Pelik anak tiba2 minta belikan barang mahal, HP canggih. Rupanya mak mertua hasut mereka saya byk duit

Saya tak kisah bila saya dan suami bercerai sebab tak perlu nak jaga hati suami dan mertua lagi. Tapi ingatkan bila dah bercerai takde masalah, rupanya dalam diam mertua hasut anak – anak. Saya pelik setiap kali anak – anak balik dari sana, mereka akan minta macam – macam. HP canggih, pakaian branded..

#Foto sekadar hiasan. Saya sudah bercerai lebih 6 tahun lalu, ketika itu anak saya yang sulung berusia 7 tahun. Yang kecil 2 tahun. Perceraian saya dan suami berpunca daripada campur tangan orang ketiga dan mungkin juga boleh saya katakan kerana saya tidak berapa disukai oleh mertua.

Memang pada awalnya saya diterima oleh mertua, tetapi setelah setahun dua, barulah saya sedar bahawa saya bukan menantu pilihan, sebaliknya mertua saya sudah ada calon lain untuk jadi menantunya. Disebabkan bekas suami ketika itu sukakan saya, maka kami berkahwin.

Dia langsung tak cerita bahawa emaknya sudah ada pilihan lain. Tetapi kerana sayang itulah satu – satunya anak lelaki tunggalnya, maka emaknya terp4ksa mengikut kata bekas suami saya Azmir. Apabila saya dapat cerita dari keluarga mertua, saya bukan pilihannya, maka saya pun lihat kelemahan diri saya, apa kurangnya saya dan apa lebihnya gadis pilihan.

Maka saya dapat buat kesimpulan, walaupun gaji saya lebih banyak dan ada ijazah bukan seperti Azmir, tetapi masalahnya keluarga saya bukan orang berharta, orang kampung sahaja, tak ada rumah batu apa lagi ada perabut mewah.

Tetapi gadis pilihan bekas mertua walaupun kelulusan dan pekerjaannya tidak setinggi mana, tetapi keluarganya berharta, emak bapaknya bekerja. Ayahnya berpangkat, rumah besar dan abang serta adik beradiknya semuanya berjaya dalam pekerjaan ataupun bisnes.

Itu pasal bekas mertua saya sukakan gadis tersebut. Walaupun saya sudah ada seorang anak ketika itu, tetapi hasrat emak Azmir tidak pernah padam. Dan keluarga mereka memang baik dengan keluarga gadis tersebut, selain tinggal setaman, mereka bersaud4ra ‘bau – bau bacang’.

Hidup saya agak aman bila gadis tersebut akhirnya berkahwin dengan orang lain. Namun, gelombang datang melanda lagi apabila saya lahirkan anak ketiga. Nak jadikan cerita gadis tersebut bercerai pulak, sebabnya saya tak pasti.

Tetiba mertua mula pandang serong pada saya, dan Azmir pulak tak memasal sering tak puas hati terhadap saya. Sentiasa cari pasal salahkan saya. Kami sering bertengkar walaupun kerana perkara kecil, biasanya pasal anaklah, Azmir langsung tak mahu bantu uruskan anak – anak macam selalu, sibuk memanjang.

Apa dia fikir dia saja penat bekerja. Saya pun bekerja juga. Nak jadikan cerita kerana jodoh kami setakat itu sahaja, akhirnya kami bercerai. Lantaklah! daripada hadapi masalah demi masalah kiri kanan, dari mertua dan Azmir lebih baik kami berpisah, mungkin ada baiknya untuk anak – anak supaya fikiran mereka tak terganggu.

Tetapi masalahnya, bila bercerai lebih banyak masalah timbul. Mula – mula pasal nafkah dan hak penjagaan anak-anak. Tolak kiri kanan, selepas 3 tahun barulah semuanya selesai. Barulah saya dapat nafkah anak – anak walaupun tidak seperti yang dituntut.

Tapi saya terima. Sebab dah malas turun naik mahkamah, jumpa pegawai sulh tak habis – habis. MaIangnya bila bercerai inilah baru saya dapat lihat dengan jelas per4ngai buruk bekas mertua saya, sebab kesannya kena pada saya dan anak – anak.

Bayangkan anak – anak sedang membesar, yang sulung sudah menengah rendah, mereka dihasut bencikan saya. Mula – mula pasal telefon, memang saya belikan telefon supaya senang menghubunginya bila lambat balik sekolah atau ada aktiviti sekolah.

Si along dihasut supaya minta telefon canggih, saya tak belikan, sebab tak penting, kerana tak dapat anak – anak buat per4ngai setiap kali balik dari rumah bekas mertua. Mulalah bandingkan sepupu yang lain ada telefon lebih baik daripadanya. Begitu juga tentang pakaian semua mahu yang terbaik. Saya katakan kalau mahu yang cantik minta pada ayah mereka.

