
Satu hari, aku chat la Kak Ina sebab aku rindu sangat dengan anak aku. 1 tick. 3 hari aku tunggu, rupa – rupanya dia bl0ck aku. Bukan aku sorang je, mak aku pun dia bl0ck. Aku rasa tertipu, aku rindu anak aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Amani. First of all, aku harap confession aku akan disiarkan. Dan terima kasih yang mana yang sudi baca. Aku bahasakan ‘aku’ ya, lebih mudah untuk aku luahkan segala masalah yang aku pend4m seorang diri selama ini.
Aku sekadar hendak meluahkan masalah yang aku pend4m dan ingin mengetahui pandangan semua tentang masalah aku. Aku bercinta dengan seorang lelaki yang aku namakan A. Kami bercinta sejak di bangku sekolah.
Hubungan jarak jauh memandangkan aku di negeri P, A di negeri B. Selepas tamat sekolah, aku dan A melanjutkan pelajaran ke U. Kami belajar di universiti yang sama. Kami gembira kerana setelah lama menjalinkan hubungan jarak jauh, kini kami boleh berjumpa selalu.
Dan masalah ini terjadi apabila kami berdua kerap keluar bersama. Sebab tu orang tua – tua selalu berpesan, tak boleh keluar berdua sebab nanti akan timbulkan masalah. Ya, masalah itu ialah kami berdua terIanjur.
Seronok dengan keasyikkan tersebut sehingga tidak takut dengan d0sa dan kemurkaan Allah. 3 kali aku dan A melakukan perkara terkutvk itu. Sehingga lah satu hari, aku mengadu s4kit perut dekat A. Dan A bawa aku ke kIinik.
Doktor menanyakan banyak soalan dan suruh aku buat ur1ne test. Lepas dapat result test tu, puc4t lesi muka aku. Berget4r badan masa tu bila dapat tahu aku mengandung. Aku terus bagitahu A yang aku pregnant.
A pujuk aku supaya berhenti menangis. Aku bagitahu A yang aku takut, aku nak gugvrkan baby yang aku kandung. A cakap, “please jangan buat macam tu. Kita dah buat d0sa sayang, jangan tambahkan lagi d0sa nak bvnvh anak kita. Dia tak salah pun, kita yang salah.”
Aku terdiam lepas dengar apa yang A cakap. Dan aku tak gugvrkan baby tu. Sepanjang aku pregnant, aku tak pernah pergi checkup dan buat buku merah. Sebabnya aku takut. Aku berbadan kecil, sampailah kandungan aku masuk bulan ke-7, baru lah nampak sikit baby bump tu.
Aku ke kelas macam biasa dan balik asrama macam biasa. Tak ada seorang pun kawan aku yang perasan. Syukur sangat masa tu. Mungkin Allah nak Iindungi aku masa tu. Dan sepanjang aku pregnant tu, aku tak pernah balik rumah mak ayah aku, sebab aku takut mak ayah aku perasan.
Ya, memang aku tak bagitahu langsung pasal baby yang dalam perut dekat mak ayah aku. Hanya aku dan A sahaja yang tahu. Awal – awal pregnant tu, aku aIahan teruk sangat – sangat. Munt4h, pening sampai pit4m.
Dah masuk second tr1mester, baby dah mula tunjuk pergerakan. Selalu tend4ng malam – malam bila aku nak tidur. Masa tu, perasaan aku lain sangat. Aku mula bercakap, berzikir, menyanyi untuk anak aku. Bila aku pegang dan usap perut, anak aku ada tindak baIas.
Seronok sangat – sangat masa tu. Aku mula sayangkan anak yang aku kandungkan tu. Masa cuti sem, aku ikut A pergi kerja dekat carwash. Aku temankan dia sebab aku bosan. Yela, aku kan tak pernah balik rumah sepanjang aku pregnant.
Bila dia minta tolong, aku tolong la sikit – sikit. Aku tak boleh buat kerja berat, nanti s4kit pinggang. Tu yang aku tolong A sikit – sikit je. Boss dekat tempat A kerja tu baik sangat – sangat walaupun kami berlainan bangsa.
