Ayah curi duit ibu dlm diam, 1 hari ibu dpt surat bank rumah nak kena sita

Berbulan – bulan ayah tak bayar duit rumah, dia kata dah kawtim dengan bank. Tapi lepas tu ayah hilang tanpa khabar, dia tukar phone no, dah tukar kerja, malah rumah sewa dia pun dah kosong. Rumah kena sita, kami anak beranak kena keluar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku saja nak kongsi cerita aku sebab dah lama sangat tersimpan rapi dan aku nak benda ni jadi la tauladan dan pengajaran buat kaum Adam dekat luar sana terutamanya yang dah berkahwin dan beranak pinak.

Maaf kalau panjang tapi kalau ikutkan cerita sebenar lagi panjang. Cukup baik lah aku dah p0tong sana sini. Aku dah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak. Suami aku baik, terlalu baik, bertanggungjawab, nafkah tak pernah miss walaupun aku bekerjaya, ringan tuIang dan tak pernah berkira.

Dan aku pun sama, tak pernah berkira pada dia. Suami aku ni kelakar, satu kepala dengan aku. Dia bahan aku, aku bahan dia. Dah jadi benda biasa dah dalam dunia kitorang. Apetah lagi bahan orang lain. Dan benda tu la yang buat kitorang bahagia.

Tapi kadang – kadang aku terasa sungguh dengan lawak – lawak dia terutamanya bab – bab poIigami walaupun aku tau dia melawak. Kadang – kadang dia melawak bab poIigami ni, aku gelakkan aje tapi malam – malam sebelum tidur aku akan nangis kenangkan lawak – lawak poIigami dia sebab aku TR4UMA.

Tr4uma pada kisah silam yang mungkin tak akan padam. Dulu aku pernah hidup bahagia macam family lain, ber-ayah, ibu, sorang abang and adik. Ibu ayah aku memang pasangan r0mantik. Depan kitorang adik beradik diaorang selalu mesra – mesra, lovey dovey.

Ayah aku sangat bertanggungjawab. Ape kami nak semua dia tunaikan. Holiday 2 kali setahun, setiap minggu pergi shopping. Jadi, aku nekad masa tu kalau nak kahwin, nak cari macam ayah aku. Lagi pun aku memang anak ayah, almaklumlah anak perempuan sorang.

Tapi kusangkakan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Ayah aku dapat projek luar dari negeri kediaman kami. Jadi, bermulalah episod PJJ kami anak beranak. Sebelum ayah aku pindah dok negeri lain, dia minta ibu aku berhenti kerja sedangkan masa tu ibu aku kerja bagus, Secretary di sebuah syarik4t terkemuka.

Masa ibu berhenti, ibu dapat p4mpasan dari syarik4t sebab dia ambil VSS. Disebabkan ibu dah kerja lebih kurang 30 tahun, dia dapat berpuluh ribu jugak lah. Satu hari, kad Bank ibu hilang. Ayah suruh call bank termin4te kad tu.

Ibu buat. Ayah cakap nanti dia bawak pergi Bank buat kad baru, jangan pergi sendiri sebab ayah saja nak temankan. Sampai berminggu – minggu, ayah tak bawa ibu pergi Bank sebab dia kata dia terlalu sibuk. Kenapa ibu tak pergi buat sendiri?

Sebab ayah bagi ibu duit belanja terlalu cukup. Jadi, ibu kata tak ade kad Bank pun kami anak beranak boleh hidup. Ayah pun dah mula jarang balik. Kalau dulu seminggu sekali, kemudian jadi 2 minggu sekali, ade pernah sampai 2 bulan sekali.

Aku mula – mula tak syak apa – apa tapi bila ayah pergi tempat lain setiap kali phone dia bunyi, aku dah rasa lain. Aku curi – curi tengok password ayah masa dia bukak phone. Bila malam dia tidur aku ambil phone dia dan aku cek.

Ada satu thread message (bukan WhatsApp ye sebab dulu belum ada lagi) nama lelaki tapi cara mesej macam dengan perempuan. ‘Dah makan belum, tengah buat apa, bila nak balik, tak rindu ke bla bla bla.’ Aku masa tu tingkatan 5, nak SPM.

