Anak2 nangis penat buat kerja rumah sedangkan bekas isteri ‘sibuk’ nyanyi dlm aplikasi karaoke

Lepas bercerai, aku st4lk akaun bekas isteri dan aku perasaan dia selalu nyanyi berduet dengan seorang lelaki. Bekas isteri mengaku mereka bercinta walaupun lelaki tu suami orang, anak 4. Malah aku kecewa, mereka dah terIanjur berkali – kali. Tapi sekarang, aku redha dan sanggup terima bekas isteri semula…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Tujuan aku menulis hanya nak meluahkan perasaan dan meminta pandangan dari pembaca semua. Aku sering mengikuti ruangan ini dan aku rasa ingin juga meluahkan apa yang aku rasa.

Terlalu berat untuk aku tanggung seorang. Nama aku A. Aku bekerja sebagai Pengurus Jualan di sebuah syarikat di KL. Berumur 38 tahun pada tahun ini. Aku pernah berkahwin dengan bekas isteri. Seorang wanita yang aku kenal ketika sama – sama belajar di sebuah universiti di Lembah Klang.

Kami bercerai pada hujung 2019 dan kami mempunyai 3 orang cahaya mata. Rumahtangga yang dibina selama 12 tahun, terhenti di tengah jalan. Aku anggap ini semua ketentuan dari-Nya. Hujung tahun ni bakal genap 2 tahun kami berpisah.

Aku menyewa di rumah lain manakala bekas isteri masih tinggal di rumah yang kami beli sama – sama. Kereta aku masih bekas isteri gunakan untuk kemudahan dia dan anak – anak. Berkenaan rumah dan kereta, aku takde masalah.

Aku tak pernah miss bayar nafkah untuk anak – anak, bayaran kereta dan juga rumah. Untuk pengetahuan semua, dari hari pertama kami bercerai, aku tak pernah salahkan bekas isteri walaupun dia yang meminta cerai.

Aku bukan manusia sempurna, banyak kekurangan terutama bab agama. Aku akui semua tu. Bekas isteri adalah anak seorang imam dan pengetahuan agamanya jauh lebih tinggi dari aku. Pada mulanya, aku moved on dengan perceraian aku.

Walaupun bercerai, aku masih dapat berjumpa dengan anak – anak dan meluangkan masa dengan mereka. Antara hikmah perceraian ini, aku lebih rapat dengan anak – anak dan aku lebih rapat dengan Allah SWT. Aku sekarang solat di awal waktu, tidak pernah meninggaIkan solat fardhu, membaca Al-Quran di pejabat dan rumah serta bangun solat di malam hari. Alhamdulillah.

Aku masih sayangkan bekas isteri. Aku sentiasa memujuk rayu bekas isteri untuk kembali bersama aku. Dia hanya meminta aku untuk memberikan aku masa dan suruh aku tunggu dia. Dalam tak sedar, hampir 2 tahun aku menunggu.

Cerita sedih aku bermula di sini. Di penghujung perkahwinan kami, bekas isteri aktif dalam satu apps menyanyi karaoke yang popular, aku namakan S. Setiap malam selepas makan malam, dia akan naik ke bilik dan menyanyi, meninggaIkan kami anak – beranak menonton tv.

Kami dah jarang berbual dan beraktiviti dengan anak – anak. Dia dah ada dunia dia sendiri. Aku pernah tegur bekas isteri untuk kurangkan menyanyi dan sama – sama buat aktiviti dengan anak – anak. Ada masanya dia akur, tapi kebanyakan masa dia tetap menyanyi.

Aku tak pernah tanya dia apa – apa pasal aplikasi tu apatah lagi nak st4lk akaun bekas isteri dalam tu. Dan dipendekkan cerita, kami bercerai. Dalam tempoh rujuk, aku sedaya upaya memujuk bekas isteri untuk kembali bersama.

Tapi aku hanya bertepuk sebeIah tangan. Bekas isteri mengatakan dia ingin bebas dan tidak lagi mahu dikongkong. Bermula dari situ, aku mula st4lk akaun bekas isteri dalam aplikasi karaoke. Aku perasan yang dia kerap join duet dengan seorang lelaki yang aku namakan T.

Membaca komen – komen mereka, terlihat sangat bahagia. Kebanyakan favourite lagu – lagu dalam akaun bekas isteri adalah lagu – lagu duet mereka. Mereka mula berkenalan ketika bekas isteri masih lagi isteri aku.