Boss dia selalu tanya khabar aku dan anak dalam perut. Selalu ajak datang rumah dia. Aku dengan A ada jugak datang rumah bila boss A ajak. Berbalik kepada sebab utama aku nak luahkan dekat sini. Bila anak yang aku kandung masuk bulan ke-7 kalau tak silap aku, aku dan A kenal mak bapak angkat anak aku sekarang.
Aku geIarkan Kak Ina dan Abang Fiq (bukan nama sebenar). Diorang dua ni selalu jugak la datang cuci kereta dekat tempat A kerja ni. Satu hari tu, Abang Fiq tanya boss A yang aku dan A ni dah kahwin ke belum. Sebabnya, dia nampak aku pregnant.
Time ni dah nampak la baby bump aku, cuma tak terlalu besar. Lepastu, Boss A cakap yang aku dan A tak kahwin lagi. Kebetulan, Abang Fiq dengan Boss A tu kawan. Tak la rapat sangat tapi masing – masing kenal. Abang Fiq cakap dekat Boss A yang dia nak jumpa aku dengan A.
Dia dah lama kahwin dengan Kak Ina, rasanya dekat 15 tahun. Tapi Abang Fiq dengan Kak Ina tak ada anak sepanjang perkahwinan diorang. So, aku dengan A pergi la jumpa Abang Fiq dengan Kak Ina. Diorang berdua niaga dekat dengan carwash A kerja je, kedai makan.
Aku dengan A jumpa diorang berdua dekat kedai makan diorang. Abang Fiq salam dengan A, and dia tanya kitorang dah kahwin ke belum. A cakap tak kahwin lagi. Lepastu, Abang Fiq cakap, ”nanti dah bersalin tahu ke nak urus macam mana? Anak tu sape yang jaga?”
A cakap yang aku dengan dia yang akan jaga. Yela, aku dengan A mak bapak kandung anak aku. Walaupun ikut hukvm dan taraf, dia bukan anak A. Lepastu, Abang Fiq cakap kalau kitorang tak mampu nak jaga anak tu, bagi lah dekat dia dan Kak Ina.
Sebab diorang dua dah lama cari anak angkat tapi masih tak dapat lagi. Aku masa tu terk3jut sebab tak pernah terfikir pun nak bagi anak aku dekat sape – sape. Dah la aku tak kenal sepenuhnya Abang Fiq and Kak Ina.
A cakap bagi dia dengan aku masa dulu untuk berbincang. Diorang pun cakap okey. Aku dengan A balik rumah, kitaorang bincang. Aku tanya A, betul ke nak bagi anak kita dekat diaorang. Aku dah mula sayang anak ni.
A cakap dia pun sayang anak kitorang. Sape tak sayang anak kan? Aku buntu dan str3ss sangat masa tu. Sebab fikir yang kitorang masih belajar. Nak sara diri pun berg4ntung dekat PTPTN sepenuhnya. Masalah sebab tak bagitahu dekat parents aku lagi.
Masa nak bersalin nanti, macam mana nak uruskan lagi. Aku dengan A memang tak pernah terfikir pasal tu langsung, sebab ambil mudah je. Lepas Abang Fiq cakap dia nak ambil anak aku, baru aku terfikir semua masalah ni.
Aku buntu sangat – sangat. A pun sama. Dan aku dengan A buat keputvsan yang kitorang akan serahkan anak aku dekat Abang Fiq and Kak Ina. Sebab aku dengan A dah tak nampak cara lain dah. Takut, serba salah, menyesal semua ada dalam diri.
A call Abang Fiq cakap yang kitorang setuju nak serahkan anak tu. Aku dengan A takut kitorang tak mampu nak jaga anak kitorang dengan baik. Lepas aku dengan A setuju, Abang Fiq terus call kawan dia untuk uruskan semua urusan aku. Abang Fiq dan Kak Ina bawa aku jumpa kawan dia untuk buat buku merah.
Diorang cakap untuk mudahkan urusan semasa bersalin nanti. Aku pun ikut je. Kawan Abang Taufiq tu doktor. So, memang senang dia nak urusakan hal aku. Dia bawak aku pergi check up baby. Scan baby and daftar buku merah.
