Aku sengaja hilangkan diri seharian, tapi isteri langsung tak cari aku. Aku menangis

Semuanya berubah lepas isteri bersalin anak kembar kami. Isteri mengalami komplikasi, anak kami lahir pramatang, salah seorang ada masalah buah pinggang. Kami sampai takut nak ada hubungan suami isteri. Tapi dalam tr4uma tiba – tiba isteri kata nak tambah anak lagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, ini kali pertama aku confess kat sini. Aku pun tak pasti sama ada confession aku akan diluluskan oleh admin. Aku Imran (bukan nama sebenar) seorang lelaki berusia 34 tahun merupakan seorang pelajar sarjana dalam bidang professional dan masih bekerja di bawah kerajaan.

Seorang suami dan bapa kepada 4 anak, 3 perempuan dan seorang lelaki. Alhamdullillah syukur di atas kurnian rezeki Allah. Melihat apa tajuk mesti ramai tertanya – tanya apalah mamat ni rindu sangat dengan isteri dia. Sewaktu aku menulis confession ini aku mengakui aku sangat rindukan isteri aku dan kemanisan dalam rumah tangga. Senda gurau dan rasa cinta yang pernah ada sewaktu ketika dahulu. Dah bertahun aku rasa perkara ini membarah dalam rumahtangga.

Nak dijadikan cerita aku anak sulung yang semuanya lelaki dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Mempunyai seorang ayah yang sangat eg0 dan ibu yang sangat sabar dan tabah. Disebabkan semua adik beradik aku semua lelaki aku dididik oleh ibu aku ntuk menghorm4ti wanita dan menyayangi wanita sejak kecil.

Memang mak aku selalu sebut jangan jadi macam ayah eg0 tak bertempat lepaskan hal – hal rumahtangga kepada emak. Emak yang uruskan anak, cari nafkah dan macam – macam lagi. So membesarlah aku dengan pemikiran yang aku perlu hargai bakal isteri aku nanti.

Itu janji yang pernah aku buat ketika aku masih bujang. Dipendekkan cerita setelah sampai waktunya aku berkahwin dengan wanita pilihan ibu aku kira – kira tujuh tahun lepas. Aku bukan buta – buta bernikah, memang proses taaruf dengan wanita itu yang kini isteri aku untuk tempoh yang agak lama dalam 4 tahun juga sebelum berkahwin.

Disebabkan isteri aku ni datang dari golongn agama so memang dia sangat tegas sepanjang perkenalan kami. Yes perkahwinan kami memang sangat manis pada mulanya. Aku rasa inilah wanita yang aku sangat sayangi, yang aku sangat cintai.

Lepas kahwin dia memang sangat lemah lembut, cakap sentiasa berlapik dengan aku sampai aku sendiri pun tak dapat kesan dia tengah merajuk atau marah. Memang kami in love untuk dua tahun pertama perkahwinan aku. Isteri aku seorang surirumah dan aku pula bekerja dalam bidang yang memang sibuk tapi aku akan pastikan kiteorang akan dating dan keluar sama – sama untuk spend time together.

Aku sendiri tak tahu mana silapnya. Betul aku sangat rindukan isteri aku. Dua tahun perkahwinan kami tiada rezeki anak. Anak sulung aku seorang perempuan lahir dengan mudah tanpa komplikasi pada tahun ketiga perkahwinan kami.

Seorang anak yang sangat mudah dijaga. Kami decide untuk ada anak – anak yang ramai untuk memeriahkan rumahtangga kami. aku mula merasakan h4mbarnya perkahwinan kami selepas kelahiran anak kedua kami sepasang kembar perempuan pada tahun keempat perkahwinan kami.

Isteri mengalami komplikasi bersalin, anak lahir pramatang, seorang anak ada masalah buah pinggang dengan bersalin pembedahan. Waktu tu aku memang mengaku aku salahkan diri sendiri sebab semua ini berlaku. Kami sampai sangat takut untuk ada hubungan suami isteri.

