Arw4h mak tinggalkan banyak harta dan kakak sukarela nak jaga ayah. Satu hari ayah call aku nangis2

Masa mak pergi, mak tinggal harta pus4ka yang agak besar. Jadi lepas mak pergi, Kakak ‘berk0rban’ berhenti kerja dan duduk di rumah atas alasan nak jaga ayah. Dia kata, selagi anak perempuan belum kahwin, tanggungjawab ayah untuk sara anak. Tapi minggu lepas, ayah call aku dan menangis..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Daisy. Aku ada kakak, Rose dan adik perempuan, Lily. Ayah aku dah pencen dan mak telah meninggaI dunia beberapa tahun lalu. Tujuan aku tulis ni sebab nak dapatkan pendapat dan maybe solution kepada masalah aku ni.

Seminggu sebelum mak pergi, mak telah amanahkan segala kepada aku termasuk ayah, kakak dan adik. Cuma baru baru ni, aku tahu kakak aku tipu ayah dan mengambil barang / duit yang ada di rumah. Rose dan ayah tinggal berdua di rumah kerana Lily masih belajar dan aku telah berkahwin, tinggal bersama suami.

Sebenarnya Rose dah ada habit ni sejak sekolah dulu. Kadang – kadang duit dari purse mak hilang RM100 atau RM50. Pernah sekali, sepupu aku tinggal dengan kami dan duit dia hilang dari tabung. Tapi sebab takde bukti dan bila tanya Rose, dia mengelak. Kami hanya diamkan sahaja.

Ada satu hari, masa aku di universiti, aku balik rumah dan dua cincin emas yang mak bagi hilang. Aku buka dan letak di tepi sink dalam bilik air. Pada mulanya masa aku tanya Rose, dia kata tak tahu. Jadi aku pun biarkan je.

Lepas beberapa bula, tiba – tiba aku terjumpa surat pajak gadai atas nama Rose dan description tu adalah dua cincin yang hilang tu. Aku berg4duh dengan parents dan Rose sebab parents aku kata akan cuba cakap dengan kakak tapi Rose masih tak nak mengaku yang dia ambil cincin tu.

Masa mak pergi, mak tinggal harta pus4ka yang agak besar. Jadi lepas mak pergi, Rose berhenti kerja dan duduk di rumah atas alasan nak jaga ayah. Jadi dari tu sampai sekarang dia tak bekerja. Ada dia tolong aku sikit – sikit dengan side hustle aku dan aku bagi dia upah.

Lepas start PKP, aku rasa duit pus4ka yang Rose dapat dah tinggal sikit atau mungkin habis. Rose ada pinjam duit aku beberapa kali tapi biasanya aku akan tolak pinjaman tu dari upah yang aku bagi. Dalam 6 bulan lepas, ada dua gelang tangan dan satu cincin emas aku hilang masa aku balik rumah abah tanpa suami tapi dalam hati aku menidakkan walaupun ada terlintas mungkin Rose yang ambil.

Sebab lama dah dia tak buat per4ngai macam ni. Tapi minggu lepas, ayah call aku dan menangis. Rupanya duit dalam bilik dia hilang dan gelang tangan milik Lily pemberian keluarga yang ayah simpankan pun tiba – tiba takde.

Bulan lepas Rose ada pinjam duit dari aku dan ayah dan ayah ada bagi duit untuk bayarkan insurance Lily. Ayah bayarkan secara tahunan. Bila jadi ni, aku call balik agent insurance tu dan aku terk3jut sebab agent tu kata insurance tu masih belum bayar dan dah tertunggak.

On top of that, amount yang Rose minta dengan ayah lebih tinggi dari amount yang perlu dibayar. Jadi aku call dan mesej Rose dan aku try cakap dengan dia kat rumah tapi dia hanya bluetick aku dan macam cakap dengan dinding. Dia buat aku tak wujud.