Masa tengah daftar tu, doktor yang lain memang soal siasat aku habis – habisan. Tapi kawan Abang Fiq back up aku. Dia jelaskan semua dekat doktor yang check aku. Dan doktor tu cakap dia nak scan baby. Doktor tu suruh aku buka baju, lepastu dia tengok perut aku macam tegang semacam.
Dia cakap ada rasa s4kit tak? Aku cakap s4kit pinggang je dari pagi tadi. Biasa la dah third tr1mester, so aku anggap s4kit pinggang tu benda normal. Masa aku pergi check up tu dah petang. Doktor tu pegang and tekan perut aku and dia cakap, “eh ni dah contr4ction dah ni. Awak tak rasa s4kit dekat bahagian bawah ke?”
Aku cakap tak s4kit, just s4kit pinggang. Bila aku cakap macam tu, dia teruskan scan baby. Ukur saiz and berat baby. Time ni aku baru 35 minggu dan 1 hari. After selesai buat buku merah, Abang Fiq and Kak Ina hantar aku dekat tempat kerja A.
Yela, tak habis kerja lagi time tu. Baru pukuI 6 petang. Carwash tu tutup pukuI 8 malam. Lepas balik dari kIinik lah, yang aku rasa perut aku s4kit sangat – sangat. Aku cakap dekat A yang perut aku s4kit dan A suruh aku baring, rest dekat dalam bilik dekat carwash tu.
Carwash tu ada bilik khas untuk pekerja. Aku pun baring dalam bilik tu. Ingat nak lelapkan mata, tapi perut aku m4kin tegang dan s4kit sangat – sangat. Baby pun dah tak berapa aktif nak tend4ng. Sebelum ni aktif sangat – sangat.
Aku keluar pergi dekat A dan bagitahu dia yang perut aku s4kit sangat – sangat. Dia suruh aku rehat, jangan banyak gerak. Tapi lagi aku rehat, lagi rasa s4kit. So, aku pergi lah jalan – jalan dekat depan carwash tu. Depan carwash tu ada litar Go Kart.
Aku pusing – pusing dekat situ. Masa tu dah maghrib. Selalu bila maghrib, boss A akan sampai sebab dia akan tolong tutup carwash sekali. Aku nampak A tengah borak dengan boss dia. Aku berjalan pergi dekat diorang.
Bila sampai je dekat diorang, aku hampir nak pit4m. Boss A pegang tangan aku and dia cakap “Hei, you okay tak ni? puc4t je muka I tengok.” Aku diam je sebab memang dah tak tahan sangat s4kit tu. Aku tak terfikir pun apa yang aku rasa tu sebenarnya contr4ctions sebelum bersalin.
Takde pengalaman dan aku tak pernah rasa pun s4kit macam tu. Kebetulan, Abang Fiq dengan Kak Ina datang carwash pukuI 8. Aku tak tahu diorang nak datang. Diorang just inform dekat A yang diorang nak bincang macam mana nak uruskan aku dengan baby dekat hospitaI nanti.
Sampai – sampai je diorang, terus tanya aku kenapa sebab muka aku dah puc4t sangat – sangat. A cakap aku mengadu s4kit. Abang Fiq dengan Kak Ina pun bawa la aku jumpa mak Abang Fiq. Mak dia tukang urut.
Konon diorang bawa aku pergi rumah mak diorang sebab nak kurangkan s4kit aku. Masa tu baru 35 minggu, diorang pun tak terfikir time tu sebenarnya aku s4kit nak bersalin. Mak Abang Fiq pun prepare la bahan – bahan nak buat air apa tah untuk kurangkan s4kit aku.
Masa tu, aku cakap aku nak terk3ncing. Kak Ina tunjuk toilet and aku masuk toilet. Lepas dah selesai buang hajat, elok aku nak pakai seluar dalam aku balik, aku nampak ada tompokan d4rah dekat p4nty Iiner yang aku pakai.
Aku terus pakai seluar and masuk duduk dekat ruang tamu. Aku bagitahu ada tompokan d4rah. Mak Abang Fiq terus suruh Abang Fiq and Kak Ina bawa aku pergi hospitaI sebab dah ada tanda aku nak bersalin.
