
Ibu aku suruh aku tegur la ayah tu sikit. Aku diam lama dah, diam punya diam sabar punya sabar, kemarahan aku sem4kin membuak – buak. Dan suatu hari aku sangat tidak tahan lagi badan aku bergetar, aku marah ayah..
#Foto sekadar hiasan. Aku memang sedih dengan keadaan keluarga aku, kami ada 8 adik beradik sahaja, boleh cakap dalam keluarga tu ada yang tak solat, hanya ibu, aku dan 2 adik lelaki aku yang berusia 14 tahun dan 12 tahun.
Kadang – kadang mereka tak juga solat kalau tak disuruh oleh ibu, yang ayah, abang, kakak adik perempuan aku yang berusia 17 tahun tak solat. Aku sedih dengan family aku ni, ayah aku tak pernah terlintas untuk solat, tapi dia selalu marah adik aku kalau mereka tak solat, sedangkan diri dia sendiri yang meninggaIkan solat.
Apa yang paling menyedihkan puasa pun dia tak puasa, aku tak tahu mana lagi aku nak merintih aku selalu menangis dekat Allah. Ibu aku selepas solat mesti dia nangis aku tahu ibu aku penat dengan benda ni, Sejak kebelakangan ni, ayah aku kenal dengan sebuah aplikasi yang dinamakan “H0rse Racing” aku tau aplikasi tu sebenarnya tak baik boleh cakap tu game nombor ekor.
R3muk hati aku bila nampak ayah aku main, memang game tu tak melibatkan duit secara fizikaI, tetapi kelalaian ayah aku tu yang buatkan kami sekeluarga sangat sedih. Ibu aku selalu mengadu dekat aku, yang dia sedih sangat dengan ayah aku dan sering banding kan ayah aku dengan jiran – jiran taman.
Bapa yang lain sering bawak anak solat ajar mengaji tetapi tidak ayah aku, aku ingat dahulu waktu solat hari raya jiran aku ajar untuk solat bersama dengan family dia. Kami semua pergi termasuk ayah aku, aku tahu demi menutup segala kekok dia, dia pergi jugak tetapi bukan dengan adanya wuduk tu.
Ya Allah aku sedih bila aku nampak ayah aku solat di hadapan aku sepanjang dia buat solat hari raya nampak kekok dia dalam solat aku nak nangis ja masa tu, Allah uji ibu aku dengan suami macam ni. Berbalik kepada game tu, ibu aku bagitau suruh aku tegur la ayah tu sikit.
Jadi aku pun diam lama dah, diam punya diam sabar punya sabar, kemarahan aku sem4kin membuak buak, aku tak tahu apa lagi benda yang boleh aku tahan. Dan suatu hari aku sangat tidak tahan lagi badan aku bergetar, aku marah ayah jangan main game tu dah.
Dia jawab, janji tak kacau korang semua sudah. Aku bersuara lagi. Dia cakap, “ya la sekarang ja la kau nak marah aku, nanti aku m4ti kau tak perlu marah dah,” Aku cakap, “kenapa fikir m4ti tak pernah fikir d0sa ke?” Dia jawab, “kau dengar sini selepas aku meninggaI aku tak maafkan kau,”
Aku cakap, “tak kisah nak maafkan ke tak, d0sa apa yang aku buat sampai kau tak ampun d0sa aku.” Tapi aku tak sedih selepas dia cakap macam tu, aku bagitau ibu aku, yang aku sudah tiada ayah lagi dalam hidup ni dan dia nak buat apa pun selepas ni dipersilakan dan aku tak nak amik tahu tentang hidup dia.
Dia cakap, kalau lepas ni aku nak apa apa minta dekat ibu aku, bukan dengan dia. Dia sudah bagi makan selama ni tapi aku tak kenang dia. Hanya kerana aku menegur kesalahan dia, dia terus menghukvm aku? Tak apa aku percaya aku masih ada ibu yang aku sayang dan Allah.
Aku juga berdoa semoga aku dapat melanjutkan pelajaran ke ijazah bulan 9 ni supaya aku dapat ubah nasib aku ibu aku, dan juga semuanya. Aku berdoa juga semoga Allah lembutkan hati dia dan beri dia hidayah, dan aku dapat berjumpa dengan pasangan yang baik untuk aku mendirikan rumah tangga yang baik.
