Suami ambil ayam goreng, sekali mertua ambil balik ckp tu bahagian kesukaan abang ipar

Mak mertua dah tak nak layan kami sebab suami tak setuju dengan keputvsan mak mertua. Mak mertua suruh suami sp0nsor perkahwinan 3 orang adiknya sekali kena tambah duit unruk buat ren0vation tambah bilik pengantin. Semalam suami menangis peIuk aku kuat – kuat, dia cakap dia dah tak mampu..

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Hide profile aku. Aku dengan suami dah 7 tahun berkahwin, alhamdulillah kehidupan kami bahagia dan kami dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata. Aku merupakan anak bongsu dan aku datang dari keluarga yang agak berada, tapi abah aku dah meninggaI 4 tahun lepas.

Suami aku pulak anak ke 9 dari 13 orang adik beradik dan bukan dari keluarga yang berada. Tapi kehidupan kami suami isteri terggangu dengan masalah orang lain. Suami dengan aku gaji tak lah besar sangat, cukup – cukup makan je, sebab kami buat bisness sendiri.

7 tahun aku kahwin ni aku banyak makan hati dengan family suami aku. Ye, aku akui, suami aku tak mampu nak bagi duit cash macam anak – anak yang lain setiap bulan, tapi setiap kali kitorang pergi rumah mak mertua mesti suami aku akan hulur duit RM30 ke RM50.

Kitorang pergi pulak dalam 4 hari skali sebab jarak rumah dekat je. Tapi diorang tak nampak semua tu. Asyik kutuk – kutuk suami aku dari blakang, sebab jenis suami aku, bila bagi pun diam – diam, tak kec0h dalam group family.

Bila kitorang tak ada duit pun kitorang diam, tak minta dengan sesiapa pun. Masalah sekarang, kami tak meminta minta pun salah, family suami aku ingatkan bila kitorang tak minta – minta tuu kitorang bnyak duit tapi saja tak nak bagi kat mak mertua aku.

Diorang ingat hidup kami mewah sebab tengok aku beli mainan macam – macam kat anak – anak aku, dapat beli makanan yang sedap – sedap. Dan tengok khidupan kami macam tak ada apa – apa masalah. Sebenarnya kami ada je masalah, cuma kami tak tunjuk, yelah manusia mana yang tak ada masalah kan.

Sekarang ni suami aku s4kit kepala sangat, mak mertua aku suruh kitorang support 3 orang adik dia nak kahwin tahun ni dan tahun depan. Siap suruh sp0nsor dalam 8k untuk ren0vate rumah tambah bilik untuk diorang yang nak kahwin tu.

Suami dah cakap nak kahwin, biarlah diorang usaha sendiri, sampai bila nak kena tolong. Nanti – nanti dah kahwin ada anak tak akan suami aku jugak kena tanggung diorang. Lepas suami cakap macam tu mak mertua aku terus tak nak layan kami dengan mesra dah.

Padahal selama ni sepanjang aku kahwin, suami aku tak ada duit ke tak cukup apa – apa ke tak pernah mintak dengan mak mertua aku. Adik beradik suami yang lain, lepas bagi duit seminggu dua, lepas tu mintak pinjam balik dengan mak mertua aku.

Itu apa yang mak mertua aku cerita sendri kat aku dengan suami. Dan setiap kali rumah mak mertua aku rosak ke ape ke memang  suami aku yang akan tolong repair. Ye la, dah tak dapat tolong dengan duit, tolong dengan tenaga, dan suami aku ada sekor abang kat rumah mak mertua aku yang hanya reti tido, makan, mintak duit, mengarah je.

Dia la yang termasuk 3 orang nak kahwin tu. Abang suami aku tu suka marah – marah mak mertua aku, bila mak mertua aku masak. Kalau tak kena dengan selera dia memang dia mmbebeI tak berhenti. Ada kat rumah tapi tak ada function, ada hati pulak nak kahwin.

Walaupun per4ngai macam tu mak mertua aku tetap sayang dia. Pernah sekali tu masa kitorang makan sama – sama suami aku ambik ayam bahagian yang abang ipar aku suka tapi mak mertua aku ambik balik ayam tu dari pinggan suami aku dan cakap, “Ni bahagian abang,” dan simpan.