Dah panjang sangat aku tulis ni. Nanti kalau luahan ni disiarkan, aku sambung lagi untuk bahagian ke-2 ya. Dekat bahagian ke-2 aku akan ceritakan konfIik aku dan A dengan Abang Fiq dan Kak Ina yang merupakan penjaga angkat anak aku sekarang ni. – Amani (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Terima kasih sebab share luahan aku. Dan yang mana yang baca dan komen, terima kasih semua. Yang mana yang memberi nasihat, terima kasih untuk semua nasihat tu. Dan yang marah dan tak suka luahan yang aku tulis sebelum ni, aku minta maaf.
Aku pun hanya manusia biasa, ya aku salah sebab buat benda terkutuk tu. Aku laIai. Tapi aku menyesal dengan semua kesilapan yang pernah aku buat. Aku lanjutkan sambungan dari part sebelum ni. Sampai je dekat hospitaI, staf nurse terus tolak masuk bilik pemerhatian khas untuk ibu bersalin.
Abang Fiq dengan Kak Ina tak boleh masuk. Diorang tunggu dekat luar. A uruskan semua barang keperluan aku, baju aku, baju baby, IC dengan barang baby. Masa tu A tak ikut sebab dia kena uruskan tempat kerja dia dulu dan baru uruskan barang keperluan aku.
Dalam bilik tu, doktor check bukaan aku dah 8cm. Terus nurse suruh tukar baju dan bagi barang – barang aku dekat Kak Ina. Kemudian, aku terus masuk Iabour room. Doktor lain pula yang masuk check, dia cakap aku dah ready untuk bersalin.
Dia pecahkan air ketuban dan suruh aku push kalau aku dah ready. Aku cuba push tapi kena marah dengan nurse sebab salah cara. Lepas diorang ajar, baru aku push dengan betul. 3 kali push, keluarlah anak aku. Syukur sangat masa tu, Allah permudahkan.
Baby sihat, sempurna. Cuma nafas dia laju and dia kena duduk dalam NICU 3 hari. Doktor cakap aku tak kena jahit sebab tak Iuka atau k0yak walaupun baby 3.2kg. Lepas 2 jam duduk dalam Iabour room, nurse tolak masuk ke wad biasa.
Masa aku kena tolak keluar tu, aku nampak ada Abang Fiq, Kak Ina, A dengan mak Abang Fiq tunggu aku dekat luar. Cuma mampu tengok sebab time tu pukuI 3 pagi. Hari ke-3 dekat wad, pegawai JKM datang jumpa aku.
Dia soal macam – macam. Sebelum aku kena soal, Kak Ina datang jumpa aku dan dia pesan kalau pegawai tu tanya, jawab macam apa yang dia suruh. Aku pun dengan lurus benduI pergi ikut cakap dia. Tak lama tu, bila nak discharge, nurse wad tu cakap kena panggil w4ris aku yang betul, baru aku boleh keluar.
Sebabnya aku tak cukup umur. Masa tu, aku dah takut. Sebab aku tak bagitahu langsung dekat parents aku. Tapi nak tak nak, aku kena bagitahu jugak, kalau tak aku tak boleh discharge. Aku call mak aku, aku bagitahu pasal keadaan aku.
Mak aku marah – marah aku sebab dah conteng arang kat muka diorang. Dia m4ki aku anak tak guna, tak tahu malu, tak sedar diuntung. Aku hanya diam sebab aku tahu semua yang jadi ni salah aku. Esoknya, mak dengan ayah aku datang untuk isi dan tandatangan borang discharge aku.
Selesai urusan discharge dan pegawai JKM hospitaI tu, anak aku pulak tak boleh balik lagi sebab demam kuning dia tinggi. Naik mend4dak sampai 299. Aku stay lagi dekat hospitaI dengan anak aku 7 hari. Sepanjang aku dekat hospitaI dengan anak aku, hari – hari A bawakan bekal makanan untuk aku.
Dan hari – hari juga mak aku akan call. Dia minta maaf sebab marah aku tempoh hari. Dia tak boleh nak terima kenyataan dengan apa yang aku buat. Aku menangis minta maaf dekat parents aku. Aku menyesal dengan apa yang aku buat.
Mak aku minta maaf sebab dia abaikan aku dari kecil, dia tak pernah didik aku soal agama. Mak aku tak pernah kawal pergerakan dan batas pergaulan aku. Aku diam sepanjang dia luahkan perasaan dia. Mak ayah aku tak pernah risaukan aku, bila tak balik rumah, tak pernah tanya kenapa tak balik.
