
Adik kenalkan kekasihnya pada ibubapa kami. Tapi aku dapat rasa wanita itu queen c0ntrol. Aku nampak ibu makan hati tapi pend4mkan sebab alasannya asal anak bahagia. Satu hari ibu call cakap, kekasih adik dah kahwin dengan orang lain…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.r.t buat pembaca. Tika menanti mata lelap, aku terbayangkan kisah adik lelakiku yang sorang ni. Untuk makluman pembaca, aku merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan, yang dipanggil sebagai Angah dan juga adik lelaki bongsu, kami panggil dia Adik.
Sejak dari kecil lagi Adik memang tak pandai nak luahkan apa yang dia rasa. Dia banyak menyendiri dan buat hal sendiri, jadi tak hairan langsung kalau aku katakan yang aku hanya rapat dengan angah je. Paling teruk bila Adik belajar di salah sebuah universiti di selatan tanah air.
Maknanya, memang sampai kesudah jarang – jarang dengar khabar berita dia kecuali masa raya atau cuti semester. Tipulah kalau ibubapa tak rindu dan aku jugaklah yang jadi pendengar setia mereka dan memujuk barangkali adikku sibuk sangat tu.
Ketika tahun kedua pengajian, Adik memperkenalkan teman wanitanya kepada ibubapa kami. Dan kebetulan rupanya teman wanitanya ini yang aku panggil H ini adalah merupakan anak kawan sekerja ibu.
Memang menjadi asbab untuk mereka menjadi rapat dan Adik banyak berkongsi cerita dengan ibu dan percayalah ibu dan Ibu si H memang dah berkira – kira untuk berbesan selepas habis belajar kelak.
Tapi Angah punyai naluri yang kuat dan memang tak pernah berkenan dengan H ni. Aku macam biasa, more to neutral. Asal adik – adik dan paling penting ibubapa happy. Tapi, pada tahun akhir pengajian, aku mula rasa tak sedap hati ketika mereka tengah menjalani latihan industri.
Adik beradik H kontrol Adik. Nak dia praktikal sekali dengan H, senang ambil itu ini.. Erk? Hello.. dia masih ada mak bapak okay. Nampak ibu makan hati tapi pend4mkan sebab alasannya asal anak – anak bahagia.
Bayangkan la macam mana tak terbakar bila tengah malam pun call Adik tolong beli makanan, bla bla semua tu. Aku dah dapat hidu bau Queen Contr0l. Aku tak kisah kalau Adik aku boleh hadap tapi aku kisah kalau – kalau esok ibubapa aku makan hati kena beralah demi menantu.
Kemuncaknya adalah waktu k0nvo mereka, nak nampak batang hidung si H punya la susah sampai Adik kena call yang nenek dan ibubapa aku nak jumpa dia. Memang nampak macam tak nak dan teragak – agak nak jumpa.
Frust kot nenek dengan ibu aku. Tak hormat langsung kat orang tua. Adik cuba nak c0ver, tapi aku tahu mesti ada benda yang tak kena. Lepas k0nvo, Adik slow talk dengan aku. Selama ni dia senyap sepanjang pengajian, sebab dia tak nak susahkan hati keluarga kami terutama ibubapa..
How he struggIe everyday.. Macam – macam kerja sampingan dia buat sebab tak nak minta sesen dengan ibubapa kami. Tapi, bisnes kecil – kecilan dia rugi teruk jadi dia buat keputvsan nak mencari peluang pekerjaan di luar negara.
Asbab paling utama dia cakap nak cepat – cepat boleh bagi duit kat ibubapa dan kumpul duit kahwin. Susah untuk keluarga lepaskan tapi bila tengok Adik tekad, dengan berat hatinya, kami lepaskan.
Sepertimana ketika Adik di universiti, samalah ketika di luar negara kami semacam l0st contact dengan dia. Tapi, tak seteruk dulu. Masih reply dan update keadaan semasa beliau di sana ketika dia senyap lama, aku tau dia tengah struggIe.
