
Saya seorang je kerja dengan gaji RM1500. Sejak mengandung saya tak larat, tak pergi kerja. Suami cakap makanan tak cukuplah, hari – hari makan telurlah, hingga duit susu anak pun saya tak ada duit nak cari. Dia asyik marah saya tak kerja..
#Foto sekadar hiasan. Hai, saya nak minta pendapat semua. Ni saya pinjam FB kawan. Saya dah berkahwin tinggal ikut suami. Mertua dah tiada. Saya bekerja dengan gaji RM1500 saja. Ada anak 3 orang. Suami saya kerja tak tetap.
Kerja sendiri saja, kadang – kadang bila takde kerja, dia duduk rumah, tidur. Dulu sebelum kahwin, dia rajin bagi saya duit hinggalah selepas 3 bulan kahwin. Lepas tu suami tak bagi duit dah. Belanja rumah saya yang tanggung.
Bila suami dapat kerja, mesti tak bertahan sebulan dua bulan. Bila ada kerja barulah suami bagi duit nafkah. Saya dah banyak kali cakap saya ada hak, awak kena bagi saya nafkah walaupun saya bekerja. Berbuih dah cakap sampai saya sekarang dah tak kisah suami nak bagi duit nafkah ataupun tak.
Urusan sekolah anak – anak saya juga yang urus. Saya pernah minta cerai dengan suami sebab tak tahan menangung semua perbelanjaan. Kadang – kadang saya malu nak pinjam adik beradik walaupun mereka belum berkahwin tapi saya malu.
Tidak lama kemudian saya disahkan mengandung anak ke-4, saya bagitau suami dan dia gembira betul. Tapi hati saya gembira ada sedih pun ada. Saya cuba pujuk suami, carilah apa sahaja kerja untuk tanggung perbelanjaan keluarga.
Kalau nak harapkan saya seorang dengan anak dah nak bertambah nanti saya tak larat. Suami cakap, ‘iya – iya’ sahaja seperti biasa. Sampai satu tahap, saya jadi tekanan bila suami cakap makanan tak cukuplah, hari – hari makan telurlah, hingga duit susu anak pun saya tak ada duit nak cari.
Nasib anak saya jenis tak memilih. Paling menyedihkan seminggu anak saya terp4ksa menyusu kopi hitam dan gula sementara tunggu gaji. Sejak berbadan dua ni saya kadang – kadang j4di sakit kadang – kadang tak kerja.
Suami pula asyik tanya kenapa tak kerja, saya bagitau suami saya nak berhenti kerja, saya penat dengan alahan mengandung lagi. Suami marah kalau saya tak kerja tiada yang nak beli makanan. Saya makan hati dengan kata – kata suami, saya cuba berfikiran positif saya ingat kebaikan suami tolong hantar dan ambil anak sekolah.
Saya jadi takut saya tak dapat tanggung 4 orang anak nanti termasuk suami saya. Saya jadi susah hati bagaimana saya nak sekolahkan anak saya kalau saya tak cukup duit. Saya hantar anak ke taska biarpun terp4ksa saya bayar.
Nasib anak saya sulung saya sekolah di asrama. Saya jauh daripada keluarga ibu dan ayah saya. Dan mereka tak pernah tahu pun keadaan rumahtangga saya sebab saya selalu menjaga nama baik suami. Lama kelamaan saya jadi str3ss dan sedih sampai satu tahap saya rasa menyesal mengandung anak keempat.
Saya takut saya tak dapat tanggung sekolahkan anak – anak. Tekanan yang saya dapat mengakibatkan saya keguguran. Semasa saya keguguran suami langsung tak pedulikan saya hingga saya pengsan. Sedar dari pengsan saya tiada tempat minta tolong, saya call kawan saya untuk hantar saya ke hospitaI.
Sepanjang saya dalam wad suami langsung tak datang melawat. Bila saya tanya dia kata sibuk tolong kawan dia. Saya cuma tinggalkan pesanan tengokkan anak sahaja. Saya masih berfikiran positif mungkin dia tak datang melawat sebab jaga anak kami yang berumur 4 tahun.
Dua hari saya di wad, tiada siapa datang tengok melawat saya walaupun ipar – ipar saya kecuali cikgu taska tempat anak saya ada datang melwat. Bukan saya minta dilawat pun tapi saya sedih sangat. Dan saya terp4ksa telefon ibu bapa bagitau mereka tentang keadaan saya.
Sebaik saja ibu tahu keadaan saya, adik beradik saya terus datang tengok saya di hospitaI. Dorang datang dari jauh dari tempat saya tinggal. Selepas saya keluar wad, saya balik ikut ibu dan nak berehat berpantang. Saya bawa anak sekali, suami tinggal.