Sejak terjadinya perkara ni, mak aku cuba bagi perhatian dekat aku, dia rapatkan diri dia dengan aku. Ajak aku berbual, civm aku, pujuk aku bila aku sedih, masakkan makanan kegemaran aku. Bila fikir balik, mungkin ni hikmah atas apa yang jadi dekat aku.
Mungkin Allah nak bagi peluang dekat aku dan mak ayah untuk rapat dan saling ambil berat antara satu sama lain. Selepas anak aku dah boleh discharge, Abang Fiq, Kak Ina dan A bawa aku ke rumah Abang Fiq. Diorang suruh aku berp4ntang dekat sana sebab senang nak uruskan aku dengan anak aku.
2 minggu juga aku berp4ntang dekat rumah mak Abang Fiq. Sepanjang tempoh tu, aku susukan anak aku, tukar pampers dan borak dengan dia. Rasa seronok sangat dapat pegang dia. Kebetulan, lagi seminggu nak start sem baru, aku minta nak balik rumah mak ayah aku sebab nak uruskan barang – barang masuk kolej padahal sebab utama aku nak balik sebab aku tak sanggup nak tatap muka anak aku lama – lama.
Aku takut tak boleh nak tinggalkan dia. Hari yang aku nak balik rumah mak ayah aku, Abang Fiq dengan Kak Ina bawa aku pergi JPN sebab nak daftar sijil lahir anak aku. Lepastu, diorang bawa aku pergi JKM untuk buat surat pengangkatan anak angkat.
Aku tak tahu pula yang diorang nak bawa aku pergi JKM masa tu. Ingatkan just nak buat sijil lahir je. Time tu, aku, Abang Fiq, Kak Ina, A dengan mak ayah aku ikut. Mula – mula tak boleh buat surat JKM tu sebab anak aku lahir dekat daerah yang tak sama dengan pejabat JKM tu.
Pegawai tu suruh buat dekat JKM under daerah anak aku lahir. Masa tu, segala surat urusan yang diorang dah buat, aku tak baca langsung sebab diorang tak bagi aku pegang and baca. Ikutkan, aku, A, Abang Fiq and Kak Ina ada buat perjanjian tapi hanya perjanjian mulut je la.
Aku dengan A cakap, yang diorang akan jaga anak aku sampailah dia besar. Tapi bila hujung minggu, aku dengan A akan ambil untuk jaga pula. Tu pun, bila kitorang dah kahwin nanti. Abang Fiq dengan Kak Ina setuju.
B0doh betul sebab tak buat perjanjian hitam putih. Masa on the way nak ke JKM lain pula, Abang Fiq ajak singgah pejabat peguam. Aku pun ikut je, aku nampak la dia pegang surat tapi tak tahu tu surat apa. Aku dengan Abang Fiq je yang boleh masuk dalam bilik peguam tu.
Lepas peguam baca surat tu, dia tanya aku. Betul ke nak bagi anak aku dekat Abang Fiq? Aku angguk je, lepastu peguam tu cop dan sign. Aku blur sebab tak tahu tu surat apa. Diorang tak bagi aku baca sampai sekarang.
Lepas tu, kami terus pergi JKM yang daerah anak aku lahir. Masuk je dalam bilik pegawai JKM, Abang Fiq borak dengan pegawai india dalam bahasa tamiI. Oh ya, Abang Fiq tu m4mak. Sepatah h4ram aku tak faham apa yang diorang bincangkan tu.
Dalam bilik tu, aku, Abang Fiq dengan Pegawai india tu je. Yang lain tak boleh masuk. Lepastu, pegawai tu tengok aku sambil gelak – gelak sebab aku blur. Yela, bahasa tamiI mana aku faham. Lepas tu dia tanya betul ni nak bagi anak aku, lepas ni dah tak boleh ambil balik dah.
Aku hanya angguk. Pastu Abang Fiq bagi surat yang peguam tu sign dan c0p, and pegawai india tu kata dah selesai. Sekali lagi aku blur sebab tak tahu apa – apa. Lepastu, kitorang semua balik rumah mak Abang Fiq.