Kali ini, aku lah yang menjadi penenang kepada ibu bapa aku dan menerangkan keadaan sebenar adik aku supaya mereka faham dan mendoakan kesejahteraan dia di sana. Mujurlah aku dapat contact no housemate dia di sana.
Jadi, dapatlah aku update keadaan adik aku di sana secara konsisten kepada ibubapa kami. Masih aku ingat tersenyum – senyum mereka setiap kali aku bula cerita mengenai Adik. Namun, satu hari ibu call cakap H dah kahwin dengan orang lain walhal orang tu memang Adik kenal.
Aku terus mengucap panjang dan contact housemate Adik aku. Dan betul apa yang aku ramalkan, Adik totally mentaI br3akdown dan berkurung dalam bilik berhari – hari. Dear H, sekiranya anda baca kisah ini.
Terima kasih sebab h4ncurkan hati Adik saya tapi saya bersyukur kerana dia dijauhkan dari orang yang t0ksik seperti anda. Hari terus berlalu seperti biasa. Kelam dan lama kelamaan pulih seperti biasa walapun da hampir berbulan – bulan lamanya, tapi dalam hati Adik takde siapa yang tau.
Hinggalah pada suatu hari, housemate Adik hantar sekeping photo seorang gadis bermata sepet kepada aku. Cantik bertudung. Dia minta aku merahsiakan dari Adik cuma minta aku bagitahu kat orang tua kami yang semangat Adik perlahan – lahan pulih disebabkan ‘am0i’ ni.
Aku masa tu tak faham lagi maksud housemate Adik aku ni. Tapi, bahagia tu terus menyelinap di dalam hati aku sampai terus share gamba ‘am0i’ tu kat ibu aku. Tersenyum la ibu melihat ‘bakal menantu’ dia.
Dan aku bersyukur sebab sempat tunjukkan gambar itu, kalau tak jujur memang aku akan raIat sampai ke m4ti. Rahsia yang kami dah tahu pasal buah hati dia ini kami pegang ketat – ketat dari Adik sebab tak nak hati dia terganggu lagi.
Mungkin pada masa yang sesuai, dia akan umumkan. Namun, kami semua rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa tapi pend4mkan saja sebab masing – masing tengah layan perasaan gembira selepas hampir 4 tahun, bila Adik cakap nak balik Malaysia bulan Sept ni for good.
Orang tua kami hari – hari senyum je dan duk kira hari bila Adik nak balik. Tapi, perancangan Allah S.W.T tu maha besar. Ibu tiba – tiba meningg4Ikan kami secara meng3jut. Bayangkan macam mana tengah berborak happy – happy tengah hari tu dalam whatsap keluarga.
Petang tu Ibu dah takde. Allah je tau macam mana aku dengan Angah struggIe nak drive balik dari KL ke pantai timur tu, kat perhentian kami rebah hinggalah sampai di depan pintu rumah kami dipapah oleh makcik – makcik.
Bapa bila melihat kami 2 beradik, terus menangis. Itu la kali pertama aku tengok bapa menangis dan kali kedua bila memandikan jen4zah ibu. Selepas subuh, aku mencari kekuatan bertanyakan kepada Bapa yang Adik kami dah tahu ker belum?
Dia hanya kelu tak boleh nak bercakap da dan minta aku wakilkan dia untuk bagitahu kat Adik. Walaupun dah hampir 2 tahun, percayalah aku masih ingat tangan aku terketar – ketar menaip mesej kepada Adik.
Ketika jen4zah ibu dimasukkan ke Iiang Iahad, aku mendapat call dari Adik. Aku jawab call dengan penuh rasa sebak tapi atas dasar kakak yang sulung, aku keraskan hati pujuk Adik. Hanya terdengar esakan hiba dari dia.
Itu je yang aku dengar. Dia cakap nak balik. Takpela Dik, ibu kita faham dan dia dah halalkan dan redha kat kita. Makcik – makcik semua cakap macam tu. Sabar dik. Malam pertama pemergian Ibu, Adik cakap lepas solat jen4zah ghaib dia tertidur dan bermimpi arw4h datang melawat dia dan memeIuk dia.