Dalam percubaan untuk bagi dia cakap dengan aku dan ayah, aku tukar password wifi rumah, hentikan netflix subsription. Sebab lepas aku start kerja aku yang selesaikan bil internet, netflix, cukai taksiran, cukai tanah, indah water dan bil air setiap bulan dan lepas berkahwin, aku masih teruskan bayar.

Tapi dia masih tak bercakap dengan aku. Sekarang, aku dan ayah dah tukar tombol pintu bilik masing – masing dan aku rasa benda ni tak patut berlaku sebab rumah sepatutnya selamatkan? Dan aku tak tahu nak settlekan masalah ini macam mana.

Sebab kalau Rose dah pajak semua barang kemas tu, aku nak pergi t3bus balik. Nak halau dari rumah pun tak boleh juga sebab nama dia ada di atas geran rumah lepas pembahagian pus4ka mak. Jujur, kalau jadi apa – apa dekat ayah, aku tak tahu macam mana sebab dia tak bekerja dan buat masa sekarang hanya berg4ntung pada ayah sebab Rose selalu cakap,

“Anak perempuan belum kahwin adalah tanggungjawab ayah dan ayah kena tanggung dia.” Tapi ayah hanya harapkan pencen bulanan dan masih bayarkan education dan kebajikan Lily. Aku tak tahu nak buat apa sebab aku risau kalau dia tak boleh berdikari dan aku rasa tanggungjawab sebab arw4h mak minta jagakan semua.

Tolong aku, gais. Jujur Rose ni je yang aku paling risau. Tak tahu nak tolong dia macam mana lagi. – Daisy (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Islam : Moral of the story, never leave anything valuable in the house. Semua barang kemas yang ada, bawa masuk peti simpanan di bank, jangan bagi duit cash, transfer duit melalui bank dan simpan resit. Kalau perlu bayar insurance, bayar sendiri. Beli apa – apa, beli terus, jangan bagi duit. Bukan apa, takut harga beras 5kg yang RM30 jadi RM50. Ini pendapat dari saya yang selalu kena tipu.

Nor Shuhada Rosli : First, tukar nama kakak tu jadi SPRM, takpon PDRM. Baru ngam dengan jenis orang takdak amanah. Nama Rose tak sesuai. By the way, orang macam ni. Orang macam ni, ko kena cari bukti solid yang dia tak boleh deny. Confront dia pasal duit insurance ayah ko tu. Dah besar – besar pon buat per4ngai macam ni, memang kena bagi hukvman keras baru dia tau kot apa dia buat tu salah.

Hira Cokat : Rose tak akan berubah sampai ke tua, nanti bila bapa dah tiada siapa nak tanggung kehidupan si rose pula? Bawa bapa duduk dengan TT, biar rumah tu kosong tiada barang – barang berharga. Ataupun jual rumah tu dan bagi saja bahagian rose dan biarkan dia hidup sendiri. Dah tiada orang tanggung kehidupan dia mesti dia kena cari kerja. Ramai macam ni, biawak hidup sampai ke tua.

Cik Fatin Rodzalan : Ni orang cakap, ditelan m4ti mak, diluah m4ti bapa. Buruk – buruk, adik beradik sendiri jugak. Orang luar memang SENANG giIa bagi suggestion report polis la, halau la bagai. Entah la TT. Sesama adik beradik perempuan memang susah nak confront, lagi – lagi TT bukan jenis lantang bersuara.

Ayah pun jenis lemah gemalai je dari confession TT ni. Semua dah dewasa, memang payah sangat nak ubah per4ngai. Rose dah jadi buluh dah. Aq syorkan ko cari laki tuk dia. Banyak – banyakkan berdoa biar lembut hati. Serius, tak reti nak bagi nasihat sebab masing – masing dah besar panjang. Bukan tak reti nak fikir tapi masing – masing dah tahu solusi, cuma yakin sangat apa jua nasihat dah tak jalan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.