Isteri aku mengambil masa yang lama dalam setengah tahun untuk pulih dari segi em0si dan fizikaI. Dia memilih untuk tinggal bersama mertua selama 6 bulan di selatan tanah air dan aku bekerja di utara tanah air. Kadang – kadang disebabkan on call bagai aku memang susah nak berjumpa dengan isteri dan anak – anak waktu itu.

Aku ingat bagaimana h4mbarnya kami selepas kelahiran anak – anak kembar kami. Jadual kami berubah, aku kerap bercuti, dengan temujanji anak – anak lagi. Pelbagai jenis temujanji sampai kami sendiri alpa tentang hubungan kami.

Kehidupan waktu itu hanya untuk anak – anak. Rutin kami sangat berubah kalau berbual mesti pasal anak – anak, pasal kerja rumah, pasal kerja aku sampai kami lupa tentang kami. Lupa sangat – sangat. Aku sendiri tr4uma tengok betapa teruknya isteri aku mend3rita bersalin.

PeIukan dan civman dari seorang isteri sudah tiada lagi sebab kami masing – masing berjaga malam dan aku selalunya memang tak tergamak nak k3jutkan isteri seperti selalu bila aku pergi ke tempat kerja. Baju – baju aku, sarapan benda basic yang aku rasa aku boleh buat tanpa perlu susahkan isteri aku.

Kami nampak sangat bahagia di mata orang lain. Kawan – kawan aku dan kawan – kawan isteri semua mengatakan kami ni ‘very loving couple’ dan ada banyak persefahaman tetapi hakik4tnya Allah je yang tahu. Berbalik pada cerita aku, kehidupan kami hari – hari memang sem4kin hambar.

Kami hanya berkomunikasi kerana anak dan kerja kerja rumah. Aku rasa tak keterlaluan untuk katakan bahawa hidup kami seperti housemate. Aku sendiri buntu dah tak tahu kenapa jadi begini. Yes, aku cuba untuk betulkan semula hubungan rumahtangga kami.

Contohnya dengan lebih banyak uruskan hal rumah, aku cuba jaga b0onding dengan anak – anak. Aku juga sentiasa memenuhi keinginan isteri aku. Apa sahaja yang isteri aku sebut yang dia teringin aku akan cuba untuk cepat cari dan tunaikan.

Setiap hari dah menjadi kebiasaan aku, balik kerja aku akan pastikan diri aku sentiasa melapangkan masa untuk anak – anak. Uruskan anak – anak. Aku memang akan tanya isteri aku ada apa – apa lagi untuk aku tolong habiskan.

Pinggan mgkuk, sidai baju, gosok baju semua aku yang uruskan. Dan kami ada membeIa empat ekor kucing (kucing dibeIa sebelum kami ada anak lagi ) dan bercucuk tanam, itupun aku yang uruskan sebab aku tahu siksanya jadi seorang suri rumah tangga.

Aku akan bawa isteri dan anak – anak aku berjalan dikala hujung minggu sekurang – kurangnya window shopping sebab aku tahu s4kitnya kepala dan em0si memerap di dalam rumah. Aku walaupun sibuk teruk pun aku still dapat hirup ud4ra segar di tempat kerja.

Aku faham semua itu dan aku sendiri memang tahu betapa p4rahnya rumahtangga aku setelah kelahiran anak kembar aku pada tahun 2015, yes aku cuba betulkan semuanya. Aku cuba selitkan kemesraan dengan mesej – mesej whatsapp dengan panggiIan sayang and i really Miss u dan baIasannya isteri aku hanya akan baIas ye lah atau ok.

Hati aku memang Iuka tapi aku tak pernah berputvs asa. Aku pernah baca bahawa hubungan suami isteri dan solat jemaah juga adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Yes aku cuba untuk wujudkan semua benda tu kembali tetapi isteri aku memang akan tidur awal, pura – pura sibuk dengan anak – anak (sedangkan aku dan selesaikan).