Sebulan dua aku st4lk, aku mula berdepan bekas isteri dan bertanya tentang T. Pada mulanya bekas isteri terk3jut sebab dia tak sangka yang aku st4lk dia. Banyak persoalan aku dia nafikan. Aku bertanya pada bekas isteri adakah dia mempunyai hubungan istimewa dengan T, bekas isteri menafikan.

Dia tidak pernah mengaku apa – apa. Pada satu hari aku membawa anak – anak tinggal dengan aku di hujung minggu. Aku melihat perubahan ketara pada anak – anak aku. Mereka tidak lagi ceria seperti biasa. Aku bertanya la kenapa semua masam mencuka.

Tiada yang menjawab. Aku tidak mem4ksa mereka untuk bercerita. Sehinggalah di malam hari ketika aku minta mereka untuk masuk ke bilik tidur masing – masing. Tiba – tiba anak sulung aku yang bernama N berusia 10 tahun mendekati aku dalam keadaan mata yang berair.

Aku hairan melihat dia menangis. Aku minta maaf kepadanya sekiranya ada apa – apa yang aku lakukan yang menyebabkan dia menangis. “Ini bukan sebab Papa, tapi Mama”. Dia bersuara. Aku pujuk dia untuk bercerita.

Dia bercerita yang Mama dah kurang beri perhatian pada kami. “Mama banyak berkurung dalam bilik dan menyanyi. Dan Mama selalu tidur lewat sebab bercakap dalam telefon. Mama hanya turun ke bawah untuk masak dan makan.

Masa – masa lain Mama hanya terperap dalam bilik. N buat semua benda. Basuh baju, lipat baju, gosok baju sekolah N dan C (anak nombor dua, C, 8 tahun), mandikan dan uruskan M (anak bongsu aku berumur 3 tahun).

N basuh pinggan dan kemaskan dapur selepas Mama masak. Kalau kerja – kerja tu tak siap, Mama akan marah – marah N dan C. N penat la Papa… C pun penat.” Aku peIuk dan aku tenangkan dia. Aku tahan diri aku dari menangis.

Aku puji N dan C dengan mengatakan mereka anak yang baik, yang selalu bantu Mama uruskan hal rumah. Aku beritahu yang Mama nak hilangkan penat seharian bekerja dengan menyanyi. N dan anak – anak aku yang lain semuanya nak duduk dengan aku selama – lamanya.

Aku jadi serba salah. Tak lama kemudian aku menghubungi bekas isteri dan menceritakan apa yang diceritakan oleh N. Bekas isteri meIenting dan memberitahu N sengaja berlebih – lebihan dalam bercerita. Apa yang N katakan, tak semuanya betul.

Getus bekas isteri. Akhirnya kami berg4duh besar dan aku mula hilang sabar dengan bekas isteri. Natijahnya, N dan C dir0tan teruk oleh bekas isteri. N tidak bercerita dengan aku tapi C beritahu yang dia dan N teruk dir0tan Mama.

Aku hanya mampu menangis dan memeIuk mereka. Sekali lagi aku menghubungi bekas isteri dan minta untuk berjumpa dan dia setuju. Kami berjumpa di sebuah kawasan taman tasik berdekatan rumah aku.

Aku bertanya adakah bekas isteri mer0tan N dan C dan dia mengaku. Aku mula berasa nak marah. Dia minta maaf kepada aku. Dia tahu dia salah dan bekas isteri terus menangis dan membuatkan marah aku menjadi reda. Dan bekas isteri mula bercerita.

Ya, bekas isteri dan T bercinta. Dia mengaku mengenali T sebulan sebelum kami bercerai namun menafikan yang T adalah punca perceraian. Mereka mula menjadi rapat bila bekas isteri habis iddahnya. Dan bekas isteri juga mengaku yang dia sangat menyayangi T.

Yang menjadi masalah adalah T adalah suami orang, tua 5 tahun dari bekas isteri dan mempunyai anak seramai 4 orang. T mempunyai rupa paras yang mampu mencairkan hati wanita dan mempunyai suara yang sedap, bila aku dengan suaranya di dalam apps S.

Dari situlah bekas isteri mula jatuh cinta dan waktu itu T mengaku dia duda. Lama – kelamaan rahsia T yang telah berkahwin terb0ngkar dan diketahui bekas isteri. Namun bekas isteri masih boleh menerima T walaupun dia telah menipu bekas isteri.