Nasib SPM tak ke laut pacific. Disebabkan aku dah besar dan tinggal di asrama aku buat dek jek dengan harapan ayah aku tak buat lagi lepas dia habis pr0jek dan balik ke pangkuan kami. Sayangnya, harapan aku pada diri sendiri ternyata palsu.

Satu hari, surat dari Bank sampai. ‘Urgent’ – front enveIope. Aku buka and terus jerit panggil ibu aku. Rumah yang kami anak beranak duduk nak kena sita. Berbulan – bulan ayah aku tak bayar. Ibu terus call ayah, dia kata jangan risau dia dah kawtim dengan pihak Bank.

Masa ni bulan puasa. Sebab bulan mulia, ibu percaya ayah bulat – bulat, termasuk kami adik beradik. Hari berganti hari (beberapa minggu sebelum raya), ayah tak call – call. Bila ibu call, dia kata jangan call sebab dia sibuk.

Dah akhir sekali ibu call suruh ayah balik sebab nak beli baju raya kami, ayah cakap, “Asyik call suruh balik je. Kang abang tak balik sampai bila – bila baru tau”. Dan ya, selepas daripada tu memang dia tak balik – balik, hilang tanpa khabar berita.

Dia tukar phone no, dah tukar kerja, malah rumah sewa dia pun dah kosong. Untuk pengetahuan korang, kitorang pernah pergi rumah sewa dia dan duduk sana masa cuti sekolah. Kami jadi zer0. Kami tak ada apa – apa.

Rumah kena sita. Tapi alhamdulillah kami sempat pindah dan angkut barang – barang ke rumah kampung wan (nenek sebeIah ibu). Dan paling s4dis, ingat tak kad Bank ibu aku? Ayah aku yang ambil. Dia keluarkan duit ibu setiap hari sikit – sikit sampai habis.

Tapi alhamdulillah ibu ada simpan sikit dalam asb dia, sikit tak banyak. Rupa – rupanya ayah memang dah pasang strategi siap – siap nak tinggalkan kami. Sikit – sikit dia buat kerja. Lepas SPM, aku dapat masuk U. Duit tak cukup.

Pakcik – pakcik (abang and adik mak aku) yang tolong bayar dan belikan semua, SEMUA. Terima kasih paklong dan pakcik. Jasa kalian akan daku kenang sampai bila – bila. Abang aku sepatutnya belajar oversea, tapi tak jadi pergi.

Dia kata mana boleh dia focus dekat sana kalau fikirkan ibu dan adik – adik dekat sini. Jadi, dia buat keputvsan untuk sambung dekat dalam Malaysia je. Alhamdulillah JPA benarkan dan dia sambung dekat salah sebuah universiti tempatan.

Adik aku pulak, lain cerita. Dia terlalu muda untuk hadap semua benda ni. Dia dengan aku beza 10 tahun. Anak ‘acc1dent,’ kata ibu aku. Awal – awal lepas ayah aku tinggalkan kami, ibu tinggal dengan family pakcik dan makcik aku sebab nak dekat dengan aku dan abang aku.

Adik aku pun pindah sekolah. Senang kami nak balik jenguk ibu dan adik. Ibu kerja customer service dekat 1 company ni. Kerja shift. So kalau shift malam, adik akan tidur dekat ofis ibu sebab tak biase tidur kalau takde ibu.

Orang kata cliche tapi inilah realiti, bila kita susah baru kita tahu siapa saud4ra. Adelah konfIik dekat rumah pakcik aku yang membuatkan mak aku pindah balik ke negeri asal kami. Ibu duduk dengan paklong pulak. Adik pindah sekolah lagi.

Ibu pulak kerja dekat company textiIe. Sebelum dapat kerja dekat company textiIe tu, ibu kerja kedai makan basuh pinggan mangkuk and p0tong – p0tong sayur. Ibu takde kelayakan. Dia dulu mula kerja sabagai kerani je dulu sampai dia jadi secretary untuk salah seorang pengurus.

Macam yang dijangkakan, benda cliche jadi balik. Dan konfIik ni jadi dari ipar duai. Ibu nekad cari rumah sewa. Alhamdulillah dapat rumah Town House yang owner sangat baik hati. Masuk tak payah deposit. Terima kasih En. Nordin.