Tapi anak saya jawab, “bukankah ibu dapat nafkah dari ayah, mengapa tak belikan barang keperluannya lebih baik lagi.” Hati saya mula mendidih, macam mana mereka boleh keluar perkataan seperti itu jika tidak ada sesiapa yang ajar.

Bila hendak pergi ke rumah neneknya, mereka minta pakaian mahal – mahal, sebab malu pada sepupunya lebih hebat. Setiap kali saya kata minta pada ayahnya, anak – anak akan kata duit nafkah ayah dah beri pada saya!

Akhirnya kerana terlalu s4kit hati saya bentangkan kepada mereka jumlah nafkah yang ayah mereka beri dan apa yang telah saya belanjakan. Duit tusyen, kelas Al-Quraan, duit saku, kelengkapan sekolah, keperluan harian, makan minum, dan banyak lagi.

Memang tak cukup. Malah saya kena keluar duit sendiri. Tetapi mereka tak mahu dengar. Macam tak percaya apa yang saya katakan. Mana boleh tahan mahu telefon canggih itu memang saya tak layan. Mereka juga mahukan set computer, pakaian berjenama, kasut mahal.

Itu tak termasuk gajet – gajet lain yang saya tak mampu belikan. Tak cukup itu mereka minta wang saku ke sekolah diberikan sebulan sekali. Tetapi tak sampai 2 minggu dah habis, minta lagi. Mereka memang buat hidup saya tidak selesa.

Per4ngai buruk mereka menjadi – jadi setiap kali balik dari rumah neneknya. Sebenarnya bab nak dapat nafkah dulu memang susah. Mereka tuduh saya gunakan untuk peribadi, sedangkan saya yang banyak tambah yang tak cukup.

Oleh kerana Azmir terp4ksa beri nafkah, bekas mertua sangka saya gunakan duit nafkah untuk diri sendiri bukan untuk anak. Sedangkan saya banyak keluar duit sendiri untuk anak – anak. Perkataan yang meny4kitkan hati bila mereka kata anak – anak tanggungjawab saya maka saya mesti tanggung mereka.

Bukan menghabiskan duit Azmir saja. Bila Hari Raya nak dapat duit tambahan beli baju raya memang siksa. Mereka masih sangka saya simpan banyak duit nafkah. Sedangkan sudah habis dibelanjakan untuk anak – anak.

Kerana s4kit hati dan tak cukup duit, pernah saya tak belikan baju raya untuk anak – anak, niat saya biar ayah mereka beli baru dia tahu harga pakaian anak – anak zaman sekarang. Tetapi anak – anak pulak meng4muk mereka hendak baju raya yang mahal – mahal sebab nenek mereka kata saya dapat duit banyak dari Azmir untuk nafkah.

Pada saya per4ngai nenek macam ini patut berubah. Buka minda, jangan hasut cucu jadi kaki meIawan dan bertengkar dengan ibunya. Saya faham tujuan mereka supaya saya susah, tetapi sedarkan mereka, perbuatannya akan merosakkan cucu – cucunya keturunannya sendiri.

Saya pernah cadangkan anak – anak duduk dengan ayahnya masa cuti sekolah, tapi ayahnya hantar ke rumah emaknya, sebab dia tak mahu diganggu, dan bekas mertua saya takutkan menantu pilihannya diganggu dengan kehadiran anak – anak tiri.

Sebab menantunya ada dua orang anak dari perkahwinan terdahulu. Sekarang baru bekas mertua saya tahu per4ngai menantu pilihannya yang sebenar hinggakan Azmir sendiri tak berani bawa anak – anak tinggal bersamanya, sebab isterinya tak suka diganggu.

Namun mereka sering menggangu hidup saya dengan merosakkan minda anak – anak membenci saya. Saya tak pernah ganggu hidup Azmir, jadi tolonglah jangan ganggu hidup saya dengan meracun fikiran anak – anak membenci saya.

Sebenarnya bekas mertua saya susah hati gaji Azmir kena p0tong kerana nafkah anak – anak. Apa mereka ingat lepas bercerai anak – anak jadi tanggungjawab ibu semata – mata, itu cerita zaman dulu, maIangnya hingga kini masih ada ibu – ibu yang masih berfikiran seperti itu.

Sebab mereka tak mahu hidup anak lelakinya susah kalau nak kahwin lagi. Harapan saya ibu – ibu mertua moden sekarang jangan jadi kolot, fikirkan cucu cucu mereka adalah keturunan mereka juga bukan orang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.