Aku tak faham bila ibu2 mengadu buku atau botol hilang, pensil warna tak cukup. Tanggungjawab cikgu ke

Apa pelik per4ngai ibu ibu abad 21 ni. Anak orang lain elok pandai membaca, lepas tu complaint anak dia dah 3 bulan sekolah tak pandai baca. Nampak anak sendiri tu yang ada masalah. Itu belum lagi dia mengadu, kenapa anak dia tak jadi pengawas…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih banyak andai luahan ini dikongsi dan terima kasih jika ada yang sudi baca. Aku terima komen dari para ibu atau siapa saja yang rasa nak hentam, silakan. Sangat dialu – aIukan.

Aku menulis pun memang bertujuan menghentam (k3jamnya bunyi). Ehhh tak – tak. Aku menulis nak buka mata kepala telinga dan apa sahaja yang boleh dibuka. Nak bagi faham. Nak bagi jelas. Tak tau h4ngpa yang tak faham atau aku sendiri yang tak mampu nak faham seperti h4ngpa.

Anak – anak hari ini disibukkan dengan pembelajaran abad 21 (PA21). Bukan anak – anak je sebenarnya. Mak ayah, cikgu cikgi semua memang duk kalot, duk pening dengan PA21 ni. Belajar m4kin rumit walaupun dik4takan nak jadikan menarik. Sudahnya semua jadi panik.

PA21 bukan isu besar bagi aku sebenarnya. Walaupun banyak juga isunya. Pada aku, matlamat utama mendidik adalah menyampaikan ilmu yang berguna. Ilmu yang bermanfaat. Jadi apa – apa yang tak berguna dan menyemakkan semata – mata semuanya adalah sampah.

Ini matlamat aku yang jelas dalam pendidikan. Nak kondem? Silakan. PA21 walaupun pening, tapi masih dalam kawalan. Yang aku tak boleh hadam. Tak boleh nak brain, peranan keibubapaan anak – anak yang duk dalam PA21 ni.

Serius aku memang tak boleh nak faham sebahagian besar golongan ibu bapa ni. Aku cukup pening. Kadang – kadang cukup hangin. Aku tak faham banyak perkara. Dari mana muncul golongan macam ni pun aku tak pasti.

Kebanyakan mereka mungkin yang lahir sekitar lewat 70-an (aku agak – agak je la). Apa masalah ibu bapa ni? Hentam la kalau pandangan aku ni melalut tak masuk dek akal ke tak munasabah ke tak sedar diri ke apa.

1. Aku tak faham, bila ibu datang bising nak anak duduk di bahagian depan. Katanya, anak dia tak f0kus bila duduk kat belakang. Habis anak orang lain apa cerita? Anak orang lain semua fokus ke? Tolonglah jangan selfish. Tolonglah jangan anggap anak kamu sahaja yang perlu dapat ilmu. Anak kamu saja yang perlu bijak dan berjaya.

2. Aku tak faham bila ibu datang tanya kenapa selepas 3 bulan anak dia masih tak boleh membaca. Apa yang cikgu buat dalam masa 3 bulan? Takkan nak tunggu 3 tahun kemudian batu nak pandai membaca? Allah. Wajar ke soalan begini dipersoalkan. Cuba tengok kawan – kawan anak kita. Kalau mereka boleh membaca, anak kita je yang tak boleh, adakah ini salah terbesar dari gurunya?

3. Aku tak faham ibu yang telefon maklum anak datang lambat, tak bawa buku, tak itu dan tak ini. Come on, aku sampai sudah tak faham apa objektif makluman ini. Adakah dengan makluman sebegini rupa, guru tak boleh denda atau persoalkan pada pelajar? Sebab? Sebab mama mummy saya dah maklum. Begitukah? What are your expectation parents?

4. Aku tak faham ibu yang datang mengadu kenapa anaknya tidak dipilih untuk sukan itu atau ini. Kenapa anaknya tak tercalon sebagai pengawas atau apa sahaja. Wajarkah soalan begini dipersoalkan? Kita parent atau cikgu. Korang fikir apa? Anak korang lah yang terbaik di dunia? Atau bagaimana?

