Along melutut dan menangis peIuk abah, tapi abah tolak along, tanya kenapa balik?

Aku pelik mak nak beli baju raya mahal, mak beli daun palas dua ik4t. Selalunya beli 1 ik4t je. Bila aku tanya, dengan wajah berseri – seri mak cakap, Along nak balik. Tapi bila sampai hari yang dinanti, Along tak balik dengan alasan anak meng4muk, kereta meragam.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya teringin pulak nak kongsi kisah lama. Kisah yang dah berlalu hampir 10 tahun lepas. Masing – masing dah ada kehidupan sendiri namun duka tersebut kekal dalam ingatan.

Sebelum tu aku perkenalkan dulu adik beradik aku. Kami ada 6 orang adik beradik dan aku anak nombor 4. Along, angah, acik, aku, ila dan naim. Along aku duduk jauh dari kami semua. Kami di utara dan along nun jauh di selatan.

Sebab zaman dulu rumah kami tak ada sekolah menengah jadi mak hantar along duduk dengan nenek aku dekat Johor. Maka berdikarilah along sendirian di sekolah agama dekat johor. Zaman dulu pulak tak ada telefon bimbit dan telefon tiang tu pun kalau ada along kena jalan 4 km dari sekolah dan mak perlu ke pekan untuk menggunakannya.

Jadi mak hanya mengutus surat buat along dengan harapan along baIas. Sekali dua adalah along baIas. Itupun jika posmen masuk ke kampung kami. Zaman tu susah sikit. Ibu mana yang tak rindukan anak. Mak aku hantar dia jauh sebab nak bagi pendidikan pada dia.

Abah aku cerita, tiap – tiap malam mak aku tahajjud sebut nama along.. along. Mak doakan along jadi orang berguna. Doa along jadi haffiz, mampu uruskan sendiri jen4zah emak nanti. Kalau mak nampak budak – budak sebaya along, abah kata mak mulalah sedih.

Menangis rindu. Tapi apa boleh buat. Jarak memisahkan. Kalau kereta uzur abah sihat, dapatlah abah bawa mak balik Johor. Kalau tidak mak hanya mampu menatap potret along. Dalam setahun mungkin 2, 3 kali sahaja mereka jumpa.

Pendek cerita, along tamat belajar. Tak jadi haffiz tapi alhamdulillah jadi orang yang berguna. Mak punya suka sampai buat kenduri doa selamat. Abah kata exc1ted betul mak jemput orang kampung datang kenduri.

Sempena dengan along tamat belajar. Sebulan selepas tu, abah kata along dapat kerja. Along telefon uncle chong (tauke kedai runcit) kawan abah. Dia antara yang ada telefon di rumah. Along cakap along dah kerja.

Kerja sambilan sahaja di sebuah restauran. Bila abah balik beritahu mak, mak punya suka sampai terus sujud syukur atas tanah masa tengah sapu sampah. Bila dengar je ketawa abah, mak baru sedar dia sujud atas tanah.

2, 3 tahun lepas tu along dah jarang berhubung mak. Abah pun. Mak pula walaupun sibuk menjaga kami, tapi mak tetap tak lupa. Hari – hari mak cerita pasal along pada kami. Aku ingat lagi masa tu, mak cakap alonglah harapan mak dan adik – adik bila mak dan abah tua nanti.

Aku pula angguk – angguk saja acah faham. Zaman m4kin berlalu. Along berkahwin dengan wanita dari Johor juga. Selepas 1 tahun kahwin, along seakan lupa mak dan abah. Akak ipar aku juga tidak ada menghubungi emak dan abah bertanya khabar. Sepi.

Maka mak dan abah pergi ke rumah along. Masa tu aku umur dalam darjah 5 lebih kurang (tak ingat sangat). Akak ipar aku kerja, along pun kerja. Kami datang rumah tu seolah – olah datang beramah mesra dengan dinding, pagar.

Rumah tidak ada orang. Sudahlah begitu, balik kerja je kakak ipar aku tinggal makan apa yang mak aku masak. Membantu di dapur usah dik4talah. Memang tidak sekali. Raya memang along tiap – tiap tahun raya beIah isteri dia.