Aku borak dan ucap terima kasih dekat mak Abang Fiq sebab jaga aku masa berp4ntang. Dan aku minta tunggu kejap dekat mak ayah aku, sebab aku nak civm dan peIuk anak aku untuk kali terakhir. Aku masuk bilik yang mak Abang Fiq sediakan untuk aku dan anak aku.
Aku dukung anak aku, aku civm pipi dan dahi dia, aku peIuk dia, aku susukan dia untuk kali terakhir sambil nangis. Lepastu, mak ayah aku ajak aku balik sebab dah petang. Ayah aku tak boleh drive malam. Aku salam mak Abang Fiq dengan Kak Ina.
Aku civm dan peIuk lagi anak aku. Anak aku nangis masa aku bagi Kak Ina pegang anak aku, macam dia tahu je yang aku nak tinggalkan dia. Sedih sangat masa tu. Sebelum balik rumah mak ayah aku, aku ajak mak ayah aku pergi rumah sewa yang aku duduk sepanjang cuti sem yang aku tak balik rumah parents aku.
Rumah sewa tu bersebeIahan dengan kawasan taman perumahan A. Dalam 700 meter. Bila A habis kerja, dia hantar la aku dekat rumah sewa tu. Kitorang pernah bincang pasal anak dekat guard rumah sewa aku sebelum aku naik masuk rumah.
Rumah atas kayangan je yang mampu sewa. Lepas dah habis bincang, baru dia balik rumah dia. Susah nak cakap dalam fon pasal ni dia kata. Nak bincang dekat tempat kerja pun tak boleh sebab tak ada masa nak borak.
Aku kemas baju – baju dan barang – barang yang lain. Aku bawa balik semua barang aku. Aku bagi kunci rumah sewa aku dekat A untuk dia uruskan dengan owner tu. Kemudian aku balik rumah mak ayah aku. Aku jadi tertekan dan depr3ssion sebab terlalu fikirkan anak aku bila aku sorang – sorang dalam bilik.
Aku start sem baru dengan keadaan masih berp4ntang. Str3ss sangat dengan perasaan, study semua tu. Kak Ina dengan Abang Fiq pula tiba – tiba diamkan diri. Tak ada update apa – apa pasal anak aku. Satu hari, aku chat la Kak Ina sebab aku rindu sangat dengan anak aku.
1 tick. Aku fikir positif je masa tu sebab mungkin dia tengah sibuk. 3 hari aku tunggu, dan aku bagitahu A yang Kak Ina tak reply chat aku. Rupa – rupanya Kak Ina bl0ck aku. Bukan aku sorang je, A dengan mak aku pun dia bl0ck.
Masa tu rasa tertipu sangat dengan perjanjian dan kata – kata diorang. Diorang cakap tak akan l0st c0ntact dan sentiasa update perkembangan anak aku. Diorang janji tak akan pisahkan aku dengan anak aku. Aku m4kin tertekan sebabkan perkara tu.
Aku jadi m4kin murung and pendiam. Tiap – tiap malam aku menangis. Habis pantang 100 hari, aku dengan A nikah. Buat kecil – kecil ja sebab PKP. Mak aku berat hati nak lepaskan aku ikut A balik sana. Mak ayah aku pesan, jaga diri baik – baik.
Lupakan kisah silam yang pernah jadi dalam hidup aku, buka buku baru. Inshaallah, nanti mesti aku akan jumpa juga dengan anak aku. Mak aku pun terkiIan dengan Kak Ina dan Abang Fiq. Tak sangka yang diaorang akan buat macam tu.
Aku dengan A pernah pergi rumah diorang. Tapi tak ada orang. Jiran cakap yang diorang dah lama pindah. Aku dengan A buntu nak cari dekat mana. Aku bukan nak bawa lari anak aku, aku cuma nak jumpa dan peIuk anak aku.
Aku rindu dia sangat – sangat. Sebelum ni buat perjanjian yang setiap hujung minggu, aku dengan A akan jaga anak kami. Tapi Kak Ina dan Abang Fiq menghilang macam tu je dengan anak kitorang. Anak aku dah setahun sekarang.
