan aku PS, mungkin dia kesian tengok aku str3ss kat umah dah macam kera dalam zoo. Aku boleh hadap main game siang malam, kadang – kadang sampai tak makan.

Akhirnya ayah aku ambik PS tu dan bagi aku hammer dan suruh aku h4ncurkan sendiri. Masa tu aku rasa nak pecahkan muka ayah aku dengan hammer tu. Handphone dengan laptop jangan cakap laa, h4ncur kena hempas dari tingkat atas.

Aku gigih belajar sebab aku nak skor untuk SPM, aku nak result cantik dan aku boleh keluar dari rumah tu. Dan bila result SPM aku dapat 1 jer B yang lain semua A. Tapi korang nak tahu, disebabkan 1B tu aku kena Iempang dengan ayah aku dan dia ceramah dari malam sampai pukuI 3 pagi.

Masa tu aku dah mula benci ayah aku, aku rasa benci sangat dengan dia. Aku nekad nak keluar dari rumah tu. Aku dapat masuk matriks dan aku dah mula pandai bercinta. Biasalah baru pertama kali bercinta, jadi macam teruja laa sikit bila ada orang sayang kat kita.

Aku ke hulu ke hilir dengan bf aku sampai laa aku habis matriks dan masuk Universiti dekat dengan rumah. Bila dah masuk U ayah belikan aku kereta, memang selalu laa aku hilang dari rumah. Bila ayah tanya, aku cakap jumpa kawan, nak bincang hal study dan ayah percayakan aku 100%.

Sampai laa 1 malam, aku keluar umah senyap – senyap dan aku eksiden dengan kawan aku. Polis call ayah aku dan mula dari hari tu ayah aku dah tak percayakan aku lagi. Aku kena b4ntai macam aku buat jenayah berat dan ayah hantar aku pergi luar negara.

Aku rasa nak bunvh jer ayah aku sebab aku rasa aku tak boleh nak hidup dalam keadaan s4kit dan terk0ngkong. Tapi aku tak lama pun aku kat sana sebab ada hal – hal yang teruk jadi kat sana dan aku balik malaysia. Aku selalu meIawan ayah aku, tali pinggang dan tapak tangan dia tu makanan aku hari – hari.

Bila dah selalu kena b4ntai, dah tak rasa apa – apa dah. Aku rasa mcm seronok c4bar ayah aku, macam – macam jadi pada aku dan kebanyakannya berpunca dari salah faham antara aku dan ayah aku. Bab duit jangan cakap laa, semua perbelanjaan aku disekat.

Bila aku minta duit, memang tak akan dapat tapi alhamdulillah aku jenis tak ikut trend. Aku pakai ape yang aku ada seadanya. Minggu lepas dia tunangkan aku dengan orang yang aku tak kenal, aku marah sangat dan aku meng4muk.

Aku pecahkan cermin kereta kesayangan ayah aku, mulut aku tak lepas – lepas cakap ‘aku benci ayah!’ Kemudian aku lari dari rumah, ayah aku pujuk aku suruh balik. Bila dia call, aku tak angkat. Ayah beria – ria mintak maaf dengan aku.

3 hari lepas tu baru aku reply dan aku cakap aku benci dia. Aku menyesal lahir dari benih dia. Ayah cuma jawab dia tau ape yang terbaik untuk aku. Aku buat keputvsan nak balik rumah nenek aku. Ayah aku dari KL nak pergi rumah nenek untuk jumpa aku dan masa tu dia kemaIangan.

Sebelum kemaIangan tu aku ada call dia tapi dia tak jawab, dia cuma whatsapp aku. Dia bagitau yang dia dah dekat nak sampai. Ayah masuk ICU selama 2 hari dan meninggaI dunia lepas tu. Sekarang dah tiada sesiapa yang boleh control aku dan dah takde siapa nak marah aku lagi.

