
Setiap bulan aku bayar hutang aku RM50 dekat Naim, tapi aku pelik sampai hujung tahun, hutang aku dekat dia jadi RM1000! Oleh sebab Naim anak orang kaya, diam – diam aku ambik kesempatan dekat dia. Satu hari aku tengok dalam bank aku ada RM3000..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku nak cerita sikit pengalaman hidup aku semasa berada di salah sebuah Universiti dalam Malaysia. Tak tahu la benda yang aku cerita ni pelik ke tak, entah – entah perkara biasa yang selalu terjadi di luar sana.
Sebelum tu biar aku memperkenalkan diri aku dulu. Aku baru je graduate dari Universiti beberapa bulan lalu. Aku ambil course biasa je, tapi janji 3 tahun la berada di U. Pada tahun pertama, aku mula la berkawan dengan sorang ni, aku bagi nama dia Naim.
Naim ni anak orang berada jugak la. Duit tak pernah jadi isu pada dia. Tapi kadang – kadang kalau dia terlebih berbelanja dalam satu bulan tu, shopping sana, shopping sini makan mahal sana sini jadi isu jugak la. Segan la nak mintak duit dekat mak ayah lagi sebab mereka baru je bagi 3k duit belanja.
Naim ni bukan saja dapat wang saku dari mak ayah dia, bahkan duit biasiswa pon dia ada. Mana tak kaya. Tapi itu bukan ceritanya sekarang, aku bukan nak cerita pasal Naim, aku nak cerita pasal aku sendiri. Aku ni orangnya biasa – biasa je.
Tak miskin tak kaya. Aku dapat pinjaman pelajaran yang cukup untuk tampung duit sewa, makan minum aku. Mak bapak aku ada la bagi aku duit saku kadang – kadang. Sebulan adalah dalam RM100 – 200 macam tu. Tapi aku ni jenis yang tak suka berg4ntung kepada duit mak ayah, jadi aku tolak duit mereka.
Aku cakap yang duit aku cukup. Berilah duit tu kepada adik beradik aku yang lain yang memerIukan. Satu hari, aku mula la pinjam rm200 dari Naim sebab nak buat card bank. (Memang syarat deposit rm200 dalam acc pastu boleh keluarkan balik) aku rasa semua orang tahu je bende ni, jadi aku tak perlu cerita dengan lanjut.
Aku janji nak pulang kan RM200 tu secepat mungkin sebab aku bukan nya nak guna duit tu, itu just sebagai syarat untuk buat card bank je. MaIangnya keesokan harinya, rakan serumah aku termasuk Naim bercadang nak bercuti ke Penang pulak.
Terp4ksa la aku pinjam terus duit Naim untuk tujuan itu. Naim tak kisah pon, lagi mengalu – aIukan ada la. Aku janji kepada Naim nak bayar duit tu perlahan pada bulan yang akan datang. Bulan seterusnya aku bayar RM50 dahulu.
Beberapa hari kemudian aku pinjam balik RM50 tu untuk tujuan lain pulak. Senang cakap aku terus pinjam dan bayar balik macam cycle sehingga hutang aku jadi hampir RM1000! Semua ni dalam masa setahun je. Aku tak sedar apa yang aku pinjam banyak sangat sampai jadi banyak tu.
Bende kecik like duit wayang RM15, duit makan dalam RM5 pon bila kumpul – kumpul boleh dapat jumlah tu. Aku jadi buntu, tak tahu nak buat apa. Sebab boleh katakan setiap bulan jugak aku ada bayar RM50 tapi akhirnya hutang jadi RM1000 jugak.
Satu hari, ada kawan aku yang sorang ni, housemate aku jugak, Baim, dia memberi satu cadangan bernas. Disebabkan kat kawasan tempat tinggal kitorang makanan – makanannya hampeh, dia cadangkan aku untuk masak untuk Naim.
Aku bukan nak puji diri, aku dikenali sebagai master chef dekat U aku sebab kehebatan memasak aku. Dan Naim ni, aku terp4ksa akui skill memasak dia ke laut. Biasala anak orang kaya, kat rumah orang gaji dua tiga, semua bende orang buatkan.
Pernah satu hari tu, dia buat ceaser salad kat dapur, fuh 2 jam aku kira baru siap. Dapur macam tongkang pecah dan dia berpeluh semangkuk. Aku mempertimbang cadangan Baim. Setiap hidangan aku buat aku kenakan caj RM5.
Aku siap bawakan makanan tu ke atas katil dia lagi dan basuh selepas dia habis makan. (Bahan – bahan masak, dia yang sediakan la.) Naim ni dah la jenis pembersih merangkap f0bia dengan kuman – kuman. Sebelum menghidang makanan dia, aku kena pastikan pinggan dia dibasuh dengan jari jemari sebab sponge basuh pingggan penuh dengan kuman katanya.
Naim sangat suka dengan masakan aku, dia makan dengan penuh selera. Tak pernah aku tengok dia makan sedemikian bila makan di luar. Mula la jadi rutin ni, sehari sekali je aku masak sebab ada kelas kan. Lunch kitorang makan luar je.
