Aku terp4ksa beli bawang, roti padahal tanggungjawab suami. Bila aku mengadu, akak sound aku terus terdiam

Gaji suami sikit padahal dah kerja siang malam siap buat part time food delivery. Sampai tengah bulan aku plak yang kena keluar duit beli bawang dan roti. Rumah kami takde wifi, takde penapis air, takde aircond. Cepat betul duit habis. Aku mengadu dekat kakak, tak sangka kakak sound sampai aku terdiam..

#Foto sekadar hiasan. Hai pembaca sekalian. Harap kalian semua berada dalam rahmat dan IindunganNya. Sentiasa bersyukur selalu. Aku takde apa pun nak cerita, seperti tajuk di atas, ‘dia suami dan aku isteri’. Aku dah berkahwin hampir 2 tahun.

Orang kata baru setahun jagung. Sekarang aku sedang mengandung anak yang ketiga. Sekali miscarriage, sekali ectopic (luar rahim). Kalian doakan rezeki anak yang ketiga ni membawa rahmat dan berkat dalam hidup kami suami isteri. InshaAllah, aamiin.

Suami dan saya masing – masing bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup yang maha menc4bar ketika ini. Kami tak mewah dan kami tak susah. Suami aku seorang yang sangat penyabar. Aku pulak jenis yang kurang sabar.

Suami aku nak marah tuu punya payah, kalau aku h4nger tersangkut dengan h4nger yang lain pun boleh naik hangin. Orang kata pasangan kita akan terbalik sifat dan per4ngai dia. Apa yang aku nak cerita adalah kisah suami aku.

Suami aku siang bekerja macam biasa ikut office hour. Sebelum nie kerja dia retail, masa tak banyak dan gaji pun tak besar. Pada waktu malam dengan hujung minggu (kalau takde balik kampung) suami akan buat part time food delivery.

Kadang – kadang ada order banyak balik lewat malam, kalau order tak banyak sebelum jam 11pm dah balik. Aku tahu kesusahan suami aku kerja pagi petang siang malam untuk tampung kehidupan kami. Kami pula bakal menimang cahaya mata, lagi kuat suami cari duit.

Semoga suami aku dikurniakan rezeki yang halal, berkat dan tidak putvs – putvs. Aku pulak bekerja, tapi gaji aku pun takdela besar mana. Ada jugak bantu suami dari segi perbelanjaan rumah. Utilities bill aku dengan rela hati bayar, sebab berapa laa sangat tak sampai RM30 pun untuk bil api air.

Rumah kami takde wifi, takde penapis air, takde aircond. Tv guna astro je yang basic. Kelengkapan barang rumah alhamdulillah lengkap semua ada, semua hadiah kahwin. Ada yang kami beli sendiri. Mana yang beli sendiri tuu kami kumpul duit sama – sama, tak terus beli ye.

Pada awal perkahwinan, aku agak berkira nak berkongsi duit atau bayar commitment sama – sama dengan suami. Rasa macam selalu je tak cukup duit. Padahal tak keluar duit pun. Kalau macam tengah bulan bawang habis ke, aku beli bawang sambil merungut kenapa pulak aku kene beli, patutnya suami yang kene beli sebab tanggungjawab dia.

Sungguh kedekut dan berkira kira waktu tuu. Lepas tuu aku luahkan masalah nie dekat kakak aku dan akhirnya aku yang kena sound, ceramah balik dengan kakak kesayangan. Kakak aku cakap kau kene ubah per4ngai kau, setakat bawang tuu berapa sen sangat laa.

Nak jadi cerita, balik dari rumah kakak aku, aku ada terdengar ceramah mengenai rezeki. Aku tak ingat ustaz atau ustazah mana, tapi aku ingat point ceramah tuu. Sebagai isteri, kita kena redha dengan suami, redha setiap kali suami keluar mencari rezeki agar rezeki suami lebih berkat dan melimpah ruah.

Ustaz tuu cakap kalau kita isteri tak redha bila setiap kali suami pergi cari rezeki, rezeki pun tak nak datang dekat suami. Masa tuu aku tersentak. Aku tersedar dari mimpi. Aku pun muhasabah diri aku. Ya, aku selalu tak bersyukur dengan rezeki aku.

Rezeki aku dikurniakan suami yang rajin bekerja, memberi nafkah tanpa culas, yang penyabar, yang ringan tuIang, yang bertolak ansur. Aku teringat sewaktu suami aku kerja retail, ada shift. Kalau shift petang, pagi – pagi dah buat food delivery sampai tengahari.