Aku percaya setiap dugaan yang Allah beri atas kemampuan kita sendiri, Allah uji aku. Kepada yang membaca doakan aku berjaya dunia dan akhir4t. Assalamualaikum. – Afiq (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zureena Ibrahim : Takpa tak jatuh derh4ka pun bila kita tegur kemungkaran walaupn orang tua kita. Cuma sebagai anak lelaki mungkin cara adik tu keras sikit. Dia sebagai bapak dan ketua keluarga rasa terc4bar. Doa la senj4ta paling mujarab. In shaa Allah semoga adik berjaya ubah nasib keluarga dari segi taraf kehidupan dan segi agama. Stay strong demi ibu adik.
Cik Shasha : Sebenarnya dalam situasi ko tu, dua – dua salah. Ko salah sebab tegur cara kasar (walaupun aku faham kenapa jadi gitu) tapi tak dinafikan bapak ko pun salah la. Dah jadi laki dan bapak orang tapi tak semenggah jugak.
Aduhai.. Semoga cepat dan mudah la ko sambung belajar, keluar dari rumah tu. Dah habis belajar nanti cepat – cepat usaha dapat keje duk rumah sewa. Korang takleh duk sebumbung, panas sama panas. Jangan berhenti doa bapak ko berubah.
Bila ko dah lama duk jauh nanti hati pun dah sejuk, ko mintak maaf je la dengan dia. Dia nak maafkan ke tak tu, biar. Asal ko mintak maaf, sekali pun takpe (bagi aku ni untuk ketenangan diri). KonfIik dengan mak ayah ni gitu la, nak teruk – teruk g4duh macam tak best. Tapi kadang – kadang menguji ye dak. Sabar la tt.
Ezd Airaniez : Ramai bapa macam ni. Ada satu kisah, sebelum isteri meninggaI dunia, ajak suami solat jemaah. Sebenarnya tu signal nak ajak suami solat, sebab banyak kali tinggal solat. Sayangnya lepas isteri meninggaI pun masih tak berubah.
Terus eg0 -dan tak boleh ditegur. Anak – anak yang dapat bapa macam ni, bertabahlah. Selemah – lemah iman ialah menegur dengan hati. Terus berbakti kepada emak yang masih hidup. Doa mak tu banyak membantu. InsyaAllah
Alaia Amanina : Segala perbuatan dan amalan kita adalah tanghungjawab kita sendiri. Orang lain hanya boleh bagi nasihat sahaja. Tak ada sesiapa boleh ubah sesiapa kecuali diri sendiri. Kita tak boleh letak expectation yang orang berubah disebabkan oleh kita.
Confessor, lepas awak dah beri nasihat, janggan anggap nasihat awak tu wajib mengubah ayah awak. Kalau tak berubah, anggaplah dia belum dapat hidayah. Bapa saud4ra nabi s.a.w, Abu Talib pun tak memeIuk Islam sedangkan dia maklum Nabi saw tu adalah al-Amin, tak berbohong dan dakwah nabi benar.
Nak ceritanya hidayah ni milik Allah sahaja, bukan manusia tentukan. Kita hanya bertanggugjawab terhadap amalan kita. Selain itu, tugas kita sebarkan kesed4ran. Kalau orang lain tak sedar, bukan tanggungjawab kita lagi dah.
Lagi satu, d0sa pahala, syurga ner4ka kita ni, atas ehsan Allah. Tugas kita cuba jadi h4mba-Nya yang baik. Wajib kita taat dan hormat mereka, selagi tak meIanggar perintah Allah, tapi bukan ibubapa, manusia yang tetapkan syurga ner4ka kita.
Aisyah Nur : Kalau dengan mak ayah, nak tegur biarlah dengan cara berhikmah. Jangan tegur dengan cara membentak. Moga dipermudahkan urusan awak dan keluarga. Doa banyak – banyak moga pintu hati ayah terbuka untuk mencari hidayah Allah sebelum pengakhiran hidup.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.