Alhamdulilah, terubat rindu dua beranak ini walaupun menjadi rindu yang tak berpenghujung akhirnya. Sebulan selepas itu, Adik balik for good selepas selesaikan semua hal – hal di sana. Aku masih terbayang ri4k wajahnya ketika mula – mula nampak aku kat airport.
Sebak, hiba semua bercampur gaul. Berapa kali dia memohon ampun sebab tak balik awal, risau bapa kami marah dia balik lambat. Dia cakap dia nak balik jaga bapa kami, tak nak menyesal lagi dah. Aku bawa dia balik ke kampung.
Allah s.w.t je tahu betapa s4kitnya hati aku melihat wajah – wajah kesayangan aku sebak dan menangis bila melihat kelibat Adik akhirnya. Bapa kami tunggu Adik balik, itu saja kekuatan dia katanya sekarang. Kami bawa Adik ke kubvr ibu, di situ terh4mbur segala perasaan kami selepas akhirnya ‘completed’ keluarga kami berkumpul bersama – sama.
Beberapa bulan selepas itu, Adik menghabiskan masa di kampung bersama – sama bapa. Angah yang takde semangat dah nak meneruskan perkerjaan terus buat keputvsan balik kampung nak jaga Abah dan menjaga rumah ibubapa kami.
Dia meneruskan bisnes kedai runcit arw4h ibu kami. Aku? Masih di KL demi kerja hakiki. Aku masih berhubungan dengan ‘am0i’ yang berkawan rapat dengan Adik aku tu di belakang beliau secara senyap – senyap demi menjaga hati adik aku yang tidak mahu lagi memberi harapan kepada ‘am0i’ ini.
Kenapa aku panggil dia ‘am0i’? Sebenarnya dia adalah Chinese yang berasal dari Hong Kong yang beragama Buddha. Dia ingin mengetahui mengenai keadaan semasa Adik aku sementelah adik telah memutvskan segala contact dengan dia.
Dia cakap dia tahu hati budi Adik aku ni macam mana. She know him really well and she know he’s not okay and he need her during this difficult time. Tapi, aku minta dia lupa kan Adik dan meneruskan kehidupan baru.
Dia betul – betul tak putvs asa, dan aku cuba menasihatinya supaya tidak memeIuk Islam kelak kerana cinta tapi sebab diri dia sendiri dan kena redha sekiranya tiada j0doh dengan Adikku. Kebetulan ada seorang ustaz cina mualaf yang tersohor di Malaysia berada di Hong Kong ketika itu..
Aku private mesej ustaz tersebut dan minta tolong beliau bertemu dengan dia. Alhamdulilah, ustaz bersetuju dan urusan kami semua dipermudahkan untuk mereka berjumpa untuk sesi bersoal jawab.
Aku masih ingat masa tu lepas Asar, sehari sebelum Aidilfitri pertama kami tanpa ibu. Aku dapat mesej dari ustaz yang memberitahu bahawa dia sudah memeIuk Islam. ALLAHUAKBAR.. aku merahsiakan hal ini dari semua orang demi menjaga amanah yang dia masih belum bersedia untuk mengumumkan lagi pengislamannya.
Di sini, dia sudah punya nama islam baru iaitu ‘F’. Selang beberapa bulan kemudian, F datang seorang diri ke KL tanpa pengetahuan aku. Sungguh, aku raIat. Demi menjaga hubungan aku adik beradik dia sanggup merahsiakan kedatangan dia ke KL sebab tak nak tengok kitorang bermasam muka.
Dari KL, dia ke pantai timur mencari Adik aku. Adik aku betul – betul terk3jut. Tak dapat bayangkan perasaan dia pada masa itu, selepas Adik aku post gamba dia kat whatsapp keluarga. Barulah F mesej aku personally.
