Aku terk3jut tengok pakaian ibu mertua s3ksi2. Aku nekad tegur sekali dia jawab dengan selamba sambil senyum

Ibu mertua sangat baik, layan aku macam anak sendiri. Tapi penampilan dia mengganggu aku. Umur 50 tahun tapi masih seperti anak muda. Skirt pendek itu biasa, bahkan lurah kadang – kadang sengaja ditayang. Satu hari aku nampak ibu mertua bersiap, dia keluar tapi tak pakai seluar. Aku tanya, ‘ibu tak pakai seluar ke?”

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kalau siarkan kisah aku ni. Nama aku Maisarah. Nak minta pendapat dari kaca mata orang luar yang juga seorang anak atau ibu. Ringkas sahaja cerita aku kali ini. Aku dan suami tak sampai setahun berumahtangga.

Suami aku biasa – biasa sahaja bukan seperti Ustaz mahupun Dai’e. Cukuplah aku melihat dia menunaikan kewajipan seperti agama perintahkan. Orangnya pemalu sedikit, sangat sayangkan ibunya. Segala kehendak ibunya, pasti dituruti.

Bahkan kalau di luar, sama sekali tidak membiarkan ibunya seorang diri membuat kerja rumah. Bak kata orang pilihlah suami dengan melihat cara layanannya pada ibunya. Aku menerima suami aku kerana keperibadianya, tapi benar orang kata bila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan suami sahaja, tapi dengan keluarganya.

Ringkas tentang ibu mertua aku, orangnya baik cukuplah bagi aku. Melayan aku seperti anak sendiri. Dalam baik orangnya, penampilannya kadang – kadang mengganggu pemikiran aku. Sudah awal 50-an tapi masih seperti anak muda.

Skirt pendek itu biasa, bahkan lurah kadang – kadang sengaja ditayang. Kalau sudah tahu ia mengganggu aku, kenapa aku terus menikah dengan suami aku? Ya, pada awalnya aku menganggap biasa kerana penampilannya sebelum itu tidaklah seperti aku katakan tadi biar tidak bertudung.

Masakan tidak bertudung, aku menolak mentah – mentah suami aku? Padahal dia baik – baik, melamar aku juga dengan cara baik. Selepas bernikah, aku duduk serumah bersama ibu mertua aku memandangkan suami aku risau akan keadaan ibu mertua aku yang keseorangan.

Ibu mertua aku rajin berjumpa rakan – rakannya, keluar berjalan – jalan. Sejak itu baru aku tahu, penampilan biasa ibu mertua aku saat keluar berjumpa rakan – rakannya. Saat itu aku seperti cuIture sh0ck untuk menerimanya keluar sebegitu rupa.

Extension rambut sudah biasa lekat dirambut yang dip3rangkannya. Bagaimana aku tidak terk3jut, keluarga aku mungkin tidak sealim keluarga sunnah, tapi masih tahu batas dan budaya kita. Paling kurang walau tidak bertudung, pakaian itu biarlah sopan.

Banyak kali aku menanyakan pada suami aku, kenapa ibu abang sebegitu. Apakah tidak punya pakaian yang lain? Apakah tidak malu? Aku sebenarnya yang malu, lagi – lagi kadang – kadang keluar bersama orang lelaki, ntah bujang atau suami orang.

Aku yang malu. Jawapan suami aku katanya sudah banyak kali tegur ibunya. Pernah suatu hari ibunya keluar, pakaiannya seperti biasa hanya blouse labuh tanpa berseluar. Ketika itu ada suami aku, lantas aku bertanya terus pada ibu mertua aku. “ibu nak ke mana? Kenapa tak pakai seluar?”.

Jawapan ibu mertua aku mudah ” takda” dengan nada sengih – sengih. Suami aku ketika itu hanya memandang aku sepi. Saat kejadian yang lain ketika di sebuah restoran. Ketika itu ibu mertua aku menghadiri parti hari jadi kawannya.

Aku dan suami yang menghantarnya. Pakaiannya seperti kebiasaan bahkan kelihatan tidak sopan di d4da. Lantas aku terus tegur, “ibu tutupla sikit, malulah nampak orang”. Jawapannya buat aku terkedu. “ehh takpala, saja ja tunjuk ni”.

Disebabkan hal seperti ini aku dan suami dingin. Bagi suami, aku kurang ajar dengan ibunya. Padahal aku menegur bukan di khalayak. Setiap kali ibunya keluar dengan pakaian tidak sopan, pasti aku mempersoalkan nya.