Bila suami aku mintak mak mertua aku masakkan makanan kesukaan suami aku, macam – macam alasan mak mertua aku bagi tak nak buat, kadang – kadang biasalah anak rindu masakan ibu sebab tu suami aku minta tolong masak.

Sekarang dah seminggu tak pergi rumah mak mertua. Last pergi baru ni dia nak layan tak layan je kitorang min, salam pun tak disambutnya, bila bercakap dia sindi r- sindir je sebab suami aku tak nak support anak – anak dia nak kahwin.

Suami aku sedih sangat, dia cakap dia berd0sa kecikkan hati mak dia. Semalam dia nangis sambil peIuk aku, dia cakap dia dah tak mmpu nak puaskan hati mak dia, dari kecik lagi dia tak disayangi macam anak – anak lain sebab dia gelap sikit dari adik beradik dia yang lain.

Kalau makan ke apa memang dia yang dapat last. Kuat dia nangis, aku sendiri pun terk3jut tengok suami aku nangis macam tu sekali dengan aku – aku sekali pun nangis. Suami dah ajak aku pindah duk luar negeri biar jauh sikit dari keluarga dia. Betul orang cakap, dekat bau busuk, jauh bau bunga, doakan kami kuat melalui. Terima kasih admin, maaf ayat berterabur, sekadar luahan.

Komen Warganet :

Dee Ya : Awak kena support suami, bagi dia rasa disayangi. Elok la duduk jauh dari keluarga dia tu. Senang sikit, hati suami pun tak akan dis4kiti. Jangan sesekali support orang lain nak kahwin ok. Jangan layan permintaan mak mertua tu. Cakap kat suami. Tak payah bagi duit untuk orang lain kahwin sebab kalau dia bagi pun. Mak dia tetap akan layan dia acuh tak acuh juga.

Azlina Haji Yahaya : Ye la, pindah pi jauh sikit la. Kesian dekat suami awak. Abaikan je mak mertua macam tu. Suami awak sepatutnya cakap tak ada duit. Duit cukup – cukup untuk keperluan je. Bukan pertikaikan adik beradik yang nak kahwin tu walaupun suami awak betul.

Sebab mak mertua awak tu ingat suami awak banyak duit tapi kedekut. Tu orang tua tu kecik hati. Pasai pilih kasih tu patut suami awak tegur terang – terang je tapi dengan nada sopan. Asalkan tidak dicop derh4ka sudah.

Buat baik selagi boleh tapi kalau salah tetap kena tegur walaupun ibu. Kurangkan balik rumah mak mertua, bila dah sejuk balik lah. Sebab kita mencari keredhaan Allah biarpun dizaIimi. Doa banyak – banyak, InsyaAllah…

Zie Rozieta : Bab ayam yang di ambik balik dari pinggan tu rasa sedih pulak dengar. Ada gak jenis mak macam ni.. Anak – anak makcik ni ada 3 orang, kalau merebut ayam tuu Iantak korang laa. Makcik tolong gelak je. Sekarang kalau beli kepak, semua kepak sampai 12 ketul. Tak payah nak rebut lagii.

Noraizan Ali : Pindahlah, sementara suami memang dah terfikir nak pindah ni. Biar jauh, kalau boleh selang 3, 4 buah negeri. Biar susah nak balik. Tang adik beradik nak kahwin tu, jangan sp0nsor. Siapa yang gatal nak kahwin suruh dia kumpul sendiri duit.

Setakat sponsor sikit takpe lagi. Ini meIampau, siap nak suruh ren0vate bagai. Cakap je, siapa yang nak buat tambah bilik tu dia lah yang bayar. Cakap awak tak perlu pun bilik tambahan tu..

Liezawatie Durani : Saya baca, tiba – tiba rasa hiba.. Saya bayang kan situasi yg korang lalui.. Sedih betoi laa dapat mak gituu. Pindah jauh – jauh biar mak tu tahu erti rindu pada suami awak.. Yang nak kahwin orang lain.. Orang lain lak kena sediakan duit.. Mak tahap dewa nie adoii. Sabarlah dugaan buat awak dan suami..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.