Bekas isteri sanggup untuk bermadu kerana kasih dan cintanya kepada T. Mereka sering keluar bersama ketika anak – anak bersama dengan aku di hujung minggu. Bekas isteri bercerita lagi, dia pernah bertanya kepada T sampai bila mereka nak merahsiakan dari isteri T.

T masih belum bersedia kerana dia masih belum stabil dari segi kewangan. Dia minta bekas isteri untuk menunggunya dan memberi masa lagi selama 1 ke 2 tahun untuk mereka berkahwin. Tiba – tiba tangisan bekas isteri sem4kin kuat.

Dia mengakui yang dia banyak membuat kesilapan. Dia banyak abaikan anak – anak. Dia lupa umurnya yang berusia 37 tahun dan status dia sebagai ibu kepada 3 orang anak. Dia h4nyut dalam cinta apps S dan cinta T.

Dia mengaku yang dia memberikan wang kepada T untuk syarik4tnya yang bermasalah. Jumlah keseluruhan wang yang T pinjam berjumlah RM15 ribu. Bekas isteri juga mengaku yang dia pernah menggadaikan rantai emas pemberian aku sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10.

Namun dia telah berjaya menebus kembali rantai itu. Aku terk3jut dengan segala pengakuan bekas isteri. Dan yang paling membuat aku terk3jut adalah, bekas isteri mengaku dia pernah berkali – kali berz1na dengan T…!!

Badan aku rasa menggigiI mendengar pengakuan bekas isteri itu. Aku jadi lemah dan tak percaya dengan apa yang aku dengar. Bagaimana bekas isteri, anak seorang imam, seorang Muslimah yang sentiasa menjaga aur4t dan batas pergaulan ketika menjadi isteri aku, seorang yang ada ilmu agama hasil didikan ibubapanya, tetapi terumus ke lembah z1na.

Semua kerana CINTA dan JANJI MANIS seorang lelaki. Bekas isteri mengatakan dia telah bertaubat atas d0sanya itu. Tetapi dia tetap tidak dapat melupakan T dan sangat – sangat berharap untuk T mengotakan janji untuk berkahwin dengannya.

H4ncur luluh hati aku mendengar harapan bekas isteri itu. Betapa agungnya cinta dia terhadap T. Sedang aku sentiasa berusaha untuk kembali bersama dia, namun dia mencintai yang lain. Betapa aku saban hari bertanya khabar dan menzahirkan rasa cinta dan sayangku kepada dia, dia tetap mahu bersama T.

Aku mencintai bekas isteri sepenuh hati dan dalam tempoh hampir 2 tahun ini, aku menolak cinta perempuan lain yang hadir dalam hidup aku, semata – mata mahu kembali kepada bekas isteri sebagai sebuah keluarga.

Tetapi bekas isteri begitu mudah cair sehingga merelakan tubuhnya dijamah lelaki lain dalam keadaan penuh n0da dan maksi4t. Bekas isteri mengatakan dia tak dapat menerima aku kerana dia merasakan dirinya kotor dan maru4hnya telah tercemar.

Aku lelaki baik, tidak layak untuk perempuan kotor seperti dia. Itu tegasnya. Aku hanya mampu berdiam diri. Seminggu berlalu, aku membawa hati yang h4ncur. Aku bercuti seminggu dan menginap di resort di Pantai Timur untuk menenangkan diri.

Mujur pada waktu itu hanya PKPB dan kita dibenarkan merentas negeri. Aku solat taubat, hajat dan istikharah dalam mencari panduan. Dalam tempoh ini, segala call dan whatsapp dari bekas isteri aku tak jawab. Aku hanya menelefon anak – anak dengan telefon rumah untuk mengetahui perkembangan mereka.

Balik KL, aku menghubungi bekas isteri. dia jawab panggiIan aku. Ayat pertama aku adalah aku menyatakan yang aku mencintai dia sepenuh hati. Dan aku sanggup menerima apa jua keadaan dia, walau sekotor manapun dia, walaupun dalam ketidaksempurnaan dia, aku sanggup terima.

Aku juga banyak kekurangan dan aku mohon agar dia juga menerima kekurangan aku. Aku berjanji untuk lebih membahagiakan dia jika dia kembali menjadi isteri aku. Dalam istikharah aku, aku hanya nampak bekas isteri.

Namun bekas isteri berbeIah bagi, antara setia dengan T dan sayang pada aku. T meminta bekas isteri untuk menunggu dia. Menurut bekas isteri, sayang T dan aku pada dia sama sahaja. Masing – masing berjanji itu ini.

