Aku teringin nak TV LCD mahal tapi suami tak mampu. Sekali ini yg dia buat..

Aku dan suami berkahwin agak muda, awal kahwin kami belajar catu makanan, baju ulang pakai apa yang ada, nak bermewah jauh sekali. Susah sangat sampai tahap ada masa yang kami cuma mampu beli beger tepi jalan dan kongsi berdua untuk hilangkan lapar. Suami aku ada habit buruk..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang isteri, surirumah berusia 26 tahun dan mempunyai dua orang puteri comel. Banyak sangat aku baca kisah suami yang culas bab nafkah dan tanggungjawab. Belum lagi yang jenis kaki pukuI, jvdi, main perempuan, dan sebagainya.

Sampai kadang – kadang aku fikir semua lelaki teruk macam tu ke? Tapi bila fikir balik dan tengok sekeliling sebenarnya masih ramai lelaki yang baik dan bertanggungjawab cuma kisah kisah lelaki yang baik jarang diceritakan mungkin.

Jadi, aku rasa terpanggil untuk wujudkan salah satu cerita sisi baik seorang lelaki. Aku dan suami berkahwin agak muda pada umur 23 tahun dan suami aku masa tu umur 24 tahun. Sepanjang kami kahwin memang banyak ujian dan dugaan yang kadang – kadang boleh buat s4kit jiwa.

Hidup kami mula dari dari bawah, zer0. Awal kahwin kami belajar catu makanan, baju ulang pakai apa yang ada, nak bermewah jauh sekali. Susah sangat sampai tahap ada masa yang kami cuma mampu beli beger tepi jalan dan kongsi berdua untuk hilangkan lapar.

Tapi satu sikap suami aku, dia sentiasa cuba selesakan aku dalam apa jua keadaan. Suami aku pernah join fb contest dan dapat menang fon. Dia bagi fon tu kat aku. Suami aku dapat gaji, dia belanja apa yang aku suka sedangkan aku tau gaji dia masa tu sikit je.

Suami aku sangat pemurah dengan aku. Selalu cuba penuhi keinginan aku. Suami aku sempurna ke? Tak. Suami aku ada je habit buruk yang sekali sekala buat kami berg4duh. Tapi tak perlu aku ungkit satu dua atau tiga keburukan suami bila ada beratus lagi kebaikan yang dia buat.

Tahun berganti tahun, suami aku akhirnya dapat kerja yang lebih baik. Cuma kerja ni memerIukan suami aku bekerja 12 jam sehari dengan cuti yang tak menentu. Tapi setiap kali cuti dia akan manfaatkan sepenuhnya dengan aku dan anak – anak.

Ada jugak beberapa kali aku mintak izin suami untuk cari kerja. Suami aku bukan tak bagi, tapi katanya dia lebih suka aku di rumah. Jadi aku akur dan buat online bisnes kecil – kecilan dari rumah. Apa yang aku perasan, bila suami aku pemurah dengan aku, Allah murahkan lagi rezeki kami.

Suami aku bagi aku fon yang dia menang, tahun lepas dia dapat latest iphone dari company dia. Suami aku tau aku teringin nak ada tv sebab aku ada cakap nanti dah ada duit kita beli tv, dia usaha join fb contest dan menang tv lcd yang harga RM3.5k++.

Jadi dia tak perlu beli tv sebab masa tu memang kami tak mampu. Alhamdulillah. Dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, pendapatan suami aku m4kin bertambah dan suami aku m4kin pemurah dengan aku dan anak – anak. Suami aku dah mampu sediakan duit untuk aku bersalin anak kedua kami di kIinik swasta demi keselesaan aku.

Dah mampu beli macam – macam untuk kami sekeluarga. Ada masa yang suami aku kerja, dia tau aku penat dengan anak – anak, dia akan suruh aku rehat tak payah masak dan dia order food delivery untuk aku. Dari zaman kami susah sampai sekarang, setiap kali gaji setelah bekerja berhempas pulas suami aku masih dengan soalan soalan yang sama.

