
Suami aku banduan dan sekarang kena jadi ketua keluarga untuk 6 orang termasuk ibu aku. Ibu selalu kata aku mulut jahat dan lancang tetapi aku dah terlalu letih, terlalu lelah, terlalu penat. Aku tetap masukkan duit dekat ibu dalam tabung haji tapi baru ni ibu nak keluar duit.
#Foto sekadar hiasan. Aku digelar kakak kerana aku anak pertama dan bawah aku, adik. Kami hanya berdua dan sepasang. Umur aku 40-an, begitu juga adik lelaki aku. Aku merupakan seorang isteri kepada seorang banduan.
Mempunyai 5 orang anak, 3 dari bekas suami dan 2 dari suami banduan (sekarang). Adik pula seorang duda ada 3 orang anak. Ada seorang ibu yang sudah kem4tian suami. Aku bekerja sebagai penjawat awam dengan gaji bersih yang cukup – cukup untuk makan kerana dek p0tongan akibat loan untuk suami tercinta kononnnnnn..
Urusan mahkamah, lawyer, turun naik mahkamah dan sebagainya yang menggunakan duit aku. Tapi akhirnya tercampak ke dalam jugak. Adik aku pulak anak yang sp0iled, terlalu dimanjakan ibu hingga tak tahu nak cari nafkah untuk diri sendiri apatah lagi untuk ‘bela’ anak – anak dan isteri.
Tu sebab aku tak teragak – agak untuk jadi saksi bagi bekas isterinya menuntut fasakh. Adik aku bekas pen4gih yer tuan puan. Berkali – kali menjadi. Suami aku pulak duda anak 3 semasa kami berkahwin dulu, aku pun janda anak 3.
Sekarang anak yang sulung tinggal bersama aku selepas melarikan diri dari ayahnya semasa dia tingkatan 2 dan 2 lagi adiknya di bawah jagaan ayah mereka. Anak – anak suami aku semua dah berkeluarga. Aku sekarang tinggal bersama ibu, anak – anak 3 orang yang mana 2 lagi (bersama suami banduan) masih bersekolah rendah dan adik aku.
6 orang serumah dan aku tunggak utama keluarga, kenapa aku menjadi tunggak utama keluarga? Kerana aku seorang yang mencari nafkah untuk seisi rumah dan jugak untuk suami banduan aku. Aku lelah, aku letih, aku penat.
Pelbagai pekerjaan aku lakukan untuk tanggung semua. Yang paling aku ralat, adik aku. Walaupun sekarang dia dah tak jadi pen4gih, namun tahap kemalasannya di takuk yang paling maksimum. Malas bekerja, hanya berg4ntung pada hobi baharu, memancing tetapi duitttt untuk pergi memancing, makan, minum dan r0kokkkkk mesti minta dari ibu tua ni.
Ibu macam selalu tetap manjakan adik aku sanggup meniaga kecil – kecilan seperti menjual nasi lemak, bihun dan mee untuk diberikan hasilnya pada bayi tuanya itu tetapi yang keletihannya adalah aku dan ibu. Kerana kami berdua yang bangun seawal 4 pagi untuk memasak dan membungkus dan seterusnya aku yang jadi driver untuk penghantaran dan aku jugak la marketingnya.
Hasilnya separuh untuk si adik aku yang duduk goyang kaki di rumah sambil bermain hp dan menghisap r0kok johnnya. Dan untuk pengetahuan semua, hisapnya tak habis sebatang pun yer, hanya separuh, nanti dah habis separuh terus dibuang r0koknya.
Mewahkan adik aku? Aku dah tak nak sponsor, tak bagi ibu buat meniaga kerana terlalu letih dan aku dapat rasakan tidak ikhlasnya aku bila menolong ibu. Setiap bulan aku beri duit belanja bulanan buat ibu tapi macam biasalah sebahagiannya ibu berikan pada adik aku.
