
Abang ngah bercerita pasal hutang yang wajib dibayar dan dia siap menyeru rakan – rakannya jika ada dia berhutang, mohon maklumkan untuk dia langsaikan. Tapi ibu kata, dia sedih hutang ibu langsung anak – anak tak ingat nak bayar. Mereka pinjam duit ibu masa nak kahwin, janji nak bayar..
#Foto sekadar haisan. Kisah 1 : Aku merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga. Ayah aku telah meningg4I dunia sejak aku kecil lagi. Jadi ibu yang membesarkan kami 6 orang adik beradik. Ibu aku merupakan seorang wanita yang sangat tabah namun sejak usianya menjangkau 50-an, aku perasan ibu mula menjadi sensitif.
Adik beradik aku semuanya biasa – biasa je. Ada yang bekerja kampung, ada yang meniaga, ada yang bekerja di pejabat kerajaan. Alhamdulilah, semua dah bekeluarga. Kami 6 beradik tak ada apa – apa masalah.
Masing – masing dengan hidup sendiri. Tapi rupanya selama ini kami tak sedar ada sepasang mata yang memerhati dan sekeping hati yang terIuka. Kisahnya begini, baru – baru ini aku pulang ke kampung, seperti kebiasaan aku akan hulurkan sedikit wang kepada ibu aku.
Serius aku bukan orang kaya, yang aku mampu berikan pon jumlahnya sangat sedikit tapi aku cuba juga untuk berikan pada ibu kerana itu azam aku sejak aku habis sekolah dulu. Tiba – tiba ibu membuka cerita, katanya, dia sedih dah lama dia pend4mkan hal ini.
Ibu kata, dia suka melihat kebahagian abang – abang aku dengan keluarga mereka tapi hati kecilnya berdetik adakah mereka lupa janji mereka? Bila aku tanya apa yang mereka janjikan, aku jadi terk3jut.
Rupa – rupanya kesemua abang – abang aku ni pernah meminjam duit pada ibu ketika hendak berkahwin. Mereka semua berjanji akan membayar duit tersebut sedikit – sedikit sehingga langsai tapi maIangnya kesemua mereka hanya membayar pada awal – awal sahaja.
M4kin lama seperti dilupakan perihal hutang berkenaan. Ibu kata, ibu ikhlas membantu anak – anak membina keluarga tetapi ibu kesal, kerana sewaktu pinjam dahulu semua berjanji akan membayar, bersungguh – sungguh!
Namun memungkiri janji. Aku faham, ibu mungkin sedih kerana duit ibu itu adalah duit nafkah yang arw4h abah beri, tambah simpanan ibu hasil jual kuih – muih sejak lama dulu. Memang itu sahaja punca kewangan ibu, ibu tak bekerja.
Ibu kata sebenarnya ibu dah halalkan semua hutang anak – anak ibu, cuma ibu bertambah kesal, bila ibu terbaca dalam facebook abang ngah baru – baru ni. Abang ngah bercerita pasal hutang – hutang yang wajib dibayar dan abang ngah siap menyeru rakan – rakannya jika ada dia berhutang, mohon maklumkan untuk dia langsaikan.
Ibu kata, anak – anak lebih menjaga hati dan hubungan dengan rakan – rakan berbanding dengan ibu sendiri. Manakan mungkin anak – anak ibu itu lupa tentang hutang kerana ibu pernah mengingatkan mereka beberapa tahun yang lepas.
Oleh sebab tiada sebarang tindakan, kerana itulah ibu diamkan diri dan redha. Aku tak sangka selama ini rupanya ibu memend4m rasa. Apa yang aku boleh buat pada ketika itu adalah mendengar dan memujuk ibu untuk sabar.
Aku berkira – kira untuk bertanya perihal hutang ini kepada abang – abang aku tapi segera ditegah oleh ibu. Ibu kata biarlah itu antara anak – anak lelaki ibu dan ibu, ibu tak nak nanti aku pula bermasam muka dengan mereka.
Sebagai pengajaran untuk semua, aku nak berpesan, jika kalian ada meminjam wang dengan orang tua. Utamakanlah untuk melangsaikan hutang itu walaupon pada kita mungkin mereka tak kisah, atau mungkin mereka mengatakan mereka telah menghalalkannya tapi usahalah untuk bayar.
