Aku & suami mmg dah lama tak solat, sekali anak umur 3 thn tegur terus rasa mcm kena tampar

Sebelum kahwin dan diawal perkahwinan kami memang solat tapi jarang – jarang sangat cukup 5 waktu, selalu solat di hujung waktu. M4kin lama, entah kenapa, m4kin culas bab solat sampaikan dengar azan pun kami boleh buat tak tau je. Sehingga satu hari anak umur 3 tahun cakap..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku dah berkahwin dan punya anak. Alhamdulillah, sepanjang berkahwin, rumahtangga kami utuh tanpa sebarang isu besar yang menduga kami. Anak – anak semuanya sihat, keadaan ekonomi keluarga m4kin elok tahun demi tahun.

Terlalu banyak nikmat dalam rumahtangga kami. Dari luar nampak rumahtangga kami tenang dan bahagia. Tapi kami ada 1 rahsia besar yang semua orang tak tau. Kami dah lama tak solat. Solat on off. Pernah 1 fasa sampai tak solat langsung. Nauzubillahiminzalik. Tak tau mana silapnya.

Sebelum kahwin dan diawal perkahwinan kami memang solat tapi jarang – jarang sangat cukup 5 waktu, selalu solat di hujung waktu. M4kin lama, entah kenapa, m4kin culas bab solat sampaikan dengar azan pun kami boleh buat tak tau je.

Nauzubillahiminzalik. Malu bila teringat balik. Sedih dengan kehidupan zaman jahiI tu. Sampailah 1 hari, anak kami yang berumur 3 tahun, ajak kami solat. Puncanya dia tengok dalam TV orang solat. Dia rasa seronok dan nak buat.

Allahuakbar. Besarnya kuasa Allah. Allah tegur kami melalui anak kami. Kami mula solat balik, tapi Maghrib sahaja, sebab kami laki bini ada di rumah waktu maghrib dan kami solat berjemaah pada waktu itu.

Tiba – tiba 1 hari, anak tanya lagi, kita solat malam je ke? Sekali je ke sehari? Allahuakbar. Rasa tertampar lagi. Kali ni memang betul – betul rasa teruk sangat. Rasa macam gagal jadi contoh yang baik untuk anak.

Macam mana anak – anak nak berjaya kalau ibubapa tak solat, apatah lagi nak mendoakan kebaikan untuk anak – anak. Kami berdua betul – betul tertampar pada masa itu. Bila difikir – fikir balik kenapa sampai jadi begini?

Mana silapnya? Aku dan suami akui, kami tidak dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan solat. Masa kecil bila tak solat, kena marah je. Kami dimom0kkan dengan tak solat itu berd0sa, masuk neraka.

Tapi melihat keadaan sekeliling, solat itu bukan prioriti dalam keluarga kami. Maksud aku, bila tiba waktu solat, kami sekeluarga tak digesa pun untuk terus solat. Kalau keluar, takde pun abah kami singgah di masjid atau surau pada waktu solat.

Kalau terlepas 1 waktu tu pun, macam takde apa. Jadi, tak pelik lah kalau tiada siapa yang takut dengan mom0kan, “tak solat itu berd0sa”. Dan kami dibiarkan tak solat sampai capai umur akil baIigh, sedangkan dalam Islam menyarankan seusia 7 tahun, dibolehkan mer0tan anak yang tidak solat (mengikut syarat yang betul).

Solat berjemaah adalah perkara asing dalam keluarga besar kami. Kami tidak diajar untuk rasa seronok beribadah, sebaliknya kami sentiasa dimom0kkan dengan d0sa dan ner4ka. Mungkin itu silap terbesar.

Perkara seperti ini jika tak dipupuk sedari kecil, tak dijadikan rutin kehidupan seharian dalam keluarga, kelak akan menjadi b4rah dalam diam. Dulu pernah keluar statistik masyarakat Islam zaman sekarang ramai yang tak solat.

Menakutkan sangat. Mungkin kita kena ubah cara didikan. Kami nekad nak berubah. Kami tak nak zuriat keturunan kami tidak menjaga solat. Kami mahukan anak – anak yang tahu solat, suka solat dan sentiasa menunaikan solat.

Kerana dia faham akan kewajipan sebagai seorang Muslim dan kami nak didik anak – anak rasa seronok untuk beribadah. Kami suami isteri sangat percaya akan konsep kepimpinan melalui teladan. Anak tengok, anak buat.

Jadi, untuk bawa anak – anak ke arah kebaikan, kami kena mula dulu. Kami kena jadi contoh yang baik untuk anak – anak. Nak lentur anak – anak, kami si buluh ni kena perbaiki diri kami sendiri dulu.

Mulai dari itu, kami mula berubah. Kami mula solat balik. Untuk jadikan solat ni fun untuk anak – anak yang baru nak belajar solat, kami jadikan ianya aktiviti keluarga dengan cara solat berjemaah untuk setiap waktu.

Time PKP ni senanglah nak solat berjemaah tiap waktu. Kami ajar anak – anak untuk alert dengan azan. Azan je, berlumba – lumba semua nak solat. Secara tak langsung, kami pun rasa seronok dan tak lagi tinggal solat. Itulah niat kami.

Kami nak anak – anak seronok dalam beribadah. Kami tak nak anak – anak rasa ibadah ini membebankan. Lagi – lagi ibadah yang fardhu ini. Kami nak mereka rasa tak sabar – sabar dan teruja setiap kali nak beribadah.