Jadi alternatif, aku tak beri semuanya kepada ibu, aku berikan separuh dan lagi separuh aku simpan di dalam akaun TH ibu. Yang ralatnya baru sebentar tadi ibu ajak aku ke TH esok untuk keluarkan ‘sedikit’ duit yang aku simpankan untuknya.
Tujuannya adalah untuk diberikan kepada bayi tuanya, alasannya untuk memperbaiki motorsikal adik aku yang jatuh ke dalam sungai. Lupa untuk aku beritahu sebelum ini, 2 kereta aku jugak di total l0st kan oleh adik aku.
Kereta pertama, ke empat – empat tayar ke atas di dalam sungai, kereta kedua pun hampir terjunam ke dalam sungai juga namun terhalang oleh tiang elektrik. Adik aku ni tak boleh dikacau langsung kerana ibu tua aku mudah tersinggung dan terasa hati jika dicuit sedikit pun mengenai bayi tuanya itu.
Ibu selalu merajuk dengan aku kerana aku selalu bermulut lancang bila tegur adik. Jahat kan aku? Tetapi aku dah terlalu letih, terlalu lelah, terlalu penat. Ada cadangan tak supaya adik aku boleh berubah? Aku dah terIampau penat nak hadap masalah aku sendiri dan kena juga hadap masalah adik dan ibu aku. – Kakak (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hanim Berahim : It is simple. Jangan bagi duit pada mak dan jangan kasihan pada adik. Jangan rosakkan kesihatan mentaI dan fizikaI diri. Fikir tentang diri sendiri sebelum orang lain. Untuk mak – belikan sahaja keperluan dia, nak berniaga, jangan tolong, jangan galakkan.
U penat, mak u penat. Untuk adik – dah besar, pandai – pandai la jaga diri sendiri. Bukan tanggungjawab u. Lagi dibantu, lagi rosak. Untuk u – kesian la kat diri sendiri dulu. U bukan malaik4t, jangan cuba jadi sempurna. Jadi anak dan jadi ibu untuk anak – anak u sahaja. U s4kit, sapa nak jaga? Fikir – fikirkan dan selamat beramal.
Noraziah Amdan : Alangkah baiknya jika Kerajaan Malaysia tubuhkan sebuah Pusat Pemulihan Sikap Khas untuk pulihkan lelaki – lelaki biawak hidup ini. Disiplinkan mereka, bangun seawal 4.30 pagi. Ajak qiamullail, solat tahajjud dulu.
Kemudian bawak mereka ke bengkel pertukangan, tapak pertanian, pusat ternakan bela ayam itik puyuh, kolam ikan dan jugak dapur penyediaan makanan. Sebelum subuh, sebahagian kemas bengkel, sebahagian siapkan makanan ayam itik unggas, palet untuk ikan – ikan dan sebahagian lagi sediakan bahan – bahan masakan.
Bila azan subuh, solat subuh, kemudian sambung kerja sampai Hanis masa kerja. Kalau enggan, malas bermasalah, buat macam Jabatan Penjara, diasingkan dan beri makan ala kadar. Lelaki biawak hidup ini tak boleh dipenjarakan kerana tiada kes jenayah.
Tapi mereka buat isteri – isteri, mak – mak, ayah – ayah dan adik beradik lain mer4na, d3rita, makan hati nak tanggung mereka. Tak dibuat kerahan seperti dalam Penjara, tak reti nak cari kerja, naik lemak disara aja.
Zane Sam : Sama lah dengan kisah di sini, tapi syukurlah baby tua tu pandai cari duit sendiri tapi itulah, masuk mengemas semua tak reti. Kalau boleh, si mak nak bentang karpet merah masa aemas dia ne balik kerja. Dan kami tak boleh tegur segala kesalahan si baby tua tu.
Kalau mak tak sihat maka kena marah lah si sulung kalau tak kemas bilik si baby tua. Dah tua bangka tapi kalau boleh, baju seluar celana katak kena sediakan selepas dia mandi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.