Aku tiba2 kena buang kerja, aku nekad nak hantar isteri aku balik dekat mak ayah dia

Aku drive tanpa hala tuju ke sana ke mari melayan serabut kepala hotak aku dan pikir apa alasan nak bagi kat isteri aku. Dia call berpuluh kali aku abaikan. Aku rasa nak pulangkan isteri aku pada mak ayah dia. Aku cekalkan hati aku untuk balik malam tu dan terus terang pada dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Isi kandungan confession aku hari ni adalah lebih kepada post penghargaan buat satu – satunya isteri yang tercinta, Fina. Terima kasih atas kesudian baca post aku tak seberapa ni.

Awal perkenalan macam biasa, kenal time belajar bersama dan lebih kurang 2 tahun lepas masing – masing grad, Alhamdullilah kami berjaya mengik4t tali pernikahan selepas bertunang 6 bulan. Untuk makluman, isteri aku ada jaga anak saud4ra beliau dari kecik bila mak ayah dorang cerai dan time kami kahwin, umur anak saud4ra dia ni dah nak masuk 4 tahun.

Dari situ aku dah nampak ciri – ciri keibuan dalam diri dia dan menguatkan lagi untuk pilih dia as bid4dari hidup aku. Sejak dari saat itu, aku dah tak toleh ke belakang lagi. Dan bila kami kahwin, aku dah anggap anak saud4ra Fina sebagai anak aku sendiri

Sepanjang perkahwinan kami, boleh dik4takan dia adalah perempuan sempurna bagi aku. Sejuk mata memandang, hormat ibu bapa, pandai berdikari dan all the positive attributes that you can think of. Tapi pasti adalah sedikit kekurangan sini sana tapi bagi aku tu semua aku boleh pandang sebeIah mata sebab aku sendiri jauh dari sempurna.

Aku selalu terpikir apa yang aku buat dalam hidup aku yang melayakkan aku untuk dapat dia. Dengan ada dia, ibadat aku terjaga. Sebelum kahwin , solat aku tunggang langgang dan aku tak segan untuk mengaku dekat dia.

Tapi dia tak kisah sebab dia kata boleh sama – sama berubah dan kami sama – sama berusaha ke arah itu. Dia pemangkin semangat aku untuk dalami ilmu agama sebagai ketua keluarga, kenalkan aku dengan ustaz sini sana, bawak aku tempat ceramah sini sana.

Allahu, tak terbaIas rasanya apa dia buat pada aku. Terima kasih sekali lagi Fina untuk itu. Amat banyaklah jasa dia pada aku. Masuk tahun ke 3 kami kahwin, dugaan maha besar datang. Aku dibuang kerja atas sebab penjimatan kewangan syarik4t.

Masa tu aku rasa dah gelap dunia dan takde arah tuju. Nampak muka isteri aku dan anak aku je (anak saud4ra fina). Balik kerja petang tu, aku tak balik rumah terus. Aku drive tanpa hala tuju ke sana ke mari melayan serabut kepala hotak aku dan pikir apa alasan nak bagi kat isteri aku.

Dia call berpuluh kali aku abaikan. Sampai satu tahap aku rasa nak pulangkan isteri aku pada mak ayah dia. Tapi Alhamdullilah Allah cekalkan hati aku untuk balik malam tu dan terus terang kepada isteri aku. Habis je aku cerita semua, isteri aku senyum dan bagi kata – kata semangat.

Saat tu rasa macam hilang semua beban yang ada dan nampak segala jalan penyelesaian. Aku dan fina sama – sama ceburi business online dan Alhamdullilah rezeki Allah bagi cukup untuk aku sekeluarga. Berkat doa ibubapa dan isteri solehah kesayangan aku.

Terima kasih fina untuk semangat dan sokongan tak berbeIah bahagi. Mana nak cari isteri camni woi. Bila aku ingatkan takde apa dah dalam dunia ni yang boleh mer4mpas kebahagian aku, Allah hantar peringatan Dia pada aku.

Fina rebah ketika jumpa customer dan warded. Masuk hari 4, aku dan anak aku sempat berborak panjang dengan dia dan  tanpa aku tahu itu lah perbualan terakhir kami. Selepas Isyak, isteri aku pergi bertemu Ilahi selamanya.

Berg0ncang lantai aku rasa masa aku nampak dia pergi, semangat terbang ke mana. Menangis tak keluar air mata. Aku rasa macam mimpi sebab tak sampai 12 jam aku berborak dengan dia dan sekarang dia dah kaku tak bernyawa depan aku.