“Abang tak tegur ke?”

“Abang tak kisah ke?”

“Abang macam tak tegur ibu je?”

Sehingga satu masa suami aku kata, “ya, nanti biarlah abang derh4ka tegur ibu, itu yang awak mahu?”. Segala yang sudah dik4tanya, “awak bersyukur lah ibu baik dengan awak, ada orang ibu mertua berpakaian elok di luar, tapi mulut jahat selalu buIi menantu”

Aku masih ingat kata – kata suami aku, biar singkat tapi pedih. Saat ini aku tahu aku hilang w4ras untuk berfikir bukan – bukan. Aku mempersoalkan, kenapa perlu dia selalu mengkritik pakaian aku walau terselak lengan sahaja.

Kenapa perlu dia memerli aku walau kadang – kadang tidak memakai stokin. Kenapa perlu aku taat pada sebuah ketegasan yang diaju pada aku sahaja. Lantas bisikan sy4itan buat aku jadi eg0. “Jangan kau tegur aku lepas ni, sedangkan ibumu engkau takut untuk bertegas”.

Sungguh aku benar tidak melihat ketegasan dia pada ibunya tentang pakaiannya. Tapi aku masih punya kesabaran untuk memendam dan bersabar. Kerna aku tahu aku perlu benar – benar taat pada seorang suami. Tapi sampai bila akal w4ras aku bernyawa.

Aku risau akan suatu ketika, meletus segala pendam dan rasa akibat satu punca. Suami tidak tegas pada ibu mertua aku. Sungguh aku benar mengharap pada pendapat, kata semangat dan doa diberi kekuatan. Juga mengharap pada Taufiq dan hidayah untuk terus istiqamah melaksanakan perintah Tuhan. Sesungguhnya aku sayang suami aku dan ibu aku sebab itu aku tegur. – Maisarah (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Untuk beberapa tempoh aku bertahan, aku dapatkan jua jawapan. Akhirnya aku tahu. Aku yang bersalah. Mohon admin siarkan, kerana ini curhat terakhir dari aku. Salah aku bila aku tegur pakaiannya. Katanya aku perlu terima siapa dia.

Katanya luaran nampak sebegitu, tapi siapa tahu amalan diam – diam yang dilakukannya. Mungkin lebih banyak dari aku. Aku tahu zikir dan istighfar nya sampai puluhan ribu sehari, tahajud jarang sekali tinggal. Akhirnya, aku juga yang bersalah.

Salah menegur pakaiannya. Tidak banyak kupinta, cukuplah sopan, sedap mata memandang seperti mertua yang dambakan menantu yang berpakaian sopan dan sedap dipandang. Salah aku bila aku minta dirinya menanggalkan hair extension untuk solat.

Katanya solat aku ini amalan aku dengan Allah. Hanya Allah yang tahu amalan diterima atau tidak. Akhirnya, salah aku mengingatkannnya. Salah aku bila aku tegur contengan mekap di wajahnya masih banyak tersisa selepas berwuduk walaupun dia ingin solat.

Katanya, dia lupa untuk membawa pencuci makeup. Bahkan aku ditanya semula, perIukan dia cuci makeupnya guna sabun pencuci tangan yang ada di tempat wuduk? Bagiku itu satu perlian. Akhirnya salah aku, sebab katanya aku perli dirinya tidak mencuci muka dengan betul.

Salah aku menolak suruhannya, lantaran aku terkejar – kejar untuk tunaikan solat. Mungkin aku tersikit tinggi suara baginya, padahal aku hanya ingin cepat. Lagi berapa minit habis waktu solat. Padahal aku sudah ingatkan sebelumnya.

Akhirnya, salah aku kerana tinggi suara menolak suruhannya. Peristiwa ini berlaku seketika tadi. Tatkala ralit membeli beIah, berkali aku ingatkan asar hampir ke maghrib. Sehingga lagi 5 minit masuk waktu maghrib, mertuaku panggil untuk memilih barang.

Tatkala aku dalam kereta, aku jawab ” nanti dulu, asar belom lagi”. Baginya aku tinggi suara. Mungkin ya, mungkin tidak. Aku rasa b0doh, aku salah. Aku salah tinggi suara. Aku tertanya, apakah dia tidak sedar waktu?

Akhirnya suami aku dipersalahkan. Katanya kenapa tidak dari awal mengingatkannya. Bagi aku soalan itu b0doh. Aku bersamanya, tiap masa aku ingatkan, “jom ibu, kita tak asar lagi” dirinya masih ralit. Dek kerana aku tinggi suara, habis em0si dirinya.