Semoga Allah murahkan rezeki selalu. Walaupun T0wn House, itu lah syurga kami, syurga aku untuk bertahun – tahun. Untuk pengetahuan kalian, cuti semester atau study week aku dan abang aku tak pernah ‘kosong’.

Kami sentiasa buat part time, walaupun cuti seminggu je. Macam – macam part time kitorang buat, kerja dekat supermarket, hotel, pasar, kiosk, kedai makan, korang cakap je. Tapi dengan duit tu lah aku and abang aku surv1ve (selain ptptn dan biasiswa), buat bayar kereta ibu aku, beli peti ais dan mesin basuh, barang – barang rumah dan beli makanan sedap – sedap untuk adik aku sampai dia gem0k.. Hahaha.

Dan sebenarnya, orang yang paling banyak menyumbang dan tolong kami ialah wan aku, orang yang aku paling sayang dalam dunia. Wan aku yang paling banyak bagi support dan beri duit pada kami. Duit belanja yang ibu bagi dulu – dulu dia jarang usik, dia simpan.

Duit tu lah dia bagi kami buat belanja. Duit belanja anak – anak dia bagi, kadang – kadang dia bagi kami anak beranak buat belanja jugak. Terima kasih, wan. Semoga wan ditempatkan di kalangan orang – orang yang beriman. Aamiin.

Sampailah aku dan abang dah kerja, ibu dapat keluar EPF. Aku joined nama dengan abang aku buat loan rumah, ibu bayar dep0sit. Alhamdulillah dapat lah rumah teres setingkat. Syurga baru kami. Sampai hari ni, aku dan abang yang bayar rumah tu (50-50).

Rumah yang tak seberapa untuk ibu yang banyak berk0rban untuk kami. Abang aku pun banyak berk0rban untuk kitorang masa ayah aku takde. Duit biasiswa dia memang bagi untuk family, duit gaji part time . Tu sebab rezeki dia meIimpah ruah sekarang. Terima kasih, balong, untuk semuanya.

Sepanjang 8 tahun ayah tinggal kan kami, ade jugak lah cari – cari dia. Tapi memang tak jumpa. Family sebeIah ayah pun kata ayah tak balik – balik kampung. Ibu, abang, aku and adik macam orang giIa turun naik mahkamah untuk fasakh ibu.

Tapi tulah, undang – undang manusia buat ni kadang menyusahkan. Bertahun – tahun tak jatuh fasakh, tak paham aku. Sampai lah aku nak kahwin, nak tak nak kena jugak cari ‘wali’ aku. Sampai mahkamah suruh masukkan dalam paper.

Tapi Alhamdulillah, jumpa weiiiii. Macam mane jumpa, biarlah aku and family aku je yang tau. Pertama kali kami berjumpa setelah berapa tahun tak jumpa, taktau macam mana nak react wehhhh. Nak peIuk ke t4mpar ke sep4k ke civm ke tumb0k ke tenang ke d0doi ke.

Tapi ape jadi masa tu antara ibu, aku, abang, adik dan ayah aku pun biarlah menjadi rahsia kami. Rahsia yang tak akan aku lupakan sampai bila – bila. Ye, ayah aku kahwin lain. Tinggalkan kami demi ‘dia’ (janda anak 3) dengan menjandakan ibu aku yang jugak anak 3.

Ape sebenarnya lelaki nak weiii??? Kenapa dia tinggalkan kitorang? Sebab nak fokus family baru (wakluuuuuu). Bermula dengan tolong cari rumah sewa, tolong berniaga, tolong kewangan sikit dannnn akhirnya, tolong tinggalkan keluarga sekali.

Jadi, lelaki dekat luar sana, jadilah s0mbong sikit. Biarlah orang nak kata ape, janji hati keluarga terjaga. Sebelum jadi wali aku, ayah ceraikan ibu dekat c0urt setelah bertahun – tahun lamanya ibu g4ntung tak bertali.

Kenapa lah siksa ibu sampai macam ni?. Dan benda yang paling aku rasa sedih sampai hari ni, takde sebutir maaf pun keluar dari mulut ayah aku pada kami. Tak ada. Aku redha tapi aku tau ibu aku pasrah. Sebenarnya terlalu banyak benda yang berlaku dalam masa tu.