Seminggu saya berehat di kampung, suami tetiba call minta duit nak beli tayar motor. Saya kata tak da duit. Suami m4ki saya dalam telefon macam mana dia nak cari kerja motor rosak. Saya m4tikan call dan saya tak hubungi suami lagi.
Saya call suami bila anak nak bercakap dengan suami. Dengan keadaan saya ditimpa kesusahan begini macam – macam yang saya fikir. Ibu saya kesian tengok saya, ibu suruh saya balik kampung tinggal dengan mereka, cari kerja di kampung, anak sekolahkan di kampung senang mereka boleh tengokkan sebab di kampung hanya tinggal ibu dan ayah. Adik – adik bekerja di luar dari kampung.
Saya nak juga tapi bila saya fikirkan balik dengan keadaan saya sebelum ni, suami tak bekerja, pemalas, dan macam – macam lagi saya jadi takut kalau ibu ayah saya tahu keadaan saya. Saya jadi malu kalau mereka tahu keadaan rumahtangga saya yang sebenar.
Saya dah bagitahu suami nak bawa suami balik kampung tapi suami mesti cari kerja mesti berubah. Saya berg4duh dengan suami, suami tak nak ikut balik, saya dah tak tahan, saya nak minta cerai, suami m4ki saya. Apa perlu saya buat?
Balik kampung dan cari kerja di kampung atau terus tinggal di bandar dengan suami yang tak bekerja. Saya jadi takut hilang akal dan jadi giIa. Bulan lepas suami ada datang jumpa saya di kampung untuk minta duit. Saya hanya mampu hulurkan rm50 sehaja. Dan sekarang period saya dah lewat dua hari. Saya takut kalau pregnant balik. Patutkah saya ajak suami tinggal di sini.? Saya buntu sangat.
Komen Warganet :
Adawiah Ramli : Kesian kau kak, dah macam kau pulak ketua keluarga kena fikir makan pakai anak – anak dengan suami. Dah kau pula yang wajib cari nafkah sedangkan suami kau langsung tak boleh pakai. Kau jangan kesiankan orang macam tu kak, dia takde usaha nak ubah diri, buat apa kau susahkan hidup kau tanggung biawak hidup.
Mak kau dah offer duduk kampung, ada baiknya kau dengar cakap mak ayah kau kak. Tak payah kesian kan laki macam tu. Kau juga yg susah. Kesian anak – anak jadi m4ngsa keadaan. Fikir kebahagian kau sama kak. Biarlah mak ayah kau tahu cerita sebenar, waktu mcm ni, malu bukan boleh bagi anak – anak kenyang. Open up je.
Kang Boyo : Nasihat akak pun sama macam lain. Duduklah di kampung dengan mak bapak awak. Sifat suami tak akan berubah. Jangan jadi seperti akak yang makan hati dengan suami, mengharapkan suami yang akan berubah.
Tapi tetap sama dan tambah beban lagi dengan keadaan yang dah 10 tahun tidak bekerja dan akak tanggung semuanya, suami boleh kahwin lagi satu. Mungkin Allah nak tunjuk suami jatuh s4kit dan akak ambil CTG jaga dia.
Bila dia dah sihat sedikit walau pun tinggal dengan akak sebab perempuan tu taknak jaga dia tapi hati suami tetap di sana. Sekarang akak dan anak – anak sedang fikirkan untuk hantar suami kepada perempuan tu untuk dia jaga selama – lamanya. Jadi bertindaklah demi untuk kebahagiaan sendiri. Mungkin mulanya adik akan down sedikit tapi percayalah semua akan pulih dan percayalah pada rezeki Allah.
Faridah Yusup : Mungkin dalam hati masih ada sayang dan simpati sebab tu puan berada dalam dilema tapi untuk keluar dari suasana t0xic suami dan kekusutan elok puan duduk dengan parent di kampung. Suami taknak ikut jangan dip4ksa, pilihlah untuk bahagia bukan jadi h4mba d3rita yang tiada berkesudahan.
Suami tak peduli ketika kita s4kit, suami minta duit walaupun tahu kita pun sulit. Kebajikan anak tak terbela. Biarlah pun dan anak – anak duduk di kampung. Sehingga dapat bangkit kembali dari permasalahan em0si dan kerjaya.
Kalau ada jodoh. InshaAllah bersatu jua. Ingat suami yang abaikan kebajikan dan keperluan em0si keluarga. Tiada maknanya terus bersama. Sayangi diri sendiri puan. Jangan malu kongsi dengan ibu ayah kerana mereka prihatin dan boleh bagi sokongan em0si sewajarnya. Dengan luahan rasa kadang – kadang dapat ringankan beban em0si.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.