Aku tetapkan hantaran RM700 sebab bakal suami orang susah, sekali masa akad aku terk3jut dengar nilai mas kahwin

Aku tahu gaji bakal suami aku hanya RM800 je, tu belum lagi tolak duit dia bagi dekat ibu ayah dekat kampung. Banyak kali dia tanya berapa hantaran, aku nekad letak RM700. Bila ibu aku tahu, dia marah macam akan memaIukan suami nanti. Tapi aku terk3jut dengar lafaz akad, suami sebut nilai mas kahwin..

#Foto sekadar hiasan. Sebelum ni aku ada baca kisah dari seorang suami yang bersungguh – sungguh sediakan hantaran buat isteri tercinta. Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki – lelaki gentleman baik yang bekerja kuat.

Selain confessor, salah seorangnya suami aku. Jangan risau ya sahabat – sahabat aku yang masih bujang. Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba. Aku perkenalkan suami aku sebagai K. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian.

Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami. Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana, manakala K bukan dari keluarga yang senang.

Dia kena tolong ibu ayah di kampung dan sara adik beradiknya. Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku yang tetapkan hantaran sebanyak RM10K. Entahla, mungkin tak ada j0doh.

Bila dengan K, aku risau sangat jika ayah aku akan kembali menetapkan nilak hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayah aku awal – awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran.

Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji dia hanya RM800, RM300 diberi pada ibu ayah, kadang RM200 diberi pada adik beradik. Yang tinggal pun berapa ratus je untuk dia, macam mana nak menyimpan.

Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan per4ngai yang itu tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.

Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.

Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. RM700 jawapan aku tapi aku cakap dekat dia, kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayah aku tidak terk3jut.

Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapan aku tetap sama. Bila aku bagitahu pada ibu aku, memang ibu marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maru4h suami aku depan orang ramai bila tahu hantaran hanya RM700.

Tapi aku tetap dengan keputvsan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak. Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin.

Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu. Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terk3jut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K.

Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya. Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahu aku, semua hantaran itu adalah k3jutan dan hadiah untuk aku.

Dan katanya, aku mahal dari segalanya. Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak awal lagi dulu. Yang aku rasa agak must4hil tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suami aku yang boleh kita ikut.

1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Lagi – lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.

2. K memang suka hulur duit pada kanak – kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur.

3. Membantu kawan yang susah. Kadang – kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami berg4duh juga sedikit.

Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.

4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media sosiaI. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media sosiaI dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar.

Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya 🙂 – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Athirah Noor : Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je.

Mama berhenti kerja since abah ditukarkan negeri. Jadi mama start niaga kecil – kecil dari rumah. Dulu takda online. So hantar kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai.

Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukupkan keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah. Nenek atok beIah dua – dua dah meninggaI dah.

Dan kami tak mnyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Baru orang luar. Dalam alQuran ada Allah pesan da turutan nak bagi bntuan ni.

Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada – pada. Bukan sikap meminta – minta. Kalau berhutang tahu nak bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!

Ari Kael : Kadang – kadang kalau hantaran mahal pun bagus jugak JIKA DIGUNAKAN untuk lepas kahwin, bukan guna untuk majlis mewah. Lepas kahwin tau – tau je la banyak nak guna duit untuk kelengkapan rumah sendiri.

Kang letak murah sangat pun konon taknak mahal – mahal, taknak susahkan bakal suami, end up lepas kahwin pun duit sendu jugak, at least kalau yang bijak tu, dia akan guna duit hantaran untuk lepas kahwin. Itu pun kalau tak dapat parent mata duitan lah kan.

Lucio Vieira Rizwana Bashir : Dan awak terlepas satu lagi point, wanita kena jadi seperti awak. Memahami tanggungjawab sedia ada lelaki dan minta mas kahwin yang seadanya. Jangan lebih – lebih, baru la laki nak buat lebih lagi cam suami awak buat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.