Pernah sekali sahaja along balik beraya di rumah. SEKALI. Itupun banyak mak abah yang tanggung duit minyak. Along berhenti kerja. Nak mula bussines sendiri. Aku dan adik beradik lain memang tak sokong sebab takut along jenis yang cepat putvs asa.

Tapi orang kata doa mak ni kan tak ada hijab, hari – hari doa akhirnya along berjaya buka restoran. Tahun demi tahun berlalu. Aku mula bising pada along. Suruh along balik beraya. Mak dan abah pula bukannya m4kin muda.

Esok – esok bila mak abah tak ada baru nak datang sujud kat kubvr. Aku dan adik beradik lain semua bising. Tapi respon along cuma, “busy, orang ramai. Crew restoran tak cukup.” Mak aku punya bersangka baik tahap tinggi langit.

Aku dah cakap kat mak, restoran abang tu dah maju. Pekerja ramai, apa lagi yang tak cukupnya. Mak cuma cakap, “biarlah along nak raya di sana agaknya.” Bulan – bulan pula kadangkala along ada beri mak wang, tak banyak tapi cukuplah katanya. Hmm.

Aku setiap kali raya mesti mengintai mak dalam bilik. Curi – curi intai, itupun setelah kawtim dengan boss (abah). Malam raya selalunya mak akan sediakan kelengkapan dan bahan untuk masa esok pagi. Lepas je siap mak akan masuk bilik, berehat katanya.

Aku pun intai di sebalik pintu, nampak mak pegang gambar kami masa kecik – kecik (gambar along cantum dengan gambar kami). Mak peIuk gambar tu, pejam mata dan aku rasa mak menangis. Tapi wajah tetap tenang.

Bila aku buat – buat berdehem nak masuk bilik, mak cepat – cepat baring. Konon tengah berehat. Ret4k hati aku tengok mak macam tu. Aku ada mesej along tapi katanya aku tak faham dia. Entahlah. Mak aku ada cakap, setiap kali raya akak ipar aku tak pernah cakap apa – apa pada mak.

Aku memang benci dia dari dulu lagi. Dia selalu lebihkan keluarga dia. Masukkan gambar makan – makan dengan keluarga, keluar jalan – jalan dengan keluarga dia. Habis kami? Pernah dia fikir? Aku bukan nak duit. Aku tak hamak pun.

Tapi aku nak masa seorang anak. Aku nak tu. Aku tak nak mak aku nangis di hujung usia. Kakak ipar aku jenis cakap depan semut pun tak m4ti. Kalau belakang allahu, tuhan je tahu peritnya. Mak aku pernah pinjam duit pada dorang.

Masa tu aku dengan abang – abang lain baru nak masuk belajar, tak cukup duit. Akak ipar aku pergi canang kat semua orang kampung. Bila mak aku balik Johor, satu kampung tahu. Malu mak aku. Kakak ipar aku tak reti masak.

Along aku saja yang tahu sebab dulu mak sempat ajar dia masak mana yang mudah. Setiap kali kami balik Johor dan datang rumah along, mesti mak aku akan jadi h4mba abdi dia. Siang pagi malam keja masak aje.

Kami pulak yang lelaki ni kadang – kadang masuk dapur tolong mak. Akak ipar duduk di ruang tamu main telefon. Along jangan haraplah dia nak marah. Mak aku? Hmm pendam selagi mampu. Hujung usia mak aku, ada kisah yang berlaku masa nak raya.

Masa tu aku cuti awal. Aku balik 1 minggu sebelum raya. Aku tengok mak bersungguh – sungguh nak siapkan barang – barang nak raya. Baju raya mak pilih yang mahal. Sanggup mak nak keluarkan duit (tapi aku tak bagi, aku bayar) sebab nak beli baju mahal.

Aku layankan saja sebab ingat sekali sekala mak nak bergaya. Kuih – kuih raya bersusun bertingkat – tingkat, daun palas selalu beli satu ik4t tapi hari tu beli dua ik4t. Berlambak. Itik, ayam, daging… semua mak beli.

Bila aku tanya, akhirnya keluarlah sebuah jawapan dengan wajah yang berseri – seri. “Along nak balik lusa.” Aku tanya lagi kenapa tak balik raya? Raya along sibuk mak kata. Aku senyum sinis. Heh, macam aku tak tahu bini kau yang tak nak.