Sama seperti kita, orang tua kita pon mungkin ada hasrat untuk gunakan duit tersebut untuk dirinya. Itu hak mereka, bukan hak kita pula mengatakan yang mereka tak perIukan wang pada usia sebegitu.
Jangan lupa, sedekahkanlah sedikit wang gaji kita untuk mereka tiap – tiap bulan walau mereka tak minta, walau mereka kata mereka tak mahu. RM50 pon kalau ikhlas boleh membuatkan hati mereka gembira.
Ketahuilah dengan bersedekah kepada orang tua kita, menambahkan keberkatan gaji kita. Akhir sekali, anak – anak cuba muhasabah diri, kot – kot la ada kita terlupa janji kat ibu bapa kita. Mereka ni sem4kin tua sem4kin sensitif, kadang – kadang perkara yang pada kita anggap remeh, mereka kata penting.
Selalulah berbual dan selami hati mereka, selagi mereka masih ada, hargai mereka. – Sumaiyah
Jika kisah di atas adalah berkenaan dengan seorang ibu yang terasa dengan sikap anak – anak yang lupa tentang ‘hutang’, kisah di bawah pula berkenaan dengan ibu yang teringin nak ikut bercuti dengan anak – anak.
Kisah 2 : Assalamualaikum. Saya Cik Santan, anak bongsu daripada 5 orang beradik. Bekerja di sebuah pasaraya. Mempunyai 2 abang dan 2 kakak di mana kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak.
Saya berasal dari negeri Pahang. Abang – abang dan kakak – kakak tinggal di negeri Melaka, Pahang, Johor dan Kedah. Walaupun nampak negeri berlainan masa yang di ambil untuk mereka balik ke kampung hanya 2 jam atau kurang kecuali Kedah.
Jauh ke 2 jam tu? Rasanya tak kot. Abang dan kakak serta pasangan masing – masing seorang yang bekerjaya. Mereka selalu pergi bercuti dalam dan luar negara. Sentiasa update gambar mereka di instagram, facebook dan whatsapp family.
Ayah saya mempunyai whatapp cuma dia tidak pandai menggunakannya. Yang mereka reti cuma buka whatsapp tengok gambar dan baca sahaja, untuk baIas dan taip tu tidak. Setiap kali saya call mak saya, mak saya mesti tanya abang kau tu pergi sekian sekian, seronok mak tengok cucu – cucu mak.
Lawa tempat diorang pergi. Saya sebenarnya faham perasaan mak. Jauh di sudut hati dia nak juga pergi dan berjalan. Setiap kali mereka update gambar setiap kali tu saya pun terasa. Bukan sebab saya terhegeh – hegeh nak ikut tapi saya kesian pada mak dan ayah.
Saya nak bawa? Masih belum mampu nak bawa mak ayah bercuti setakat bawa beli barang dapur dekat pasaraya tu boleh la. Saya tak kisah pon kalau mereka nak pergi dan tak perlu nak update tunjuk dekat mak.
Memang la mak tu tak pernah cakap dia teringin tapi sebagai anak mesti lah faham perasaan tu. Apa salahnya jika nak berjalan ke mana pun bawalah mak ayah sekali. Untuk pengetahuan, mak ayah saya masih kuat berjalan dan sihat.
Must4hil akan menyusahkan menantu dan cucu. Bila balik kampung, cucu – cucu akan bercerita tentang percutian mereka. Mak saya dah tentulah meraikan sahaja. Saya pun melayan sahaja anak sed4ra saya.
Saya nak bagitau pada abang dan kakak, takut diorang terasa. Saya harapkan mereka faham kerana bersekolah tinggi tidak seperti saya. Jadi kepada anak – anak sekalian alam. Jika nak bercuti berjalan sakan, ingat lah mak ayah di rumah.
Bagaimana mak dan ayah menggembirakan hati kamu masa kecil dengan membawa kamu berjalan ke sana ke sini walaupun ketika itu ekonomi mak ayah tidak seperti kamu. Mak ayah tetap melayan kemahuan kamu saat dia pun tak mampu. Apa salahnya kamu bawalah mak ayah sekali. Sekian… – Cik Santan (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.