Dan bila part solat jemaah dia minta kami gilir sebab dia parano0id takut anak – anak jatuh atau ced3ra ketika kami sibuk solat. Okay aku faham dan aku turutkan. End up aku sendiri yang rasa sem4kin memb4rah rumahtangga sendiri.

Mesti ada yang tertanya macam mana kami ada seorang anak lagi setelah h4mbarnya rumahtangga kami. Anak bongsu aku lelaki lahir pada 2018. Bulan ni dah genap dua tahun. Waktu nak dapatkan anak keempat kami ni, isteri aku sendiri yang meminta untuk serikan kehidupan kami dengan anak itu pun setelah hampir dua tahun kami tiada hubungan suami isteri.

Waktu aku ingatkan alhamdullillah hubungan kami mungkin akan berseri. Tetiba je lepas mengandung dan isteri aku alami pend4rahan, the cycle came again. Isteri aku minta aku bersabar dan berikan masa untuk kandungannya stabil.

Kandungan keempat pun memang dia mengaIami masalah sembeIit yang teruk dan gastrik yang sangat dasyat. Aku hanya mampu bagi kata – kata semangat, sokongan dan bawanya untuk berubat. Dan selepas kelahiran anak keempat aku seorang lelaki, aku diberikan tawaran untuk sambung pengajian sarjana.

Aku anggap sebagai rezeki dan aku seperti biasa berbincang dengan isteri aku. Alhamdullillah isteri aku memang sangat memberi sokongan. Sementelah aku menyambung sarjana untuk semester pertama. Isteri aku meminta izin untuk tinggal di rumah mertua.

Lagi satu memang sudah menjadi kelaziman dalam setiap tahun sekurang – kurangnya tiga bulan isteri aku akan tinggal di rumah mertua (tak termasuk raya atau puasa). Aku sentiasa bersetuju yang penting em0si isteri aku sentiasa terjaga.

Sepanjang perjalanan aku dalam bidang sarjana. Segalanya berjalan lancar, tekanan sebagai pelajar dan pekerja itu semua masih ada tetapi masih dalam kawalan. Tetapi aku rasa kosong. Aku rasa macam aku kurang sesuatu, aku rasa macam aku perIukan adalah kasih sayang.

Aku rasa rumahtangga aku sem4kin h4mbar. Kehidupan aku hanya untuk anak – anak, kerja dan pelajaran. Hidup aku terlalu fokus pada anak – anak sampai aku lupa sekali lagi untuk memeriahkan hubungan rumahtangga. Aku mula tersedar kembali tahun lepas apabila kawan karib aku yang dikenali sebagai pasangan bahagia bercerai.

Aku macam terk3jut, kawan karib aku memgatakan hubungan rumahtangga dorang sangat h4mbar, sibuk kerja dan anak sampai perasaan cinta itu tak ada langsung. Aku tetiba terasa ‘air macam terpercik ke muka sendiri’. Aku baru sedar yang sebenarnya aku sangat rindukan isteri aku.

Aku sangat rindukan dia dan aku mengaku aku beberapa kali tewas dan menangis bila mengenangkan rumahtangga aku. Aku dah cuba bermacam kaedah sejak rumahtangga kami bermasalah pada tahun 2015 dan kembali bermasalah ketika isteri aku hamil anak lelaki kami.

Macam macam cara aku buat, aku hanyalah h4mba Allah yang berd0sa, tipulah aku katakan aku tak pernah bosan. Bayangkan mesej sweet dengan isteri hanya dibaIas ‘ok’, ‘ye lah’. Allah je tahu betapa rasa pedihnya hati aku. Aku tak tahu macam mana lagi nak baiki hubungan suci kami.

Aku dah cuba membantu sedaya upaya aku dalam urusan rumah, aku cuba untuk menjadi r0mantis, aku cuba tidak meIukakan hati isteri aku dan macam – macam lagi tetapi baIasannya still h4mbar. Dan aku pernah copy paste apa apa confession yang berkaitan dengan kisah kami.