Berapa kali ntah aku minta maaf kat dia sebab biarkan dia sorang – sorang kat KL dan pergi ke kampung halaman kami seorang diri. Aku masih ingat kata – kata F pada masa itu, Its okay sister.. Dont worry.. Im safe, i just want to got proper ending for both of us but i want to hear from his mouth infront of me because i know he cannot telling white Iies..
Ya Allah, bersalahnya aku kat dirimu dik. Dia bercerita ketika pertama kali Adik nampak dia. Adik terus menangis semahu – mahunya. Ibarat melepaskan segala beban yang dia pikul. Perasaan bersalah dia kepada arw4h ibu dan bapa.
Dia sengaja menjauhkan diri sebab takut tak boleh bagi harapan untuk ke peringkat yang lebih jauh dan sebab utama adalah dia mahu t3bus semua kesalahan dia pada keluarga. F sangatlah memahami dan percayalah itulah kali pertama aku rasa Adik kembali tersenyum selepas permergian ibu kami.
Maka, bermulalah perhubungan jarak jauh di antara mereka berdua sebelum ibubapa F meminta supaya Adik cepat – cepat berkahwin dengan F supaya akidah dia terus terjaga. Di Hong Kong, ibu F risau sekiranya takde orang yang bimbing F kelak.
Betapa memahami ibubapa F kepada agama baru si anak. Pada masa inilah, Adik aku buat keje giIa lagi. Seminggu sebelum fly ke Hong Kong dia baru bagitahu kat bapa kami dan ahli keluarga yang lain dia nak nikah kat Hong Kong.
Majlis kahwin ditangguhkan ke hari lain, punyalah banyak fikir tak nak susahkan keluarga. Rela dia nak pergi sorang – sorang kat Hong Kong tu. Bapa amatlah memahami dan izinkan demi kebahagiaan anak – anak dan bagi green light, dan sehari selepas Adik berlepas pergi ke sana.
Aku langsung tak boleh buat kerja, waktu lunch terus call bapa nak minta izin nak pi Hong Kong juga jadi wakil family. Bapa terus izinkan dan memang itulah yang dia harapkan sementelah lagi sempena hari bersejarah Adik.
Last minute Angah also coming on the board. Maka, selepas selesai urusan dan preparation kami dua beradik berlepas ke Hong Kong. Terkejut si Adik tengok kami pulak wat ‘surpr1se’. Eleh, Adik nangis kan. Kami beruntung keluarga F amatlah meraikan kami.
Ibu F asyik peIuk kami usap kepala kami, dan cakap anggapla dia sebagai pengganti arw4h ibu kami. ALLAHUAKBAR 3X.. sungguh, kami sebak masa ni. syukur Adik bakal mempunyai keluarga baru yang penyayang.
Keesokkannya, memang hari yang sangat – sangat busy dan mujurlah kami sebagai w0nderpet bersedia nak tolong bakal mempeIai ni. Adik sangat nerv0us dan tak berenggang dengan aku dan Angah pulak sibuk mempersiapkan F dengan busana putih yang amat cantik.
Ibu, percayalah kalau ibu tengok ni.. Lawa sangat menantu ibu berbusana putih dan bertudung litup…. Adik pun segak berbaju melayu jahitan arwah ibu dan memakai samping bapa. Keputvsan aku ngan Angah datang sebagai wakil ibubapa kami amatlah tepat. Syukur Alhamdulilah.
Kami berlari – lari kejar tren takut terlepas appointment dengan Iman Besar untuk majlis akad nikah. Disepanjang perjalanan banyak mata – mata yang memerhatikan kami penuh tanda tanya. Kitorang tak kisah pun malah kami bangga pakai baju kebangsaan kita.
Mujurlah kami sampai tepat pada masanya. Hanya Adik dan F, aku, Angah dan kawan baik F sebagai peneman. Tak ramai tapi penuh bermakna. Saat aku merakamkan suasana detik penuh makna ketika F melafazkan kalimah syahadah secara official dan saat Adik aku melafazkan akad nikah.