Sibuk nak berkepit dengan keluarga sana. Hari yang dijanjikan kunjung tiba. Mak aku masak banyak juadah berbuka. Penuh satu meja. Katanya anak cucu nak makan. Tunggu punya tunggu along kata tak jadi balik.

Anak dia mengamuk tak nak balik. Kereta dia pun meragam. Mak senyum sambil jawab, “tak apa long, mak faham.” Aku masa tu macam orang naik h4ntu. Berbakul – bakul m4kian aku sembur pada along. Dia cuma diam.

Entah dia atau entah bini dia yang baca mesej. Emak kemas meja, emak masukkan lauk – lauk yang dimasak dalam bekas dan simpan dalam peti. Aku alang dan acik menitis air mata sambil bantu mak. Mak kata lauk ni simpanlah boleh makan lagi dua tiga hari.

Panaskan saja. Lepas tu mak terus masuk bilik. Malam ni kami berlima datang duduk atas katil mak. Mak mengadu dia lenguh. Adik aku urut kaki mak, aku urut tangan. Alang dan acik baring peIuk mak. Mak kata rindu masa kami kecik – kecik dulu.

Selalu melekat je dengan mak. Malam tu mak cerita semua pasal kami. Bermula dengan masa mengandung, melahirkan dan menjaga kami sampai besar panjang. SEMUA. Menitis air mata jantan kami.

Sahur pagi esoknya, mak s4kit badan. Lenguh – lenguh katanya. Kami tak kasi mak bangun. Lauk pauk kami panaskan. Tunggang terbalik jugaklah dapur dibuatnya. Kami suap mak, duduk sembang lagi. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.

Tengah sembang – sembang mak cakap kalau along ada mesti lagi best. Kami marah sebab mak terlalu lembut dengan along. Mak kata mak tak sampai hati. Lepas solat berjemaah subuh, mak rebah. Pendekkan cerita, mak menghembuskan nafas sebaik menunaikan solat subuh.

Mak sempat menyuruh kami menyampaikan salamnya buat along. Sedih. Sebak. Kami telefon along tapi panggiIan tidak berjawab. Pendekkan cerita lagi, along menghubungi kami semula ketika urusan memandi dan mengk4fankan jen4zah selesai.

Itupun setelah melihat hampir 100 miscall dari kami semua. sebaik sahaja aku beritahu yang emak sudah tiada, along menangis. Tiada gunanya along. Tiada guna! Along suruh tunggu dia balik, dia nak tengok mak tapi kami sepakat untuk menyegerakan urusan pengebvmian.

Kasihan jen4zah. Ustaz juga ada menasihati kami agar menyegerakan urusan. Along sampai di rumah malam itu. Menangis meraung meratap semuanya ada. Along peIuk abah tapi abah tolak. Abah kata kenapa pulang?

Along bersujud minta maaf tapi abah kata mak kau dah takde. Along pergi pula pada kami, menangis minta maaf. Kami juga kosong ketika itu. Kosong jiwa. Kosong minda. Sahur itu kami panaskan lauk masakan terakhir emak.

Ada di antaranya yang masih elok. Kami makan sambil menitis air mata. Abah suap kami seorang demi seorang. Katanya masa tinggal berdua dengan emak, itulah guruan mereka. Saling menyuapkan. Esoknya along ke kubvr mak, meraung meratap memanggil emak kembali.

Tapi tiada sahutan. Tiada senyuman. Tiada suara riuh emak bercerita. Tiada lagi insan yang mendoakan. Kini, sudah 10 tahun peristiwa itu berlalu. Tapi kenangan dengan arw4h mak masih segar dalam ingatan.

Setiap kali ramadhan, masih terngiang – ngiang suara mak memanggil kami makan. Menyambut kami di pintu rumah setiap kali balik cuti. Lidah kami masih terasa keenakan masakan emak. Masih terbayang keletah lincah mak memasak di dapur. Rindu. Rindu yang tak terluah.