Ayah tinggalkan aku macam tu je, sekelip mata tanpa aku sempat mintak ampun dengan dia. Aku tak tahu macam mana nak mulakan hidup. Bila ayah aku dah takde, baru aku sedar betapa dia berharga dalam hidup aku tapi aku sia – siakan dia.

Aku selalu anggap dia k3jam dan maaf kalau aku kongsikan dekat sini, bila lawyer dah baca wasi4t ayah aku rasa macam kena sambar petir. Setiap sen aset ayah semuanya jadi milik aku. Sekarang aku betul – betul tak tahu macam mana nak teruskan hidup aku dengan amanah yang sangat besar.

Kawan – kawan sebaya aku semuanya tengah belajar lagi dan aku pula dah kena pikul benda ni. Dulu lepas arw4h mak aku meninggaI, aku pernah menangis sebab tak reti bancuh milo untuk minum sendiri. Kalau benda mudah pun aku tak boleh nak handle, inikan plak aku nak handle benda besar.

Serius aku buntu, tak tahu nak start dari mana. Kalau boleh aku nak undurkan masa dan aku tak nak ayah aku meninggaI. Aku nak dia ada dengan aku sampai aku bersedia untuk pikul tanggungjawab. Tapi betol kata orang, kita akan hargai sesuatu bila benda tu hilang dari kita.

Aku rindu ayah aku sangat – sangat. Aku rindu setiap bebelan dan cara dia didik aku tapi semua tu dah terlambat. Andai aku diberi peluang kedua, aku cuma nak mintak ampun jer dari dia. Korang hargai laa parents korang, jangan jadi macam aku. Wassalam. – Cik Monyet…

Komen Warganet :

Fatimah Din : Sabar ye cik. Walaupun ayah cik dah meninggaI tapi cik beh doa biar ayah cik tenang di alam barzakh, kubvr cerah, tak sempit dan doa semoga jadikan kubvr ayah cik salah satu daripada taman – taman syurga.

Cik bertaubat, kembali pada Allah selalu minta ampun pada Allah atas kesilapan cik pada ayah cik. Mohon supaya cik tak tergolong dalan kalangan anak yang derh4ka. Berdasarkan penceritaan cik, saya rasa ayah cik sayanggkan cik sebab dia amanahkan sesuatu pada cik walaupun sebelum ni cik kecewakan dia.

Gunalah harta ayah cik ke arah kebaikan seperti waqafkan, sedekah pondok, masjid, asnaf, anak yatim, sekolah yang serba kekurangan, taja program yang mendatangkan manfaat seperti keagamaan, kem anak – anak soleh ke dan sebagainya.

Janji yang boleh datangkan kebaikan pada cik, ayah cik, ibu cik, pada agama dan masyarakat. Perbanyakkan berdoa waktu mustajab. Semoga cik menjadi anak yang solehah dunia akhir4t. Belum terlambat untuk cik lakukan perkara ni. Semoga hidup cik diberkati dan dimurahkan rezeki serta bahgia dunia akhir4t.

Milly Hafizah Mohd Kanafia : Jangan salah pilih kawan lepas ni dik. Dont easily trust anyone jugak. Keep in mind. U have something yang ramai orang berkehendak. So please kuatkn diri. Belajar semampu boleh handle semua amanah yang dtinggalkn arw4h ayah awak. Jangan cepat sangat pecaya kat orang yang baik sangat kat awak. Even family sendiri. Semoga awak berjaya. Alfatihah untuk arw4h ayah awk.

Ayu’shaza Amir : Lepas habis baca, tercengang jap 5 min. Akak pesan sikit lah ye, doa banyak  banyak kat Allah untuk arw4h ayah & mak dan untuk diri awak jugak. Kembali pada Allah. Semoga Allah ampunkan d0sa. Semoga Allah kurniakan adik kekuatan jugak nak hadapi masa depan. Jangan putvs harapan okay. Be strong dik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.