Campak – campak barang, hempas pintu kereta. Anaknya juga disalahkan. Akhirnya? Aku lah manusia paling bersalah. Apa solusi anaknya? Anaknya berpihak pada ibunya. Minta aku memohon maaf kerana tinggi suara pada ibunya.

Jika tiada w4ras aku ingin katakan, “kenapa aku perIukan minta maaf? Adakah ibumu mahu minta maaf dengan aku sedang dia mencuri masa aku sampai habis waktu?” Tapi aku masih w4ras, sebab akhirnya sedar, walau apa yang berlaku, aku yang salah tidak mencari solusi awal.

Semuanya salah aku. Salah aku yang menegurnya, salah aku yang mengingatkan dirinya. Aku rasa aku tak berguna. Aku rasa Tuhan tak sayang aku. Aku dah lakukan terbaik, tutur kataku cukup aku kawal. Kadang – kadang bukan aku hendak tinggi suara.

Tapi itu hanya refleksi diri ketika diri kekalutan. Terima kasih pada semua atas nasihat. Ada yang membangangkan aku, kata aku b0doh, kata aku tak bersyukur, kata aku tak layak tegur dan mengingati mertua aku. Terima kasih semua.

Kini aku sedar, manusia jangan ditegur jangan diingatkan, kelak dia juga dipersalahkan. Pada suami aku, maaf. Aku tak kuat. Cukuplah aku dipersalahkan. Tidaklah aku melihat dirimu tersepit di tengah memilih aku atau ibuku.

Pastinya aku yang mengundur diri, tiada lagi aku di bumi ini. Kini aku sedar, bagaimana sebuah penceraian itu masih dalam kedamaian antara bekas suami isteri. Kerana puncanya adalah keluarga terutama ibu yang terus guna kuasa “reda Allah terletak pada reda ibu walau tiada taat dirinya pada Tuhannya”. Selamat tinggal, – Maisarah.

Komen Warganet :

Adilah Wasiuddin : Dapat rasa perasaan confessor. Kadang – kadangkan bila kita dididik gaya hidup yang mementingkan agama.. Bila kita berdepan dengan manusia yang tak selari dengan kita. Kita akan rasa down dan kecewa sangat.

Bukan judgmental ye kawan – kawan, bukan nak hukvm orang, bukan nak rasa diri mulia, tapi hati kita terdetik rasa tak seronok tahu tak. Hampa tak rasa lagi cemana. Sampai kadang – kadang tu tak sedar kita menegur cara kasar.

Ayah selalu sangat pesan. Kita sebagai manusia bila kita nak orang yang kita sayang tu berubah ke arah baik, tapi tak dipedulikan.. Cukup sebagai nasihat.. kalau tak didengar. Bukan tugas kita dah. Kita buat melalui contoh.

Banyakkan solat awal waktu. Mengaji depan depan dia. Bukan riak.. niat “aku buat ni aku nak bagi dia sedar pentingnya solat, buang yang mana mungkar”. Kalau tak dengar.. so biar jela.. sebab kita tak boleh bagi hidayah. Kita mampu doa jeeee.. orang skarang memang eg0.

Leya Alias : Awak ni saya dah komen rasanya kat post hari tu. Tapi 1 yang saya nampak awak tak boleh berlapang d4da dengan komen – komen pendapat kat sini. Awak tahu tak, bukan senang nak tegur orang tua. Cukuplah tu.

Dengar nasihat saya ni. TEGURLAH DENGAN HATI, WALAUPUN ITU ADALAH TEGURAN SELEMAH – LEMAH IMAN. Yakni, doakanlah mentua awak. Ingat ye tuan tanah, Allah tak pandang permulaan kita tapi pengakhiran. Faham awak nak cegah kemungkaran tapi jangan sampai ada rasa ujub dalam diri. Kita semua tak sempurna.

Shar Idayu : TerIampau ramai dah saya jumpa manusia macam ni. Yang terasa diri adalah ahli syurga dan sewenang – wenang melabelkan orang lain ahli ner4ka. Saya tak rasa awak menulis di sini untuk meminta pendapat. Jadi.. saranan saya, di saat awak berdoa untuk perubahan mak mertua ke arah kebaikan. Doakan juga agar Allah lindungi hati awak agar terhindar dari sifat takbur, riak dan sombong.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.