5. Aku tak faham bila ibu datang maklum buku hilang, bekal hilang, botol air hilang, bekas pensil hilang, pensil warna tak cukup satu dan macam – macam lagi. Tolonglah parent, ini tanggungjawab guru atau anak? Atau tanggungjawab korang didik anak – anak ni jaga barang? Atau bagaimana? Habaq mai sikit.

5. 6. 7. ………. macam – macam aku tak faham. Tak boleh nak faham. Apa pelik sangat per4ngai ibu – ibu zaman sekarang. Mak aku dulu takda macam ni kot. Aku elok jer besar jadi orang. Jadi insan. Kesimpulannya, aku memang selalu tak faham golongan ibu ni.

Memang tak boleh nak faham. Tak boleh nak difahamkan. Habis kuat aku mampu mer0yan je sesama kawan. Tolonglah kaum ibu, sayang anak biar bertempat. Sayang anak biar kena dengan caranya. Sayang anak, jangan sampai bebankan orang.

Sayang anak, jangan sampai ambil hak anak orang. Tolonglah. Tolong. Aku cakap lebih – lebih kang, orang cakap aku tak faham. Aku tak duduk kat tempat ibu. Tapi kalau macam ni lah gayanya, biar tak jadi ibu pun tak apa (ibu macam ni la, ibu mithali aku nak sangat jadi).

Teruk sangat gayanya. Teruk sangat mentalitinya. Teruk sangat mengejar dunianya. Natijah pada anak kemudian hari, salah siapa jangan ditanya. Belajar fahami anak, bukan bebankan anak dengan level yang tak mampu mereka capai. Ubah mentaliti, baru ada kualiti. Tolonglah ibu – ibu, baiki diri. Jangan sebab kita anak – anak jadi m4ngsa kemudian hari. Berhenti penting diri. Aku menulis untuk kita muhasabah diri. – Hasanah

Komen Warganet :

Nourell Abdillah : Hahaha berderet la parents budak kelas saya tanya kenapa tak buat whatsapp group sampai suruh anak sendiri tanya direct. Saya jawab simple je, bagitau ibu, cikgu nak suruh murid – murid berdikari. Terus senyap.

Macam mana saya nak buat, waktu saya tengah cuti weekend, maghrib – maghrib dia whatsapp tanya pasal buku latihan anak. Saya kerja 24 jam ke? Kalah doktor oncall tau.. Tolongla percaya kepada anak – anak sendiri please dan ajar diorang untuk rasa bertanggungjawab atas diri sendiri. Biasanya budak – budak ni kat skolah ok je. Parents yang over.

Anne Aina : Last year ank aku hilangkan buku teks. Aku suh dia bayar dengan duit elaun dia. Tahun ni aku cakap kalau nak merasa lagi hilang duit tabungan buat lah hilang lagi. Takdenye aku nak mengadu semua kat cikgu.

Aku paham cikgu pun sibuk, banyak kerja lain nak buat. Cuma aku agak kecewa bila anak aku kene buIi. Bagitau cikgu macam takde apa – apa tindakan. Mungkin jugak cikgu sibuk sangat. Atau takut mak bapak yang lagi satu ser4ng balik.

So di situ aku amek pendekatan pegi jumpa sendiri budak tu. Aku tanya betul – betul ape cerita sebenar. Dan cuba nasihat elok – elok. Both anak aku dan budak tu. Mujo jalan.. Alhamdulillah.. Kalau tak jalan jugak aku fikir aku nak jumpa mak bapak budak tu terus je.

Aku tak kata anak aku baik sangat. Kalau anak aku silap aku akan bagi ruang untuk pihak lagi satu ajar anak aku jugak. Itu promise aku.. fokus aku untuk baikkan keadaan. Cuba wujudkan persekitaran yang kondusif untuk semua murid belaja… insha Allah… p/s: aku lahir 80an..

Farhani Tasman : Hahaha aku keje kat kedai alatulis. Memang selalu jumpa mak bapak yang bising alat tulis anak – anak hilang. Lagi – lagi pensil warna. Siap komplen, cikgu dalam kelas buat apa. Bila aku baIas, anaknyalah kena belajar jaga barang, cikgu ramai murid dia nak jaga.

Lagiiii dia jawab nape cikgu tak check kat beg budak – beg lain. What? Mampu tepuk dahi je macam diorg plak yang produce alat tulis tak sama macam alat tulis orang lain

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.