Bila hujung aku masak dua kali, makan tengahari dan makan malam. Beberapa bulan kemudian aku tengok Naim sem4kin jadi malas. Jarang dia ke dapur lagi walaupon untuk membancuh kopi. Kopi lak setiap malam dia akan minum.
Sekarang, aku dibayar untuk membuatkan kopi dia pula. Tidak lama kemudian aku siap dibayar untuk ambilkan parcel dia di hadapan rumah! Memang terk3jut betul. Naim menjadi sangat malas disebabkan rutin ini. Berat badan dia pon sem4kin menaik aku lihat.
Bukan aku saja diupah untuk melakukan kerja – kerja dia, kadang – kadang Baim pon diupah. Baim akan dibayar cash sebab dia tak ada hutang dengan Naim. Kerja – kerja Baim simple je seperti iron baju dan sebagainya.
Pejam celik tak sampai setahun hutang aku langsai! Walaupon hutang aku dah langsai, rutin ini tetap diteruskan. Aku umpama membuat pendapatan semasa belajar. Sampai satu tahap aku rasa macam aku mengambil kesempatan terhadap Naim.
Aku rasa bersalah, akan tetapi aku menyampah juga dengan kemalasan dan ketidakmampuan dia. Jadi aku meneruskan bisnes aku, tetapi kali ini aku suruh dia bayar selepas graduasi. Selesai graduasi, tuan puan sila teka berapa Naim hutang aku.
Cheng cheng cheng…. semuanya RM3000! Dalam masa dua tahun lebih aku berjaya kumpul RM3000 dari Naim. Jangan pelik pula, sebab dalam sehari ada je upah aku yang mencecah RM50. Ada je saat yang aku malas nak buat kerja tapi dia keep merayu dan naikkan upah hingga RM10.
Aku rasa tiada siapa mahu tolak RM10 hanya untuk masak maggi kari taruk telur pada tengah – tengah malam. Oklah mungkin taruk sawi sikit dan cili padi. Tapi bagi aku tetap kerja mudah. Dua minggu selepas graduasi aku check acc bank aku fuhh ada RM3000!
Aku garu kepala, dalam bank aku tak pernah ada nilai sebanyak tu, paling – paling pon RM1000. Aku betul – betul lupa tentang Naim, bila aku teringat kembali baru aku teringat hutang Naim kepada aku. Naim memang orang yang jujur.
Aku sayang dia sebagai kawan, aku harap dia hidup bahagia selepas ini. Kadang – kadang aku risau juga dengan rutin lama di university itu akan menjadikan dia insan tidak berguna dan malas. Aku harap dia akan mengubah habit dia, tapi mana la aku tahu dengan orang gaji dua orang di rumah dia hanya tuhan tahu apa yang bakal jadi.
Oh, kebetulan pula aku tengah plan nak melancong ke korea lepas grad dengan kawan – kawan lama aku, hutang Naim menjadi bantuan aku. Enjoy sakan aku di Korea nanti disebabkan Naim. Sekianlah cerita aku, pelik kan?
Ke biasa saja benda ini terjadi? Aku tidak pasti sebab ini kali pertama terjadi kepada aku, tapi janji ia menguntungkan aku. Yang benar, – Jiraiya.
Komen Warganet :
Donna Karan : Orang laki neh pelik betui bonding depa, somi hakak, sayang bebeno dengan bekas housemate dia kat U dulu, housemate dia gagal dalam hidup, s4kit k3ncing manis, somi hakak ajak keje dengan dia, suh jaga bisness pon gagal somi hakak set up bisness lagi gagal lagi dan lagi dan lagi.
Naik menyampah hakak seumpama bela bewak plak berbuih macam ketam dah molot kata kat somi tapi dia still bela bewak tu. Cite somi bela bewak neh belas tahun. Sampai la satu masa bewak tu s4kit dan meninggaI. Tu je la perpisahan depa.
Hakak laserkan lagi somi, dia cakap apapon dia puas hati dapat jaga hsemate U dia sampai m4ti. Terpulang kat hakak nak benci mamat tu. Hermm la neh hakak pom tak sentuh dah bab bff dia tu. Tapi masih tak paham kasih depa.
Ana Zaid : Wow bestnya kalau aku ada member macam Naim. Sebab aku pun sejenis rajin kalau buat kerja senang dan menguntungkan hehe. Mohon confessor kalau rajin tulis sambungan part 2 cite perkembangan kini tentang Naim. Risau juga dengan habit dia yang ultra malas tu sebab anak orang ultra kaya. Mane tau sekarang dia dah berubah ke.
Kay Rokiah : Adik lain kali jangan ambil kesempatan pada orang yang baik macm Naim tu. Dia sanggup bagi pinjam duit, bayar hutang. Pinjam balik. Tak habis – habis jarang ada kawan macam ni. Selalunya orang kaya pun tak akan bagi pinjam jika hutang tak dibayar. Sesungguhnya hati dia mulia. Moga – moga dia mendapat pasangan yang mulia dan bukan orang yang ambil kesempatan ke atasnya. Hidup ni hati mesti sentiasa ikhlas.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.