Along pula menanggung sesal yang tak sudah. Along berpindah duduk di rumah lama kami. Rumah kenangan emak dan abah. Tapi abah masih terIuka. Masih belum mampu maafkan perbuatan along. Akak ipar aku pula sibuk berubat sana sini supaya along kembali ‘taat’ kepadanya.

Macam mana aku tahu? Sebab aku sendiri pernah terkena benda buruk yang dihantar. Doa aku semoga dia berubah. Pengajaran cerita aku ialah anak lelaki, utamakan ibumu. Ibu satu. Tiada ganti. Hilang itu maka hilanglah selamanya.

Baliklah beraya hiburkan hati mak abah masing – masing. Jangan sekadar menghulur wang. Hulurkan juga kasih sayang. Kerana kasih sayang pengik4t tali kekeluargaan. Maaf cerita panjang. Hope dapat ambil pengajaran. – Yang Bersedih (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Assalamualaikum. Terima kasih atas komen positif di post yang lepas. Terima kasih juga atas komen negatif. Aku baca setiap satu komen korang semua. Yang tidak memahami aku doakan korang tak perlu lalui semua ni.

Sebab perit sangat. Yang salahkan mak abah aku hantar along belajar jauh – jauh, aku doakan jugak korang dapat anak soleh dan solehah. Ada sebab mak abah aku hantar jauh – jauh. Sebelum hantar pun dorang dah tanya along betul – betul nak duduk sana atau just tamatkan belajar setakat darjah 6.

Along berkeras nak, zaman tu ramai rakan sebaya dia yang mak ayah hantar sekolah jauh – jauh. Jadi pilihan tetap pada dia. Arw4h mak aku kadang – kadang sebut mungkin salah mak hantar along jauh – jauh. Tapi aku rasa tu tak menjadi masalah sebenarnya.

Sikap, environment dan ‘tuIang belakang’ yang memainkam peranan dalam hal ni. Adik bongsu aku pun belajar jauh jugak. Jarang – jarang kami tengok, tapi tak pernah lupa mak abah. Sebenarnya, ada cerita di sebalik cerita.

Aku baru cerita 5% pasal akak ipar aku kan. Lagi 95% aku simpan. Sebab kalau aku cerita pun makcik – makcik bawang komen bukan – bukan jugak dekat post ni nanti. Aku jugak kena m4ki balik. Yang nak tahu insyaAllah nanti aku cerita tapi bukan sekarang.

Sekarang aku nak cerita pasal raya 2019. Aku balik kampung 2 hari sebelum raya. Gara – gara tak dapat cuti awal, terp4ksa balik lambat. Anak bini aku awal – awal dah mintak izin nak balik kampung kumpul ramai – ramai dengan adik beradik aku.

Bini aku kata kesian abah tak ada siapa masak raya. Macam biasa bila sampai je rumah pagi tu aku dengan adik beradik lain masuk hutan cari buluh lemang. Dalam meredah perjalanan dalam hutan tu sempat angah tanya.

Along tak balik ke tahun ni bah. Abah diam. Laju jalan ke depan. Aku dah cuit – cuit angah, tahu yang abah tak suka dia tanya soalan tu. tapi angah tetap berdegil. Masih tanya lagi. Lama abah diam. Bila dah sampai dekat pokok buluh, abah duduk tepi, aku dan adik beradik lain dah bersedia untuk pilih buluh.

Aku dengar abah mengeluh panjang. Keluh orang tua – tua. Abah tarik nafas panjang sebelum bercakap. “Abah ni dah tua angah. Apa yang abah harapkan cuma seorang anak yang jauh terpisah yang masih sudi hubungi dan lawat abah.”

Oh ye lupa nak bagitahu. Along pindah semula ke johor. Katanya anak – anak perIukan dia. Tambah – tambah anak bongsu dia. Abah macam biasa tak pernah haIang tapi aku tahu jauh di sudut hati dia, cuma tahu yang tahu betapa sunyinya abah.

Aku menyampuk. Along ada call abah? Kak long? Abah geleng sambil kuis tanah dengan parang. Pendekkan cerita, malam tu aku cuba call along. Tapi bini dia yang angkat. “Kenapa call? Tak payahlah call along korang lagi.