Last jumpa masa yang aku nak balik rumah mak ayah aku je. Kecewanya hati aku, hanya Allah je yang tahu. Aku b0doh sebab percaya dengan orang yang baru aku kenal, dan aku serahkan anak aku macam tu je.
Bila pergi jumpa peguam tu balik, rupanya tu surat yang aku dah serahkan sepenuhnya hak aku dekat diorang. Aku tak tahu pun semua tu sebab diorang tak bagi baca langsung. TerkiIan sangat rasa. Sebab lain yang dibincang, lain yang diorang buat.
Aku b0doh sebab tak bertegas kata nak baca surat tu. Aku b0doh sebab ikut je semua arahan diorang. Sekarang aku cuma mampu berdoa semoga anak aku sentiasa sihat dan bahagia. Aku harap sangat yang dia akan cari aku dengan A satu hari nanti.
Aku dengan A menyesal dengan perkara yang jadi. Layakkah aku dengan A diberi pengampunan dari Allah? Doakan aku dengan A untuk terus istaqamah dan bertaubat memohon ampun dari Allah SWT. – Amani (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mashitah Mashie : Amani, walaupun ada surat tu pun awak boleh f1ght. Mereka perlu dapatkan surat dari jabatan pendaftaran, surat tu baru valid. Dfact0 untuk kes anak angkat ni, tempoh 2 tahun dia jaga anak tu.
Lepas tu baru boleh mohon. Sekarang tak cukup lagi kan?? Buat sesuatu kalau nak anak tu balik. Akak cakap ni sebagai seorang emak. Boleh giIa dik berpisah dengan anak – anak ni. Kita yang kandungkan dia, lahirkn dia. Dah jangan sedih – sedih, doa banyak – banyak dan usaha.
W.n. Fatiha : Ya Allah. Tak boleh bayang berjauhan dengan anak sndiri. Sedih yang amat. Takpe sis kuatkan semangat. Bina Hidup baru, habiskan pelajaran dan bina keluarga yang bahagia dengan A. Allah dah permudahkan dan bagi jalan untuk sis perbetulkan hidup sis.
Habiskan pelajaran dulu. Lupakan pasal anak tu. Nanti dah habis belajar dan kerja baru fikir ada anak. Allah dah permudahkan sangat – sangat hidup u sis. Kalau yang halal mana ada baby 3.2 kg tak yah jahit.
R4bak sis. Inshallah dah jadi halal Allah Maha pengampun. Teruskan Hidup dan tambah ilmu rumahtangga dengan suami. Mak ayah pun sangat memahami. Hanya anak je Allah tarik buat Masa sekarang. Nikmat apa yang kau dustakan lagi.
Ashila Adzim : Bukan nak back up ‘kak ani’ atau ‘abang fiq’ tapi orang lain tak faham dan fikir perg0rbanan kewangan, em0si dan persediaan untuk jaga anak angkat. Ada kes family angkat jaga elok – elok, tiba – tiba mak kandung ambil balik macam tu je.
Tapi cara dia orang salah sebab bawak lari macam tu je, tapi confessor pun tak boleh la serah anak dan expect nak jaga anak weekend je. Hari kerja orang lain jaga free. Anak kan full time bukan part time atau bila senang baru beIa.
Jadi tak boleh menghukvm kalau dengar one side of the story. Dua – dua pihak ada silap. Kalau betul sayang buat persiapan dan cari la baby tu balik.
Lucio Vieira Rizwana Bashir : Allahu menangis saya baca, saya pun tengah pregnant. Tak boleh bayangkan apa perasaan awak. Saya yang kehilangan arnab ni pun rindu dan menangis setiap malam, apa ntah lagi anak yang dikandung 9 bulan.
Diorang dua tu dah m4nipulate and ekspl0it awak sebab awak masih mentah. Kalau masih punya detail diorang, perhaps boleh lagi mencari diorang. Pergi semula ke JKM semua tempat yang awak pergi tu, ambil details diorang dan f1ght untuk rights awak.
Sanggup diorang pisahkan anak dan ibu macam ni. Memang ada orang yang akan ambik anak angkat as a cl0sed ad0ption tapi itu atas persetujuan kedua – dua pihak. Ni dah kira ekspl0itasi. Jangan mengalah dik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.