Terketar – ketar tangan aku dan hanya sebak yang menguasai hati dan jiwa ini. Alhamdulilah sekali lafaz. Syukur.. Bapa kami di Malaysia hanya mampu baIas mesej mengucapkan Tahniah dan syukur semua dipermudahkan.
Rupa-rupanya disebalik tabir makcik aku cakap bapa menangis semasa call dan dia boleh merasakan arw4h ibu berbahagia sangat di sana, meremang bulu r0ma masa bapa cakap.
1) Pahala dari anak yang soleh yang berjaya menarik seorang saud4ra baru.
2) Mendirikan masjid. Terima kasih Adik.
Selepas beberapa hari kami di sana, aku dengan Angah balik ke Malaysia sementara Adik tingal di sana untuk berkenalan dan menghabiskan masa dengan keluarga Mertua. Sementara aku dalam perjalanan ke airport, aku tertido sekejap di dalam bas.
Aku bermimpikan arw4h ibu datang duduk sebeIah aku di dalam bas itu tersenyum dan seakan ingin mengucapkan terima kasih kerana menjalankan tanggujawab aku sebagai kakak sulung untuk adik – adik. Hanya sekilas, dan aku terjaga, berpeluh – peluh aku tika itu.
Alhamdulilah, terima kasih ibu walaupun hadir cuma seketika. Terubat rindu. Along janji akan jaga keluarga kita sebaik – baiknya. InsyaAllah.. Ibu, Adik dah ketemui kebahagiaan dia. Perjalanan dia dan wife dia masih panjang tapi Allah s.w.t akan bimbing dan jaga mereka ibu.. Aamiin2… Al_Fatihah untuk ibu dan ahli keluarga yang telah pergi…
Disclaimers : Disebabkan Covid19, majlis kahwin Adik belum boleh dilaksanakan lagi, dan masih ditangguh sehingga kini. Manakala keluarga F di Hong Kong juga masih dalam rec0very m0de after massive att4ck of Covid19.
Adik dan F sekarang settle down di KL for time being.. PLEASE PRAY FOR OUR S4FETY AND NATION REC0VERY, Aamiin.. – Along (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norhiya Ali : Sungguh menyayat hati. Kisah anak beranak, cerita seorg mak yang baik yang sungguh redha demi kebahagiaan anak, Allah angkat doa mak anaknya dibimbing ke Jalan kebaikan. kasih sayang seorang kakak yang menggantikan tanggung jawab ibu.
Peng0rbanan kasih sayang kakak, inilah silaturrahim yang emak bapa kita pohonkan dalam doanya agar silaturrahim adik beradik dalam rahmat Allah. Silaturrahim ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Di mahsyar. Bersediakah kita menjawabnya. Allah berkati awak seisi keluarga.
Kak Ti Comel : Kahwin dengan mualaf ni ujian berat. Kalau tak dari pasangan, tapi dari orang sekeliIing seperti penerimaan keluarga. Fitnah dalam masyarakat yang belum Islam ni kena kuat. Saya bercakap pengalaman sendiri, suami mualaf dan keluarganya belum Islam. Doakan semoga kami dipermudahkan untuk berdakwah kepada keluarganya.
Liza Johari : Saya rasa seolah berada bersama confessor dalam setiap b4it – b4it ayat yang tersusun baik. Mungkin kerana saya juga ‘along’. Semoga ‘adik’ dipermudahkan urusan hidupnya bersama isteri muallaf serta along, angah dan ayah juga berbahagia dengan apa adanya dalam kehidupan masing – masing.
Hadiff Hasiff : Sayang ‘along’. Dapat rasai rasa ambil berat dia. Adik beradiknya pun elok belaka. Semoga along dan keluarga bahagia hingga ke syurga. Semoga ibu along juga ditempatkan bersama orang – orang beriman dan beramal soleh.
Biskut Marie : Menitis air mata acik baca cerita ni. Semua perasaan berkumpul. Sedih, terharu, happy, kagum. Semoga tt dan family sentiasa happy dan sentiasa diIindungi Allah.