Masih tanya apa yang aku nak, apa yang nak beli untuk anak – anak? Sungguh aku tak mintak banyak melainkan Allah murahkan lagi rezeki suami aku dan rahm4ti dia dunia akhir4t. Lelaki yang baik dan bertanggungjawab masih ada.

Cuma mereka lebih banyak berdiam diri mungkin. Untuk lelaki – lelaki yang bakal atau sudah berkahwin, jalankanlah tanggungjawab terhadap isteri dan anak – anak dengan baik inshaAllah hati akan terasa senang dan lapang. Rezeki juga akan mudah datang.

Dan untuk perempuan – perempuan yang bakal atau sudah berkahwin, taat dan bersabarlah dengan suami walau dalam apa jua keadaan selagi tidak menyalahi batas agama. Berdoalah hanya kepadaNya untuk mendapatkan pasangan yang terbaik dunia akhir4t inshaAllah.

Perempuan – perempuan yang baik untuk lelaki – lelaki yang baik. Lelaki – lelaki yang baik untuk perempuan – perempuan yang baik. Setiap ujian pasti ada ganjaran jika kita hadapi dengan kesabaran. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan? – Isteri tak sempurna

Komen Warganet :

Sumaiyah Mohd Rasidi : Yes.. selalu sangat baca kisah – kisah sisi keburukan lelaki / suami tapi sebenarnya ada je suami / lelaki yang baik. Mereka tak pupus pun cuma tak ditonjolkan tapi bila ditonjolkn orang pun mula mengata, tak takut kena sondoI kh1nzir ke.

Maka anak – anak d4ra yang belum brkahwin pun takut nak kahwin sebab kononnya berlambak lelaki yang tak berguna ni. Dalam dunia ni jika yang jahat banyak, yang baik pun banyak tak kira lelaki mahupun perempuan.

Hafizatul Nadia : Confession yang bagus. Kalau kita bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat dan rezeki kita. Takde suami yang perfect kat dunia ni. Jangan asyik nampak keburukan sedangkn kebaikan dia begitu banyak. Isteri kena selalu mendoakan suami, doa apa saja yang kita mahu kerana dalam kehidupan ni setiap masa tak terlepas dari diuji.

Fatin Damia Muhammad : Mula – mula aku selalu g4duh dengan suami sebab apa mak dia mintak walaupun tengah kering, dia bagi je. Dan kalau aku mintak pun dia bagi je. Aku suruh dia kira – kira dulu, jangan terus bagi nanti short duit.

Tapi lama – lama, baru aku nampak, aku tak pernah short duit / rezeki. Alhamdulillah semua serba serbi lebih. Dan baru aku sedar, semua ni sebab suami aku bukan seorang yang berkira. dengan sesiapa pun yang mintak tolang padanya, dia akan terus ikhtiar untuk tolong.

So, aku dah dapat jawapan, nak senang, kena dahuIukan ibu bapa dan isteri. Dan sekarang aku dah berlapang d4da kalau mak dia asyik call mintak duit. Dalam hati kata, takpe nanti Allah baIas 10 kali ganda. Dan Alhamdulillah memang banyak kali jadi begitu.

Yuszana Zana : Betul ramai je suami yang baik. Macam suami saya. Bukan je ensem, bertanggungjawab plak tu.. hehe. Nak jugak share sini. Setakat keburukkan dia yang kecik – kecik takyahla diperbesarkan. Kena selalu ingat seribu kebaikan yang lain.

Walaupn dia garang tapi selalu je penuhkn apa yang saya nak. Nak mintak sesuatu pun kena tengok keadaan suami. Masa tu ada duit ke x Janganla time takde duit time tu gak nak mintak macam – macam memangla kena sound setepek. Redha sabar ikhlas kurangkn mengeluh inshaallah rezeki murah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.