Aku menyangkal dakwaan bekas isteri ini sebab aku dan T sangat berbeza. Jika T kehilangan bekas isteri, dia masih ada isteri dan anak – anak. Tapi jika aku kehilangan bekas isteri, aku hanya ada anak – anak. Aku menutup pintu hati aku pada perempuan lain, demi cintakan bekas isteri.

Aku ingin bertanya pada semua, adakah wajar tindakan aku ini yang masih mencintai dan berharap pada bekas isteri sedang hati dia masih setia pada T? Apa yang perlu aku lakukan lagi? Bantulah aku.. aku buntu.

Kepada bekas isteri, abang terima sayang seadanyanya. D0sa sayang itu antara sayang dan Maha Pencipta. Bertaubatlah dan jangan ulangi membuat d0sa. Kembalilah kepada abang. Hilang sayang, separuh nyawa abang hilang. Kembalilah sayang.. – A (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Liyana Hafizah : Buat masa ni, jangan dikejar cinta bekas isteri. Orang yang tengah hanyut dengan cinta baru, bekas isteris tak mudah tu nak tinggalkan, lebih – lebih lagi confessor akui akan terima dia walaupun selepas apa yang dia dh buat.

Bukan nak fikir buruk / jahat tapi bekas isteri rasa bekas isteri dah benar – benar bertaubat. Dia masih sangat mengharapkan cinta suami orang tu. Bila – bila je boleh jatuh semula dibelakang TT. Kalau TT tunjuk sangat terdesak nak cinta bekas isteri, lagi lah dia buat sambil lewa je.

Senang cakap, bekas isteri tak berapa nak hargai. Jarakkan diri dulu. Stop tunjukkan cinta / sayang. Ada jenis perempuan lagi suka lelaki yang susah untuk didapati. Mungkin bekas isteri macam tu. Bila bekas isteri sendiri dah move on, dah betul – betul bertaubat, berubah, bekas isteri tak lagi kejar cinta suami orang yang tak guna tu.

Baru lah TT pertimbang semula untuk mengorat kembali. Masing – masing pun dah tua, mungkin bekas isteri tak lama pun. Paling – paling pun 5 tahun je to play the ignorance game.

Ann Fardan : Kesilapan utama tuan menjadi suami ialah membiarkan isteri terjebak dengan aplikasi – aplikasi media sosiaI tanpa kawalan atas nama understanding. Dan sekarang tuan masih cuba untuk melakukan kesilapan kali ke 2 dengan cuba untuk menerima bekas isteri kembali atas nama cinta dan pengertian sedangkan bekas isteri sebenarnya selfish serta menggunakan kebaikan tuan untuk memudahkan hidupnya.

Ini bukan soal keimanan semata – mata tapi soal keikhlasan dan pengkhi4natan bukan sahaja kepada tuan sebagai suami tapi juga kepada anak – anak. Mungkin beliau diuji tapi biarlah ujian itu mengajarnya sendiri membalut keIukaan dan penyesalan benar – benar mengubah dia kembali kepada jalan Allah.

Benar dia boleh diberikan peluang kedua. Tetapi tuan lah sebenarnya layak mendapat peluang kedua memiliki isteri yang lebih baik dan ikhlas mencintai tuan. Ingat pesan saya tuan. Biar rugi awal.

Nurin Sya : Sedihnya. Hebatnya kasih sayang tt pada bekas isteri yang tak pernah nak menghargai. Zaman sekarang tak senang dan bukan mudah nak jumpa lelaki yang tulus sayangkan isteri. Semoga tt dipermudahkan segala urusan dan dipertemukan dengan kebahagiaan yang sebenar benarnya, meskipun bukannya dengan bekas isteri. Kalau bukan di sini pun, di akhir4t nanti. Tahniah atas ketabahan tt.

Gyh Abdul Kader : Move on, pls. Esok – esok kalu korang rujuk semula, bekas isteri awak mungkin akan besar kepala. Sebab nampak macam awak yang beria – ria nak berbaik semula. Sedangkan dia masih tergiIa – giIakan laki orang.

Duit abis, body tergadai. Awak amik anak – anak awak, cari je perempuan lain. Ramai je perempuan yang baik – baik awak boleh buat isteri. Anak d4ra lagi. Meh PM saya, saya rekemen kat kengkawan saya. LagiIah mostly dah financially stable.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.