Kami nak mereka rasa sayang dan cintakan agama. Kami nak mereka cintakan Allah, cintakan Rasulullah. Kami taknak ulang kesilapan keluarga kami lagi. Kami nak zuriat keturunan kami semuanya menunaikan solat dan mengamalkan amar makruf nahi mungkar.

Alhamdulillah lepas kami jaga solat, Allah jaga kami. Kalau dulu kami rasa apa yang kami ada dah cukup, sekarang Allah bagi lebih lagi. Kalau dulu, bila ada masalah, kami rasa tertekan dan str3ss, kini kami doa sungguh – sungguh setiap kali habis solat agar diangkat semua masalah kami dan ditenangkan hati kami.

Alhamdulillah, kami lebih tenang dan bahagia. Kalau dulu banyak masa terbuang dengan perkara tak berfaedah (TV, handphone), kini masa kami lebih terisi. Kalau dulu, selalu marah – marah anak sebab tak dengar cakap.

Sekarang anak – anak lebih lembut hati dan mudah menerima teguran. Kalau dulu, rasa panas je di antara suami isteri, sekarang kami lebih menghorm4ti dan menghargai satu sama lain. Alhamdulillah ya Allah.

Benarlah, Dia yang Berkuasa atas segalanya. Jaga Hablumminallah, inshaaAllah terpelihara hidup kita. Allahuakbar. Allah kurniakan kami anak yang berjaya menegur kami yang dah jauh h4nyut dibawa arus duniawi ni.

Sungguh kami malu dengan d0sa – d0sa kami. Kami malu dengan sikap s0mbong kami yang terlupa untuk sujud pada yang Maha Memberi. Sungguh kami alpa. Sebagai penutup, aku nak mintak doa kalian supaya kami terus isitqomah dalam penghijrahan ini.

Kami masih belajar, masih dalam fasa penghijrahan, masih berusaha menjaga solat kami. Doakan kami ye. Harapnya adalah sedikit ilmu berguna dari perkongsian yang tak seberapa ini buat kita semua.

Semoga ianya membawa kebaikan buat kita semua. Buat yang masih belum solat atau telah lama meningg4Ikan solat, jom kita sama – sama berubah. Jom kita kejar syurga Allah. Masih belum terlambat. Kita masih punya masa.

Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Jom kita kejar cinta Allah dan Rasulullah. Jom kita berubah! We can do this! – Narinar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Emam Ismail : Rahsia untuk kekal istiqomah mendirikan solat adalah dengan mengajak orang lain mendirikan solat. Rahsia untuk kekal istiqomah solat di awal waktu, adalah mengajak orang lain solat di awal waktu.

Ajaklah menggunakan perkataan zahir dengan niat agar Allah SWT sentiasa pilih diri kita untuk kekal dalam amal bukan niat nak betulkan orang lain. Untuk yang berkeluarga seperti puan paling mudah dengan mengajak ahli keluarga sendiri.

Muhammad Nazri Othman : Tak setuju part tak solat nak salahkan family.. kan parent hantar ke sekolah dan seumpamanya kenapa tidak ambik inisiatif untuk belajar solat. Benda wajib belajar dan amalkan.

Sepatutnya kena mindset dalam kepala family aku kurang penghayatan agama so aku kena faham betul – betul dan ajar family aku. Ni tak, balik – balik tunding jari dekat family.

Nabilah Zaki : Rasanya tt tak salahkan family dia bila dia tak solat. Cuma mungkin maksud tt dia nak ubah budaya dalam family dia. Tak nak pisang berbuah 2 kali dalam family dia juga. Gitulah kot. Dia pun malu dengan apa yang dia buat.

Spread good words jelah, orang dah berhijrah. Jangan sebab mulut kita orang putvs asa nak perbaiki diri. Haa gitu. Kang ade pulak yang cakap, tak payah salahkan orang mengata kalau diri sendiri rosak. Hmm entahlah. Takde benda baik nak cakap, baik diam. Gitulah kita manusia ni, jangan ada perasaan h0lier than th0u. No no no.

Asni Abdullah New : Alhamdulillah moga istiqamah. Tetapi sikit terkilan dihati saya bila baca luahan tt ini. Sepatutnya kalau dah dewasa dan berkeluarga tapi masih tak solat jangan salahkan didikan ibu bapa masa kecil, benda boleh fikir sendiri kan, kesian ibu bapa.

Siti Noorseha Pairit : Alhamdulillah, semoga confessor dan keluarga dapat istiqamah. Setiap org ada masa – masa jahiInya sendiri, cuma tersedar dengan belum sedar je. Kadang – kadang bila kita jaga solat, kita didatangkan dengan orang sekeIiling yang tak berapa menitikberatkan solat.

Kat situ pun dikira iman kita diuji. Saya sendiri pun kadang – kadang tak tau macam mana nak tegur mereka yang terdekat (roommate / housemate) yang tak solat. Kadang – kadang saya sengaja solat dan mengaji di depan mereka dengan harapan kot terbuka hati mereka nak solat jugak ke kan.

Saya mengaku iman saya selemah-  lemah iman sebab hanya mampu menegur dengan hati je. Nak tegur dengan kata – kata tu saya masih belum berani sebab saya tak terlalu rapat pun dgn mereka (baru je kenal), macam tak sedap pulak rasa nak tegur deep – deep. Mudah – mudahan suatu hari nanti terbuka la hati mereka untuk jaga solat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.