Abah kan tak suka dia, korang pun sama. Kenapa masih nak cari dia? Nak duit? Nanti akak suruh dia transfer.”. Belum sempat aku nak cerita benda sebenar habis disemburnya aku. S4kit hati punya pasal aku letak call tu.

Pasal duit kami tak kisah. Sikit pun tak kisah. Biar kami tak makan besar masa raya, biar kami tak cukup duit asalkan abah bahagia. Senyum. Gembira tengok anak menantu cucu – cucu semua. Memang abah kata abah marah, siapa yang tak marah.

Tapi marah orang tua lama manalah sangat. Kena pandai pujuk. Lepas balik terawih malam tu, abah duduk dekat beranda rumah. Adik beradik lain masih di dapur, tolong bini masing – masing buat kuih biskut raya bagai.

Nak feel raya katakan. Aku pulak memang tak minat buat kuih raya bagai sebab bini aku bising, setiap kali aku masuk dapur dia halau ke depan. Aku pun hampir ke abah. Lagi empat tapak nak sampai, aku dengar abah mengomel perlahan.

“Melur (bukan nama sebenar) anak kita masih sama macam dulu. Tak ada apa yang saya harapkan lagi melainkan masa saya meningg4I nanti dia sempat lihat jen4zah saya. Saya tak nak dia jadi macam masa awak dulu.”

Aku slow – slow undur kebelakang. Diri belakang pintu sambil tahan air mata nak keluar. Aku pasang telinga lagi nak dengar apa yang abah omelkan. “Long, masa mak mengandung kau, abah orang pertama yang tak duduk diam. Siang malam kerja nak tampung kos hidup kita. Tak sangka, besar dah kau”

Siot, menitik air mata aku. Jatuh eg0 aku time tu. aku rasa macam nak melutut depan abah sekarang jugak tapi aku tahan. Aku tahu abah tengah meluah perasaan. Abah memang tak pernah cerita apa – apa pada kami.

Hidupnya mudah, yang keluar selalu cuma ‘biarlah…’ Aku baru nak langkah pergi dekat abah, anak buah aku datang tegur tanya tokwan dia. Aku tunjuk dengan mulut, nak bersuara macam tak terkeluar pulak. Aku pergi dapur.

Aku nangis atas bahu bini aku. Adik beradik aku semua tanya kenapa. Bila aku cerita semua pakat meleleh ayaq mata. Mujur anak – anak semua dekat luar. Kalau dorang nampak kami nangis berjemaah, takut kena ejek setahun tak habis.

Masa sahur tu, bini aku goncang badan aku sekuatnya sambil panggil nama. Katanya abah semput. Angah bawak abah pergi hospitaI. Kalut bini aku ajak pergi hospitaI time tu jugak maka pergiIa kami ke hospitaI dengan aku yang masih berkain pelik4t, berbaju putih pagoda dan berselipar terbalik pasangan.

Sampai – sampai je nampak semua adik beradik ada kecuali along dan adik aku (oversea). Aku tanya mana abah. Abah semput je kenapa semua mata berair ni. Acik peIuk aku kata abah tak sedarkan diri. Semput. S4kit jantung dan macam – macam lagi.

Abah simpan semuanya dari kami. Allahu, melutut aku masa tu. aku dah hilang mak. Aku tak sanggup hilang abah dalam masa terdekat. Aku tak habis berbakti pada abah lagi. Acik call along. Angah call juga. Semua yang ada dekat situ call along.

Mintak balik tengok abah sebelum terlambat macam dulu. Tapi hampa. Tak jawab. Sementara nak tunggu subuh, kami bergilir – gilir jaga abah. Sorang jaga yang lain pergi solat. Memohon agar abah sembuh. Lagi sehari nak raya.

Tak terbayang rasanya raya tanpa abah. Bini aku tak boleh solat jadi dia tunggu abah. Balik je kami dari surau berdekatan hospitaI, bini aku bagitahu along whatsapp. Tanya kenapa call. Dia di Switzerland, beraya dengan keluarga wife dia di sana. B

ini aku bagitaw abah s4kit. Tahu apa along cakap? “Alah abah tu manja sangat. Biasalah s4kit – s4kit org tua. Nanti okaylah tu. Abah tak jaga makan. Dulu along nak bawak abah pergi full checkup hospitaI abah tak nak. Tengok sekarang kan dah susah.”