Balik tengahari siap – siap nak pergi kerja masuk pukuI 1, balik tengah tengah malam. Kalau shift pagi pulak, balik petang terus buat food delivery sampai tengah malam. Kalau waktu cuti pulak seharian buat food delivery.

Pastu aku selalu bising sebab dia tiada masa di rumah, aku selalu merungut, aku macam tak redha dia asyik keluar cari duit je. Kesudahannya, bila dia balik dari buat food delivery mesti dia cakap order tak banyak. Bila aku fikir dan kenang semula, betul apa yang ceramah aku dengar tuu.

Bila setiap kali dia keluar cari rezeki tapi aku bising dan merungut mesti order dia tak dapat banyak. Tapi bila suami keluar cari rezeki aku happy, nanti balik rumah muka suami ceria dan dia cakap banyak dapat order hari ni.

Bila ingat balik per4ngai aku yang entah apa – apa malunya lahaaaii. Maafkan saya wahai suami. Setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, banyak perkara yang aku belajar. Aku dah pandai bertolak ansur, kurang marah tapi ganti dengan merajuk lebih baik kot daripada marah – marah, setakat topup barang dapur sikit – sikit tuu macam beli roti ke dah tak berkira, hahaha.

Kelakor pulak ingat, beli roti untuk makan sama – sama pun aku berkira yee. Per4ngai aku entah apa – apa yee dulu. Cuma sekarang kan dah jadi baik sikit, bila setiap malam suami buat food delivery, dalam hati aku berdoa ya Allah, suami aku rajin, suami aku tahu erti tanggungjawab, suami aku penyabar, suami aku baik dengan orang tua dia dan orang tua aku.

Kau kurniakanlah suami aku rezeki yang halal lagi berkat dan rezeki yang tak putvs. Then ajaib, bila balik memang dia bawak rezeki. Contoh rezeki yang dia bawak balik, aku masa tuu teringin nak makan durian. Aku cakap kat suami, nanti bila abang ada duit belanja durian yee, teringin.

Suami akan cakap nanti dapat duit lebih dia belanja yee. Tiba – tiba esoknya dapat durian free masa buat food delivery dan aku excited, dia pun excited bawak balik durian. Selalu kalau ada apa yang aku teringin nak makan dia akan cuba tunaikan walaupun lambat sebab kene kumpul duit dulu, hehehee.

Tapi kebanyakan makanan yang aku teringin, esok – esoknya mesti aku dapat, suami aku dapat free masa buat food delivery. Memang ajaib. Alhamdulillah, rezeki Allah tuu luas. Aku satu hari tuu, aku cakap kat suami nanti bila bila kita banyak duit jom makan toppoki nak tak, tengok cerita korea nie makan macam sedap.

Ajaib betul esoknya aku dapat makan toppoki officemate beli, suami pulak officemate dia buat toppoki homemade. Jadi dapatlah kami rasa toppoki tuu, hahaha. K laa, tuu je nak cerita. Takde point sangat pun, cuma bosan takde kerja nak buat tuu share dengan kalian cerita merapu.

Hahahahaa, apa pun aku doakan kehidupan kalian diluar sana semoga baik baik sahaja. Untuk suami aku, aku rasa bertuah sebab mempunyai suami yang baik dan penyayang. Inshallah, semoga Allah swt memberkati hidup kalian semua. Positif dan ceria selalu okay!!. -Puan S- (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatin Khalidah : Baguslah tt dah tersedar. Hehehe. Awal – awal memang susah, lagi kalau start semua dari bawah. Sewa rumah sendiri, nak lengkapkan perabot – perabot rumah. Kita pun kene keluarkan duit kita, tak boleh berkira. Lama – lama, Allah akan lipatgandakan lagi rezeki kita. Lebih banyak dari dulu. Yang penting, kita isteri ni jangan berkira and kena redha dengan suami.

Rohaya Aya : Allahuakbar… Allah telah menyedarkan puan betapa pentingnya redha seorang isteri telah membuka rezeki suami. Teruskan berdoa dan bersikap baik dengan suami. InshaAllah.. rezeki puan akan melimpah ruah nanti. Amin..

Faris Haikal : Dah berubah baguslah tapi memang seram baca kisah kamu yang dulu, sampai beli bawang dan roti pun berkira.. kau punya suami memang penyabar kategori A daa..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.