Tapi kang panjang sangat pulak. Kami dengan ayah masih berhubung, dia akan bawak anak dia yang bongsu (anak dengan bini dia) datang rumah kami setiap kali hari raya. Tapi tanpa bini la, kalau tak per4ng dunia la woiiiii.

Orang kata, apa jadi pun, dia tetap ayah kau. Ye, memang sebab kau tak berada di tempat aku. Aku boleh memaafkan tapi tidak sesekali melupakan. Dan korang tau yang lagi s4dis, family beIah ayah tau dia kahwin lain dan ayah ade je balik kampung sebenarnya.

Aku tak paham kenapa nak rahsiakan. Menjawablah korang kat sana besok. Nenek dan atok beIah ayah aku dah arw4h. Jadi yang rahsiakan ni pakcik – pakcik dan makcik – makcik aku lah. Walaupun benda ni dah bertahun – tahun berlalu tapi tr4uma aku pada ‘poIigami’ ke ‘kahwin lain’ ke tak akan padam.

Sebab dengan benda ni lah family aku mend3rita. Tapi dengan benda ni jugak lah kami belajar satu perkara, yang kami sentiasa ada antara satu sama lain walau apa pun yang jadi. Jadi, kalau laki aku baca ni dan dia tau ni aku, aku harap kau kurang  -kurangkanlah lawak – lawak poIigami kau tu.

Aku tertawa dalam tangisan. Aku bukan benci lawak – lawak tu tapi tak suka. Akhir kata, “Forgive others not because they deserve forgiveness but because you deserve peace.” – Miss Shinoda (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syahmina Safiyya Wa Harith : Sis, awak cakapla direct dengan suami awak tu. Takyah harapla dia baca confession bagai. Pakej dengan nangis sekali, sebab nak bagi dia faham awak memang tak suke. Lelaki ni tak reti kona – kona, senang cite direct je bagitau. Pape pun semoga Allah merahm4ti awak sekeluarga terutamanya IBU awak.

Salwa Syed Omar : Hebatnya ayah tt. Mer0mpak isteri sendiri? Fuhh. Tak terkata.. Membiarkan anak – anak dan isteri tanpa nafkah dan segalanya tapi menyara anak orang lain. Siap mencuri lagi. Allahu semoga baIasan setimpal akan diterima baik di dunia mahupun di akhir4t. Hanya orang yang lahir dalam keluarga poIigami yang sebegini yang tahu macam mana peritnya. Semoga ibu tt mendapat baIasan syurga atas ujian yang dilalui.

NurAz Wan : Sejujurnya macam mana kita tak mahu pun, kemungkinan itu tetap ada. Jadi yang lebih baik, kita sediakan diri menghadapi segala kmungkinn. Buat saving sebanyak mungkin. Beli harta – harta kekal atas nama sendiri, lebih baik kalau rumh yang ada juga atas nama kita.

Jangan manjakan suami sangat, kerana lelaki ni, kalau rasa senang sangat, dia akan mula fikirkan nak cari sesuatu yang lebih menc4bar, macam nak kawin lagi. Jadi kalau kita sudah fikirkn segala kemungkinan, bila peristiwa terjadi atau tidak pernah terjadi, kita tidak tenggeIam punca kerana sudah ada sokongn material mahu pun mentaI.

Farah : Sangat memahami. Cerita kita sama, tapi lain sikit plotnya. 3 beradik, sorang anak perempuan, dari hidup bahagia, senang ke susah, jatuh bangun. Yang buruk jadikan iktibar. Semoga Allah pelihara rumahtangga kita semua.

Ezd Airaniez : I feel you sis. Hanya yang pernah aIami tahu betapa aIIergic nya perkataan poIigami tu. Perempuan yang h4ncurkan hati perempuan lain memang takkan bahagia. Sebab kesenangan si suami kali pertama tu sebab rezeki anak – anak isteri pertama.

Selalunya yang ambil suami orang ni end up hidup kucar – kacir. Rasanya sis beruntung dapat mak yang kuat, adik beradik yang struggIe sama – sama dan nenek yang baik. Benda – benda macam ni yang jadikan hidup kita kuat.

Semoga suami sis setia dan tegur direct je kalau dia gurau hal poIigami ni. Saya pun f0bia tengok ramai orang sekeliIing curang. Pengalaman menghadap bapa MIA ni memang susah nak lupakan tapi itulah yang menguatkan kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.