Aku sendiri mengaku kepadanya yang aku rindu dia. Aku sendiri tak tahu apa d0sa dan salah aku sehingga perasaan aku seolah – olah diketepikan. Aku juga pernah cuba meluahkan perasaan aku tetapi aku akan dipersalahkan kembali dan isteri aku melabelkan aku sebagai sensitif.

Dan aku pernah juga menghilangkan diri seharian sebab nak tengok sama ada dia masih sayangkan aku atau tak. Cuba teka apa aku dapat? Isteri aku tak cari aku langsung. Menangis aku waktu tu. End up aku balik semula ke rumah sebab perasaan kesian dan rindu pada isteri dan anak – anak itu masih ada.

Aku sangat – sangat cemburu dengan isteri yang sentiasa memeriksa handphone suami dan memeriksa tindak tanduk suami sekurang – kurangnya isteri cemburu dan sayang suami tetapi isteri aku status whatsappnya pun disembunyikan daripada aku.

Akhir kata, aku perIukan komen – komen positif daripada anda semua. Aku minta maaf kalau ada kekurangan dan penulisan yang menggur1s hati anda. Tetapi sesungguhnya aku sangat rindukan beIaian dan peIukan seorang isteri. Doakan aku kuat. Assalamualaikum. – Imran (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hana Zainal Abidin : Alah bisa, tegah biasa. Hati manusia ni, Allah yang pegang. Bila – bila masa jer boleh berbolak balik. Daripada sayang, cinta tapi lama – lama boleh jadi dull. Benda tu boleh fade away without any maj0r issue. Sebab terbiasa dengan rutin harian dan circle of life.

Especially to those wife yang independent. Penat tu, biasa dah. Kalau pergi bercuti pun, bila balik jadi macam biasa. No point. Untuk selesai masalah, kena cari dulu punca. Communication is the key. Bersalin dengan complication + anak diuji dengan masalah kesihatan, one of the factor yang menyumbang.

Fitrah seorang mak, apa – apa jadi pun. Anak dulu. Mungkin dia pun rindu suami dia tapi sebab dia takda “masa” nak layan benda – benda macam tu. So she just go with flow (her daily routines). Encik toksah la layan sangat perasaan “rindu isteri”. Bah4ya.

Bila dalam keadaan fragiIe macam tu, kalau ada pompuan lain tiba – tiba jadi a good listener ker, a shoulder to lean on ker, kawan teman makan ker. You’ll fall into it (sy4itan’s tr4p). Dan alasan klise, “isteri buat tak tau dekat suami”.

Marriage takes two to tango. Same goes with being a parent. Muhasabah diri, Allah uji h4mbaNya di dalam kemampuan. Allah sayang both of you, sebab tu uji. Supaya balik pada Dia, mengadu pada Dia. Ujian datang dari Dia, jalan penyelesaian pun datang dari Dia.

We, the human can only give you opinion dan nasihat – nasihat tapi ilham dan way out tu datang dari Dia. Mintak sungguh – sungguh. Semoga encik dan keluarga diIindungi dan dirahm4ti Allah. *Bercakap melalui pengalaman dan seorang yang gagal dengan ujian ni. Adoi.

Zulaikha Mohamad : Agaknya ada benda yang wife tt cuba sembunyikan. Nampak dari gaya dia pun macam dah tawar hati. Benda nak cari spark dalam rumahtangga sebenarnya memang susah kalau dah hilang. Aku doakan semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik. And there’s always two sides of a story. Maybe tt kena dengar cerita di pihak isteri pulak and you two can work it out

Akif AkIm : Bila rumah tangga h4mbar.. perlu di bawa berbincang, dari hati ke hati. Luahkan apa yang terbuku di hati. Setiap masalah, pasti ada jalannya. Dan yang paling penting sekali, buatlah solat hajat, tahajjud kerana solat mlm ini besar fadhilatnya.

Minta Allah berikan petunjuk dan jalan keluar kepada setiap permasalahan yang terjadi. Moga dipermudahkan segala urusan dan dapat menggapai kembali kebahagiaan dan kemanisan berumah tangga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.