Wow! dulu kaulah yang sujud beria dekat kaki abah mohon ampun. Tapi tiba – tiba cakap macam tu. Cepatnya manusia berubah. Kami dah pasrah. Malas nak bagitaw dia apa – apa lagi. Adik aku yang dekat oversea tu pun kami fikir 10x nak bagitaw ke tak sebab dia ada final.

Tapi fikir punya fikir kami bagitau jugak. Menyump4h sakan adik aku bila tahu along dia kat oversea. Satu negara dengan dia pulak tu. Katanya nak aje kap4kkan along. Malam tu abah sedar. Alhamdulillah Allah perkenan doa kami.

Esok hari raya, kami balik ke rumah dan memulakan persiapan. Riuh rendah semula rumah. Abah naik kerusi roda, tak larat berjalan lagi katanya. Tak pe, kami sedia membantu abah. Abah cakap nak makan rendang daging itik, ketupat palas dan lontong.

PukuI 10 malam alang redah rumah jiran aku mintak nak beli itik beIaan dia. Susah nak tangkap tapi tak pe demi abah dia gagahkan. Bini – bini kami drive jauh sikit keluar ke pekan cari barang memasak. Semua sanggup. Demi abah.

Dalam pukuI 12 macam tu abah nak tidur. Abah cakap tidur depan tv. Senang anak cucu nak berhimpit. Cucu – cucu memang rapat dengan abah. Maka bergeIimpanganlah mereka di depan tv. Kami pula bantu siapkan apa yang patut.

Sambil masak, bini aku menangis. Entah kenapa dia rasa sayu sangat. Dia takut. Dia takut raya ni jadi raya terakhir kami. Kami yang lelaki cuma mampu diam. Pendam. Pagi – pagi raya, aku dan adik beradik lain mandikan abah macam abah mandikan kami masa kecik – kecik.

Aku gosok belakang abah, alang syampu kepala abah, angah gosok kaki abah. Acik siram air. Abah senyum. Abah kata kalau ada naim dan along pun seronok ni. Jadi budak kecik balik semula abah korang buat ye.

Mata semua dah merah tapi tahan macho lagi. Aku cakap naim tak dapat balik raya ni bah, dia final. Seminggu lepas raya baru balik. Abah kata tak apa, semalam aiman (anak alang) dah apa tu nama dia dan call tunjuk – tunjuk muka tu (video call).

Aku angguk faham. Dah siap abah kami pakaikan baju raya, wangi – wangi semua, kami bawa abah ke masjid. Balik masjid sesi bersalaman pun bermula. Masa ni air mata semua jangan cerita. Anak – anak aku dan anak buah aku semua menangis sekali.

Abah tak menangis. Sikit pun tidak. Abah cuma tersenyum. Bila tanya kenapa, abah jawab “semalam abah mimpi jumpa mak. Cantik ya bini abah tu” LagiIah semua tak keruan. Takut perkara nan satu itu terjadi. Malas fikir lebih – lebih, kami bagi abah rasa makanan yang dia teringin. Sengih abah.

Katanya itik tu kegemaran along. Lagi – lagi kalau dibuat rendang. Belum sempat abah makan ketupat palas, abah semput. Berlari acik ambik gas abah. Sedut – sedut tapi no action. Alang start kereta dan bawa abah ke hospitaI.

Kami semua menyusul. Tapi Allah lebih sayangkan abah. Sampai hospitaI doktor kata abah dah tak ada. Hari raya pertama kami kehilangan abah. Macam biasa kami call along dan bini dia yang angkat. Bila kami mklumkan, dia cuma cakap kami jauh nak balik.

Naim pulak kami pasangkan video call supaya dia boleh tengok semua urusan pengkebvmian abah. Faham yang dia jauh. Hari ni masih tiada ucapan raya, tiada kata maaf, tiada call. Yang pasti along tengah bahagia beraya di Switzerland.

Tak jauh tempatnya dari adik aku, naim. Tiada pun dia pergi jenguk atau tiada sebarang pelawaan beraya bersama. Tak apa, doa aku pendek saja. Moga along rasa perkara yang sama suatu hari nanti. – Yang Bersedih (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.