Aku bertuah sangat sebab family aku ada masa tu dan diorang tenangkan anak kami. Dan sampai sekarang aku masih terbayang babak tu depan mata. Terima kasih fina ajar aku erti kuat dan tabah. Sekarang dah 6 bulan fina pergi dan takde satu saat pun aku tak teringatkan dia.

Untuk beberapa bulan pertama, hidup aku terabai business semua tak jalan. Anak kami aku hantar duduk dengan atok diorang buat sementara. Makan minum takde makna dalam hidup aku. Boleh bayangkan tak sebelum kau tidor, kau recall balik semua saat happy dengan seseorang sampai terbawak – bawak dalam mimpi.

Mimpi tu sangat real dan bila kau bangun dan kau tengok sebenarnya dia dah takde kat dunia, pedih tu Tuhan je tahu. Aku mesti menangis berjam – jam selepas tu. Aku duduk sorang – sorang dalam rumah mesti terdengar suara isteri aku panggil nama aku.

Rasa macam hampir giIa. Terima kasih Fina untuk semua kenangan manis bersama. Tapi syukur aku ada keluarga dan kawan – kawan yang sentiasa support aku dari segi fizikaI dan mentaI. Sekarang aku dah slow – slow terima kenyataan yang isteri aku dah berapa di tempat yang lebih baik.

Aku cuma kena elakkan duduk sorang – sorang atau aku akan hanyut dalam perasaan aku sorang – sorang. Cuma masa tulis post ni bergenang air mata. Tapi aku cekalkan diri sebab aku nak semua tahu kebaikan isteri aku dan moga korang semua doakan dia.

Dan aku dah jaga anak aku balik, hidup aku dah bermakna semula. Kepada pembaca, aku mintak doakan kebahagiaan untuk arw4h isteri aku di sana dan untuk aku dan anak aku. Jangan lupa untuk sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan – rakan kalau korang rasa mcam sedih, kesunyiaan.

Aku jamin 150% ia sangat lah membantu. Kalau ada yang memerIukan someone, tulis dekat komen pun boleh dan aku akan personally pm korang. Kepada kawan – kawan dan ahli keluarga aku yang baca post ni, hanya Allah je boleh baIas jasa korang.

Untuk Norsyarafina binti abdul rahman, saya doakan semoga semua amalan baik awak diterima. Saya tak akan dapat cari seperti awak lagi dalam masa terdekat dan mungkin sampai bila bila. Terima kasih untuk semua. – Insan bertuah di dunia

Komen Pembaca :

Nor Nabilah : Bergenang juga air mata saya baca confession ni. Teringat kat arw4h mak. depr3ssion is real. Tak boleh duduk sorang – sorang. Time tu menangis. Duduk rumah. pergi setiap sudut rumah mengalir lagi air mata.

Sebab masih tak percaya dah tak ada seorang ibu. Rasa meaningless buat semua benda. Masa ni banyak bawa diri. Sibukkan diri. Terima tawaran kerja baru yang jauh dari rumah. Di kelilingi dengan kawan happy go lucky dan positif.

Alhamdulillah. Diri sem4kin kuat. Tidak mungkin kita akan lupakan orang yang kita sayang dan melahirkan kita. Jantung hati kita. Hargai mereka yang sayangi kita dan sentiasa ada time susah senang kita.

Bunga December : Ye.. aku pernah alaminya. Sangat – sangat perit memang ada saat aku menangis sendirian termenung dan mula berbual dan wasap dia hari – hari sedangkan tau arw4h dah pergi. Lama aku nk move on.. aku lemah – selemahnya.

Sampai satu tahap aku akan jadi lebih kuat dan kuat dan 4 tahun berlalu arw4h tetap dalam setiap doa aku. Aku percaya setiap ape berlaku ada kebaikkan yang Allah berikan. Jadi nasihat aku.. kau bertuah ada dia cam pinjaman yang sementara itu kenangan dan up sedekahkn doa banyak – banyak untuk arw4h dalam masa yang sama kau akan tenang dan redha. Keep strong.

Aimee Salmiera : Allah.. sungguh indah apabila peng0rban dan kesabaran seorang isteri dihargai. Moga kita semua mendapat redha Allah. Amin.. kepada confessor, terima kasih sebab berkongsi cerita sekurangnya kami tahu masih wujud seorang suami yang dapat menghargai isterinya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.